Sunday, 7 May 2017

2017 UMRAH & HARAMAIN BHG. 7

April 2017

ARAB SAUDI
Makkah, Taif, Madinah & Madain Saleh

Bahagian 7: Ziarah Taif (1)
PERJALANAN KE TAIF & MASJID ABDULLAH BIN ABBAS

HARI KELIMA (1)

Part 36: Ziarah ke Taif

Pada Hari Kelima di Tanah Suci kami dibawa melawat ke bandar Taif yang terletak kira-kira 2 jam perjalanan dengan bas dari Makkah. Tujuan lawatan ini adalah untuk menyusuri sejarah Nabi Muhammad SAW berdakwah ke sana di awal zaman pengembangan agama Islam.

Bersedia untuk memulakan Ziarah ke Taif.
Perjalanan kami ke Taif bermula pada pukul 8 pagi. Bas yang digunakan untuk Ziarah ke Taif ini adalah dari jenis Mercedes Benz yang sangat selesa. Ditambah pula dengan bilangan ahli kumpulan kami yang cuma 18 orang, memanglah nyaman sepanjang perjalanan. 

Seingat Myself, sewaktu kami menunaikan Haji pada tahun 2006 dulu, bas begini selalunya digunakan oleh Jemaah Haji dari USA. Tidak seperti Jemaah Haji dari Malaysia, Jemaah Haji dari USA selalunya tak tinggal lama di Tanah Suci, hanya sekitar 2-3 minggu seperti kebanyakan Jemaah Haji yang datang dari Timur Tengah sendiri kerana bilangan mereka tak ramai. Lagipun mereka datang menggunakan pesawat komersil dan bukan kapalterbang sewa khas Haji macam kita. Lepas Jemaah Haji USA ni dah pulang ke negara mereka, barulah Jemaah Haji dari Malaysia dapat menggunakan bas ini.

Meninggalkan Makkah untuk menuju ke Taif.
Dalam perjalanan meninggalkan Makkah, kami melalui banyak tempat yang telah kami kunjungi sebelum ini. Terbayang sejarah yang telah diceritakan kepada kami sewaktu melalui semula tempat-tempat ini. Kira macam Revision Tour lah kepada kami!

Kawasan Loji Memproses Air Zamzam.
Jabal Tsur di mana letaknya Gua Tsur yang menjadi tempat persembunyian Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar As-Siddiq sewaktu berhijrah dari Makkah ke Madinah.
Terowong yang dilalui untuk meninggalkan kota Makkah.
Mutawwif memberi penerangan tentang program Ziarah Ke Taif.
Terowong lagi! Memang ada banyak terowong mengelilingi kota Makkah kerana kota ini terletak di dalam sebuah lembah yang dikelilingi gunung-gunung berbatu.
Kami juga melalui semula kawasan Mina, tempat di mana Jemaah Haji berkumpul selepas Wukuf di Arafah untuk melontar di Jamrah.

Kawasan Aziziyah berhampiran Mina
Tempat Melontar Jamrah di Mina
Khemah Haji di Mina
Selepas melalui Mina, barulah kami benar-benar telah meninggalkan kota Makkah. Pemandangan di sepanjang perjalanan kini bertukar menjadi padang pasir dan gunung-gunung batu.

Jalinan lebuhraya moden di Arab Saudi yang diperhatikan dalam perjalanan menuju ke Taif.
Husband menjadi Pramugara Sambilan mengedarkan air minuman kepada ahli-ahli kumpulan di dalam bas.
Pemandangan di kiri kanan jalan juga menarik kerana perjalanan ke Taif adalah perjalanan yang mendaki gunung. Lihat saja gambar-gambar pemandangan dalam perjalanan yang sempat Myself ambil dari dalam bas.

Pemandangan selepas meninggalkan Makkah
Sebuah bandar yang dilalui dalam perjalanan
Stadium di kawasan Syara'ik.
Ini pemandangan dekat-dekat area Syara'ik
Pemandangan kini bertukar menjadi padang pasir berbatu yang kering dan tandus.

Gunung batu di padang pasir
Lebuhraya menuju ke Taif
Sekali-sekala kelihatan kawasan gembalaan unta di tengah padang pasir.
Sebenarnya ada dua jalan menuju ke Taif dari Makkah. Jalan pertama adalah melalui Tanah Haram dan jalan kedua yang dinamakan Al Hadad mendaki pergunungan dari luar Tanah Haram. Kami datang ke Taif menggunakan jalan terus dari Tanah Haram yang mana jalan ini tidak boleh dilalui oleh orang bukan Islam. Di jalan ini memang ada checkpoint yang dijaga oleh Polis untuk memastikan tak ada orang bukan Islam yang melaluinya.

Checkpoint dalam perjalanan ke Taif
Pos Polis di Checkpoint
Kereta polis
Perjalanan masih diteruskan melalui padang pasir dan gunung berbatu. Pemandangan sepanjang perjalanan memang cantik. Begitulah kuasa Allah SWT, walau di padang pasir yang kering dan gersang, tetap ada keindahan yang tidak tergambar sebelum ini di sana.

Menuju ke Kota Taif
Pemandangan indah di padang pasir.
Batu gunung di tepi jalan
Bas membuat Toilet Stop di sini.
Meneruskan perjalanan ke Taif
Padang pasir lagi
Bila menghampiri Bandar Taif, pokok bunga yang ditanam di tepi jalan mula muncul dalam pandangan. Pemandangan ini sangat mengujakan kerana seingat Myself, memang tak ada pokok bunga yang ditanam di Makkah seperti ini.

Pokok bunga yang ditanam di tepi jalan ini menandakan yang kita memang dah sampai ke Taif.
Unta berkeliaran di tepi jalan

Part 37: Taif

Taif adalah bandar paling sejuk di Arab Saudi kerana ia terletak di atas gunung. Ketinggian bandar ini ialah 1800 meter dari aras laut, dan ia lebih tinggi berbanding Genting Highlands di Malaysia. Ia adalah bandar pelancongan terkenal di Arab Saudi dan sekiranya anda datang ke sini, pasti anda akan perasan ada banyak taman-taman rekreasi dan hiburan keluarga di serata tempat di bandar ini.

Bandar Taif
Bandar Taif tenang dan damai
Gerbang perhiasan di bandar Taif
Pemandangan yang berbeza dari di Kota Makkah
Pusat Komersil Taif
Satu lagi pemandangan di Pusat Komersil Taif
Bunga-bunga perhiasan di Kota Taif
Pemandangan yang menyegarkan mata

Part 38: Masjid Abdullah Bin Abbas

Persinggahan pertama kami di Taif adalah di Masjid Abdullah Bin Abbas. Sebaik melangkah keluar dari bas, kami dapat merasakan kenyamanan iklim di Taif. Walaupun dikelilingi padang pasir, iklim di sini dingin sekali pada suhu sekitar 26'C dan tak terasa langsung bahang kehangatan padang pasir seperti di Makkah. 

Walau bagaimanapun, pada bulan April seperti ketika kami di sana, kedinginan Bumi Taif tidaklah sampai memerlukan kita memakai jaket atau pakaian tebal. Pakaian yang biasa saja sudah memadai.

Menuju ke Masjid Abdullah Bin Abbas.
Masjid Abdullah Bin Abbas menempatkan makam seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang bernama Abdullah Bin Abbas. Dia yang juga dikenali sebagai Ibnu Abbas adalah seorang sepupu Rasullullah SAW dari sebelah ayahnya dan terkenal di kalangan Orang Islam sebagai seorang pakar Tafsir Al Quran dan seorang sumber dalam riwayat-riwayat Hadis.

Laluan masuk ke Masjid Abdullah Bin Abbas
Masuk ke perkarangan masjid.
Selain kami, ada sekumpulan Jemaah dari Indonesia yang turut berziarah ke masjid ini.
Abdullah Bin Abbas lahir 3 tahun sebelum Hijrah Rasullullah SAW. Sewaktu Rasullullah wafat, dia hanya berusia 13 tahun. Semasa hidup baginda, Rasullullah SAW sangat rapat dengan Abdullah Bin Abbas dan mereka yang lain yang seusia dengannnya seperti Ali bin Abi Talib, Usamah bin Zaid dan sahabat-sahabat kecil yang lain.

Masjid Abdullah Bin Abbas
Berjalan ke pintu masuk utama.
Keakraban dengan Rasullullah sejak kecil membuatkan Ibnu Abbas membesar menjadi seorang lelaki yang mempunyai keperibadian yang luar biasa. Hidup bersama Rasullullah benar-benar telah membentuk karekter dan sifatnya.

Satu ketika, Ibnu Abbas sangat ingin mengetahui bagaimana Rasullullah SAW bersolat. Malam itu, dia sengaja menginap di rumah ibu saudaranya, Maimunah binti Al-Harits, isteri Rasullullah SAW.

Sepanjang malam dia berjaga, sampai terdengar olehnya Rasullullah bangun untuk menunaikan solat. Maka dia segera mengambil bekalan air untuk wuduk Rasullullah. Di tengah malam buta itu, betapa terkejutnya Rasullullah menemui Abdullah Bin Abbas yang masih terjaga dan menyediakan air wuduk untuk baginda.

Rasullullah merasa bangga dan kagum dengannya. Baginda menghampiri Ibnu Abbas, dan dengan lembut diusapnya kepala anak muda itu sambil berdoa, "Ya Allah, berilah dia keahlian dalam agamaMu dan ajarilah dia tafsir kitabMu".

Besar juga masjid ni. Jenuh nak berjalan sampai ke pintu masuk.
Pada masa tuanya, Ibnu Abbas menjadi buta. Suatu ketika dia masuk ke Masjidil Haram dengan dipimpin oleh Wahab bin Munabbih. Ketika didengarnya beberapa orang sedang bertengkar dengan suara keras, dia meminta Wahab membawanya ke sana. Dia memberi salam dan meminta izin untuk duduk. Setelah duduk, Ibnu Abbas berkata, "Apakah kamu tidak mengetahui hamba-hamba Allah yang sebenarnya? Mereka adalah manusia yang tidak ingin berkata-kata kerana takut kepada Allah, padahal dia tidak bisu dan sangat fasih tutur bahasanya. Mereka bersikap seperti itu kerana selalu sibuk memuji Allah sehingga mereka tidak dapat berkata dengan sia-sia. Pada tingkat keimanan seperti itu, mereka selalu bersegera berbuat kebaikan, jadi mengapa anda menyimpang dari jalan itu?" Mereka yang bertengkar itu menjadi reda emosinya dan meminta nasihat yang lebih banyak kepada Abdullah Bin Abbas.

Pemandangan di depan masjid.
Satu lagi pemandangan di depan masjid.
Saat Rasullullah wafat, Ibnu Abbas benar-benar merasa kehilangan. Namun demikian, dia enggan berlama-lama tenggelam dalam kedukaan. Ibnu Abbas segera bangun dari kedukaan. Meski Rasullullah telah tiada, semangat jihad tidak boleh berkurangan. Maka dia mula melakukan perburuan ilmu.

Ibnu Abbas mendatangi para sahabat yang lebih senior. Dia bertanya kepada mereka tentang apa sahaja yang perlu ditimbanya. Tidak hanya itu, dia mengajak sahabat-sahabat yang seusia dengannya untuk belajar pula. Tapi sayang, tak ramai yang mengikut jejak Ibnu Abbas. Mereka merasa tidak yakin, apakah para sahabat yang senior itu mahu memerhatikan mereka yang masih muda.

Walau demikian, Ibnu Abbas tidak pernah berputus asa. Dia mengetuk pintu dan berpindah ke pintu lain, dari rumah-rumah para sahabat Rasullullah. Tak jarang dia harus tidur di depan rumah mereka, kerana para sahabat sedang beristirahat. Betapa terkejutnya mereka mendapati Ibnu Abbas sedang tidur di depan pintu rumah.

"Wahai sepupu Rasullullah, kenapa tidak kami saja yang menemuimu?" tanya para sahabat yang menemui Ibnu Abbas di depan rumah mereka.

"Tidak, akulah yang mesti mendatangi anda," jawabnya.

Demikianlah kehidupan Ibnu Abbas, hingga kelak dia benar-benar menjadi seorang pemuda dengan ilmu dan pengetahuan yang tinggi. Kerana ketinggian ilmu yang tak seimbang dengan usianya, ada yang bertanya tentangnya: "Bagaimana anda mendapatkan ilmu ini, wahai Ibnu Abbas?"

"Dengan lidah dan gemar bertanya, dengan akal yang suka berfikir," jawabnya.

Pemandangan depan pintu masuk utama.
Pintu Masuk Utama ke Masjid Abdullah Bin Abbas di Taif.
Mendengar Mutawwif bercerita tentang sejarah sahabat Nabi, Abdullah bin Abbas.
Pemandangan ke dalam masjid.
Kerana ketinggian ilmunya itulah, Ibnu Abbas kerap menjadi kawan dan lawan diskusi para sahabat senior. Umar Al-Khattab misalnya selalu memanggil Ibnu Abbas untuk duduk bersama dalam sebuah mesyuwarah. Pendapat-pendapatnya selalu didengar kerana keilmuannya. Malah, Amirul Mukminin Kedua itu memberi jolokan kepada Ibnu Abbas sebagai "Pemuda Tua".

Doa Rasullullah SAW yang meminta kepada Allah SWT agar menjadikan Ibnu Abbas seorang yang mengerti perkara agama telah menjadi kiranya. Ibnu Abbas adalah tempat bertanya kerana kegemarannya bertanya. Ibnu Abbas adalah tempat mencari ilmu kerana kegemarannya terhadap ilmu.

Pemandangan di luar Masjid Abdullah Bin Abbas.
Senibina masjid.
Pakcik ini bersedekah kurma kepada kumpulan kami di depan masjid.
Kurma yang disedekahkan memang sedap, walaupun dari spesis yang banyak biji di dalamnya.
Ketika Saidina Husein bin Ali, cucu Rasullullah dan keluarganya berniat berangkat ke Kufah, beberapa orang sahabat mencegahnya, termasuk Abdullah Bin Abbas. Kufah adalah tempat para penyokong Ali bin Abi Talib, dan penduduknya meminta Husein datang dan tinggal di sana. Ibnu Abbas dengan pandangan hatinya yang tajam berkata kepada Husein, "Janganlah engkau lakukan itu! Sesungguhnya aku mempunyai firasat yang engkau akan dibunuh di tengah-tengah isteri dan anak-anak perempuanmu, sebagaimana Usman (bin Affan) dibunuh!"

Namun mungkin telah menjadi jalannya takdir Allah, Husein tetap berangkat ke sana. Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Jabir bin Abdullah dan beberapa sahabat lainnya mengiringi pemergiannya dengan deraian air mata. Ketika mereka telah sampai di wilayah Iraq, tetapi belum sempat sampai ke Kufah, tepatnya di Padang Karbala, mereka ditahan oleh pasukan yang dikirim oleh Ubaidillah bin Ziyad atas perintah Khalifah Yazid bin Muawiyah. Dengan sungguh biadap, 4000 anggota pasukan itu menyerang dan membunuh rombongan Husein bin Ali yang hanya berjumlah kira-kira 80 orang, yang sebahagiannya terdiri dari wanita dan kanak-kanak. Peristiwa itu yang berlaku tepat seperti yang 'dilihat' oleh Abdullah Bin Abbas, terjadi pada Hari Asyura, tanggal 10 Muharram.

Meninggalkan Masjid Abdullah Bin Abbas
Sebahagian riwayat menyebut, Abdullah bin Abbas memilih untuk menghabiskan masa hidupnya di Taif dan bukannya di Tanah Haram Makkah, walaupun sebenarnya ibadah dan kebaikan yang dilakukan di sana dilipat-gandakan sebanyak 100 ribu kali. Alasan beliau untuk tidak tinggal di Makkah adalah sikap hati-hati dan rasa takutnya (khauf) kepada Allah SWT. Dalam pemikiran dan penafsiran Ibnu Abbas, orang-orang yang baru tersirat dan berniat saja untuk berbuat keburukan dan berada di Tanah Haram (Makkah dan Madinah), dia sudah jatuh dalam keburukan dan berdosa, bahkan boleh jadi dosanya sudah bertingkat ganda mengikut kekuatan niatnya. Padahal jika di tanah halal, yakni di luar Makkah dan Madinah, niat saja belum jatuh dalam keburukan dan berdosa, jika dia belum merealisasikan niatnya tersebut. Bahkan boleh jadi orang tersebut memperolehi pahala jika dia membatalkan niatnya tersebut.

Di usianya yang ke-71 tahun, Allah SWT memanggil Ibnu Abbas. Saat itu umat Islam benar-benar kehilangan seseorang dengan kemampuan dan pengetahuan yang luar biasa. "Hari ini telah wafat ulama umat," kata Abu Hurairah menggambarkan rasa kehilangannya.

Makam Abdullah Bin Abbas terletak di sebalik tembok berhampiran Ruang Solat Wanita.
Tatacara ziarah ke kubur yang terpapar di dinding makam
Pesanan dalam Bahasa Indonesia
Satu lagi pemandangan Makam Abdullah Bin Abbas
Menara Masjid Abdullah Bin Abbas
Pemandangan dari atas bas sewaktu meninggalkan Masjid Abdullah Bin Abbas
Pemandangan keseluruhan Masjid Abdullah Bin Abbas
Pemandangan dari sisi Masjid Abdullah Bin Abbas

Part 39: Menuju Ke Masjid Ku'

Selepas meninggalkan Masjid Abdullah Bin Abbas, kami dibawa pula melawat ke Masjid Ku'. Masjid ini didirikan di kawasan di mana Nabi Muhammad SAW telah dibaling dengan batu sewaktu baginda cuba mengembangkan agama Islam di Taif. Untuk ke sana dari Masjid Abdullah Bin Abbas, kami merentasi sebahagian lagi kota Taif.

Merentasi sebahagian lagi kota Taif untuk menuju ke Masjid Ku'.
Beit Kaki ini adalah salah sebuah bangunan bersejarah yang terkenal di Taif. Ia pernah menjadi kediaman seorang saudagar kaya yang terkenal.
Jalan raya di tengah Taif yang menghubungkan kota ini dengan Riyadh, Makkah dan Madinah.
Rumah kediaman di tengah kota Taif
Stesen Minyak
Dalam perjalanan ke Masjid Ku', kami melihat sebuah masjid kecil yang dibina di kawasan pertanian di tepi jalan. Masjid ini bernama Masjid Madhoun. Ia dibina selepas zaman Rasullullah SAW dan tidak mempunyai sebarang nilai sejarah. Menara di masjid ini hanya digunakan oleh Muazzin untuk melaungkan azan untuk memanggil para petani dan penduduk berdekatan untuk menunaikan solat.

Masjid Madhoun

 Bersambung ke Bhg.8...


CATATAN PERJALANAN (UMRAH & HARAMAIN 2017):