Wednesday, 17 May 2017

2017 UMRAH & HARAMAIN BHG. 17

April 2017

ARAB SAUDI
Makkah, Taif, Madinah & Madain Saleh

Bahagian 17: Ziarah Madain Saleh (3)
PULANG KE MADINAH

HARI KESEMBILAN (3)

Part 75: Meninggalkan Madain Saleh

Berkunjung ke Madain Saleh membuktikan kepada kita kebenaran isi kandungan kitab suci Al Quran. Seperti yang diceritakan berkali-kali di dalam Al Quran, ia menunjukkan kepada kita kehebatan kaum Tsamud dalam mengukir gunung batu. Ia juga membuktikan kepada kita kehancuran mereka kerana menjadi umat yang ingkar.

Gunung batu di Madain Saleh terpecah-pecah mungkin kesan dari gempa bumi azab Allah yang diturunkan di sini dulu. Waktu melawat ke Guilin, China dahulu, kami juga diberitahu yang gunung-gunung di sana terpecah-pecah, juga kesan dari gempa bumi.
Gunung batu dan padang pasir di Madain Saleh
Kaum Tsamud dimusnahkan dengan petir dan gempa bumi pada tahun 800 SM, setelah Nabi Saleh dan beberapa pengikutnya berhijrah ke Ramallah di Palestin. Kerana itu, umat Islam yang berkunjung disarankan tidak mengagumi peninggalan itu, tetapi sebaliknya mengingati sejarah azab bagi umat yang ingkar. Bila perlu, sampai menangis.

Ibnu Umar RA menceritakan, ketika Nabi Muhammad SAW melewati daerah Hijr, Baginda bersabda: "Janganlah kamu memasuki tempat tinggal orang-orang yang zalim, kecuali sambil menangis. Kerana apa yang menimpa mereka boleh menimpa kamu." Lalu Nabi Muhammad menutup kepalanya dengan kain selendang dan mempercepatkan perjalanannya sehingga melewati daerah itu.

Kalau diperhatikan betul-betul, ada sebahagian gunung batu di Madain Saleh yang macam ada kesan ukiran wajah manusia padanya. Batu yang ini nampak macam muka seorang lelaki berjanggut panjang sedang duduk macam Sphinx di Mesir.
Mungkin ukiran ini adalah wajah dewa-dewa Tsamud pada masa dahulu.
Kalau diperhatikan betul-betul, di sini juga ada macam bekas ukiran wajah dewa Tsamud.
Bagi orang yang pernah berkunjung ke kedua-dua Petra dan Madain Saleh seperti kami, pasti tak terlepas membuat perbandingan di antara keduanya. Senibina di kedua-dua tempat ini sama sahaja kerana kedua-duanya diduduki oleh kaum Tsamud yang sama. Cuma tinggalan bangunan di Petra lebih banyak berbanding yang ada di Madain Saleh.

Sewaktu melawat ke Madain Salih, perkara yang terlintas di fikiran Myself ialah bangunan di sini tak sebanyak yang ada di Petra, mungkin kerana tempat ini pernah dimusnahkan oleh azab Allah SWT. Kiranya di sinilah "Ground Zero" sewaktu azab Allah diturunkan.

Namun bila azab Allah datang, impaknya pasti akan juga mengenai tempat lain yang berhampiran seperti di Petra. Mungkin juga Allah takdirkan kedua-dua Petra dan Madain Saleh berada di dalam keadaan mereka sekarang, supaya manusia yang berfikir boleh melihat sendiri keadaannya bila kota yang makmur (seperti di Petra) dihancurkan sedemikian rupa (seperti di Madain Saleh) disebabkan keingkaran manusia.

Ini samalah seperti kejadian Tsunami besar yang berlaku di Aceh dulu. Walaupun pusat kejadian berada di Aceh (Indonesia), kesannya juga dirasai di Phuket (Thailand) dan Pulau Pinang (Malaysia). Semua yang di Aceh hancur musnah, sedangkan kemusnahan di Phuket dan Pulau Pinang tidak sehebat itu.

Kerana itulah juga kita sentiasa diingatkan supaya mencegah dan melarang kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita. Bila azab Allah datang sebagai balasan ke atas kemungkaran itu, ia akan juga mengenai orang-orang di sekeliling, kecuali mereka yang diselamatkan oleh Allah SWT.

Madain Saleh tidak lagi menjadi tempat tinggal manusia. Namun, sisa-sisa kesuburan tanah berpasir masih kelihatan. Di luar kompleks tersebut, ramai penduduk Arab yang membuat perkebunan kurma dan produk pertanian lain. Misalnya, delima, buah citrus, daun mint, dan juga jagung.

Sedikit kehijauan di luar Madain Saleh
Kawasan pertanian berhampiran Madain Saleh.
Kehijauan di tengah kemerahan padang pasir.
Pasir di celah gunung-gunung batu
Padang pasir di kawasan ini banyak yang berwarna kemerahan
Pemandangan yang penuh misteri

Part 76: Makan Tengahari Di R&R

Sebelum pulang ke Madinah, kami dibawa makan tengahari di sebuah restoran di R&R di tepi lebuhraya yang Myself tak tahu namanya. Restoran ini juga adalah restoran yang menghidangkan makanan tradisional Arab.

Restoran makan tengahari di R&R di tepi lebuhraya.
Pemandangan di dalam restoran. Memang tak ada kerusi dan meja di sini. Semua orang kena makan sambil duduk bersila.
Pemandangan di dalam restoran yang lapang.
Dapur restoran
Makanan tengahari sedang disediakan.
Macam biasa, kita bersandar macam Cleopatra sewaktu menunggu makanan dihidangkan.
Makanan dihidang di dalam dulang dan dikongsi 4-5 orang setiap hidangan.
Di sini juga, kami mengambil kesempatan untuk menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar di surau yang terdapat di R&R ini.

R&R ini juga mempunyai beberapa buah bilik hotel yang boleh disewa oleh para musafir yang di dalam perjalanan.
Surau di R&R
Pemandangan di dalam surau
Stesen minyak di R&R
Lori mengangkut rumput untuk ternakan. Kagum melihat rumput hijau yang dibawa di tengah-tengah negara padang pasir ini.

Part 77: Pulang Ke Madinah

Kemudian, bermulalah perjalanan panjang yang memakan masa kira-kira 4 jam untuk kembali ke Madinah. Perjalanan pulang juga melalui laluan yang sama seperti waktu kedatangan di sebelah pagi tadi.

Madinah terletak 391 km dari sini.
Jalan raya di tepi gunung batu
Lebuhraya yang melengkok mengikut rupabumi.
Pokok-pokok liar di tengah padang pasir
Budaya vandalisma memang ada di mana-mana.
Disebabkan keletihan, Myself tertidur dalam perjalanan ke Madinah. Namun tidur Myself terganggu bila merasa bas yang kami naiki bergegar-gegar.

Rupa-rupanya bas kami sedang merempuh ribut pasir yang sangat kuat. Memang cemas melihat angin kuat dan pasir-pasir yang berterbangan di sekitar. Kami juga berdepan dengan ribut pasir sewaktu dalam perjalanan dari Makkah ke Madinah dua hari yang lepas. Namun ribut pasir yang dialami tidaklah sekuat seperti ini.

Ribut pasir.
Macam puting beliung kecil di sana.
Beginilah kuatnya angin yang bertiup
Jarak penglihatan dah semakin berkurang sekarang.
Berselisih dengan kenderaan lain dalam ribut pasir.
Angin bertiup semakin kuat
Pasir dah mula melimpah ke atas jalan raya dibawa angin.
Semakin banyak pasir yang melimpah ke atas jalan raya.
Ribut pasir semakin buruk.
Tiupan angin kencang yang mencemaskan perasaan.
Ribut pasir di kaki gunung
Hampir tak nampak apa dah kat depan sana.
Ada kenderaan yang dah mula berhenti di tepi sekarang.
Amaran kawasan ribut pasir.
Langsung dah tak nampak jalan dah ni...
Madinah masih 110 km dari sini.
Hitch hiker di tengah padang pasir.
Ribut pasir dah mula berkurangan.
Memang lega bila akhirnya ribut pasir dah berhenti. Kemudian kami melalui pula kawasan penternakan unta.

Cuaca kembali tenang bila ribut pasir dah berhenti.
Awas, unta melintas!
Unta meragut rumput di padang pasir.
Ladang penternakan unta
Alhamdulillah, kami akhirnya selamat tiba kembali ke Madinah.

Permulaan Tanah Haram Madinah
Menuju masuk ke Madinah
Aluan selamat datang ke Madinah
Kompleks Penjara di Madinah
Besar sungguh komplek penjara ini.
Menara kawalan di kompleks penjara.
Menghala ke pusat bandar Madinah.
Ketika melalui pinggir bandar Madinah, kami dapat melihat sisi lain kota ini. Sebagai Jemaah Umrah, kita memang jarang dapat melihat pemandangan ini kerana arah tujuan kita hanyalah Masjid Nabawi. Myself perhatikan kota Madinah yang sebenar memang moden dan setanding dengan kota-kota lain di dunia, walaupun tak banyak bangunan pencakar langit di sini. Satu perkara lain yang diperhatikan ialah kota ini sebenarnya penuh dengan restoran-restoran fast food.

Madinah juga adalah pusat pengajian tinggi yang terulung di Arab Saudi. Kota ini mempunyai dua buah universiti: Universiti Islam Madinah dan Universiti Taibah.
Melintasi Masjid Qiblatain
Zain adalah salah sebuah syarikat telco terkemuka di Arab Saudi.
Kedai-kedai makanan segera
Kedai perfume
Kedai kasut Crocs
Starbucks Coffee
Dunkin Donuts
Krispy Kreme dan Body Shop
Mcdonald's
Madinah International Market
Satu lagi pemandangan Madinah International Market. Besar betul shopping centre ni.
Nama Arab bagi Madinah International Market ini adalah Souq Al Madinah Al Douli.
Pemandangan di pinggir kota Madinah
Kompleks hotel berhampiran Masjid Nabawi
Kesesakan jalan raya di Madinah
Pemandangan ketika menghampiri kawasan Masjid Nabawi
Seperti Hotel Makkah Hilton yang terletak betul-betul bersempadan dengan Masjidil Haram di Makkah, Hotel Madinah Hilton juga terletak betul-betul bersempadan dengan Masjid Nabawi di Madinah
Jemaah sedang berjalan menuju ke Masjid Nabawi kerana waktu Maghrib dah hampir nak menjelang.

 Bersambung ke Bhg. 18...


CATATAN PERJALANAN (UMRAH & HARAMAIN 2017):