Monday, 8 May 2017

2017 UMRAH & HARAMAIN BHG. 8

April 2017

ARAB SAUDI
Makkah, Taif, Madinah & Madain Saleh

Bahagian 8: Ziarah Taif (2)
MASJID KU', PASAR BUAH-BUAHAN & MIQAT QARNUL MANAZIL

HARI KELIMA (2)

Part 40: Dakwah Nabi Ke Bumi Taif

Selama 9 tahun selepas Nabi Muhammad SAW dilantik sebagai pesuruh Allah SWT, baginda telah menjalankan dakwah di kalangan kaumnya sendiri di kota Makkah untuk memimpin dan memperbaiki keadaan hidup mereka. Hanya segelintir manusia sahaja yang telah memeluk Islam ataupun bersimpati dengan baginda. Di antara mereka yang bersimpati dengan perjuangan Nabi Muhammad SAW adalah bapa saudara baginda yang bernama Abu Talib, walaupun beliau sendiri tidak memeluk agama Islam. Selepas Abu Talib dan isteri Nabi, Siti Khadijah yang disegani oleh kaum Quraisy meninggal dunia, pihak Quraisy merasa bebas untuk memperhebatkan gangguan dan tentangan mereka kepada Nabi Muhammad SAW. 

Di Taif yang merupakan bandar kedua terbesar di Hijaz, terdapat Bani Thafiq yang merupakan satu puak yang sangat kuat dan ramai ahlinya. Nabi Muhammad SAW berkunjung ke Taif dengan harapan dia dapat memujuk kaum Bani Thafiq untuk menerima agama Islam dan dengan yang demikian, dapat memperoleh perlindungan bagi pemeluk-pemeluk Islam dari gangguan pihak Quraisy. Baginda juga berhasrat untuk menjadikan Taif sebagai markas untuk kegiatan-kegiatan dakwah baginda.

Sebaik Nabi tiba di Taif, baginda telah mengunjungi 3 orang pemuka Bani Thafiq secara berasingan untuk menyampaikan kepada mereka risalah Allah SWT. Bukan sahaja mereka enggan menerima ajaran Allah SWT, bahkan mereka melayani Nabi dengan sangat kasar dan biadap. Kekasaran mereka sangat bertentangan dengan semangat memulia dan menghormati tetamu yang telah menjadi sebahagian dari cara hidup bangsa Arab. Dengan terus terang mereka mengatakan mereka tidak suka Nabi Muhammad SAW tinggal di tempat mereka dan melempari baginda dengan kata-kata yang kasar.

Dalam menghadapi penentangan yang sangat hebat, Nabi tetap tabah dan cekal, yang merupakan sifat-sifat semulajadi baginda. Selepas gagal berdakwah kepada pemuka-pemuka Bani Thafiq, baginda cuba mendekati rakyat biasa pula. Di sini juga, baginda menemui kegagalan. Mereka menyuruh Nabi Muhammad SAW segera meninggalkan Taif.

Apabila Rasullullah SAW menyedari usaha baginda telah gagal, baginda membuat keputusan hendak meninggalkan Taif. Tetapi Bani Thafiq tidak membiarkan Nabi Muhammad SAW keluar dari situ dengan aman. Mereka mengupah pemuda-pemuda nakal untuk mengganggu dan melempari baginda dengan batu.

Di kawasan inilah Nabi Muhammad SAW telah bertemu dengan pemuka-pemuka Bani Thafiq untuk mengembangkan Islam.
Malangnya kedatangan Nabi Muhammad SAW tidak disambut dengan baik oleh pemuka-pemuka Bani Thafiq.
Di sinilah juga penduduk-penduduk Taif telah mengarahkan pemuda-pemuda dan anak-anak mereka untuk membaling batu kepada Nabi Muhammad SAW dan pembantu baginda ketika itu, Zaid bin Harithah.
Perlemparan batu yang dilakukan sedemikian rupa kepada Nabi Muhammad SAW telah membuatkan badan baginda luka berdarah. Setelah baginda berada agak jauh dari kota Taif, baginda berdoa kepada Allah SWT yang bermaksud:

"Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Rahim, kepada siapa Engkau menyerahkan aku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku, ataukah kepada keluarga yang Engkau berikan kepadanya urusanku? Tak ada keberatan bagiku, asal aku tetap berada di dalam keredhaanMu. Dalam pada itu, afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia, yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akhirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turunkan ke atasku azabMu. Kepada Engkaulah aku adukan halku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau".


Part 41: Masjid Ku'

Masjid Ku' bermaksud Masjid Siku. Ia mengambil sempena keadaan Nabi yang berteleku dengan sikunya dalam keadaan yang penuh luka.

Masjid Ku'
Melangkah masuk ke kawasan Masjid Ku'
Mendengar Mutawwif bercerita tentang Masjid Ku'.
Di batu inilah agaknya Nabi Muhammad SAW berteleku dengan sikunya yang penuh dengan keadaan terluka.
Allah SWT mendengar doa Nabi dan mengutuskan Malaikat Jibril menemui baginda. Setibanya di hadapan Nabi, Jibril memberi salam dan berkata, "Allah SWT mengetahui apa yang telah berlaku di antara kamu dan orang-orang ini. Allah SWT telah menyediakan malaikat di gunung-ganang di sini khas untuk menjalankan sebarang perintah kamu."

Sambil berkata demikian, Jibril menghadapkan malaikat itu di muka Nabi Muhammad SAW. Kata Malaikat itu, "Wahai Rasullullah, saya bersiap-sedia untuk menjalankan perintah tuan. Kalau dikehendaki, saya sanggup menyebabkan gunung-gunung di sebelah-menyebelah kota ini berlanggaran, sehingga penduduk-penduduk di kedua-dua belah mati tertindih. Kalau tidak, tuan cadangkan apa saja hukuman yang selayaknya diterima oleh orang-orang ini."

Mendengar janji-janji Malaikat itu, Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan sifat rahim dan belas kasihan pun berkata: "Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, aku berharap dengan kehendak Allah SWT, anak-anak mereka pada satu hari nanti akan menyembah Allah SWT dan berbakti kepadaNya."

Batu-batu besar di atas bukit di belakang Masjid Ku' ini dikatakan tergantung begini kerana ditahan oleh Malaikat dari mengenai Nabi Muhammad SAW sewaktu ditolak oleh pemuda-pemuda Bani Thafiq yang ingin menyakiti Nabi.
Setelah bebas dari perbuatan kaum Bani Thafiq itu, Rasullullah SAW terlihat sebuah perkebunan anggur yang subur di situ. Baginda dan Zaid bin Harithah yang setia menemani baginda berhenti di salah sebuah pepohonannya untuk beristirahat dan membersihkan darah yang mengalir dari kaki dan tubuh mereka yang lain, sedang hati baginda sungguh pilu dan kesal dengan perlakuan kaum Taif itu.

Tidak lama kemudian, dua beradik yang bernama Utbah bin Rabi'ah dan Syaibah bin Rabi'ah sampai di sini. Rasullullah SAW enggan datang menemui mereka disebabkan permusuhan mereka terhadap Allah dan RasulNya dan penentangan mereka terhadap agama yang diutus Allah kepadanya. Tetapi Utbah dan Syaibah telah menyuruh hamba mereka yang bernama Addas untuk datang kepada baginda dan membawa sedikit anggur kepada Nabi dan Zaid.

Tatkala dia meletakkan anggur di hadapan Rasullullah, baginda menghulurkan tangannya untuk mengambilnya dengan membaca "Bismillah," lalu memakannya.

Addas berkata: "Sesungguhnya ucapan itu tidak biasa diucapkan oleh penduduk di negeri ini."

Rasullullah bertanya: "Kamu berasal dari mana dan apa agamamu?"

Addas: "Aku seorang Nasrani dari penduduk Ninawa."

Rasullullah: "Dari negeri seorang lelaki soleh yang bernama Yunus Bin Matta?"

Addas: "Apa yang kamu ketahui tentang Yunus bin Matta?"

Rasullullah: "Beliau adalah saudaraku. Dia seorang Nabi, demikian pula dengan diriku."

Addas langsung merangkul kepala Rasullullah SAW, kedua tangan dan kedua kakinya untuk diciumi. Addas adalah orang pertama di Taif yang memeluk agama Islam.

Pintu masuk ke Masjid Ku'
Mengintai ke dalam Masjid Ku'.
Ruang Solat Wanita
Ruang Solat Lelaki
Mutawwif kami membantu memberi penerangan tentang sejarah Masjid Ku' kepada keluarga yang berasal dari South Africa ini. Kagum mendengar Ustaz bercerita kepada mereka dengan begitu fasih dalam Bahasa Inggeris.
Meninggalkan Masjid Ku' yang penuh sejarah.
Memang sayu mengenangkan penderitaan yang dilalui oleh Rasullullah SAW sewaktu berdakwah di sini dulu.
mpat pertama yang kami lawati adalah Masjid 'Siku. diriwayatkan disinilah Nabi Muhammad S.A.W meletakkan sikunya untuk berehat di sebuah ladang kurma selepas dihalau dan dibaling batu oleh penduduk Taif yang menentang ajaran Baginda. kami difahamkan bahawa Nabi tidak bersolat di sini, baginda hanya merehatkan badannya sahaja. jadi kami juga tidak mengerjakan solat di sini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Tempat pertama yang kami lawati adalah Masjid 'Siku. diriwayatkan disinilah Nabi Muhammad S.A.W meletakkan sikunya untuk berehat di sebuah ladang kurma selepas dihalau dan dibaling batu oleh penduduk Taif yang menentang ajaran Baginda. kami difahamkan bahawa Nabi tidak bersolat di sini, baginda hanya merehatkan badannya sahaja. jadi kami juga tidak mengerjakan solat di sini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Tempat pertama yang kami lawati adalah Masjid 'Siku. diriwayatkan disinilah Nabi Muhammad S.A.W meletakkan sikunya untuk berehat di sebuah ladang kurma selepas dihalau dan dibaling batu oleh penduduk Taif yang menentang ajaran Baginda. kami difahamkan bahawa Nabi tidak bersolat di sini, baginda hanya merehatkan badannya sahaja. jadi kami juga tidak mengerjakan solat di sini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_c

Part 42: Empangan Ikrimah

Dari Masjid Ku' kami dibawa pula membuat lawatan ringkas ke sebuah empangan yang tak jauh dari situ. Empangan ini bernama Empangan Ikrimah yang dibina oleh Raja Saudi yang pertama. Tak ada apa-apa keistimewaan juga di sini, sekadar melihat binaan empangan yang bersaiz besar ini saja.

Kagum juga melihat rumput hijau begini di Arab Saudi ni.
Perjalanan menuju ke Empangan.
Pergunungan dekat empangan.
Kering saja nampak empangan ni. Kalau berlaku hujan lebat, pasti ada air yang melimpah dari atas struktur ini.

Part 43: Pasar Buah

Pada zaman dahulu, telah menjadi adat wanita-wanita dari Bani Saad akan mencari bayi untuk susuan di Makkah. Akan tetapi, mereka akan menghindari anak-anak yatim kerana keuntungan yang didapati menyusukan mereka sedikit sekali. Oleh kerana itu, mereka enggan untuk menyusukan Nabi Muhammad SAW yang merupakan seorang anak yatim.

Perjalanan menuju ke Pasar Buah di Taif.
King Abdul Aziz Speacialist Hospital
Salah seorang wanita Bani Saad ini adalah Halimah Binti Abi-Dhua'ib yang juga dikenali sebagai Halimatus Saadiah. Dia dan suaminya datang dengan menaiki unta yang sangat kurus. Disebabkan mereka terlewat tiba, semua bayi di Makkah telah diambil oleh wanita Bani Saad yang lain. Oleh yang demikian, Halimah dan suaminya memutuskan untuk mengambil baginda Nabi Muhammad SAW.

Pergunungan di luar Taif
Kehijauan di kota Taif
Semenjak diambilnya anak itu, Halimah dan keluarganya merasa mendapat berkah. Unta kurus yang dinaikinya tadi menjadi sihat dan gemuk dengan serta merta. Halimah dan suami yang sudah ketinggalan dari rombongan Bani Saad dengan pantas dapat memotong barisan rombongan tersebut dengan unta tunggangan mereka yang sangat sihat, gemuk dan kuat tadi.

Sejak mengasuh insan yang mulia tersebut, ternak kambing Halimah dan keluarganya yang berbadan kurus semuanya menjadi gemuk dan susunya pun bertambah dengan serta merta. Tanaman juga menjadi sihat dan subur. Tuhan telah memberkati semua yang ada pada mereka.

Laluan menuju ke kereta kabel yang terkenal di Taif. Tapi kami tak berkunjung ke sana.
Taman hiburan keluarga di Taif
Pemandangan dekat taman hiburan
Pada hari ini, Taif terkenal dengan penghasilan sayur dan buah-buahan di Arab Saudi. Kesuburan bumi Taif ini kini adalah kesinambungan keberkatan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sewaktu dia tinggal dengan ibu susuannya Halimatus Saadiah di perkampungan berhampiran kota Taif kini.

Taif diberkahi dengan kesuburan tanah meskipun kawasannya berbatuan. Segala macam buah berada di kota ini, termasuk buah delimanya yang sangat terkenal. Untuk menikmati kesegaran buah di Taif ini, kami dibawa ke sebuah Pasar Buah di sini.

Pintu gerbang berhampiran Pasar Buah-Buahan
Kedai menjual air mawar dan jus buah-buahan
Berjalan menuju ke Pasar Buah-Buahan
Melihat buah-buahan yang dijual
Pelbagai buah-buahan ada di sini.
Ramai pekerja di sini berasal dari Bangladesh. Ada juga yang pandai bertutur dalam Bahasa Melayu.
Membungkus buah-buahan yang dibeli.

Part 44: Makan Tengahari Di Restoran Arab

Program lawatan kami ke Taif berakhir di Pasar Buah-Buahan.

Sebuah lagi taman hiburan keluarga yang terdapat di Taif.
Taman hiburan ini sangat besar, malah ada resort di dalamnya.
Antara permainan yang terdapat di sini.
Seperti kebanyakan taman permainan dan rekreasi yang lain di Arab Saudi, ia hanya dibuka di sebelah malam.
Taman ini bernama Rawabi Land.
Bunga yang berkembang mekar.
Sebuah lagi taman hiburan di sebelah sana.
Sebelum pulang ke Makkah, kami dibawa makan tengahari di sebuah restoran Arab yang terletak di sebuah kawasan R&R di tepi Lebuhraya. Sebelum kami turun dari bas, pemandu bas akan memeriksa dulu restoran untuk memastikan ada tempat makan keluarga disediakan. Kami diberitahu, tak semua restoran ada menyediakan ruang makan untuk keluarga. Jika tak ada ruang makan untuk keluarga, hanya lelaki saja yang boleh makan di sana. Kesian perempuan yang macam kita ni... Teringat pengalaman sewaktu kami makan di sebuah restoran di Kuwait dulu.

Sebelum kami turun dari bas, pemandu bas akan memeriksa bagi memastikan ada ruang makan keluarga disediakan.
Bila dah pasti okay, baru kita berjalan beramai-ramai masuk ke restoran.
Tak ada kerusi dan meja di restoran Arab tradisional seperti ini. Semua orang kena duduk bersila di lantai. Hanya kusyen untuk bersandar saja disediakan.
Hidangan disedia dalam dulang dan dikongsi 4-5 orang setiap dulang.
Pinggan pun tak disediakan. Kalau susah nak makan terus dari dulang, boleh ambil sedikit makanan dari dulang dan letakkan saja atas plastik pelapik di tepi dulang tu. Makanlah dari sana...
Azan Zohor berkumandang sewaktu kami sedang makan di restoran. Terus saja pemilik restoran menurunkan railing sheet penutup pintu. Terperanjat kami dibuatnya... macam nak kurung kami kat dalam restoran pulak!

Rupa-rupanya itu adalah adat kebiasaan di Arab Saudi jika Azan berkumandang. Kedai akan ditutup sementara untuk menghormati Azan, walaupun ada pelanggan di dalam kedai itu!

Pintu kedai sedang ditutup sewaktu Azan berkumandang.
Selepas Azan selesai barulah pintu kedai dibuka semula.
Supermarket kat sebelah restoran ini juga ditutup sewaktu Azan.
Pintu kedai supermarket sedang dibuka semula selepas Azan. Ramai anggota kumpulan kami yang singgah di sini membeli pisau untuk memotong buah-buahan yang dibeli di Pasar Buah-Buahan tadi.

Part 45: Qarnul Manazil

Oleh kerana perjalanan pulang kami dari Taif ke Makkah melalui miqat Qarnul Manazil, kami wajib membuat Umrah sewaktu masuk ke Makkah. Oleh yang demikian, persinggahan kami yang seterusnya ialah Masjid Miqat di Qarnul Manazil.
Orang yang datang ke Mekkah untuk haji atau umrah dan dia belum ihram ketika telah melewati miqat maka dia wajib kembali ke tempat miqat dan ihram untuk haji dan umrah dari miqat tersebut. Sebab Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan demikian itu dalam sabdanya.
“Artinya : Penduduk Madinah ihram dari Dzul-Hulaifah, penduduk Syam (Yordania, Palestina dan sekitarnya) ihram dari Juhfah, penduduk Najd ihram dari Qarnul Manazil, dan penduduk Yaman ihram dari Yalamlam” [Hadits Riwayat Nasa’i]


Sumber: https://almanhaj.or.id/1235-melewati-miqat-tanpa-ihram.html

Orang yang datang ke Mekkah untuk haji atau umrah dan dia belum ihram ketika telah melewati miqat maka dia wajib kembali ke tempat miqat dan ihram untuk haji dan umrah dari miqat tersebut. Sebab Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan demikian itu dalam sabdanya.
“Artinya : Penduduk Madinah ihram dari Dzul-Hulaifah, penduduk Syam (Yordania, Palestina dan sekitarnya) ihram dari Juhfah, penduduk Najd ihram dari Qarnul Manazil, dan penduduk Yaman ihram dari Yalamlam” [Hadits Riwayat Nasa’i]


Sumber: https://almanhaj.or.id/1235-melewati-miqat-tanpa-ihram.html
Orang yang datang ke Mekkah untuk haji atau umrah dan dia belum ihram ketika telah melewati miqat maka dia wajib kembali ke tempat miqat dan ihram untuk haji dan umrah dari miqat tersebut. Sebab Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan demikian itu dalam sabdanya.
“Artinya : Penduduk Madinah ihram dari Dzul-Hulaifah, penduduk Syam (Yordania, Palestina dan sekitarnya) ihram dari Juhfah, penduduk Najd ihram dari Qarnul Manazil, dan penduduk Yaman ihram dari Yalamlam” [Hadits Riwayat Nasa’i]


Sumber: https://almanhaj.or.id/1235-melewati-miqat-tanpa-ihram.html
Meninggalkan R&R tempat kami makan tengahari tadi.
Satu lagi pemandangan di R&R yang sama. Tak tahu nama sebenar tempat ini.
Lebuhraya menuju ke Makkah.
Kawasan pergunungan yang dilalui.
Al Seil Al Kaber adalah nama lain bagi Qarnul Manazil.
Kedai berhampiran Masjid Miqat Qarnul Manazil
Tiba di Masjid Miqat di Qarnul Manazil
Tempat miqat bagi penduduk Taif ialah di Qarnul Manazil. Miqat ini juga adalah tempat miqat bagi penduduk Malaysia yang datang dari tanahair dan langsung masuk ke Makkah ketika hendak menunaikan Haji dan Umrah. Selain itu ia juga adalah miqat bagi penduduk Arab Saudi sendiri yang datang dari arah Najd.

Oleh kerana sebahagian besar penduduk Arab Saudi yang datang menunaikan Haji dan Umrah menggunakan jalan darat akan menggunakan miqat ini, tempat letak kereta yang tersangat besar disediakan di Masjid Miqat Qarnul Manazil.
Pintu masuk utama ke Masjid Miqat Qarnul Manazil.
Pemandangan di pintu masuk ke Ruang Solat Lelaki
Pemandangan di Ruang Solat Lelaki
Satu lagi pemandangan di dalam Masjid.
Memang terasa sangat teruja bila berpeluang berkunjung ke sini. Lima hari yang lalu, kami bermiqat dalam kapalterbang di sini sebelum masuk ke Makkah. Rasa sangat seronok bila hari ini pula, kami dapat menjejak ke miqat yang sebenarnya.

Perkarangan Masjid Miqat di Qarnul Manazil.
Anjing menumpang tidur di tepi Masjid Miqat Qarnul Manazil.
Meninggalkan Masjid Miqat di Qarnul Manazil
Padang pasir yang dilalui untuk pulang ke Makkah.
Pemandangan saujana mata memandang.
Walaupun ada tempat-tempatnya di mana bukit pasir ini kelihatan sangat tinggi, ia tidak boleh dijadikan panduan arah di padang pasir kerana kedudukannya akan sentiasa berubah bila ditiup angin.


 Bersambung ke Bhg.9...


CATATAN PERJALANAN (UMRAH & HARAMAIN 2017):