Monday 23 April 2018

2018 PENANG BHG. 06 (Clan Jetty)

April 2018

PENANG, MALAYSIA
George Town

Bahagian 6: CLAN JETTY & HOHO BEACH ROUTE

HARI KEDUA (3)

Part 16: Clan Jetty

Di penghujung Lebuh Armenian, kami menyeberang jalan menuju ke kawasan Clan Jetties. Clan Jetties adalah perkampungan di atas air yang pada asalnya dihuni oleh imigran dari China yang datang untuk bekerja di Pelabuhan Pulau Pinang. 

Clan Jetties
Oleh kerana Pulau Pinang sangat asing kepada mereka ketika itu, imigran-imigran ini tinggal bersama dalam kelompok keluarga yang dinamakan clan. Pada masa kini hanya ada 6 buah Clan Jetty yang masih tinggal yang dimiliki oleh keluarga Lim, Chew, Tan, Lee, Yeoh dan sebuah lagi yang dinamakan Mixed Clan Jetty. Jeti yang kami lawati adalah Chew Jetty yang juga merupakan Clan Jetty yang terbesar.

Pintu masuk ke Chew Jetty ditandakan dengan sebuah tokong Cina
Tokong Cina ini dimiliki oleh keluarga Chew
Selamat datang ke Chew Jetty
Lukisan Merry Old Couple di pintu masuk ke Chew Jetty
Pemandangan di Chew Jetty tak jauh berbeza dengan perkampungan air yang pernah kami lawat di Sabah dan Brunei. Cuma bezanya di sini, semua penduduknya berketurunan Cina. Dari maklumat yang tertera di pintu masuk ke Jeti, masih terdapat 75 buah rumah kediaman di sini. Perkampungan air ini juga touristy berbanding kampung air di Sabah dan Brunei.

Pemandangan sewaktu masuk ke Chew Jetty
Kedai-kedai cenderamata di Chew Jetty
Chew Jetty masih didiami oleh 75 buah keluarga
Semua penduduk Chew Jetty berketurunan Cina
Salah sebuah rumah kediaman di Chew Jetty
Baling-baling berpusing ditiup angin laut
Pemandangan di tengah-tengah Chew Jetty
Pemandangan Lim Jetty di seberang sana
Bot-bot milik penduduk di Chew Jetty
Ada banyak restoran makanan Cina di sini
Salah sebuah kedai makan di Chew Jetty
Kedai Durian
Penduduk jeti sedang naik bot
Perahu Naga
Perahu Naga ini pernah memenangi pertandingan di Pulau Pinang
 Penduduk asal di Clan Jetty seperti Chew Jetty ini adalah kuli-kuli pelabuhan yang datang mencari penghidupan baru di Pulau Pinang dari Negara China
Kami berjalan menyusuri jeti utama Chew Jetty yang sepanjang 182 meter ini sehingga ke penghujung. Ada sebuah lagi cabang Chew Jetty ini yang lebih pendek (122 meter) tapi kami tak pergi ke sana. Di penghujung jeti yang panjang ini ada sebuah tokong dan tambatan-tambatan perahu. Pemandangan Jambatan Pulau Pinang juga dapat dilihat dengan jelas dari sini.

Pemandangan di penghujung Chew Jetty
Tambatan bot
Berposing di Chew Jetty
Pemandangan Lim Jetty yang merupakan sebuah lagi Clan Jetty di seberang
Tokong Cina di penghujung Chew Jetty
Bot persiaran untuk bersiar-siar di sekitar Clan Jetties
Pemandangan di depan tokong
Pemandangan ke dalam tokong
Mengambil gambar pemandangan
Pokok-pokok herba yang ditanam di dalam pasu
Jambatan Pulau Pinang
Posing tangkap gambar
Ah So-Ah So dari China yang nak bergambar di Clan Jetty
Berpatah balik ke pintu masuk
Tiang-tiang rumah
Pertengahan Clan Jetty
Selepas menghabiskan masa beberapa ketika, kami berjalan keluar. Pengusaha-pengusaha restoran di tengah Chew Jetty sibuk mempromosikan kedai masing-masing kepada pelancong. Antara yang menarik perhatian kami ialah sebuah restoran yang bernama Chew Jetty Big Bowl Noodles.

Chew Jetty Big Bowl Noodles
Besar betul mangkuk Mi dia! Kata owner restoran ini, satu mangkuk mi boleh dikongsi 2-3 orang atau 4-5 orang mengikut saiz mangkuk.
Melintasi kedai cenderamata lagi
Meninggalkan Chew Jetty

Part 17: Balik Ke Gurney Drive

Dari Chew Jetty, kami berjalan ke perhentian HOHO yang berhampiran. Perhentian ini bernama Clan Jetties dan terletak tidak jauh dari Terminal Feri.

Perhentian Bas HOHO
Terminal Feri di seberang perhentian bas HOHO
Seperti di pusat bandar KL yang ada bas percuma Go KL, ada perkhidmatan bas awam percuma CAT (City Area Transit) di George Town.
Bas HOHO dah tiba
Tempat duduk favourite kami dalam bas HOHO
Pemandangan dalam bas HOHO
Perjalanan kembali ke Gurney Drive
Penggambaran filem. Macam gaya students je mereka ni.
Suasana pelabuhan lama Pulau Pinang masih terasa di jalan ini.
Perancangan kami yang seterusnya ialah menaiki bas HOHO Beach Route pula untuk meninjau laluan perjalanannya. Tapi disebabkan masih ada masa sebelum perjalanan bas HOHO Beach Route ini ketika itu, kami masuk dulu ke Plaza Gurney untuk mencari minuman sejuk memandangkan cuaca di luar amat terik sekali.

Masuk ke Gurney Plaza untuk mencari minuman sejuk
Gerai jus Boost di Gurney Plaza
Lega dapat minum segelas jus Boost saiz jumbo ini dikongsi berdua.

Part 18: HOHO Beach Route

Seperti HOHO City Route, HOHO Beach Route juga memulakan perjalanannya dari Gurney Drive. Malah perhentian di Gurney Drive ini juga adalah satu-satunya interchange bagi pertukaran antara City Route dan Beach Route.

Bas HOHO Beach Route dah menanti di sana
Beach Route
Tempat duduk favourite
Tak seperti laluan City Route yang bergerak dalam satu pusingan, laluan Beach Route adalah dua hala dari Gurney Drive sehingga ke Teluk Bahang. Laluan pergi dan balik adalah melalui jalan yang sama. Laluan menghala ke pantai dinamakan Westward, manakala laluan menghala kembali ke George Town pula dinamakan Eastward. Perhentian Bas Westward dan Eastward ini terletak bertentangan di seberang jalan antara satu sama lain.

Menuju ke arah pantai
Myself perhatikan bilangan penumpang dalam laluan Beach Route adalah lebih ramai berbanding dalam City Route
Sela waktu antara perhentian dalam laluan Beach Route adalah 1 jam 15 minit. Penumpang dalam Beach Route sentiasa diingatkan untuk peka dengan waktu kedatangan bas pada setiap persinggahan kerana bas dalam laluan ini tidak sekerap seperti di laluan City Route.

STOP NO.14: STRAITS QUAY

Perhentian pertama HOHO Beach Route (Stop No.14) selepas meninggalkan Persiaran Gurney adalah Straits Quay yang merupakan sebuah pusat membeli-belah di George Town.

Straits Quay
TESCO berhampiran Straits Quay
Kemudian bas mula bergerak menyusuri pantai di Tanjung Tokong.

Kawasan Tanjung Tokong
Kelab Renang Pulau Pinang

STOP NO.15: FLAMINGO

Perhentian seterusnya adalah Hotel Flamingo yang terletak di Tanjung Bunga. Ini adalah juga perhentian jika nak melawat ke Masjid Terapung yang terkenal itu.

Hotel Flamingo By The Beach
Masjid Terapung

STOP NO.16: MIAMI BEACH

Dari Flamingo, HOHO membuat perhentian di Miami Beach yang merupakan sebuah pantai awam. Disebabkan hari itu hari Ahad, ramai pengunjung dilihat berada di pantai ini.

Miami Beach
Stop No.16 (Westward)
Stop No.16 (Eastward) terletak di seberang jalan sana.
Bayangkanlah yang kita dah sampai ke Florida bila tiba di Miami Beach
Jalan bengkang-bengkok, sempit dan mendaki di tepi pantai
Masjid Lama Tanjung Huma

STOP NO.17: HOLIDAY INN

Holiday Inn adalah persinggahan HOHO yang seterusnya. Hotel ini terletak di Pantai Batu Ferringhi.

Holiday Inn
Holiday Inn terdiri dari dua bahagian: yang terletak di sebelah pantai dan yang terletak di sebelah daratan. Kedua-dua bahagian dihubungkan dengan sebuah jambatan.
Bangunan Holiday Inn yang menghadap ke laut
Golden Sands Resort
Restoran The Ship
Masjid Jame' Ar-Rahman Batu Ferringhi

STOP NO.18: HARD ROCK

Sebuah lagi persinggahan di Batu Ferringhi adalah Hard Rock Hotel. Hard Rock Cafe Penang juga terletak di sini.

Hard Rock Hotel. Hard Rock Cafe Penang juga terletak di sini
Hard Rock Hotel
Bayview Hotel yang terletak berhampiran Hard Rock Hotel
Sesuatu yang Myself perhatikan dalam laluan Beach Route ialah susah juga nak melihat laut dari dalam bas kerana pantai di Penang sering terlindung dengan pokok-pokok dari jalan raya. Pantainya juga kecil-kecil dan pendek-pendek, tak macam pantai yang dilihat kat Great Ocean Road di Australia hari itu. Tapi tak adillah pulak kalau kita bandingkan Pulau Pinang yang kecik ini dengan pulau Australia yang besar bagak tu, kan?

Batu Ferringhi
Pemandangan pantai di Penang sering terlindung dengan pokok-pokok
Pemandangan jalan di sepanjang pantai

STOP NO.19: TROPICAL SPICE

Selepas meninggalkan Batu Ferringhi, kita tiba di kawasan Teluk Bahang. Perhentian HOHO yang pertama di sini adalah Spice Garden. Taman ini menempatkan lebih 500 jenis tanaman tropika.

Tropical Spice Garden
Bulatan Periuk Kera

STOP NO.20: NATIONAL PARK

Perhentian seterusnya adalah Penang National Park yang mempunyai pantai-pantai yang cantik dan menarik seperti Teluk Duyung, Muka Head dan Pantai Kerachut. Taman negara ini juga istimewa kerana ia mempunyai sebuah tasik Meromictic.

Tasik Meromictic adalah tasik yang mempunyai lapisan air tawar dan air masin yang berasingan. Ia adalah salah sebuah dari 3 buah tasik meromictic yang terdapat di Asia dan satu-satunya tasik meromictic yang terdapat di Malaysia. Tasik Meromictic di Pulau Pinang ini hanya wujud dari bulan Mei - Ogos. Ia kering dan tidak wujud di luar musim ini.

Pintu masuk ke Penang National Park

STOP NO. 21: ENTOPIA

Perhentian kedua akhir dalam laluan HOHO Beach Route adalah Entopia. Entopia adalah sebuah muzium serangga.

Entopia
Perhentian HOHO di depan Entopia

STOP NO.22: TAMAN RIMBA

Perhentian terakhir dalam Beach Route adalah Taman Rimba Teluk Bahang. Selain Taman Rimba Teluk Bahang, Empangan Teluk Bahang juga terletak di sini.

Taman Rimba Teluk Bahang
HOHO Beach Route membuat perhentian agak lama di sini untuk memberi peluang kepada penumpang membuat toilet break.

Empangan Teluk Bahang yang terletak bertentangan dengan Taman Rimba Teluk Bahang.

HOHO BEACH ROUTE (EASTWARD)

Kemudian, bas kembali ke George Town juga melalui jalan yang sama. Perjalanan kembali ini diistilahkan oleh HOHO sebagai perjalanan Eastward. Bila dah lalu jalan yang sama, pemandangan di sekitar juga sama.

Pantai berbatu di Teluk Bahang
Pantai Teluk Bahang
Bot-bot nelayan
Pemandangan nan indah
Perumahan mewah di tepi laut
Tak seperti di pusat bandar George Town, ada banyak kedai makanan Melayu yang diperhatikan di tepi pantai
Perhentian Hard Rock (Eastward)
Gerai makan di tepi pantai
Restoran Lebanon
Kedai cenderamata
Restoran Arab lagi
Pelancong Arab yang datang ke Pulau Pinang suka tinggal di tepi pantai. Kerana itulah ada banyak restoran Arab diperhatikan di tepi pantai.
Reflexology & Beauty Centre
Gerai Durian
Beca di depan Hotel Golden Sands
Miami Beach
Kondo mewah di tepi pantai
Pemandangan laut
Kuil Hindu di tepi pantai
Straits Quay
Perumahan eksklusif di George Town
Macam pemandangan kat Hong Kong pulak ni.
Tiba kembali ke Gurney Drive
Perhentian HOHO di Gurney Drive

Part 19: Dinner

Kami berjalan balik ke Gurney Hotel. Dalam perjalanan kami singgah untuk dinner di Restoran Khaleel Nasi Kandar.

Berjalan pulang ke hotel
Baru perasan ada Pokok Pinang yang ditanam di Gurney Drive ini
Pemandangan lebih dekat Pokok Pinang
Pokok Pinang inilah yang memberi nama kepada Pulau Pinang
Sebelum datang ke Penang, kami ada mendengar tentang Roti Canai yang sedap di sini. Kata orang, kedai Roti Canai paling sedap di Pulau Pinang terletak di Transfer Road.

Malangnya Transfer Road terletak agak jauh dari hotel kami. Tapi disebabkan teringin nak merasa juga Roti Canai yang dikatakan lebih sedap di Pulau Pinang berbanding di KL, kami pun memesan Roti Telur Bawang dan Roti Canai untuk dinner pada malam itu di Restoran Khaleel.

Restoran Khaleel Nasi Kandar di Gurney Drive yang beroperasi 24 jam.
Pemandangan di Restoran Khaleel
Roti Telur Bawang yang cukup sedap di Restoran Khaleel.
Roti Telur Bawang dan Roti Canai yang kami pesan di Restoran Khaleel pada malam itu memang sedap. Tak mengapalah tak dapat merasa Roti Canai di Transfer Road yang sedap tu, sebab Roti kat Restoran Khaleel ini pun dah cukup sedap.

Meneruskan perjalanan pulang ke hotel selepas dinner.
Evergreen Laurel Hotel di sebelah hotel kami
Taman di Evergreen Laurel Hotel ini memang indah disirami lampu berwarna-warni di malam hari.
Husband mengambil gambar di depan Evergreen Laurel Hotel
Pemandangan menghala ke laut di Gurney Drive di malam hari.
Tiba kembali ke The Gurney Hotel
Pemandangan malam dari Tingkat 27, The Gurney Hotel
Selamat Malam, Pulau Pinang


 Bersambung ke Bhg.7...