Monday 30 April 2018

2018 PENANG BHG. 11 (Tropical Spice Garden)

April 2018

PENANG, MALAYSIA
George Town

Bahagian 11: TROPICAL SPICE GARDEN & PANTAI TELUK BAHANG

HARI KETIGA (5)

Part 31: HOHO Beach Route Lagi

Dekat-dekat pukul 4.30 petang, kami kembali lagi ke Perhentian Bas HOHO di Gurney Drive. Tujuan kami adalah nak naik bas HOHO Beach Route ke Tropical Spice Garden di Teluk Bahang.

Perhentian bas HOHO di Gurney Drive
HOHO Beach Route
Pemandangan di dalam bas
Ramai penumpang yang naik bas ini bersama kami. Macam biasalah, mereka semua akan terus menuju naik ke tingkat atas. Cuma kami berdua yang setia duduk di tingkat bawah bersama satu keluarga Malaysia berketurunan India.

Straits Quay
Arah ke Straits Quay
Hotel Four Points By Sheraton
Miami Beach
Starbucks dekat Holiday Inn
Hard Rock Hotel
Tiba di Teluk Bahang

Part 32: Tropical Spice Garden

Kami tiba di Tropical Spice Garden dekat pukul 5 petang. Adik penjaga tiket di pintu masuk ke Tropical Spice Garden pada mulanya keberatan nak menjual tiket masuk kepada kami kerana Tropical Spice Garden akan ditutup pada pukul 6 petang. Tempoh sejam memang tak cukup nak melawat ke keseluruhan taman.

Tiba di Tropical Spice Garden
Semua pengunjung yang masuk ke Tropical Spice Garden boleh memilih untuk mengikut Guided Tour atau berjalan sendiri sahaja di dalam taman. Audio penerangan akan diberi kepada pengunjung yang memilih untuk berjalan sendiri. Kata Adik penjual tiket, tempoh yang biasa diperlukan untuk berkunjung ke seluruh taman adalah 2 jam.

Tarikan-tarikan di dalam Tropical Spice Garden
Selepas berunding dengan Adik penjual tiket, akhirnya dia bersetuju untuk menjual tiket kepada kami selepas kami meyakinkan beliau yang kami tak akan berlama-lama di dalam dan berjanji akan keluar sebelum taman ditutup. Kami juga hanya mengambil peta dan tidak mengambil kemudahan audio kerana kita sekadar nak melihat apa yang ada di dalam dalam tempoh yang singkat itu.

Pintu masuk ke Tropical Spice Garden
Kaunter tiket di Tropical Spice Garden. Bau halia dan lengkuas yang diletakkan di atas meja ini dah cukup menarik pengunjung terutamanya dari Barat untuk meninjau ke dalam taman ini.
Halia dan Lengkuas yang semerbak baunya
Memeriksa peta Tropical Spice Garden
Bau serai wangi (citronella) cukup semerbak bila kita masuk ke dalam Tropical Spice Garden. Baguslah juga begitu sebab bila ada bau serai ini, taklah kita menggaru-garu gatal digigit nyamuk.

Kolam di pintu masuk ke Tropical Spice Garden
Water Lily di dalam kolam
Globe yang menunjukkan kedudukan pulau-pulau rempah dunia.
Pemandangan di dalam Tropical Spice Garden ini lebih kurang macam di The Habitat yang kami lawat pagi tadi. Cuma bezanya, jika pokok-pokok di The Habitat tumbuh secara semulajadi, pokok-pokok di Tropical Spice Garden ini ditanam pada asalnya oleh pasangan Rebecca dan David Wilkinson pada tahun 2003.

Pemandangan di dalam Tropical Spice Garden
Jambatan kayu menyeberang kolam
Pemandangan dari atas jambatan kayu
Arah ke Spice Terraces dan Heart Of The Garden
Ada Giant Swing kat atas sana
Keterangan mengenai Slipper Orchid, tapi tak ada Slipper Orchid yang tengah berbunga masa ini.
Bunga Keladi
Naik tangga ke atas
Ada banyak papan keterangan tentang tumbuhan yang dilihat di taman
Laluan di dalam taman
Sungai buatan manusia
Pokok Paku Gajah memang banyak terdapat di kawasan-kawasan bukit di Pulau Pinang
Mat Salleh seronok bergambar di Giant Swing
Bagai suasana di The Habitat
Kerusi untuk berehat
Explorer
Suasana di sini bagus kalau buat movie cerita zaman dinosaur
Suasana yang sejuk dan mendamaikan
Duduk-duduk di Buaian Gergasi
Pemandangan dari Giant Swing
Jaring yang dipasang di depan Giant Swing untuk keselamatan, takut ada yang seronok berbuai laju-laju sampai tercampak keluar ke bawah.
Seperti yang dijanjikan dengan Adik Penjual Tiket di pintu masuk, kami tak berlama-lama di dalam Tropical Spice Garden. Kira-kira 20 minit sebelum pukul 6 petang, kami mula berjalan keluar.

Walaupun hanya dapat meninjau sebahagian kecil saja dari Tropical Spice Garden ini, kami tidaklah ralat sangat sebab pemandangan dan suasana di dalamnya seakan-akan The Habitat yang telah kami lawati pagi tadi.

Mula berjalan keluar
Posing dulu kat sini sebelum keluar
Heart Of The Garden
Pokok Herba
Pokok yang menjulang tinggi ke langit
Jalan keluar
Pondok Rehat
Batu pengisar rempah
Tempat menunggu untuk pemandu bas/kenderaan yang membawa pelancong ke Tropical Spice Garden

Part 33: Pantai Teluk Bahang

Selepas melawat Tropical Spice Garden, kami berjalan menyeberang jalan menuju ke tepi pantai pulak. Disebabkan hari itu hari Isnin dan pantai ini terletak agak jauh dari George Town, Pantai Teluk Bahang kelihatan sepi. Kedai makan kat tepi pantai pun tak dibuka.

Berjalan ke Pantai Teluk Bahang
Tangga turun ke pantai
Seperti juga banyak pantai lain di Pulau Pinang, Pantai Teluk Bahang kecil dan sempit. Boleh jalan dari hujung ke hujung tanpa rasa penat.

Pemandangan pantai arah ke kanan dari bawah tangga
Posing kat bawah tangga
Pemandangan arah ke kiri pulak
Pengunjung lain ke Pantai Teluk Bahang
Laut dan pantai
Batu-batu di tepi pantai
Satu lagi pemandangan di pantai
Selepas Tropical Spice Garden ditutup pada pukul 6 petang dan tak banyak benda boleh dilihat di Pantai Teluk Bahang yang kecil ini, kami dah tak punya apa-apa lagi nak dibuat selepas itu. Bila disemak jadual bas HOHO, kami dapati bas yang menurunkan kami di sini tadi akan berpatah balik dalam masa 15 minit (5.55 petang). Maka berkejar-kejarlah kami ke perhentian bas. Kalau tak dapat naik bas ini semula, bas seterusnya untuk balik ke Georgetown adalah pada pukul 7.10 malam.

Perhentian Tropical Spice (Eastward) terletak di sebelah Pantai Teluk Bahang
Sambil menunggu bas, banyak pulak kera yang kami lihat berkeliaran. Seram juga tengok kera-kera ni. Bayangkanlah kalau terpaksa tunggu bas sampai pukul 7.10 malam dengan ditemani kera-kera ni. Seram sehhh!

Kera meniti talian elektrik
Kera-kera ini tinggal di dalam hutan di belakang Tropical Spice Garden
Balancing Act dengan bantuan ekor yang dicangkuk ke wayar elektrik
Berehat atas tiang elektrik
Pemandangan pintu masuk ke Tropical Spice Garden yang telah ditutup dari seberang jalan.
Tak nampak dengan jelas dalam gambar ini, tapi salah sebuah kaki depan kera yang duduk di atas bumbung ini sebenarnya kudung. Namun begitu dia tetap dapat bergerak ke sana-sini dengan cergas.

Part 34: Kembali Ke Gurney Drive

Syukur sungguh rasanya kami dapat naik semula bas yang menurunkan kami di sini tadi untuk balik ke George Town. Kalau tidak lamalah kena duduk di tepi pantai tadi dengan ditemani kera-kera.

Pulang ke George Town
Tanah Perkuburan Cina Batu Ferringhi
Tiba kembali ke Gurney Drive
Turun dari bas
Setibanya di Gurney Drive, kami terus mencari makan malam. Tempat pilihan kami masih Restoran Khaleel Nasi Kandar kerana ia dibuka 24 jam dan terletak dalam perjalanan pulang ke hotel.

Restoran Khaleel Nasi Kandar
Myself teringin nak makan Nasi Briyani untuk dinner malam itu sebenarnya. Tapi pekerja di Khaleel memberitahu yang Nasi Briyani cuma disediakan pada hujung minggu dan tidak pada hari-hari biasa.

Disebabkan tak ada Nasi Briyani dan teringat keenakan Roti yang kami makan di sini sewaktu dinner malam semalam, Roti Telur Bawang dan Roti Canai terus menjadi pilihan sekali lagi untuk menggantikan Nasi Briyani.

Roti Telur Bawang
Roti Canai
Selepas makan, kami terus pulang ke hotel untuk berehat dan berkemas. Maklumlah percutian ke Pulau Pinang dah sampai ke penghujung dan kami akan pulang ke Kuala Lumpur awal pagi esok.

Tapak cadangan pembinaan Hotel Marriott di Persiaran Gurney
Hampir habis Link Bike disewa hari ini
Lampu-lampu indah di depan Hotel Evergreen Laurel
Husband masih tak puas menangkap gambar landskap di depan Evergreen Laurel Hotel.
Pemandangan pinggiran pantai di tepi Persiaran Gurney di malam hari
Bergambar kenangan di depan The Gurney Hotel


 Bersambung ke Bhg.12...