Thursday 19 April 2018

2018 PENANG BHG. 04 (Kek Lok Si Temple)

April 2018

PENANG, MALAYSIA
George Town

Bahagian 4: KEK LOK SI TEMPLE & CHOWRASTA

HARI KEDUA (1)

Part 9: Suasana Pagi Di Gurney Drive

Rise and Shine! Hari Kedua kami di Penang dan Selamat Pagi Pulau Mutiara!

Pemandangan awal pagi dari bilik hotel kami
Projek tambakan laut sedang dilaksanakan di sepanjang pantai Gurney Drive. Menurut ceritanya, ada sebuah taman yang akan dibina di sini nanti.
Pemandangan menghala ke bandar.
Sinaran mentari yang terbit di timur.
Sepanjang hari ini, kami bercadang untuk meneroka Bandaraya George Town. Selepas mengelilingi bandar dengan bas Hop On Hop Off semalam, kami dah membuat keputusan untuk melawat Kek Lok Si Temple dan Warisan UNESCO hari ini. Untuk mengumpul tenaga, kita bersarapan pagi dulu di Hotel Gurney.

Pemandangan di lobi Gurney Hotel di awal pagi.
Tangga menuju ke restoran.
Pemandangan di restoran
Sarapan Pagi
Selesai bersarapan, kami menapak lagi menuju ke arah Gurney Plaza untuk ke Perhentian Bas HOHO.

Pemandangan ke arah laut dari depan hotel
The Gurney Hotel
Hari itu hari Minggu yang merupakan Hari Kelepasan Am di Pulau Pinang. Oleh yang demikian, Persiaran Gurney kelihatan tenang. Tak banyak kenderaan menggunakan jalan terutama kerana ketika itu masih awal pagi.

Gurney Drive
Kami di sini.
Gurney Drive juga adalah culinary heaven bagi makanan Cina. Ada banyak restoran makanan Cina di sini dan sedikit sekali kedai yang menjual makanan Halal. Restoran-restoran makanan Cina ini telah pun memulakan perniagaan pada awal-awal pagi begini.

Ada banyak restoran makanan Cina di sepanjang Gurney Drive
Kedai Bak Kut Teh
Awal-awal pagi begini pun, kedai Bak Kut Teh dah kelihatan meriah dengan pengunjung.
Pulau Pinang adalah sebuah melting pot sejak dari zaman British lagi. Dengan kehadiran pendatang-pendatang dari pelbagai bangsa terutamanya dari Britain, China dan India, toleransi agama sangat tinggi di Pulau Pinang. Berdekatan dengan kedai-kedai makanan Cina di Gurney Drive ini, kita masih dapat melihat sebuah masjid yang bernama Masjid Lama Jamek Lorong Burmah.

Topi adalah teman setia kita dalam percutian ke Penang disebabkan cuaca yang panas terik.
Masjid Lama Jamek Lorong Burmah
Pintu masuk ke masjid
Tanah perkuburan
Pemandangan dari luar pagar masjid
Pantai di Gurney Drive ini juga terjejas dengan peristiwa Tsunami Besar yang melanda Laut Hindi pada tahun 2004. Kami diberitahu, selepas peristiwa itu, pantai di Gurney Drive ini ditutup kepada orang awam. Kerja-kerja penambakan laut yang sedang dilaksanakan sekarang adalah bagi memperbaiki kerosakan besar yang berlaku pada ketika itu.

Persiaran kaki yang cantik di Gurney Drive
Seven Eleven
Pantai di sepanjang Gurney Drive kini dipagar dan ditutup kepada orang awam selepas peristiwa Tsunami Besar pada tahun 2004.

Part 10: Perjalanan Ke Kek Lok Si Temple

Kami menaiki bas HOHO City Route sekali lagi pada hari ini untuk membuat lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar George Town. Perkhidmatan bas ini bermula pada pukul 9 pagi setiap hari dan kami menaiki bas yang pertama berlepas dari sini hari ini.

Bas HOHO
Kami adalah penumpang bas pertama pagi ini.
Kami membeli tiket 48 jam untuk perjalanan sepanjang hari ini dan esok dengan bas HOHO. Tiket ini berharga RM32 seorang bagi warganegara Malaysia. Seperti juga semalam, kami memilih untuk duduk di kerusi paling belakang di tingkat bawah sahaja.

Tiket perjalanan 48 Jam HOHO
Peta Pulau Pinang
Roundabout di penghujung Gurney Drive
Pemandangan di dalam bas
Penang Turf Club ~ Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.
Percubaan menjenguk ke dalam Turf Club dari dalam bas yang gagal.
Perhentian Penang Hill
Pemandangan sebuah funicular yang sedang mendaki Penang Hill. Tunggu, esok kami datang ke sini!
Tugu Peringatan Perang di kaki Penang Hill
Ada sebuah perayaan sedang diraikan oleh masyarakat Hindu di Pulau Pinang hari ini. Oleh yang demikian, semua jalan yang mempunyai Kuil Hindu termasuklah yang berhampiran dengan Penang Hill ini sedikit sesak pagi itu.

Ada sebuah perayaan sedang diraikan oleh penganut agama Hindu pagi ini.
Destinasi lawatan pertama kami di Pulau Pinang, Kek Lok Si Temple terletak di Air Itam. Ada sebuah pasar awam terletak berhampiran dengan kuil ini. Suasana di sini juga sedikit sesak pada pagi ini.

Pasar Awam Air Itam berhampiran Kek Lok Si Temple
Peniaga-peniaga di pasar sedang memulakan perniagaan pada ketika ini.
Gerai Durian

Part 11: Kek Lok Si Temple

Kek Lok Si Temple adalah Perhentian No.4 dalam laluan HOHO City Route. Perhentian ini walau bagaimanapun tidak terletak betul-betul di hadapan temple.

Perhentian Bas HOHO di Kek Lok Si Temple
Persimpangan jalan menuju ke Kek Lok Si Temple dan Bukit Bendera (Penang Hill).
Dari perhentian bas, kenalah kita menapak sedikit menuju ke temple. Tak perlu bimbang takut tersesat kerana pemandangan temple ini memang jelas kelihatan dari tempat perhentian bas.

Pemandangan Kek Lok Si Temple dari perhentian bas HOHO.
Temple ini terletak di atas bukit
Lega bila melihat ada lif di sini. Tak perlulah kita memanjat tangga naik ke atas.
Patung-patung Dewi Kuan Yin membarisi tempat letak kereta Kek Lok Si Temple.
Kek Lok Si Temple dibuka untuk lawatan bermula pukul 9 pagi - 6 petang setiap hari. Pembinaannya bermula dalam tahun 1800-an dan kini menjadi kuil Buddha yang terbesar di Asia Tenggara.

Pintu masuk ke Kek Lok Si Temple
Tarikan yang ada di Kek Lok Si Temple
Stesen Inclined Lift di Kek Lok Si Temple
Kek Lok Si Temple umumnya boleh dilawati secara percuma. Tiket hanya dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan lif dan buggy sahaja di sini. Perkhidmatan Inclined Lift ini juga terdiri dari dua peringkat. Kita boleh membeli tiket secara pakej atau berasingan untuk menggunakan mana-mana perkhidmatan ini.

Kaunter Tiket Inclined Lift
Tiket Lif.
Pintu masuk ke lif
Pemeriksaan tiket oleh petugas di dalam lif
Pemandangan dari dalam Inclined Lift menghala ke atas
Pemandangan dari dalam Inclined Lift menghala ke tepi
Pemandangan dari dalam Inclined Lift menghala ke bawah
Ada buggy menanti setelah kita keluar dari Inclined Lift. Oleh kerana tiket yang kami beli di bawah tadi dah termasuk sekali dengan perkhidmatan buggy ini, kami terus naik buggy menuju ke stesen Inclined Lift peringkat kedua pula.

Husband sedang mendengar penerangan dari pemandu buggy tentang tempat-tempat yang boleh dilawati di Kek Lok Si Temple.
Gambar kenangan di dalam buggy
Menggunakan buggy untuk naik ke atas
Pemandangan dari dalam buggy sewaktu naik ke atas
Hampir tiba di stesen Inclined Lift peringkat kedua.
Tak tahu apa bendanya ini.
Stesen Inclined Lift peringkat kedua terletak di dalam sebuah kedai cenderamata. Tidak seperti ketika menaiki Inclined Lift di peringkat pertama tadi di mana kami tak berkongsi lif dengan orang lain, ada ramai penumpang naik lif bersama kami di peringkat kedua ini.

Kedai Cenderamata yang perlu dilalui untuk mendapatkan Inclined Lift Peringkat Kedua
Terperanjat kita tengok patung monk sedang bertapa dalam bekas kaca ini. Sebiji macam orang hidup!
Duduk menunggu Inclined Lift tiba.
Pemandangan menghala ke atas dari dalam Inclined Lift peringkat kedua.
Satu lagi pemandangan menghala ke atas dari dalam Inclined Lift peringkat kedua
Ramai yang berkongsi lif dengan kami dalam peringkat kedua ini.
Pemandangan menghala ke bawah dari dalam Inclined Lift peringkat kedua
 Inclined Lift peringkat kedua tiba di stesen atas.
Arah ke Kuan Yin Statue
Kemuncak bukit di Kek Lok Si Temple ini dihiasi dengan sebuah patung gergasi Goddess of Mercy, Kuan Yin. Di samping itu terdapat juga sebuah temple kecil dan taman yang dihiasi dengan patung-patung haiwan kalendar zodiak Cina.

Kedai cenderamata di Upper Inclined Lift Station ini dihiasi dengan patung-patung haiwan dalam Kalendar Zodiak Cina.
Donald Duck dan Mickey Mouse pun menumpang sama jadi patung kat sini.
Husband bergambar dengan haiwan-haiwan glamour kat luar kedai cenderamata.

KUAN YIN PAVILION 

Ada binaan Kuan Yin Pavilion setinggi bangunan 20 tingkat di puncak bukit ini. Di dalamnya terdapat sebuah patung Kuan Yin setinggi 30 meter. Patung ini adalah sebenarnya patung Kuan Yin yang kedua dibina di sini. Sebelum patung ini dibina, ada sebuah patung Kuan Yin yang lebih kecil dibina di sini. Patung ini kini telah dirobohkan dan hanya tinggal bahagian kepala sehingga ke dada yang diletakkan di atas bumbung kedai cenderamata.

Kuan Yin Pavilion
Ada sebuah cerita yang pernah Myself baca mengenai Kuan Yin. Disebabkan dia adalah Goddess of Mercy, Kuan Yin berazam tak akan berehat sehingga semua manusia bebas dari kesengsaraan. Disebabkan terlalu banyak kesengsaraan yang ada pada manusia, kepala Kuan Yin terpecah menjadi 11 bahagian. Amitabha Buddha yang bersimpati memberikan Kuan Yin 11 buah kepala yang boleh mendengar tangisan kesengsaraan. Bila Kuan Yin cuba membantu semua tangisan yang didengar, kedua-dua tangannya juga pecah berkecai. Sekali lagi Amitabha Buddha membantu dengan memberikan Kuan Yin 1,000 buah tangan yang boleh membantu meringankan kesengsaraan.

Kuan Yin juga dikenali sebagai Goddess of Mercy
Patung penjaga Kuan Yin di pintu masuk ke Kuan Yin Pavilion
Kuan Yin Pavilion tak dapat dimasuki ketika itu kerana ada kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan
Pemandangan kawasan Air Itam dan landasan Inclined Lift peringkat kedua dari Kuan Yin Pavilion
Mengambil gambar pemandangan sekitar
Sebuah Inclined Lift sedang naik ke atas

ZODIAC GARDEN

Di sebelah Kuan Yin Pavilion, ada sebuah taman yang dihiasi dengan patung-patung haiwan dalam Kalendar Zodiak Cina.

Zodiac Garden
Pernah tak dengar cerita tentang haiwan-haiwan di dalam Chinese Zodiac Calendar ini? Mengikut kisahnya, pada satu hari Jade Emperor bercadang untuk mengukur tahun dalam 12 pusingan yang setiap satunya akan dinamakan mengikut nama sejenis haiwan. Malangnya banyak haiwan yang berminat dengan cadangan Jade Emperor. Oleh yang demikian, Jade Emperor memutuskan untuk mengadakan perlumbaan bagi memilih 12 haiwan tersebut.

Pada ketika itu, Tikus berkawan baik dengan Kucing dan kedua-duanya menyertai perlumbaan. Disebabkan sebahagian laluan perlumbaan perlu menyeberang sebatang sungai, Kucing dan Tikus meminta bantuan untuk menumpang di belakang Lembu yang baik hati kerana kedua-dua mereka tak pandai berenang.

Oleh kerana Lembu kuat dan pandai berenang, ketiga-tiga mereka dapat mengatasi haiwan lain dalam perlumbaan. Kemudian Tikus menjadi tamak lalu menolak Kucing ke dalam sungai dari belakang Lembu untuk menang. Kucing yang tak pandai berenang terkapai-kapai tetapi dapat juga membawa diri ke tebing sungai, malangnya di sebelah yang bertentangan sehingga terkeluar dari perlumbaan.

Lembu terkejut bila Kucing jatuh ke dalam sungai ditolak oleh Tikus. Sewaktu Lembu berpaling untuk melihat keadaan Kucing, Tikus mengambil kesempatan melompat ke tebing sungai dan menamatkan perlumbaan di tempat pertama, diikuti oleh Lembu di tempat ke-2. Kucing yang marah dianiaya oleh Tikus pula bersumpah untuk membunuh tikus dan keturunannya bermula dari saat itu untuk membalas dendam. Sumpah ini dipegang oleh keturunan Kucing sehingga ke hari ini.

Tempat ke-3 dimenangi oleh Harimau yang sedikit terlambat kerana hanyut ke arah bertentangan dibawa arus sungai. Tempat ke-4 pula dimenangi oleh Arnab yang melompat-lompat di atas batu untuk menyeberang sungai. Di tengah jalan sewaktu Arnab melompat, dia terjatuh ke dalam sungai. Namun Arnab bertuah kerana dapat berpaut kepada sebatang kayu yang kemudiannya ditolak angin kuat ke arah tebing untuk membolehkan dia menamatkan perlumbaan.

Arnab menang tempat keempat dalam perlumbaan bila kayu yang dipaut ditolak angin ke tebing sungai.
Kemudian datang pula Sang Naga jatuh tersembam di kaki Jade Emperor. Jade Emperor terperanjat kerana dia menyangka Nagalah yang sepatutnya menang dalam perlumbaan ini. Bila Jade Emperor meminta penjelasan, Naga memberitahu yang sewaktu dia terbang di udara, dia ternampak ladang seorang petani sedang terbakar. Naga membuat keputusan untuk membantu dengan menghembus hujan ke arah ladang untuk memadamkan api. Kemudian dia ternampak pula Sang Arnab sedang terkapai-kapai di atas sebatang kayu selepas terjatuh ke dalam sungai. Naga yang baik hati telah menghembus nafasnya dengan kuat sehingga Arnab selamat sampai ke tebing. Jade Emperor yang gembira dengan kebaikan hati Naga mengisytiharkan Naga sebagai pemenang di tempat ke-5 walaupun dia tak mengikut laluan perlumbaan yang sebenar.

Sebaik Naga diisytiharkan sebagai pemenang ke-5, muncul pula Kuda berlari kencang keluar dari sungai. Dengan tak semena-mena, keluar pulak Ular dari dalam semak. Kuda yang terperanjat melihat Ular terkujat tak bergerak. Ular dengan steady melintas garis penamat di tempat ke-6 mengatasi Kuda di tempat ke-7.
 
Kuda mendapat tempat ke-7 kerana terkujat terperanjat dengan Sang Ular
Ular yang berjaya mengalahkan Kuda
Kemudian datang pula Kambing Biri-biri, Monyet dan Ayam. Ketiga-tiga mereka bekerjasama menyeberang sungai menggunakan sebuah rakit. Monyet dan Ayam merasa panik sewaktu menyeberang sungai sehingga terpaksa ditenangkan oleh Kambing Biri-biri. Oleh yang demikian, Monyet dan Ayam sepakat memberikan tempat ke-8 kepada Kambing Biri-biri diikuti Monyet di tempat ke-9 dan Ayam di tempat ke-10.

Selepas itu tiba Anjing berlari dengan termengah-mengah. Walaupun Anjing sebenarnya pandai berenang, dia juga gemar bermain. Bila tiba di sungai, Anjing excited terlebih bermain dengan air sehingga terlupa yang dia sebenarnya sedang berlumba. Mujurlah dia masih mampu meraih kemenangan di tempat ke-11.

Hanya satu saja tempat yang tinggal dan semua menunggu dengan suspen siapakah pemenang yang terakhir itu? Kemudian kedengaran bunyi merengus dan muncullah Sang Babi. Kehadiran Babi juga menghairankan Jade Emperor kerana Babi selalunya tidaklah selewat itu bila dipanggil menghadap. Kata Babi, dia kelaparan sewaktu sedang berlumba lalu membuat keputusan untuk mencari makanan terlebih dahulu. Lepas makan, Babi kekenyangan lalu tertidur. Bila terjaga, Babi teringat yang dia sebenarnya sedang menyertai perlumbaan. Dia bergegas berlari sehingga akhirnya dapat menduduki tempat yang terakhir.

Pemenang terakhir dalam perlumbaan yang dianjurkan oleh Jade Emperor
Patung Kura-kura pun ada. Tapi tak tahu apa cerita kura-kura ini.
Di seberang Zodiac Garden ada pula sebuah temple kecil yang didedikasi kepada Kuan Yin. Kami turut menjenguk ke sana.

Kuil untuk Kuan Yin
Tempat membakar colok di depan kuil
Pemandangan dekat tempat membakar colok
Mengambil gambar kuil dari depan
Ukiran kayu pada siling di pintu masuk ke kuil
Balang berbentuk Buah Nanas di depan kuil
Menggantung Wishing Ribbon di depan kuil
Pelbagai Wishing Ribbon yang boleh dibeli dan digantung sesuai dengan hajat masing-masing
Pemandangan ke dalam Kuil Kuan Yin. Pelawat yang ingin masuk ke dalam diminta membuka topi sebagai tanda hormat, sama seperti peraturan melawat ke Temple of Emerald Buddha di Bangkok dulu.
Patung Kuan Yin di dalam kuil ini digambarkan memiliki 1,000 tangan.
Buah Nanas melambangkan kemakmuran dalam kepercayaan Orang Cina
Sesiapa yang ingin berderma kepada kuil boleh berbuat demikian dengan membeli genting-genting atap yang dijual dengan harga RM30 sekeping. Setiap genting yang dibeli akan ditulis dengan nama pembeli.
Water Pavilion berhampiran Kuil Kuan Yin
Air Terjun buatan di belakang Water Pavilion
Ada Ikan Koi dibela di dalam kolam ini
Pemandangan ikan yang berenang di dalam kolam dengan lebih dekat.
Sebahagian patung Kuan Yin yang asal diletakkan di atas bangunan yang menempatkan Kedai Cenderamata dan Stesen Inclined Lift ini.
Selepas melawat-lawat ke sini, kami turun ke Middle Station dengan menggunakan Inclined Lift semula.

Menunggu Inclined Lift untuk turun ke Middle Station
Inclined Lift dah tiba
Pemandangan sewaktu turun ke Middle Station dengan Inclined Lift
Pemandangan di perkarangan Kek Lok Si Temple sewaktu turun ke Middle Station
Melalui semula Kedai Cenderamata untuk keluar dari Middle Station. Pelbagai souvenir Buddhist dan Non-Buddhist dijual di dalam kedai ini.

MAIN PRAYER HALL

Atas saranan dari petugas di Middle Station, kami melawat pula ke Main Prayer Hall yang terletak berdekatan. Laluan menuju ke sana juga penuh dengan pelbagai cenderamata untuk jualan.

Laluan menuju ke Main Prayer Hall dari Middle Station
Pemandangan ke Main Prayer Hall dari pintu sisi
Di sini juga ada tempat jualan genting atap untuk didermakan kepada kuil
Bumbung di luar Main Prayer Hall
Colok dibakar oleh penganut Buddha yang ingin bersembahyang
Asap dari colok agak menyesakkan hidung di sini
Seorang penganut sedang bersembahyang
Pemandangan ke dalam Main Prayer Hall
Main Prayer Hall
Salah sebuah pintu masuk ke Main Prayer Hall
Iklan Inclined LIft untuk naik ke Kuan Yin Pavilion
Arah ke Stesen Inclined Lift
CD Agama Buddha percuma untuk mereka yang berminat
Hall of the Devas
Pemandangan di dalam Hall of Devas
Heavenly Kings
Heavenly Kings adalah Dewa yang menjaga 4 arah mata angin: Utara, Selatan, Timur dan Barat.
Pemandangan Main Prayer Hall dari Hall of Devas
Pemandangan Main Prayer Hall dari arah depan.
Hall of Laughing Buddha
Three Tier Pagoda
Four Faced Buddha ini dihadiahkan oleh King of Thailand kepada Kek Lok Si Temple
Macam Four Faced Buddha yang pernah kami lihat di Bangkok
Pemandangan di Central Courtyard
Central Courtyard
Cloister of Standing Buddhas
Ada banyak pokok Bunga Raya ditanam di sini
Pelbagai spesis Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya
Pintu gerbang dengan senibina Cina di Central Courtyard
Balkoni di sebalik pintu gerbang
Pemandangan dari balkoni

PAGODA OF TEN THOUSAND BUDDHAS

Tarikan utama di Kek Lok Si Temple adalah sebuah bangunan pagoda setinggi 7 tingkat yang dinamakan Pagoda of Ten Thousand Buddhas.

Pemandangan Pagoda of Ten Thousand Buddhas dari Central Courtyard
Pagoda of Ten Thousand Buddhas ini dibina pada tahun 1915. Batu asas pembinaannya diletakkan oleh King Vajiravudh (Rama VI) dari Thailand. Binaan pagoda ini unik kerana ia menggabungkan tiga gaya senibina: Cina (tingkat bawah), Thai (tingkat tengah) dan Burma (tingkat atas).

Pagoda of Ten Thousand Buddhas dibina dengan gabungan senibina China, Thailand dan Burma (Myanmar).
Kami tak masuk ke Pagoda of Ten Thousand Buddhas, cukuplah sekadar melihat dari bangunan Three Tier Pagoda berhampiran Central Courtyard. Dah tak larat lagi rasanya nak menghidu asap colok dan melihat patung-patung Buddha dan Kuan Yin di dalamnya. Cukuplah sekadar menikmati pemandangan di sekitar.

Three Seated Buddhas dalam Bangunan Three Tier Pagoda
Pemandangan dari Three Tier Pagoda
Pemandangan Pagoda of Ten Thousand Buddhas dari Three Tier Pagoda.
Pemandangan Central Courtyard dari Three Tier Pagoda
Patung apa ni?
Pokok Limau yang ditanam dalam pasu
Kami membuat keputusan untuk meninggalkan Kek Lok Si Pagoda untuk melawat ke tempat lain pula. Sekali lagi khidmat buggy digunakan untuk pergi ke sebuah lagi stesen Inclined Lift di Middle Station ini untuk turun ke bawah.

Buggy dah tiba
Pemandangan sewaktu menaiki buggy menuju ke Stesen Inclined Lift untuk turun ke bawah.
Husband bergambar kenangan dengan Uncle Buggy
Pemandangan menghala ke bawah dari bangunan Stesen Inclined Lift sebelum turun ke bawah
Pemandangan Tortoise Pond di kaki bukit
Sebuah dewan berhampiran Stesen Inclined Lift
Dewan ini digunakan untuk upacara-upacara keagamaan Buddha.
Pemandangan Pagoda Of Ten Thousand Buddhas dari luar dewan
Kaunter tiket Inclined Lift untuk turun ke bawah
Inclined Lift untuk turun ke bawah
Bergambar kenangan dalam Inclined Lift
Pemandangan dari Inclined Lift sewaktu turun ke bawah
Satu lagi pemandangan dari Inclined Lift sewaktu turun ke bawah
Ini pemandangan menghala ke atas pula
Pemandangan Tortoise Pond dari Inclined Lift
Pemandangan di stesen bawah Inclined Lift
Setibanya di bawah kami disambut oleh seorang petugas Temple yang bertanya tentang pengalaman kami melawat ke sini. Beriya-iya dia bertanya untuk memastikan yang kami memang dah melawat ke semua tempat dan tak miss apa-apa di temple ini. Petugas ini juga mencadangkan supaya kami datang melawat lagi sewaktu perayaan Tahun Baru Cina. Kek Lok Si Temple akan dihias dengan lampu-lampu cantik selama sebulan sempena perayaan itu, katanya. Tapi mesti tak selesa melawat waktu itu sebab terlalu ramai orang akan berada di sini nanti.

Petugas Temple yang peramah di stesen bawah Inclined Lift.

TORTOISE POND

Sebelum bergerak menuju ke Perhentian HOHO, kami singgah sekejap di Tortoise Pond yang terletak di kaki bukit Kek Lok Si Temple. Seperti namanya, kolam ini dipenuhi dengan kura-kura.

Arah ke Tortoise Pond
Berjalan menuju ke Tortoise Pond
Sayur Kangkung yang dijual untuk makanan kura-kura
Kolam Kura-kura
Dalam kepercayaan Buddha, kura-kura melambangkan umur yang panjang, kebijaksanaan dan kedamaian. Oleh yang demikian, memang selalu akan ada kolam kura-kura di mana-mana Kuil Buddha termasuklah di Kek Lok Si Temple.

Kura-kura sedang berenang di dalam kolam
Kura-kura berjemur di atas batu
Air Terjun buatan di Kolam Kura-kura
Pemandangan Pagoda of Ten Thousand Buddhas dari Tortoise Pond
Pintu keluar dari Kek Lok Si Temple
Kemudian kami berjalan menyusuri kedai-kedai kembali ke perhentian bas HOHO. Mujurlah tak lama kami menunggu sebelum bas HOHO muncul.

Berjalan menuju ke Perhentian HOHO
Tempat Perhentian HOHO (Stop No.4)
Berlindung dari kepanasan matahari di kedai berhampiran sewaktu menunggu HOHO tiba.
Bas HOHO dah sampai

Part 12: Chowrasta

Cadangan seterusnya selepas melawat Kek Lok Si Temple adalah melawat ke kawasan UNESCO Heritage. Walau bagaimanapun kami bercadang untuk turun di Perhentian Chowrasta dan berjalan kaki ke sana kerana lebih banyak lukisan dan karikatur famous di kawasan tersebut dapat dilihat dengan cara begitu.

Mat Salleh yang naik ke bas HOHO di sini semua dah nampak macam udang kena bakar.
Meninggalkan Air Itam menuju ke pusat bandar George Town.
Penganut-penganut Hindu yang sedang berjalan menuju ke temple.
Curious juga sebenarnya nak tahu apa perayaan Hindu yang sedang diraikan pada hari ini.
Memang kagum melihat bangunan-bangunan lama yang masih dikekalkan di sekitar George Town.
Masjid Negeri Pulau Pinang yang direka oleh seorang arkitek dari Filipina.
Transformers yang turut menjadi perhiasan di bandaraya George Town.
Sami Hindu di depan sebuah Kuil Hindu
Masjid dan Makam Dato Koyah
Kedai makan di tepi jalan.
Sebuah bangunan lama yang telah dijadikan hotel dan restoran
Perhentian No.7 HOHO: Chowrasta
Kami turun dari bas HOHO betul-betul di depan Pasar Chowrasta. Pasar ini terkenal dengan jualan jeruk buah-buahan yang sering dijadikan cenderamata istimewa dari Pulau Pinang. Sementelah dah tiba ke sini, eloklah kita menjenguk suasana di dalam pasar ini.

Pasar Chowrasta. Ada tulisan Tamil pada bangunan ini kerana mengikut sejarahnya, peniaga asal di pasar ini adalah orang-orang India Muslim yang datang ke Penang sewaktu zaman penjajahan British.
Suasana di Pasar Chowrasta
Pemandangan biasa di Pasar Chowrasta ~ pelancong akan membeli berbeg-beg jeruk terutamanya mangga dan buah pala untuk dibawa pulang ke tempat masing-masing.
Husband seronok meninjau-ninjau jualan penjaja di tepi Pasar Chowrasta.
Selain dari jualan jeruk buah-buahan, ada juga tempat jualan daging di bahagian belakang Pasar Chowrasta.
Kawasan jualan daging di Pasar Chowrasta
Kami tak membeli jeruk di dalam Pasar Chowrasta. Sebaliknya kami berkunjung ke kedai Jeruk Madu Pak Ali yang terletak bersebelahan dengan Pasar Chowrasta.

Jeruk Madu Pak Ali
Pemandangan dalam kedai Jeruk Madu Pak Ali
Jeruk di kedai Jeruk Madu Pak Ali ini memang serious sedap!
Cashier di kedai Jeruk Madu Pak Ali. Sibuk cashier ini hari ini sebab ada ramai pelanggan.
Husband gembira dengan  hasil belian di kedai Jeruk Madu Pak Ali


 Bersambung ke Bhg.5...