Sunday 29 April 2018

2018 PENANG BHG. 10 (Fort Cornwallis)

April 2018

PENANG, MALAYSIA
George Town

Bahagian 10: PADANG KOTA & FORT CORNWALLIS

HARI KETIGA (4)

Part 28: Padang Kota

Sampai di Lower Station Penang Hill, kami terus ke perhentian bas. Kenalah menunggu sekejap sehingga bas HOHO City Route tiba. Dari pengalaman kami, jadual perjalanan HOHO ini agak reliable. Habis-habis lama pun ia hanya tersasar 10-15 minit dari jadual yang dinyatakan, mungkin disebabkan faktor trafik.

Masa menunggu ini teringat pula kenangan masa naik bas HOHO di Dubai. Kalau di Dubai, perhentian bas tepi jalannya bertutup dan berair-cond. Kalaulah perhentian bas HOHO kat Penang ni pun boleh buat begitu, kan best.

Berjalan keluar dari Lower Station Penang Hill.
Kat sinilah kami menunggu sehingga bas HOHO tiba. Okay jugalah sebab ada kipas berputar, tapi kalau ada air-cond mesti lagi best.
Sambil menunggu bas HOHO tiba, Husband merayau ke bangunan di depan perhentian bas ini. Bukan sebab apa, dia tertarik melihat lukisan-lukisan penghias tiang pada bangunan itu.

Bangunan di depan perhentian bas di Penang Hill
Penghias tiang bangunan: Bruce Lee dan P. Ramlee
Pemain Wau dan Penari India turut menjadi penyeri tiang.
Bas HOHO dah tiba
Iklan pada bas Rapid Penang pun dibuat ala-ala lukisan kat UNESCO Heritage
Meninggalkan Penang Hill
Tugu Peringatan Perang dekat Penang Hill
Hari Isnin adalah hari persekolahan
Masuk ke kawasan pusat bandar George Town
Kawasan bersejarah di bandaraya George Town
Dalam perjalanan ke Padang Kota, kami melintas sekali lagi kawasan UNESCO Heritage. Panjang tengkuk kita di sini meninjau-ninjau dari atas bas kot-kot ternampak lukisan dan karikatur yang kita tak terjumpa semalam.

Kawasan UNESCO Heritage
Lukisan Pam Minyak
Kat sana ada satu lukisan budak bermain belon.
Kawasan sekitar UNESCO Heritage
Masih di kawasan UNESCO Heritage
Karikatur Captain Francis Light di Chulia Street. Chulia Street adalah salah sebuah jalan asal di bandaraya George Town yang dibina di zaman Captain Francis Light sendiri.
Kami turun dari bas HOHO di perhentian Cruise yang terletak di Lebuh Pantai. Lebuh Pantai yang nama asalnya Beach Street adalah kawasan gudang pelabuhan di zaman kolonial. Walaupun sebahagian besar bangunan di sini digunakan sebagai bank-bank perdagangan pada hari ini, ciri-ciri gudang pada bangunan masih dikekalkan.

Perhentian Cruise (Stop No. 10) di Lebuh Pantai
Sejarah Lebuh Pantai
Peta bangunan-bangunan bersejarah di sepanjang Lebuh Pantai.
Sebahagian besar bangunan di Lebuh Pantai kini digunakan oleh bank-bank perdagangan.
Ciri-ciri gudang pada bangunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang masih ketara.
Berjalan menuju ke Padang Kota
Perhentian Cruise terletak tidak jauh dari Padang Kota dan Fort Cornwallis. Dalam perjalanan ke sana, kita juga dapat melihat sebuah menara jam lama yang didirikan pada zaman British dulu. Menara jam ini dinamakan Queen Victoria Memorial Clock Tower yang dibina oleh seorang kaya bernama Cheah Chen Eok pada tahun 1897 untuk memperingati Jubli Intan (60 tahun) pemerintahan Queen Victoria pada ketika itu. Menara ini dibina setinggi 60 kaki, setiap satu kaki sempena setahun pemerintahan baginda.

Queen Victoria Memorial Clock Tower
Fort Cornwallis
Pemandangan Fort Cornwallis dari seberang jalan
Pusat Makanan di Padang Kota yang dinamakan Esplanade Park. Ia terletak betul-betul di sebelah Fort Cornwallis.
Tiba di Padang Kota, rambang pulak mata memilih makanan yang hendak dicuba. Memang semuanya nampak sedap, tapi tak mampulah nak mencuba semuanya sekali harung. Kami akhirnya memilih untuk mencuba Nasi Goreng Udang dan Nasi Ayam di sebuah gerai yang terletak paling hujung di Esplanade Park ini.

Pemandangan di pusat makanan Esplanade Park
Rambang pulak mata memilih makanan yang hendak dimakan di sini.
Satu lagi pemandangan di Esplanade Park
Mulanya nak cuba makan Mee Sotong di sini, tapi ramai pulak orang beratur di gerai ini.
Inilah gerai Mee Sotong yang famous itu.
Kami akhirnya memilih untuk makan di gerai ini, tapi memang tak menyesal sebab makanannya sangat superb.
Nasi Goreng Udang
Nasi Ayam
Nyumm..nyumm... Dalam gambar pun nampak sedap bukan? Tapi memang rasanya sangat sedap. Masa menulis entry ini, memang Myself terasa macam nak makan lagi kat sini kalau berkesempatan datang ke Penang lagi.

Part 29: Fort Cornwallis

Kata Pantun Melayu: Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Memang senang hati lepas dah kenyang perut makan makanan yang sedap di Esplanade Park. Untuk menambahkan kegembiraan hati, kami melawat pula ke Fort Cornwallis yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Esplanade Park (sebab itu kawasan ini dipanggil Padang Kota ~ padang yang terletak di sebelah Kota Cornwallis).

Pemandangan Fort Cornwallis dari Esplande Park
Sebahagian Fort Cornwallis yang bersebelahan dengan Esplanade Park ditutup untuk kerja-kerja pemuliharaan.
Pada masa dulu, Fort Cornwallis dikelilingi parit besar (moat) namun parit ini telah tertimbus ditelan zaman. Usaha kini sedang dibuat untuk mengembalikan parit-parit ini seperti asal. Oleh yang demikian, sebahagian Fort Cornwallis ditutup untuk kerja-kerja pemuliharaan.

Kawasan kerja pemuliharaan ditutup dengan penghadang.
Sejarah Fort Cornwallis diceritakan di sepanjang pagar penghadang ini.
Mengintai kerja pemuliharaan yang sedang dilaksanakan dari celah penghadang.
Pintu belakang Fort Cornwallis ini ditutup disebabkan kerja-kerja pemuliharaan.
Parit sekeliling Fort Cornwallis yang sedang digali semula
Satu lagi pemandangan kerja pemuliharaan yang sedang dilaksanakan dilihat dari celah-celah penghadang.
Disebabkan pintu masuk ke Fort Cornwallis yang berdekatan dengan Esplanade Park ditutup, kami terpaksa berjalan mengelilingi separuh kota untuk masuk menerusi pintu yang sebuah lagi. Mujur jugalah Fort Cornwallis ini tak sebesar mana. Tapi jenuh jugalah berjalan di tepi laut dalam cuaca panas terik menuju ke pintu itu.

Berjalan mengelilingi separuh Fort Cornwallis untuk masuk menerusi pintu yang sebuah lagi.
Meriam Fort Corwallis
Fort Cornwallis sebenarnya didirikan di tepi laut. Jalan ini dibina di kawasan tambakan laut.
Kota tua yang masih teguh berdiri merentasi masa.
Tembok Fort Cornwallis
Rumah Api Fort Cornwallis yang dibina dari kerangka besi sejak zaman British lagi.
Pintu masuk ke rumah api.
Papan keterangan mengenai rumah api Fort Cornwallis.
Pintu masuk ke Fort Cornwallis
Tiket masuk dikenakan untuk melawat ke Fort Cornwallis. Harga tiket adalah RM10 seorang bagi pengunjung dewasa warga Malaysia. Tiket diberi dalam bentuk gelang yang perlu dipakai sepanjang masa kita berada di dalam kota.

Fort Cornwallis
Kaunter tiket Fort Cornwallis
Tiket Fort Cornwallis yang perlu dipakai sepanjang masa sewaktu berada di dalam kota. Macam tiket masuk ke MATTA Fair je rupanya.
Pengawal Fort Cornwallis memakai pakaian askar British zaman dulu macam pengawal di Fort Santiago di Intramuros, Manila dulu yang memakai pakaian seragam tentera Spanish zaman dulu-dulu.
Tiket masuk sedang discan oleh pengawal kota.
Fort Cornwallis dibina oleh Kapten Francis Light pada mulanya dengan hanya menggunakan batang pokok nibong tanpa binaan kekal. Ia didirikan pada tahun 1786 dan dinamakan sempena Gabenor Jeneral British di India pada ketika itu - Charles Earl Cornwallis. 

Pada tahun 1804, kota ini dibina semula dengan batu menggunakan tenaga buruh tahanan India semasa Kolonel R.T. Farquhar berkhidmat sebagai Gabenor Pulau Pinang. Kota Cornwallis siap sepenuhnya pada tahun 1810. Ia bertujuan mempertahankan kepentingan British dari serangan Perancis.

Pemandangan di dalam Fort Cornwallis
Amphitheater
Pemandangan pintu masuk ke Fort Cornwallis dari bahagian dalam.
Sungguhpun kota ini pada asalnya dibina bagi kegunaan tentera dan pasukan Artileri Diraja, sejarah menunjukkan ia lebih berfungsi sebagai pusat pentadbiran berbanding pertahanan. Sepanjang sejarahnya, kota ini tidak pernah terbabit dalam sebarang pertempuran. Selain digunakan oleh pasukan Artileri Diraja United Kingdom, kota ini pernah diduduki oleh Polis Sikh Negeri-negeri Selat pada tahun 1920-an. Kini, ia merupakan salah sebuah tarikan pelancongan utama Pulau Pinang.

Tangga naik ke kawasan meriam
Bahagian kota yang menghadap ke laut dibina lebih tinggi berbanding bahagian lain. Di sini masih terdapat meriam-meriam lama yang dikekalkan di tempat mereka.

Bahagian kota yang menghadap ke laut dibina lebih tinggi berbanding kawasan lain di dalam kota.
Gambar bersejarah gudang-gudang lama Pelabuhan Pulau Pinang di sekitar Fort Cornwallis.
Pemandangan dari dalam kota menghala ke luar
Pintu masuk ke Rumah Api dari dalam Fort Cornwallis
Sejarah Rumah Api Fort Cornwallis
Sebahagian meriam Fort Cornwallis masih dikekalkan di tempat asal
Bendera Pulau Pinang
Pemandangan meriam menghala ke laut
Tempat untuk menyamar jadi tentera British zaman dulu
Papan keterangan mengenai meriam-meriam Fort Cornwallis
Beginilah Tentera British zaman dulu mengintai kapal-kapal yang masuk ke Pelabuhan Pulau Pinang.
Ready, Aim, Fire !!!
Salah sebuah meriam yang terkenal di Fort Cornwallis ialah sebuah meriam Belanda yang diberi nama Seri Rambai. Meriam ini pada asalnya adalah kepunyaan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), yang dihadiahkan oleh Belanda kepada Sultan Johor sebagai balasan untuk konsesi perdagangan sebelum ia berpindah tangan dari satu kerajaan kepada kerajaan yang lain akibat peperangan. Sehingga kini, jata syarikat 'VOC' tersebut masih jelas tertera pada meriam Sri Rambai.

Nak melawat Meriam Seri Rambai
Meriam Seri Rambai ditempatkan pada satu bucu kota Fort Cornwallis
Pemandangan Gudang Peluru dari Meriam Seri Rambai
Padang di tengah kota Fort Cornwallis ini pasti digunakan sebagai tempat perhimpunan Tentera British pada masa dahulu.
Satu lagi pemandangan dari Meriam Seri Rambai
Meriam ini dikatakan pernah jatuh ke laut dekat Padang Kota dan terendam dalam air sekitar 9 tahun lamanya. Pada tahun 1880, dalam suatu acara yang bersifat mistik, meriam itu diangkat dari dalam air ke darat di Padang Kota, Pulau Pinang. Ia kemudiannya ditempatkan di sini. Ada juga satu cerita tahyul yang mengatakan jika wanita yang tak punya anak meletakkan bunga di dalam laras meriam, dia boleh mendapat anak.
nsiden Selangor bermula pada Jun 1871 apabila sekumpulan lanun menyerang kapal milik Pulau Pinang, membunuh 34 penumpang serta kru kapal tersebut dan kemudian membawa kapal tersebut ke Selangor. Pihak Kerajaan Kolonial British telah membalas peristiwa tersebut dan menghantar kapal perang Tentera Laut Diraja Britain dengan arahan supaya menahan lanun-lanun tersebut dan menawan kembali kapal yang ditelah dirampas. Selepas beberapa siri serangan dan tibanya pasukan bantuan berserta pasukan artilari, bandar tersebut dibakar, kota pertahanan Selangor dimusnahkan dan meriam Seri Rambai dibawa ke Pulau Pinang. Kehilangan meriam tersebut amat dirasai oleh rakyat Selangor dan terdapat ramalan yang menyatakan bahawa jika meriam tersebut dipulangkan, barulah bandar tersebut akan kembali hebat.

Artikel Penuh: https://www.orangjohor.com/lagenda-meriam-seri-rambai-hadiah-belanda-buat-sultan-johor.html
© orangjohor.com

Insiden Selangor bermula pada Jun 1871 apabila sekumpulan lanun menyerang kapal milik Pulau Pinang, membunuh 34 penumpang serta kru kapal tersebut dan kemudian membawa kapal tersebut ke Selangor. Pihak Kerajaan Kolonial British telah membalas peristiwa tersebut dan menghantar kapal perang Tentera Laut Diraja Britain dengan arahan supaya menahan lanun-lanun tersebut dan menawan kembali kapal yang ditelah dirampas. Selepas beberapa siri serangan dan tibanya pasukan bantuan berserta pasukan artilari, bandar tersebut dibakar, kota pertahanan Selangor dimusnahkan dan meriam Seri Rambai dibawa ke Pulau Pinang. Kehilangan meriam tersebut amat dirasai oleh rakyat Selangor dan terdapat ramalan yang menyatakan bahawa jika meriam tersebut dipulangkan, barulah bandar tersebut akan kembali hebat.

Artikel Penuh: https://www.orangjohor.com/lagenda-meriam-seri-rambai-hadiah-belanda-buat-sultan-johor.html
© orangjohor.com
Meriam Seri Rambai
Papan keterangan tentang sejarah dan kisah mistik Meriam Seri Rambai
Kemudian kita melawat pula ke Gedung Peluru Fort Cornwallis. Bangunan ini dibina dengan dinding yang sangat tebal untuk menahan dari kemusnahan jika berlaku letupan.

Papan keterangan tentang Gudang Peluru Fort Cornwallis
Gudang Peluru Fort Cornwallis
Pemandangan ke dalam Gudang Peluru
Tangga untuk turun ke bawah
Sebahagian tangga dibina licin untuk memudahkan pergerakan untuk mengangkut barang-barang seperti meriam yang berat itu.
Kami sebenarnya tak dapat melawat ke seluruh Fort Cornwallis kerana sebahagian kota ditutup untuk kerja-kerja pemuliharaan. Tapi itu tak menjadi hal kepada kami kerana masih banyak yang boleh dilihat walaupun sebahagian kota ditutup.

Tembok belakang Fort Cornwallis yang berdekatan dengan pusat makanan Esplanade Park.
Gerai minuman dan tempat rehat dalam kota
Pengawal Fort Cornwallis
Peta Fort Cornwallis
Kereta sorong zaman dulu-dulu
Pintu belakang Fort Cornwallis yang ditutup kepada pengunjung kerana kerja-kerja restorasi parit (moat) sedang dilaksanakan di belakangnya.
Tembok kota
Ini pulak tempat nak menyamar jadi pasangan British zaman dulu-dulu.
Di tengah-tengah Fort Cornwallis, ada didirikan patung pengasas kota ini, Captain Francis Light. Captain Francis Light dilahirkan di Suffolk, England dan merupakan bekas kelasi Angkatan Laut Diraja British dari tahun 1759 hingga 1763. Mulai tahun 1765, dia bekerja sebagai seorang pedagang untuk Syarikat Hindia Timur Inggeris.

Patung Captain Francis Light
Papan keterangan mengenai sejarah Fort Cornwallis
Persaingan dengan Perancis ekoran Perang Napoleon di Eropah menyebabkan British terpaksa mencari sebuah pangkalan baru bagi menyaingi Perancis di Asia Tenggara. Setelah mendapati Pulau Pinang sesuai sebagai pelabuhan baru British, mereka menghantar Francis Light ke Kedah untuk mendapat persetujuan Sultan Kedah untuk menubuhkan sebuah pangkalan di Pulau Pinang. Kapten Light berjaya memujuk Sultan Kedah untuk menyerahkan Pulau Pinang. Sebagai balasannya, Francis Light berjanji bahawa British akan memberi bantuan pertahanan kepada tentera Kedah sungguhpun dia mengetahui bahawa dia tidak berkuasa untuk berbuat sedemikian.

Francis Light memungkiri janjinya bila Kedah meminta bantuan British untuk menentang Siam setelah British menduduki Pulau Pinang pada tahun 1786. Keengganan Francis Light membantu Kedah menyebabkan Kedah menyerang British di Pulau Pinang. Malang sekali Kedah kalah dan terpaksa menyerahkan tanah di seberang Pulau Pinang kepada British pada tahun 1791. British menamakan kawasan tersebut sebagai Province Wellesley (Seberang Perai). Seberang Perai diperlukan oleh British sebagai sumber bekalan makanan dan minuman. Selain itu, Seberang Perai juga turut berfungsi sebagai penampan pertahanan Pulau Pinang dari serangan Sultan Kedah.

Captain Francis Light
Sejarah ringkas tentang Captain Francis Light
Untuk memajukan petempatan baru ini, Captain Francis Light telah membuat keputusan untuk memberi tanah kepada pendatang-pendatang yang menuntut mana-mana tanah di Pulau Pinang. Dalam masa beberapa dekad terdapat lebih kurang 10,000 pendatang daripada pelbagai bangsa dan keturunan yang tinggal di situ. Francis Light diangkat sebagai pengasas Pulau Pinang moden. Oleh kerana itu, British mendirikan sebuah patung peringatan Francis Light. Salah seorang anak Francis Light yang bernama William Light menjadi pengasas bandaraya Adelaide di Australia.

Gambaran tentera British di Fort Cornwallis
Sebahagian Fort Cornwallis ditutup untuk kerja-kerja pemuliharaan
Kami ditunjukkan sebuah terowong lama oleh seorang petugas di Fort Cornwallis. Terowong ini berfungsi sebagai laluan untuk memindahkan barang-barang dari dalam kapal masuk ke dalam kota.

Terowong terletak di bawah jambatan ini
Inilah terowong yang dimaksudkan
Terowong ini dulu digunakan untuk membawa barang masuk ke Fort Cornwallis dari Pelabuhan Pulau Pinang.
Dinding dekat terowong
Walaupun Fort Cornwallis dikelilingi jalan raya sekarang, ia dulu dibina betul-betul di tepi laut. Jalan raya yang ada sekarang dibina di atas kawasan tambakan laut.
Masa kami makan di Padang Kota tadi, kami sebenarnya bercadang nak turut bersolat di sana. Tapi kami diberitahu yang surau terletak di seberang padang dari Esplanade Park. Memandangkan kedudukan surau macam out of the way dan kami sedang bermusafir, kami membuat keputusan untuk mencari surau bila kembali ke Plaza Gurney nanti dengan doa segalanya akan dipermudahkan. Tapi jauh di sudut hati, macam tak seronok tak dapat nak bersolat seperti dirancang.

Namun kata orang, setiap kata-kata yang baik adalah sebenarnya satu doa. Allah mendengar doa kami dan mempermudahkan bagi kami untuk bersolat bila kami dengan tak disangka-sangka bertemu dengan surau di dalam Fort Cornwallis sewaktu melawat ke Tunnel tadi.

Surau di Fort Cornwallis. Ada bilik berasingan disediakan untuk lelaki dan wanita.
Betapa gembira dan bersyukurnya hati kami bertemu dengan surau ini. Walaupun bilik suraunya kecil dan hanya sekadar boleh memuatkan seorang sahaja pada satu-satu masa, surau ini amat selesa. Ada tempat wuduk disediakan di luar surau. Walaupun terbuka, tak ramai pengunjung berada di Fort Cornwallis ketika itu. Jadi mudahlah juga kita nak berwuduk di situ.

Tempat Wuduk di luar surau
Suraunya selesa walaupun kecil
Telekung turut tersedia di dalam Surau Wanita
Meninggalkan Fort Cornwallis

Part 30: Kembali Ke Gurney Drive

Selepas melawat Fort Cornwallis, kami bercadang nak naik bas HOHO Beach Route melawat ke Tropical Spice Garden. Untuk memastikan kami tak terlepas HOHO Beach Route yang berlepas pada pukul 4.30 petang, kami membuat keputusan untuk naik teksi saja kembali ke Gurney Plaza.

Kami bernasib baik kerana bertemu dengan seorang pemandu teksi berketurunan India yang bernama Uncle Ram sebaik keluar dari Fort Cornwallis. Uncle Ram sebenarnya sedang menunggu ketibaan kapal cruise Superstar Libra yang dijangka tiba di Pulau Pinang petang itu bersama-sama ramai pemandu teksi yang lain, tapi dia tak keberatan menghantar kami dulu ke Gurney Plaza.

Naik teksi kembali ke Gurney Plaza
Pemandangan dari dalam teksi sewaktu menuju ke Gurney Plaza
Dalam perjalanan kami berbual dengan Uncle Ram. Kata Uncle Ram, dia dah berpuluh tahun membawa teksi. Anak sulungnya bekerja sebagai pegawai farmasi di Kuala Lumpur dan anak keduanya bertugas sebagai jururawat di Singapura. Yang bongsu pula sedang membuat praktikal kejuruteraan di Kuala Lumpur.

Uncle Ram juga sedang berkira-kira nak bercuti ke Kanada bersama isterinya sambil melawat adik isterinya yang bekerja di sana. Adik Ipar Uncle Ram ini bekerja sebagai seorang tukang masak di Kanada. Dia telah memeluk agama Islam selepas berkahwin dengan seorang lelaki Muslim dari Malaysia yang juga bekerja di Kanada. Kata Uncle Ram, dia juga tak kisah jika ada anaknya nanti yang nak menukar agama bila berkahwin asalkan mereka hidup bahagia.

Dalam teksi yang dipandu oleh Uncle Ram
Restoran KFC dalam sebuah bangunan bersejarah.
Disebabkan masih awal ketika kami tiba di Gurney Plaza, kami masuk ke dalam dulu untuk makan ais kerim. Pusing punya pusing, akhirnya kami membuat keputusan mencuba ais kerim Sangkaya. Kami selalu melihat gerai Sangkaya ini di Kuala Lumpur, tapi tak pernah pun nak mencubanya. Bila dicuba sedap juga rasanya. Bolehlah kita selalu makan ais kerim Sangkaya ini lain kali.

Gerai Ais Kerim Sangkaya
Ais Kerim Sangkaya yang sedap
Keluar dari Gurney Plaza menuju ke Perhentian HOHO.


 Bersambung ke Bhg.11...