Sunday 15 April 2018

2018 PENANG BHG. 02 (Feri)

April 2018

PENANG, MALAYSIA
George Town

Bahagian 2: GEORGE TOWN

HARI PERTAMA (2)

Part 3: Naik Feri Ke Pulau Pinang

ETS Platinum kami tiba di Stesen Butterworth pada pukul 1.00 tengahari. Stesen ini juga adalah stesen akhir bagi perkhidmatan tren ini.

ETS Platinum tiba di Butterworth
Pemandangan di Ruang Menunggu di Stesen Butterworth
Stesen Butterworth terletak di tepi laut. Pemandangan Pulau Pinang yang terletak di seberang Selat Pinang dapat dilihat dengan jelas dari stesen ini.

Pemandangan Pulau Pinang dari Stesen Butterworth
Dermaga-dermaga di Butterworth turut menyokong aktiviti pelabuhan di Pulau Pinang.
Pemandangan George Town dari Stesen Butterworth
Okay, kita dah sampai di Stesen Tren Butterworth sekarang. Jadi bagaimana nak mendapatkan feri untuk pergi ke George Town pula? Jangan bimbang, Terminal Bas Butterworth terletak betul-betul di sebelah Stesen Tren Butterworth. Dari sana, ada bas shuttle percuma yang disediakan untuk ke Terminal Feri. Gratis, kata Orang Indonesia.

Pemandangan Stesen Tren Butterworth dari hadapan.
Pemandangan Terminal Bas Butterworth dari depan Stesen Tren Butterworth.
Ada laluan pejalan kaki yang disediakan dari Stesen Tren ke Terminal Bas.
Ikut saja papan tanda arah yang disediakan untuk mendapatkan bas shuttle ke Terminal Feri
Terminal Bas Butterworth
Penumpang-penumpang yang sedang menunggu bas ke pelbagai destinasi di Terminal Bas Butterworth
Free Bus Shuttle To Ferry
Inilah bas percuma itu.
Pemandu Bas Shuttle
Pemandangan dalam bas
Salah seorang penumpang bas shuttle
Perjalanan bas dari Stesen Tren ke Terminal Feri memakan masa hanya kira-kira 10 minit.

Bangunan Penang Sentral yang masih dalam pembinaan.
Pemandangan dari dalam bas shuttle menuju ke Terminal Feri
Feri yang berulang-alik di antara George Town dan Butterworth boleh membawa kedua-dua penumpang dan kenderaan.
Kenderaan yang ingin menggunakan perkhidmatan feri perlu membuat bayaran di sini.
Laluan kenderaan untuk masuk ke dalam feri.
Ini pula laluan untuk penumpang feri yang berjalan kaki.
Arah ke feri
Feri nampaknya dah sedia menunggu
Sebuah feri lain yang parking di sebelah feri kami.
Caj untuk menggunakan feri hanya dikenakan sehala kepada penumpang dari Butterworth menuju ke George Town. Tiada caj dikenakan bagi penumpang yang menggunakan perkhidmatan feri dari George Town ke Butterworth. Tambang feri yang dikenakan adalah RM 1.20 seorang.

Tiket hanya dikenakan kepada penumpang yang menggunakan feri dari Butterworth ke George Town dan tidak sebaliknya.
Tiket yang dikenakan adalah RM 1.20 seorang.
Tiket perlu discan di sini.
Menunggu nak masuk ke dalam feri.
Perkhidmatan feri di antara George Town dan Butterworth sangat efisien. Tak perlu menunggu lama kerana sentiasa ada feri yang bersilih-ganti berulang-alik ke sana. Keutamaan walau bagaimanapun diberi kepada kenderaan untuk menaiki feri. Penumpang hanya dibenarkan masuk ke dalam feri selepas semua kenderaan masuk ke dalam.

Kenderaan masuk ke dalam feri
Penumpang hanya dibenarkan masuk ke dalam feri selepas semua kenderaan dah masuk ke dalam.
Berjalan masuk ke dalam feri
Pemandangan sewaktu masuk ke dalam feri.
Secara kebetulan, feri yang kami naiki bernama Pulau Pinang
Semua feri yang berulang-alik di antara George Town dan Butterworth dinamakan sempena nama pulau-pulau di Malaysia.
Pemandangan di dalam feri
Berjalan membawa beg di celah-celah kenderaan dalam feri.
Feri ini dua tingkat. Kenderaan boleh masuk ke kedua-dua tingkat. Penumpang yang berjalan kaki hanya dibenarkan masuk ke tingkat atas sahaja. Tak ada kerusi khas yang disediakan untuk penumpang. Hanya ada pangkin-pangkin panjang yang dipasang di tepi feri. Tapi ini bukanlah satu masalah kerana perjalanan dengan feri menyeberang ke George Town dan sebaliknya hanya memakan masa kurang dari 20 minit. Ramai penumpang yang memilih untuk berdiri saja di depan feri menikmati pemandangan dari duduk di pangkin-pangkin yang disediakan.

Ramai penumpang yang berjalan kaki memilih berdiri di depan feri sepanjang perjalanan.
Berdiri di depan feri untuk menikmati pemandangan.
Pemandangan feri yang berulang-alik antara George Town dan Butterworth
Pemandangan bandaraya George Town dari feri
Terminal Feri di George Town.
Platform sedang diturunkan di Terminal Feri di George Town untuk membolehkan kenderaan dan penumpang naik ke daratan.
Tak seperti sewaktu naik ke dalam feri, penumpang berjalan kaki dibenarkan keluar lebih dahulu berbanding kenderaan bila tiba di George Town.

Penumpang berjalan kaki sedang keluar dari feri.
Pemandangan kenderaan yang sedang keluar dari feri dan yang juga sedang menunggu giliran masuk ke dalam feri.
Pemandangan bandaraya George Town dari Terminal Feri
Dari Terminal Feri di George Town (yang dipanggil Jetty oleh penduduk tempatan di sini), kami memilih untuk naik teksi ke hotel. Tak seperti di Kuala Lumpur, teksi di Pulau Pinang tidak menggunakan meter. Jadi, kenalah bertanya dulu berapa tambang yang akan dikenakan kalau nak naik teksi ke mana-mana destinasi.

Berjalan menuju ke perhentian teksi pula
Kebetulan ada teksi sedang menunggu di sana.
Pemandu teksi kami adalah seorang wanita berketurunan Cina yang memperkenalkan dirinya sebagai Auntie Sim. Dia sangat peramah dan dah 40 tahun menjadi pemandu teksi. Banyak tip yang diberi oleh Auntie Sim untuk melancong ke Pulau Pinang di samping menunjukkan kepada kami tempat-tempat menarik yang dilalui sepanjang perjalanan menuju ke hotel.

Inilah pemandu teksi kami, Auntie Sim
Pemandangan dalam teksi menuju ke hotel
Husband berposing di dalam teksi
Pemandangan sewaktu meninggalkan Terminal Feri
Mamu Kopitiam
Pemandangan sebuah kawasan bersejarah di George Town yang kini dipenuhi dengan bank-bank perdagangan.
Dalam perjalanan menuju ke hotel, kami dapat melihat sebuah kapal cruise yang besar sedang berlabuh di pelabuhan. Kata Auntie Sim, kapal besar yang bernama Queen Mary 2 ini baru saja tiba di Penang. Kata Auntie Sim lagi, setiap minggu memang akan ada 3-4 buah kapal cruise yang besar-besar yang akan berlabuh di sini. Pemandu-pemandu teksi seperti beliau memang dah hafal jadual persinggahan kapal-kapal ini.

Kapal Queen Mary 2 sedang berlabuh di Pulau Pinang
Bangunan gudang pelabuhan lama yang kini digunakan sebagai pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
Queen Victoria Diamond Jubilee Clocktower
Pemandangan lebih dekat kapal persiaran Queen Mary 2.
Sewaktu kami lalu di depan Padang Kota Lama yang merupakan pusat penjaja makanan yang popular di Pulau Pinang, Auntie Sim memberikan tip kalau nak makan Rojak Pasembur (dipanggil Pasemboq dalam dialek Penang) di mana-mana di pulau ini. Kata Auntie Sim, jangan biarkan penjaja sendiri yang menentukan bahan-bahan untuk dimasukkan ke dalam Pasembur. Biar kita sendiri yang memilih apa yang hendak diletakkan ke dalamnya. Kalau tidak, mahal nanti kita kena membayar harga Pasembur ini.

Pusat penjaja makanan Padang Kota Lama
Dewan Sri Pinang
Bangunan Mahkamah kalau tak silap
Eastern and Oriental Hotel
George Town Hotel
Bangunan kolonial yang dijadikan Restoran KFC
Bangunan-bangunan lama yang masih dikekalkan di Pulau Pinang
Ghee Hiang adalah pembuat pastri dan minyak bijan yang terkenal di Pulau Pinang
Perniagaan Syarikat Ghee Hiang telah bertahan selama 160 tahun kini.

Part 4: The Gurney Hotel

Kami menginap di The Gurney Hotel sewaktu di Pulau Pinang. Hotel ini adalah salah sebuah di antara 3 buah hotel yang terletak di Persiaran Gurney. Dua hotel lain yang juga terletak di jalan ini adalah G Hotel dan Evergreen Laurel Hotel. Walaupun ketiga-tiga hotel ini bertaraf 4 bintang, kadar sewa bilik di Gurney Hotel adalah yang termurah berbanding ketiga-tiganya.

The Gurney Hotel
Auntie Sim masih memberikan beberapa tip lagi sewaktu menurunkan kami di Gurney Hotel.
Lobi Gurney Hotel
Satu lagi pemandangan di lobi Gurney Hotel. Tangga di sebelah kiri itu menuju ke restoran.
Kaunter Pendaftaran di Gurney Hotel
Check-in ke Gurney Hotel
Bangunan hotel ini adalah setinggi 36 tingkat dan kami mendapat bilik di Tingkat 27. Biliknya luas dan selesa serta menghadap pemandangan laut. Myself sungguh tak sangka yang kami akan mendapat bilik yang menghadap ke laut begini kerana kita menempah bilik yang paling murah harganya menggunakan booking engine Expedia.

Bilik penginapan kami yang luas dan selesa di Gurney Hotel
Satu lagi pemandangan bilik penginapan kami
Tingkap itu sebenarnya adalah bilik mandi. Kalau tirai tu diangkat, memang see-through pemandangan ke bilik mandi.
Pemandangan laut dari bilik kami.
Ini pula pemandangan menghala ke bandar dari tingkap bilik kami.

Part 5: Gurney Drive

Selepas check-in ke hotel, perancangan kami pada petang itu adalah nak naik bas Hop On Hop Off (HOHO) satu pusingan laluan City Route. Kami bercadang nak meneroka Penang bermula pagi esok, jadi berkeliling bandar dengan bas HOHO petang ini dapat membantu membetulkan bearing dan membuat perancangan program lawatan bagi dua hari yang akan datang.

Hotel kami terletak di hujung sini Persiaran Gurney. Perhentian HOHO pula terletak di hujung sana Persiaran Gurney. Maka terpaksalah kami berjalan menyusuri sepanjang Persiaran Gurney untuk pergi ke perhentian HOHO. Jenuh jugalah kami terpaksa menapak kira-kira 20 minit di tengah panas terik untuk pergi ke sana setiap hari. Untuk hari ini, kami juga merancang untuk makan tengahari di mana-mana restoran yang kami jumpa dalam perjalanan ke perhentian HOHO.

Berjalan meninggalkan hotel untuk pergi ke perhentian HOHO.
Persiaran Gurney yang juga dikenali sebagai Gurney Drive.
Basikal untuk disewa di Gurney Drive
Mesin sewaan basikal. Kami perhatikan memang ramai pelancong tempatan warga Malaysia dan Mat Salleh yang menyewa basikal ini untuk bersiar-siar di George Town.
Food Court kecil yang menjual makanan Muslim di Gurney Drive
Pemandangan di dalam Food Court
Makan lunch Mee Sotong yang sedap
Menyusuri lagi Gurney Drive selepas makan tengahari
Pusat Membeli-belah mewah Gurney Paragon di Gurney Drive
Pelancong dan warga tempatan di Gurney Drive
Plaza Gurney yang terletak di penghujung sana Gurney Drive dari hotel kami.
Perhentian pertama bas HOHO di Gurney Drive ini terletak sedikit ke hadapan dari Gurney Plaza.


Bersambung ke Bhg.3...