Wednesday 27 December 2017

2017 EASTERN EUROPE BHG. 27 (Munich)

November 2017

EASTERN EUROPE
Germany (2nd Visit), Czech Republic, Slovakia, Hungary & Austria
(GERMANY: Schwangau, Munich & Dachau)

Bahagian 27: Germany (4)
MUNICH (BMW Welt & Marienplatz)

HARI KESEMBILAN (3)

Part 118: Naik Kereta Kuda Lagi

Selepas melawat bahagian dalam Neuschwanstein Castle, kami turun kembali ke Stesen Kereta Kuda. Cuaca dah semakin baik ketika itu dan kabus pun dah mula berkurangan walaupun salji masih turun.

Neuschwanstein Castle
Pemandangan di depan Castle.
Pengunjung-pengunjung yang tiba dan pergi
Auf Wiedersehen (Selamat Tinggal)!
Bergambar dengan salji di Neuschwanstein Castle
Terminal perhentian shuttle bus. Tapi shuttle bus tidak beroperasi dalam musim salji begini.
Berjalan menuju ke stesen kereta kuda
Salji
Salji dan hujan masih turun ketika ini.
Neuschwanstein Castle yang semakin ditinggalkan
Gabungan keindahan Musim Luruh dan Musim Dingin di Neuschwanstein Castle.
Kami turun kembali ke Hohenschwangau dengan menaiki kereta kuda. Kali ini, Myself dan Husband memilih duduk di bahagian depan bersama driver kereta kuda. Risau juga sebenarnya nak duduk di sini, takut ada kejadian kuda melepas isi perut seperti waktu naik ke atas tadi. Namun syukurlah kejadian yang ngeri itu tidak berlaku dalam perjalanan turun ke bawah. Tapi kami tetap diberi selimut untuk "perlindungan" kalau kejadian ngeri ini berlaku.

Stesen Kereta Kuda di Neuschwanstein Castle
Rocco dan Ellie
Brek kereta kuda
Selimut yang diberi untuk perlindungan penumpang yang duduk di depan kereta kuda
Sambil turun ke bawah, kami berbual-bual dengan driver kereta kuda. Beliau memberitahu yang kuda kami bernama Rocco dan Ellie. Beliau turut membuat komplen memberitahu yang Ellie ini pemalas. Kereta kuda kami cuma ditarik oleh Rocco sebenarnya dan Ellie cuma menurut.

Rocco yang bekerja keras menarik kereta kuda dan Ellie cuma menurut.
Bila kami bertanya bagaimana dia tahu yang cuma Rocco yang bekerja, dia menunjukkan kepada kami tali yang diikat kepada Rocco yang menegang. Tali yang memegang Ellie kendur kerana Ellie tak menarik kereta kuda seperti Rocco. 

Rocco dan Ellie membawa kami turun ke bawah
Pengunjung-pengunjung yang memilih untuk berjalan kaki naik ke istana
Husband bergambar bersama driver kereta kuda.
Bila Husband memberitahu yang dia kagum dengan cara kebajikan kuda dijaga, driver memberitahu yang memang kuda-kuda ini akan ditukar setiap 4 trip perjalanan. Kereta kuda dengan 12 orang penumpang ini juga sebenarnya mampu ditarik oleh seekor kuda sahaja. Namun mereka tetap dipasangkan dalam setiap perjalanan supaya sang kuda tidak kebosanan.

Harga kuda dianggar sekitar 7,000-10,000 seekor. Oleh yang demikian, kuda ini dijaga bagai seorang ahli keluarga. Bukan sekadar kuda ini ditukar setiap 4 trip perjalanan, kuda-kuda ini juga hanya bekerja 10 bulan setahun dan diberi cuti di ladang selepas itu selama 2 bulan untuk melepaskan tension melayan kerenah manusia sewaktu menarik kereta kuda. Kuda-kuda ini diberi makan 10 kg rumput kering setiap hari untuk menjaga kesihatan. Bertuah sungguh kuda-kuda di Jerman ni.

Kayu api
Setiba kembali ke Visitor's Centre, Myself dan Husband singgah di bakeri untuk membeli roti sebagai makanan tengahari. Dengan bantuan pekerja di situ, kami dapat membeli Cheese Sandwich yang Halal dimakan.

Bakeri di Visitor's Centre di Hohenschwangau. Ada pilihan sandwich di sini yang Halal untuk dimakan.
Royal Bavarian Museum
Pintu masuk ke Royal Bavarian Museum
Sebelum berlepas kembali ke Munich, kami diberi masa untuk bersiar-siar dekat Lake Alpsee di situ. Cantik sungguh pemandangan di sini. Air tasik tenang dan damai. Boleh terlupa segala kesedihan dan kerisauan bila melihat keindahan dan ketenangan tasik.

Lake Alpsee
Cantik dan tenang
Lake Alpsee adalah salah sebuah di antara beberapa buah tasik yang terdapat berhampiran kawasan ini
Pemandangan menghala ke daratan dari pinggir tasik
Memang cantik !
Itik-itik di pinggir tasik
Hohenschwangau Castle ini juga boleh dilawati tetapi kami tidak berkunjung ke situ.

Part 119: Kembali Ke Munich

Tidak seperti waktu kedatangan ke Shwangau pagi tadi, perjalanan pulang ke Munich sangat lancar. Dalam tempoh sekitar 2 jam, kami dah selamat sampai ke Munich. Tapi tak nampaklah pemandangan bersalji dalam perjalanan pulang ini.

Makan Cheese Sandwich dalam perjalanan pulang ke Munich
Pemandangan sewaktu meninggalkan Schwangau
Tasik
Sungai yang cantik

Part 120: Mehmed Akif Camii

Sebaik tiba ke Munich, kami terus dibawa ke masjid yang bernama Mehmed Akif Camii yang jelas dibangunkan oleh komuniti Islam Turki di Munich.

Tiba di Munich
BMW Museum
Pintu masuk ke BMW Museum, tetapi ia ditutup setiap hari Isnin
Masjid ini sebenarnya adalah sebuah bangunan pejabat yang diubahsuai menjadi masjid. Ia terletak betul-betul bersebelahan dengan BMW Museum. Tempat wuduk disediakan di basement bangunan. Ruang solat wanita pula terletak di tingkat 4. Termengah-mengah kita rushing naik tangga masjid yang curam itu sebab waktu Asar ketika itu dah hampir nak luput.

Mehmed Akif Camii di Munich
Alamat Mehmed Akif Camii di Munich
Pintu masuk ke masjid
Nama-nama penderma yang mengasaskan masjid ini agaknya
Tempat letak kasut dekat tempat wuduk
Tangga masjid yang curam
Pemandangan di Ruang Solat Lelaki
Satu lagi pemandangan di Ruang Solat Lelaki
Pintu masuk ke Ruang Solat Wanita
Pemandangan di Ruang Solat Wanita. Pelik tengok seorang jemaah ini yang tak betul-betul menghadap kiblat waktu bersolat.

Part 121: BMW Welt

Munich adalah kota asal kereta mewah BMW. Oleh yang demikian, antara aktiviti yang diatur di sini adalah melawat ke BMW Museum. Malangnya BMW Museum ditutup pada hari Isnin seperti waktu kami tiba di sana. Sebagai ganti, kami dibawa ke BMW Welt (bermaksud BMW World) yang merupakan showroom BMW yang terbesar di dunia.

BMW Welt
Pemandangan BMW Welt dari seberang jalan
Bangunan BMW Welt ini menggunakan senibina yang moden
Pemandangan BMW Headquarters dari depan pintu masuk ke BMW Welt
Bila dipandang dari sudut tertentu, lambang BMW pada bangunan BMW Headquarters ini memang kelihatan macam emoji Smiley.
Pintu masuk ke BMW Welt
BMW adalah singkatan kepada Bayerische Motoren Werke (Bavarian Motor Works). Jika kita membuat tempahan kereta BMW di Germany, di sinilah kereta yang ditempah akan diserahkan kepada kita.

Motorsikal berkuasa tinggi di luar pintu masuk ke BMW Welt
Reception Counter
Pemandangan keseluruhan BMW Welt
 BMW Welt adalah showroom BMW yang terbesar di dunia
Berbagai model BMW dipamerkan di BMW Welt. Ada model terbaru dan juga model klasik. Peminat-peminat kereta pasti seronok datang ke sini kerana pengunjung dibenarkan masuk duduk ke dalam kereta dan melihat dengan dekat model-model kereta yang dipamerkan.

Berbagai model kereta keluaran BMW dipamerkan di sini
Lawatan ke sini menarik juga kerana ada banyak model BMW yang tak pernah dilihat di Malaysia dipamerkan
Kereta yang dipamerkan tidak dikunci. Jadi kita boleh masuk ke dalam untuk berangan memandunya.
Model Kereta Sport BMW
Senibina bangunannya moden dan menarik
Model enjin BMW
Boleh masuk dan duduk di dalam kereta-kereta ini kalau nak mencuba
Berkenan pulak tengok kereta yang ini
Compact dan bergaya
Ada tak model yang ini dijual di Malaysia ? Kalau ada pun, macamlah kita mampu nak beli...
Satu-satunya model kereta di dalam bilik pameran ini yang tak boleh didekati dan hanya boleh dipandang dari luar ialah kereta Rolls Royce. Model Rolls Royce ini dikepung dalam pagar kaca.

Rolls Royce juga adalah kereta keluaran BMW
Yang ini cuma boleh dilihat dari jauh
Ada satu seksyen yang didedikasikan khusus untuk satu lagi model kereta keluaran BMW, Mini Cooper. Cantik-cantik keretanya yang juga dipamerkan di sini.

Seksyen pameran Mini Cooper
Mini Cooper yang nampak cukup sporty
Model-model Mini Cooper terkini
BMW Klasik
Kereta-kereta yang dipamerkan adalah juga untuk jualan. Inilah salah sebuah tempat di mana pelanggan yang nak membeli kereta akan dilayan oleh petugas BMW.
Kedai Souvenir BMW
Masa sebelum sampai tadi, kami ditawarkan masa satu jam di BMW Welt ini tapi ramai yang berkata 30 minit pun dah cukup. Bila masuk ke dalam, memang habis satu jam yang diperuntukkan. Iyalah, mana kita tahu masa itu yang showroom ini hebat begitu.

Model-model motorsikal berkuasa tinggi di BMW Welt. Kami diberitahu harganya sekitar 13,000 (RM 55,000) sebuah.
Di belakang BMW Welt kita dapat melihat Stadium Olimpik yang digunakan dalam Sukan Olimpik Munich 1972. Sukan Olimpik Munich ini juga adalah antara yang paling diingati dalam sejarah kerana peristiwa di mana kumpulan militan yang bernama Black September dari Palestin telah menawan dan membunuh 11 orang atlit dari Israel serta seorang pegawai polis Jerman.

Pemandangan Stadium Olimpik Munich dengan Menara TV Olympiaturm dari bangunan BMW Welt.
Satu lagi pemandangan Stadium Olimpik Munich

Part 122: Max-Joseph-Platz

Lawatan seterusnya adalah ke Marienplatz, tetapi disebabkan bas tak boleh masuk sehingga ke sana, kami diturunkan di depan bangunan Nationaltheater di Max-Joseph Platz.

Max-Joseph-Platz
Bangunan Nationaltheater ini dibina oleh King Maximilian I dalam tahun 1811-1818. Senibina bangunannya diilhamkan dari bangunan Pantheon di Rome. Sewaktu pembinaannya ia adalah panggung opera yang terbesar di Eropah. Bangunan ini walau bagaimanapun musnah dibom dalam Perang Dunia Kedua tetapi telah didirikan semula pada tahun 1958-1963.

Nationaltheater
Max-Joseph-Platz dinamakan sempena King of Bavaria yang pertama, Maximilian I Joseph. Patung ini menunjukkan King Maximilian sedang duduk di atas takhta Roman dan memakai pakaian seperti orang Rom kerana dia adalah seorang Holy Roman Emperor.

Patung King Maximilian
King Maximilian adalah bapa kepada Mad King Ludwig yang telah membina Neuschwanstein Castle yang telah kami lawati tadi.
Pemandangan patung King Maximilian dari belakang
Sebuah bangunan menarik yang lain yang dapat dilihat dari Max-Joseph-Platz adalah Königsbau yang merupakan sebahagian dari Residenz Palace. Bangunan ini menyimpan khazanah Dinasti Wittelsbacher. Namun kami hanya melihat bangunan ini dari luar sahaja. 

Königsbau yang merupakan sebahagian dari Residenz Palace dapat dilihat dari Max-Joseph Platz
Satu lagi pemandangan dari Max-Joseph-Platz
Berjalan menuju ke Marienplatz
Lorong menuju ke Marienplatz

Part 123: Marienplatz

Marienplatz adalah pusat bandar lama Munich yang asalnya didiami oleh sekumpulan Benedictine Monks dalam tahun 700. Ia mula menjadi pusat perdagangan selepas kumpulan Monks ini mendapat kebenaran dari King Henry The Lion untuk mendirikan pasar jualan di sini.

Nama asal pasar yang dibina oleh Benedictine Monks ini adalah Schrannenplatz (Grain Square). Nama ini kemudiannya telah ditukar menjadi Marienplatz (St. Mary's Square) sebagai cara untuk memohon perlindungan Virgin Mary dari wabak kolera yang melanda ketika itu.  

Marienplatz
Bangunan yang sangat menarik di Marienplatz adalah New Town Hall (Neues Rathaus) yang dibina bagi menggantikan Old Town Hall (Altes Rathaus) yang berhampiran.

New Town Hall
New Town Hall ini terkenal dengan menara jam muzikalnya yang dinamakan Glockenspiel. Malang sekali kerana kami tak dapat melihat persembahan muzik Glockenspiel yang diadakan setiap hari pada pukul 11 pagi dan 12 tengahari. Persembahan muzik ini menggambarkan kemeriahan pesta bagi meraikan perkahwinan Duke Wilhelm Kelima pada tahun 1546 dulu.

Glockenspiel
Persembahan muzikal Glockenspiel ini masih dibuat secara manual sehingga ke hari ini. Walaupun kelihatan kecil dari bawah, patung-patung ini adalah sebenarnya sebesar manusia biasa.
Seperti juga kota lain di Eropah, Munich turut dilanda penyakit Black Plague pada tahun 1517. Penduduk Munich ketika itu percaya yang wabak ini dibawa oleh Wurmeck Dragon. Wabak penyakit ini hilang setelah Wurmeck Dragon ditembak dengan meriam oleh pengawal kota. Kisah ini diabadikan dengan ukiran seekor naga pada satu penjuru bangunan New Town Hall.

Ukiran Wurmeck Dragon di penjuru bangunan New Town Hall
Wurmeck Dragon
Virgin Mary Column (dipangggil Mariensäule dan disebut macam Marian-zoiler dalam Bahasa Jerman) di depan New Town Hall dibina oleh King Maximilian I pada tahun 1683 berikutan pengisytiharan Virgin Mary sebagai patron saint bagi Munich. Pengisytiharan ini dibuat bagi meraikan pembebasan Munich dari penaklukan selama 3 minggu oleh tentera Sweden dalam Thirty Years War dan tamatnya wabak Black Plague.

Virgin Mary Column
Empat patung putti di kaki Virgin Mary Column menggambarkan pembebasan kota Munich dari peperangan, penyakit, kebuluran dan kesesatan.
Salah sebuah ukiran patung putti di kaki Virgin Mary Column
Patung Virgin Mary di puncak Column dibuat dari emas
Fish Fountain (Fischbrunnen) di Marienplatz menjadi bukti kewujudan sebuah pasar di sini pada masa dahulu. Pancutan air ini digunakan untuk menyimpan ikan hidup untuk jualan ketika itu. Ada adat yang dinamakan Purse Washing yang dilaksanakan di pancutan air ini sejak tahun 1400 di mana penduduk Munich akan mencuci dompet mereka di sini dengan harapan dompet ini akan terus berisi pada masa hadapan. Adat ini masih diteruskan secara simbolik oleh Datuk Bandar dan Bendahari Kota Munich sehingga sekarang.

Fish Fountain
Pancutan air ini dulu digunakan untuk menyimpan ikan hidup di pasar jualan.
Bangunan Old Town Hall ini musnah dibom dalam Perang Dunia Kedua. Namun ia telah dibina semula selepas perang tamat.
Penjual Bunga
Satu lagi pemandangan Old Town Hall
Pemandangan malam di Marienplatz
Deutsche Bank
Kedai-kedai di Marienplatz
Frauenkirche (Church of Our Lady)
Walaupun terkena serangan bom dalam Perang Dunia Kedua, kedua-dua menara Frauenkirche ini selamat dari kemusnahan
Berjalan kembali ke Max-Joseph-Platz
Angels
Suasana Krismas dah semakin menjelang
Tiba kembali ke Max-Joseph-Platz

Part 124: Deeba Restaurant

Makan malam terakhir kami di Eropah Timur disediakan di sebuah restoran Pakistan yang bernama Deeba Restaurant di Munich. Seperti biasa, kedudukan restoran pasti agak terceruk menyebabkan bas tak dapat menghantar sampai ke pintu restoran.

Berjalan ke Deeba Restaurant
Penghargaan-penghargaan yang pernah diterima oleh Deeba Restaurant dipamerkan di tingkap restoran.
Suasana di dalam Deeba Restaurant
Cucur yang sangat sedap
Makanan di Deeba Restaurant memang sedap
Bendera Pakistan
Kembali ke Hotel Azimut


 Bersambung ke Bhg. 27...


CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):