Wednesday 20 December 2017

2017 EASTERN EUROPE BHG. 20 (Hundertwasserhaus)

November 2017

EASTERN EUROPE
Germany (2nd Visit), Czech Republic, Slovakia, Hungary & Austria
(AUSTRIA: Vienna & Salzburg)

Bahagian 20: Austria (3)
VIENNA (Kohlmarkt, Graben & Hundertwasserhaus)

HARI KETUJUH (3)

Part 85: Kohlmarkt & Graben

Kawasan membeli-belah paling berprestij di Vienna yang dinamakan The Golden U terletak berhampiran Hofburg Palace. Ia terdiri dari 3 batang jalan yang hanya boleh dimasuki oleh pejalan kaki: Kohlmarkt, Graben dan Karntnerstrasse. Dari Hofburg Palace, Katarina membawa kami menyusuri sebatang jalan yang dinamakan Kohlmarkt.

Kohlmarkt
Trademark bagi Kohlmarkt adalah kedai-kedai perhiasan mewah (seperti jam Rolex) kerana ia terletak paling hampir dengan Istana Hofburg
Pemandangan di Kohlmarkt
Penjual tiket Opera di Kohlmarkt
Kedai-kedai di Kohlmarkt
Tujuan Katarina membawa kami ke Kohlmarkt adalah untuk menunjukkan kepada kami Demel Cafe & Bakery, sebuah bakeri yang diberi pengiktirafan K.u.K oleh Maharaja Habsburg. Simbol K.u.K bermaksud "König und Kaiser" yang bermaksud "Good Enough For The King". Empress Sissi yang obsess menjaga kecantikan itu pun dikatakan takkan menolak jika dihidangkan dengan kek dari kedai Demel.

Demel Cafe & Bakery
Lambang K. u. K. pada tingkap Demel menunjukkan kedai ini mendapat pengiktirafan dari raja.
Empress Sissi juga dikatakan tak dapat menolak jika dihidangkan dengan kek dari Demel.
Anjing yang bersiar-siar dengan tuannya di Kohlmarkt
Papan tanda nama jalan di Kohlmarkt
Butik-butik mewah di Kohlmarkt
Nordsee adalah kedai makanan segera berasaskan Seafood yang banyak terdapat di Eropah.
Butik barangan kaca
Giorgio Armani
Kafe di tepi jalan
Berehat selepas penat membeli-belah di Kohlmarkt
Dari Kohlmarkt, Katarina membawa kami membelok ke sebatang lagi pedestrian street yang dinamakan Graben. Graben yang bermaksud "longkang" sebenarnya dibina di atas parit lama penempatan Roman yang bernama Vindobona di sini.

Membelok masuk ke Jalan Graben pulak
Gereja St Peter mengintai di sebalik kesibukan di Graben
St Peter's Church
Graben
Butik Cartier di Graben
Tujuan Katarina membawa kami ke Graben adalah untuk menunjukkan sebuah memorial yang dinamakan Plague Monument.

Menuju ke Plague Monument
Pancutan air sebelum tiba ke Plague Monument
Pemandangan Plague Monument di Graben
Plague Monument (dipanggil Pestsäule dan disebut Pest-zoiler dalam Bahasa Jerman) dibina pada tahun 1693 untuk memperingati mangsa yang maut dalam wabak Black Plague yang melanda Eropah pada tahun 1679 dan sebagai tanda kesyukuran kepada Tuhan bagi mereka yang terselamat. Wabak ini telah membunuh 1/3 penduduk Vienna pada masa itu.

Monumen Black Plague dibina setinggi 23 meter.
Wabak Black Plague telah membunuh 1/3 penduduk Vienna pada masa dahulu
Ucapan kesyukuran kepada Tuhan dalam Bahasa Latin dari mereka yang terselamat dari wabak Black Plague
Patung Emperor Leopold berlutut sambil berdoa kepada Tuhan memohon supaya wabak ini dihapuskan.
Mengikut Katarina menyusuri Graben
Peminta sedekah
Di penghujung Graben, kami dibawa melihat dari luar gereja terpenting di Vienna yang bernama St Stephen's Cathedral. Seperti juga gereja-gereja besar yang lain di Eropah, pembinaan St Stephen's Cathedral mengambil masa berabad-abad untuk disiapkan.

St Stephen's Cathedral
Bumbung St Stephen's Cathedral dihiasi dengan lebih 2000 keping jubin berkilat.
Gereja St Stephen pernah mengalami kebakaran pada tahun 1258. Hanya pintu hadapan dan menaranya sahaja yang terselamat dalam kebakaran itu. Menara kembar di pintu masuk ke St Stephen ini dinamakan Roman Towers kerana ia dibina menggunakan serpihan batu dari dinding kota Roman lama Vindobona.

Roman Towers di pintu masuk ke Gereja
Perhiasan-perhiasan di dinding luar gereja ini berasal dari batu-batu nisan sebuah kawasan perkuburan yang terdapat di sini pada masa dahulu.
Menara St Stephen's Cathedral dinamakan Steffl (Little Stephen). Ia mempunyai ketinggian 137 meter. Menara ini boleh didaki menggunakan 418 anak tangga dari dalam gereja.

Menara St Stephen yang dinamakan Little Stephen
Penjual tiket Opera di depan St Stephen's Cathedral
Pemandangan di depan St Stephen's Cathedral
Loceng di Gereja St Stephen yang seberat 20 tan dan berdiameter 3 meter ditempa dari meriam Ottoman yang dirampas dalam perang yang dinamakan Siege of 1683.

Loceng di St Stephen Cathedral dibuat dari logam meriam yang dirampas dari tentera Ottoman.
Pintu masuk ke gereja ini digelar Giant's Door
Nama Giant's Door diberi kepada pintu ini kerana seketul tulang gajah (mastodon) ditemui di sini sewaktu pembinaannya dalam tahun 1443.
Biskut Cokelat Pisang
Kereta kuda lagi
Menuju ke tempat bas menunggu
Kedai Alligator
Hard Rock Cafe Vienna
Bas menunggu di seberang jalan sana
Lintasan tram berhampiran tempat bas menunggu.

Part 86: Hundertwasserhaus

Kota Vienna penuh dengan sejarah dan bangunan-bangunan klasik yang juga sarat dengan hiasan. Walau ke mana kita pergi, pasti akan bertemu dengan sesuatu yang bersifat "Habsburg". Kerana itulah agaknya Hunderwasserhaus yang kami kunjungi selepas ini menjadi satu tarikan popular di Vienna kerana kelainannya.

Kawasan berhampiran Kohlmarkt & Graben di mana bas menunggu kami
Inilah nama tempat di mana bas kami menanti
Menyusuri Sungai Danube menuju ke Hundertwasserhaus
Hundertwasserhaus (disebut Hoondert-wasser-haus) terletak di sebatang jalan yang bernama Kegelgasse. Jalan Kegelgasse terlalu sempit untuk dilalui oleh bas kami. Jadi bas menurunkan kami di sebatang jalan besar dan kami berjalan kaki mengikut Katarina ke Hundertwasserhaus.

Kedai souvenir di tepi jalan di mana bas menurunkan kami
Hundertwasserhaus terletak di penghujung lorong Kegelgasse ini.
Papan tanda Muzium Hundertwasser
Bangunan berwarna-warni di hujung sana adalah Hundertwasserhaus
Hundertwasserhaus adalah sebuah bangunan apartment kediaman yang moden di Vienna. Bila dikatakan moden, ia tidaklah bermaksud kemudahan yang terdapat di dalamnya serba canggih. Sebaliknya kemodenan Hundertwasserhaus terletak pada senibinanya yang sangat tidak konvensional.

Hundertwasserhaus
Hundertwasserhaus menarik perhatian kerana senibinanya yang sangat tidak konvensional.
Hundertwasserhaus direka oleh seorang pelukis yang bernama Friedensreich Hundertwasser. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1985 dengan kos lebih €7 juta. Seluruh bangunan ini kini dimiliki oleh City of Vienna dan disewakan sebagai rumah kediaman kepada orang awam. Bangunan ini kini mempunyai 200 orang penghuni berdaftar.

Bukan sahaja bangunan Hundertwasserhaus yang tidak konvensional, kawasan sekelilingnya juga dibina dengan cara yang tidak konvensional.
Tangga masuk ke Hundertwasserhaus. Walau bagaimanapun bangunan ini tidak boleh dimasuki sesuka hati kerana ia adalah rumah-rumah kediaman.
Laluan pejalan kaki di Hundertwasserhaus sengaja dibina beralun-alun. Kaki boleh terseliuh dan tersadung kalau tak berhati-hati berjalan di sini.
Friedensreich Hundertwasser yang mereka rumah ini sangat bencikan garis lurus. Kerana itulah tak ada walau satu pun garis lurus pada bangunan ini. Bagi mengekalkan aspek seninya, semua penghuni Hunderwasserhaus diberi kebebasan untuk menghias façade di sekeliling tingkap mereka sesuka hati mengikut citarasa masing-masing.

Pemandangan dari depan Hundertwasserhaus. Nampak serabut bagi orang yang buta seni macam Myself.
Pokok ditanam di merata-rata ceruk untuk lebih dekat dengan alam.
Seluruh bangunan Hundertwasserhaus dibina dengan pelbagai bentuk dan warna. Disebabkan perekanya tak sukakan garis lurus, lantainya juga tidak rata. Bumbung bangunan pula ditanam dengan pelbagai tanaman. Malah pokok-pokok juga ditanam di kawasan-kawasan yang tak terfikir dek akal manusia biasa.

Tiang-tiang di Hundertwasserhaus juga dibuat berbagai bentuk
Oleh kerana Hundertwassserhaus adalah rumah kediaman persendirian, kita tak boleh masuk ke dalamnya. Kita hanya boleh melihatnya ini dari luar sahaja. Walau bagaimanapun, pelawat boleh berkunjung ke Hundertwasser Village di sebelah bangunan pangsapuri ini jika nak mendapat gambaran keadaan di dalam bangunan Hundertwasserhaus.

Kanak-kanak bermain di halaman Hundertwasserhaus

HUNDERTWASSER VILLAGE

Hundertwasser Village adalah sebuah pusat membeli-belah kecil di sebalah Hundertwasserhaus yang juga direka oleh Friedensreich Hundertwasser. Ia asalnya adalah sebuah kedai tayar yang dibeli dan dihadiahkan kepada Hundertwasser oleh City of Vienna.

Berjalan menuju ke Hundertwasser Village
Pemandangan dari luar Hundertwasser Village
Pintu masuk ke Hundertwasser Village
Jom kita masuk ke dalam...
Sebelum kita melawat lebih jauh, apa kata kita berkenalan dulu dengan Friedensreich Hundertwasser? Hundertwasser yang dilahirkan pada tahun 1928 adalah seorang artis berbangsa Austria yang mula mencipta nama melalui seni lukisan. Hundertwasser hanya melibatkan diri dalam senibina bangunan bermula dalam tahun 50-an dan menjadi seorang arkitek terkemuka pada kurun ke-20. Ciri keseniannya terletak pada penggunaan warna yang terang, keengganan untuk menggunakan garis lurus dan gaya yang cenderung kepada alam sekeliling.

Pameran kecil tentang Freidensreich Hundertwasser di Hundertwasser Village
Hundertwasser dikatakan gemar melukis sambil berbogel. Lebih dekat dengan alam begitu, katanya. Di akhir hayatnya, beliau memilih untuk menetap di New Zealand kerana negara itu sangat semulajadi kepada beliau. Hundertwasser meninggal dunia pada tahun 2000 dan dikebumikan di tanah miliknya berhampiran Auckland di New Zealand. Mengikut wasiatnya, Hundertwasser ditanam di bawah sebatang pokok tulip supaya akar pokok membalut jasadnya, yang disifatkan beliau sebagai "The Garden of the Happy Dead".

Kisah hidup Freidensreich Hundertwasser
Kalau bangunan Hundertwasser kelihatan berserabut dari luar pada pandangan mata Myself, bahagian dalamnya seperti yang dilihat di dalam Hundertwasser Village lagilah lebih berserabut. Bayangkanlah kalau keadaan rumah kita begitu.. kesian kalau ada orang tua ataupun yang mobility impaired yang tinggal di dalamnya. Kalau ditakdirkan kita demam dan pening-pening lalat, boleh pitam dalam rumah sendiri melihat keadaan yang begitu!

Tangga yang tak sekata.
Oleh kerana Hundertwasser sangat gemarkan alam sekitar, pokok-pokok besar ditanam di dalam bangunan
Sedikit fakta sains di sini... pokok akan condong ke arah cahaya walau di mana ia ditanam.
Tingkap-tingkap kaca dipasang pada bumbung untuk menggalakkan pencahayaan secara semulajadi.
Hundertwasser Village tidak besar. Di tengahnya hanya terdapat sebuah bar dan dikelilingi kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai barangan cenderamata.

Lorong masuk menuju ke tengah Hundertwasser Village
Salah sebuah kedai cenderamata di Hundertwasser Village
Terdapat sebuah bar di tengah-tengah Hundertwasser Village
Bar ini dikelilingi kedai-kedai kecil menjual cenderamata di sekelilingnya
Ada soft drinks, hot drinks dan minuman keras yang dijual di sini.
Kedai cenderamata yang paling besar di Hundertwasser Village menjual pelbagai cenderamata hasil seni Hundertwasser sendiri.

Kedai cenderamata yang paling besar di Hundertwasser Village menjual cenderamata yang berkaitan dengan hasil seni Hundertwasser.
Katarina menunjukkan kepada kami lukisan-lukisan karya Hundertwasser.
Tandas di Hundertwasser Village juga unik dengan hasil karya seni Hundertwasser.

Tiang-tiang unik di Hundertwasserhaus
Tandas di sini terletak di tingkat bawah
Tangga turun ke tandas
Kolam hiasan di luar tandas
Pemandangan di tandas Hundertwasser Village
Cermin di dalam tandas
Tandas ini sedikit sebanyak mengingatkan Myself kepada Mirror House yang pernah kami lawati di Kuwait City dulu.
Corak lantai di tandas
Pemandangan di toilet lelaki. Husband yang ambil gambar ini.
Dinding tandas yang sengaja dipasang senget.
Kami menghabiskan masa hanya sekitar 40 minit di Hundertwasserhaus kerana mengejar waktu untuk ke Vienna Islamic Centre bagi menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar di sana.

Meninggalkan Hundertwasserhaus
Kedai souvenir berhampiran Hundertwasserhaus
Berjalan kembali ke bas
Kedai-kedai souvenir berhampiran tempat bas menunggu
Banyak souvenir menarik dijual di sini.
Antara cenderamata yang dijual

Part 87: Perjalanan Ke Vienna Islamic Centre

Vienna terdiri dari 22 daerah dan dua di antaranya, Daerah 21 dan 22 terletak di seberang Sungai Danube. Vienna Islamic Centre terletak di Daerah 22.

Menyeberang Sungai Danube
Kawasan kediaman tipikal di Vienna
Menyusuri Sungai Danube
Sungai Danube di Vienna tak sebesar di Budapest dan Bratislava. Mungkin kerana ia terletak lebih ke hulu di sini.
Satu lagi pemandangan di Vienna

PRATER

Sebelum sampai di Vienna Islamic Centre, Katarina membawa kami melihat sebuah tarikan yang bernama Prater.

Prater
Prater ialah sebuah taman yang besar di pinggir Sungai Danube. Asalnya dulu, ia adalah tempat perburuan Diraja. Taman ini dibuka kepada orang awam pada tahun 1766 oleh Joseph II. Mercu tandanya yang terkenal ialah sebuah Ferris Wheel.

Ferris Wheel di Prater
Ferris Wheel ini dibina pada tahun 1896. Bilangan kabin yang tinggal pada Ferris Wheel ini hanya separuh dari bilangan yang asal kerana itu sajalah yang tinggal selepas kebakaran pada tahun 1945.
Pemandangan berhampiran Prater
Jambatan menyeberang Sungai Danube
Bangunan-bangunan di tepi Sungai Danube
Gereja St Francis of Assisi

UNO CITY

Kami kemudian dibawa menyeberang Sungai Danube menuju ke Daerah 21 dan 22. Hanya dua daerah ini saja yang berada di sebelah sini Sungai Danube. 20 daerah lagi berada di seberang sana Sungai Danube.

Pemandangan dari atas jambatan menyeberang Sungai Danube
Sebuah terusan kecil yang dipanggil Little Danube dibina selari dengan Sungai Danube untuk melindungi kota Vienna dari banjir.
Sebuah mercu tanda di seberang sini Sungai Danube adalah sebuah menara yang dinamakan Donauturm (Danube Tower). Donau adalah nama dalam Bahasa Jerman bagi Sungai Danube. Vienna Islamic Centre terletak di belakang menara ini.

Danube Tower (Donauturm)
Vienna adalah juga salah sebuah dari 4 lokasi ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations). Bandar-bandar lain adalah New York City, Geneva dan Nairobi. Ibu pejabat UN di Vienna terletak di sebuah kompleks bangunan yang dinamakan UNO City.

Vienna International Centre yang lebih dikenali sebagai UNO City. Ia adalah salah sebuah dari 4 ibupejabat United Nations.
Antara agensi utama UN yang berpusat di sini ialah International Atomic Energy Agency (IAEA) dan United Nations Industrial Development Organization (UNIDO).
Pembinaan kompleks UNO City dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Austria pada tahun 1966. Walau bagaimanapun, secara simbolik, Kerajaan Austria mengenakan bayaran hanya 1 Schilling kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk menggunakannya. Schilling adalah matawang yang digunakan di Austria sebelum Euro diperkenalkan.

Bayaran yang dikenakan oleh Kerajaan Austria kepada UN untuk mengguna bangunan ini hanyalah 1 Schilling sebagai sokongan kepada UN.
Seperti bangunan-bangunan kedutaan asing yang lain di Vienna, UNO City diberi status extraterrestial. Ini bermakna undang-undang Austria tidak terpakai di sini.
Bank Austria berhampiran UNO City


Bersambung ke Bhg. 21...


CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):