Friday 15 December 2017

2017 EASTERN EUROPE BHG. 15 (Castle Hill)

November 2017

EASTERN EUROPE
Germany (2nd Visit), Czech Republic, Slovakia, Hungary & Austria
(HUNGARY: Budapest)

Bahagian 15: Hungary (4)
BUDAPEST (Castle Hill, Trinity Square & Fisherman's Bastion)

HARI KEENAM (2)

Part 63: Castle Hill

Buda Castle terletak di atas sebuah bukit yang besar dan tinggi. Bangunan istana dengan temboknya meliputi separuh bukit, manakala separuh keseluruhan bukit yang lain pula dipenuhi dengan pelbagai bangunan tanpa dikelilingi tembok pertahanan. Kawasan yang "terbuka" tanpa tembok ini kini dikenali sebagai Castle Hill.

Castle Hill
Satu kaedah yang popular bagi pengunjung naik ke Castle Hill adalah dengan menggunakan funicular yang dipanggil "Siklo". Stesen bawah Siklo terletak di kaki Castle Hill, berhampiran dengan Chain Bridge.

Pemandangan di Lower Station Siklo. Tugu batu di depan yang macam huruf "O" itu adalah Kilometre 0, jarak dari mana seluruh Hungary diukur.
Clark Adam Square di depan stesen funicular Siklo dengan pemandangan Chain Bridge
Terowong menuju ke Castle Hill dan Buda Castle
Bas masuk ke dalam terowong
Pemandangan di sebalik terowong
Semakin hampir ke kompleks istana
Fisherman's Bastion yang menjadi antara mercu tanda Castle Hill dah mula kelihatan.
Pemandangan bangunan Parlimen Hungary dalam perjalanan naik ke Castle Hill
Pembinaan kompleks bangunan baru Pejabat Presiden Hungary sedang dilaksanakan di Castle Hill.
Tiba di Castle Hill
Pemandangan pertama Castle Hill dari dalam bas.
Castle Hill dipenuhi bangunan-bangunan lama yang cantik dan bersejarah.

Pemandangan di tempat bas menurunkan kami
Kesan peninggalan penjajah Ottoman
Patung tentera Ottoman ni rasanya.
Pemandangan di Castle Hill
Mengikut Sophie menuju ke Trinity Square
Pejabat Pos
Ada banyak lorong-lorong kecil begini di Castle Hill
Hospital In The Rock ini pada asalnya adalah sebuah bunker nuklear. Ia kini telah dijadikan muzium tetapi kami tidak berkunjung ke sana
Setibanya di Castle Hill, Sophie membawa kami menuju ke Trinity Square. Dalam perjalanan ke sana beliau menunjukkan kepada kami beberapa tempat yang menarik seperti Statue of the Independence War yang dibina untuk memperingati rakyat Hungary yang terkorban sewaktu perang kemerdekaan dari Austria pada tahun 1893.

Statue of the Independence War
Memorial ini dibina untuk memperingati rakyat Hungary yang terbunuh dalam perang kemerdekaan dari Austria pada tahun 1893.
Pandangan dekat Statue of the Independence War
Bistro
Peta Buda Castle dan Castle Hill
Sophie memberi penerangan tentang tempat-tempat yang akan kami lawati di Castle Hill.
Kedai cenderamata
Bangunan-bangunan lama di Castle Hill
Masih menuju ke Trinity Square
Balai Polis
Satu lagi tempat menarik yang ditunjukkan kepada kami di Castle Hill adalah Muzium Houdini yang dipanggil House of Houdini. Ahli silap mata terkenal ini sebenarnya berasal dari Hungary. Namun sepanjang hayatnya, dia tak pernah membuat persembahan di negara kelahirannya selepas berhijrah ke Amerika Syarikat.

Bangunan kuning di seberang sana adalah House of Houdini
Pintu masuk ke House of Houdini
The House of Houdini
Muzium ini menyimpan pelbagai artifak dan memorablia yang digunakan oleh Houdini dalam persembahan silap matanya.
Arany Hordo yang bermaksud Golden Barrel ini adalah sebuah restoran yang terkenal di Castle Hill
"Bor" adalah perkataan Magyar yang bermaksud Beer
Trinity Square dan Matthias Church dari kejauhan

Part 64: Trinity Square & Matthias Church

Dataran Trinity Square adalah mercu tanda utama di Castle Hill. Di sinilah letaknya gereja terkenal di Budapest, Matthias Church.

Trinity Square dengan bangunan Old Town Hall of Buda di belakangnya
Trinity Column adalah tugu yang dibina untuk memperingati mangsa-mangsa wabak Black Plague yang melanda Eropah di antara 1710 - 1713. Sewaktu pembinaannya, ia juga dianggap pelindung kota Budapest dari serangan wabak yang seterusnya.

Trinity Column
Trinity Column dibina untuk memperingati mangsa-mangsa wabak Black Plague dan juga sebagai pelindung kota dari serangan wabak yang seterusnya
Gereja Matthias yang berdiri di Trinity Square pada hari ini bukanlah sebuah gereja yang asal. Sebelum ia didirikan, terdapat sebuah gereja yang dinamakan Church of Our Lady di sini. Gereja ini walau bagaimanapun musnah dalam satu serangan tentera Mongol pada tahun 1242.

Gereja yang dilihat pada hari ini dibangunkan oleh King Matthias dalam tahun 1400-an. Walaupun nama sebenarnya adalah Church of Our Lady, ia lebih dikenali sebagai Matthias Church kerana di sinilah berlangsungnya perkahwinan King Matthias dengan seorang puteri Czech yang bernama Katalin Podjebrád.

Matthias Church
Menara Matthias Church
Sebagai orang Islam, memang kita merasa sedih bila mengenangkan yang Matthias Church pernah berfungsi sebagai masjid selama 150 tahun di bawah pemerintahan Ottoman. Malah, ia adalah masjid yang terbesar di Hungary sehingga tentera Ottoman dikalahkan oleh tentera Pope Innocent XI pada tahun 1686. Ia juga pernah mengalami kerosakan teruk sewaktu Perang Dunia Kedua.

Gereja Matthias pernah berfungsi sebagai sebuah masjid sewaktu penaklukan tentera Ottoman dulu.
Pemandangan Fisherman's Bastion di belakang Matthias Church
Di belakang Matthias Church dan di hadapan Fisherman's Bastion, terdapat patung St Stephen yang sedang menunggang kuda. Dia adalah raja Hungary pertama yang memeluk agama Kristian.

St Stephen's Statue
Pemandangan menghala ke Fisherman' Bastion dari tepi Matthias Church
Pemandangan menghala ke Matthias Church dan Trinity Column dari patung St Stephen.
St Stephen adalah raja Hungary pertama yang memeluk agama Kristian
Menara loceng Gereja Matthias
Pintu masuk ke Matthias Church
Seperti Central Market Hall semalam, bumbung Matthias Church juga dihiasi dengan jubin-jubin bercorak tradisional Hungary

Part 65: Fisherman's Bastion

Kalau mencari maklumat tentang Budapest dan Hungary, pasti kita akan melihat gambar Fisherman's Bastion di situ. Fisherman's Bastion adalah sebuah anjung tinjau yang dibina pada tahun 1905 berdekatan Matthias Church. 

Fisherman's Bastion
Tak sah berkunjung ke Budapest kalau tak melawat ke Fisherman's Bastion. Memandangkan kita dah sampai di sini, mari kita lihat apa yang menarik di sini...

Mendaki tangga naik ke Fisherman's Bastion
Boleh tahan juga ketinggian tangga yang perlu didaki
Tandas awam di tepi Fisherman's Bastion
Suasana di Fisherman's Bastion
Cenderamata untuk jualan
Pemain accordion di Fisherman's Bastion
Fisherman's Bastion dihiasi dengan tujuh buah menara yang melambangkan tujuh puak Magyar yang menetap di Carpathian Basin sekitar tahun 896 dulu. Fisherman's Bastion juga mendapat namanya dari persatuan nelayan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan kota di sebelah sini pada zaman Middle Age dulu.

Salah sebuah menara Fisherman's Bastion
Ada 7 buah menara di Fisherman's Bastion. Setiap satunya mewakili satu puak Magyar yang menetap di sini pada masa dahulu
Fisherman's Bastion tidak dibina sebagai kota pertahanan. Ia sebaliknya lebih berfungsi sebagai anjung tinjauan.
Pemandangan kota Budapest dari Fisherman's Bastion
Sungai Danube
Ferris Wheel yang dinamakan Budapest Eye juga dapat dilihat dari Fisherman's Bastion.
Kapal-kapal di Sungai Danube
Bukan saja pemandangan kota Budapest yang nampak menarik dari Fisherman's Bastion. Pemandangan Trinity Square dan Matthias Church juga nampak menarik.

Pemandangan Matthias Church dan St Stephen's Statue dari Fisherman's Bastion. Jubin bumbung yang berwarna-warni juga nampak jelas dari sini.
Pemandangan di atas Fisherman's Bastion menghadap ke Matthias Church. Ada ramai penjual berjual barangan cenderamata di sini.
Pemandangan Bangunan Parlimen Hungary dari Fisherman's Bastion
Fisherman's Bastion mengalami kerosakan teruk sewaktu Perang Dunia Kedua. Usaha pemulihan hanya dimulakan pada tahun 2006. Usaha ini berbaloi kerana ia kini menjadi tarikan pelancongan terpenting di Budapest.

Tangga turun ke Trinity Square dari Fisherman's Bastion
Ini pula tangga turun di bahagian depan Fisherman's Bastion
Sebuah lagi tangga naik ke Fisherman's Bastion dari belakang Matthias Church
Fisherman's Bastion
Kedai cenderamata di Fisherman's Bastion
Pintu gerbang tangga turun ke bahagian hadapan Fisherman's Bastion
Faitytale-looking Fisherman's Bastion
Pemandangan sewaktu menuruni tangga ke bahagian hadapan
Pemandangan dari tangga hadapan Fisherman's Bastion
Pemandangan Fisherman's Bastion dari tangga hadapan
Pemandangan di sekeliling Fisherman's Bastion
Pintu kota lama di bawah Fisherman's Bastion
Satu sudut yang menarik di Fisherman's Bastion
Pemandangan Matthias Church dari bahagian bawah Fisherman's Bastion
Mengabadi kenangan di Fisherman's Bastion
Pemandangan dari sini pulak...
Masih mengabadi kenangan di Fisherman's Bastion
Pemandangan dari tangga bawah Fisherman's Bastion
Bangunan Parlimen Hungary sangat jelas kelihatan dari sini
Kami diminta menunggu di bawah sana kerana bas akan membuat pick-up di situ.
Kenangan di tangga Fisherman's Bastion
Bahagian bawah Fisherman's Bastion
Husband
Memang cantik binaan Fisherman's Bastion ini...
Satu lagi kenangan di Fisherman's Bastion
Kenderaan rasmi untuk naik ke Buda Castle

Part 66: Chain Bridge

Dari Fisherman's Bastion kami dibawa menuju ke Heroes' Square. Dalam perjalanan ke sana ada pelbagai lagi pemandangan dan tarikan lain yang dilalui.

Menuruni Castle Hill
Jalan di bawah Castle Hill
Taman di Castle Hill
Menara kota lama
Tembok istana
Satu lagi pemandangan menara dan tembok kota
Buda Castle
Sebahagian besar Buda Castle kini telah dijadikan muzium
Official Buda Castle Bus
Terowong keluar dari kawasan istana
Pemandangan di dalam terowong
Pemandangan Chain Bridge dari dalam terowong
Dari Buda, kami menyeberang Sungai Danube kembali menuju ke sebelah Pest. Kali ini kami dibawa menyeberang menerusi Chain Bridge.

Chain Bridge
Chain Bridge adalah jambatan tertua di Budapest. Sebelum Chain Bridge dibina, feri adalah cara tunggal untuk menyeberang Sungai Danube.

Orang yang bertanggungjawab dalam pembinaan jambatan ini ialah seorang negarawan yang bernama István Széchenyi. Széchenyi bersungguh-sungguh berusaha untuk membina jambatan ini selepas dia gagal hadir ke majlis pengebumian bapanya disebabkan perkhidmatan feri menyeberang Danube yang terpaksa dihentikan kerana cuaca buruk.

Chain Bridge
Chain Bridge dibina oleh seorang jurutera berbangsa Scottish yang bernama Adam Clark. Patung-patung singa di penghujung jambatan diukir oleh seorang pengukir tempatan yang bernama János Marschalkó. Marschalkó cukup bangga dengan ukirannya sehingga menawarkan diri untuk terjun ke dalam sungai jika ada sesiapa yang dapat membuktikan kecacatan pada singa ukirannya.

Entah bagaimana, ada orang mendakwa singa ukiran Marschalkó tak mempunyai lidah. Disebabkan kecewa, Marschalkó terjun ke dalam sungai. Sebenarnya, singa yang diukir Marschalkó ada lidah, cuma sukar dilihat dengan mata kasar. Tapi jangan bimbang, walaupun Marschalkó terjun ke dalam Sungai Danube, dia tak mati dan masih hidup beberapa dekad lagi selepas peristiwa itu.

Singa yang diukir oleh János Marschalkó di penghujung Chain Bridge
Bila diberitahu yang singa ukirannya tak mempunyai lidah, János Marschalkó kecewa lalu terjun ke dalam Sungai Danube.
Pemandangan sewaktu menyeberang Chain Bridge
Pemandangan menghala ke Pest
Pemandangan di tengah-tengah Chain Bridge
Satu lagi pemandangan di tengah Chain Bridge
Pemandangan singa ukiran János Marschalkó dari belakang
Pemandangan singa dari sisi.


 Bersambung ke Bhg.16...


CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):