Saturday 2 December 2017

2017 EASTERN EUROPE BHG. 02 (Frankfurt)

November 2017

EASTERN EUROPE
Germany (2nd Visit), Czech Republic, Slovakia, Hungary & Austria
(GERMANY: Frankfurt)

Bahagian 2: Germany (1)
FRANKFURT (Römerberg & Wertheim Village)

HARI KEDUA

Part 5: Frankfurt Airport 

Penerbangan dari Istanbul ke Frankfurt memakan masa 2 jam 30 minit. Kami tiba di Lapangan Terbang Frankfurt pada pukul 11 pagi waktu tempatan.

Tiba di Frankfurt
Mendarat di Frankfurt Airport
Welcome To Frankfurt Airport
Iran Air
Bangunan Terminal Frankfurt Airport
Syarikat penerbangan kebangsaan Israel ~ El Al
Frankfurt Airport
Pesawat Turkish Airlines kami.
Pemeriksaan imigresen di airport Frankfurt sangat mudah. Dari pengamatan Myself, pegawai-pegawai imigresen dan keseluruhan rakyat Jerman yang ditemui dalam perjalanan ini sangat friendly dan membantu.

Suasana di Frankfurt Airport
Tempat pengambilan bagasi
Berehat sebentar sambil menunggu Tour Leader memastikan tempat bas kami menanti.
Selepas Tour Leader memastikan tempat bas kami menanti di luar airport, kami menarik beg masing-masing untuk mendapatkan bas. Tempat parking bas ini agak jauh di luar bangunan terminal. Jenuh jugalah kami menarik beg masing-masing nak mendapatkannya.

Balai Ketibaan di Terminal B.
Berjalan mendapatkan bas yang menanti.
Jauh juga nak menarik beg untuk mendapatkan bas.
Suasana di sekitar Frankfurt Airport sewaktu menarik beg untuk mendapatkan bas.
Di sinilah bas kami menanti.
Bas persiaran yang disediakan untuk kami amat luas dan selesa. Disebabkan ahli rombongan kami hanya 18 orang, masing-masing boleh mendapat tempat duduk sendiri tanpa perlu berkongsi di dalam bas. Di samping terdapat kemudahan tandas di dalamnya, bas ini juga mempunyai kemudahan Wifi percuma.

Bas persiaran kami sangat luas dan selesa
Masing-masing boleh mendapat tempat duduk sendiri di dalam bas ini.
Tandas bas ini terletak di tepi tangga
Kemudahan tandas di dalam bas.
Pemandu bas kami yang bernama Peter amat baik orangnya. Dia berasal dari Prague di Czech Republic dan sentiasa sedia membantu walaupun Bahasa Inggerisnya agak tersekat-sekat.

Part 6: Frankfurt City

Frankfurt, kami sampai lagi... Bagi Myself dan Husband, ini kali kedua kami tiba di Frankfurt. Kali pertama dulu adalah persinggahan singkat untuk bermalam dalam perjalanan menuju ke Black Forest. Ketika itu kami datang dengan bas ke Frankfurt dari Amsterdam di Netherlands.

Perjalanan dari Airport ke Kota Frankfurt memakan masa kira-kira 30 minit. Ketika itu Eropah sedang mengalami musim luruh. Pemandangan daun-daun pokok yang berguguran dan bertukar warna kekuningan memang memukau mata. Suhu di luar juga agak sejuk, kira-kira 8'C.

Pemandangan musim luruh dalam perjalanan ke Frankfurt City.
Perjalanan menuju ke Frankfurt
Pemandangan pertama Frankfurt bagi kami adalah sebuah kawasan perumahan yang terletak di pinggir kota.

Kawasan perumahan di pinggir kota ini adalah pemandangan pertama Frankfurt bagi kami.
Penduduk Jerman amat mementingkan alam sekitar. Kerana itulah tong-tong kitar semula banyak terdapat di merata-rata tempat.
Pemandangan pusat bandar Frankfurt juga amat memukau bila kami melintas Sungai Main yang membelah di tengah-tengah kota ini.

Frankfurt City dengan pemandangan Frankfurt Cathedral.
Pusat komersil bandaraya Frankfurt

Part 7: Römerberg

Destinasi lawatan kami di Frankfurt adalah ke Römerberg yang merupakan sebuah pusat perdagangan lama di kota Frankfurt. Di sinilah para pedagang yang datang sejauh Itali dan France berkumpul untuk menjual barangan masing-masing pada masa dahulu. Di samping itu, Römerberg turut menjadi tumpuan pelbagai perayaan yang diadakan ketika itu.

Pertabalan Holy Roman Emperor pada masa dahulu diadakan di bangunan Town Hall yang dikenali sebagai Zum Römer. Bangunan ini telah diperbesarkan beberapa kali dan sebuah jambatan yang dinamakan Bridge of Sighs (Seufzerbrücke) didirikan untuk menyambung bangunan lama dengan bangunan tambahan baru yang dibina kemudian. Jambatan ini adalah tarikan pertama yang kami perhatikan dari tempat di mana bas kami berhenti.

Bridge of Sighs
Bridge of Sighs dinamakan sempena jambatan serupa yang dibina di Venice, Itali.
St. Paul's Church berhampiran Bridge of Sighs
Bergambar kenangan di Bridge of Sighs.
Dari Bridge of Sighs, kami berjalan menuju ke Römerberg Square yang sebenar.

Berjalan menuju ke Römerberg Square
Pemandangan luar berhampiran Römerberg Square.
Tarikan utama di Römerberg adalah sebaris rumah tradisional Jerman yang terletak bertentangan dengan Zum Römer yang dinamakan Ostzeile. Rumah asal yang dibina pada kurun ke 15 dan 16 Masehi musnah dibom sewaktu Perang Dunia Kedua. Namun ia telah didirikan semula mengikut rekabentuk dan senibina yang asal.

Römerberg Square
Römerberg kini telah menjadi pusat tarikan pelancongan yang paling terkenal di kota Frankfurt.
Ada banyak restoran dan kedai-kedai souvenir di sekitar Römerberg
Bangunan Ostzeile yang asal dibina dari kayu. Ada 6 buah bangunan semuanya dan setiap satu mempunyai namanya yang tersendiri: Zum Engel (At the Angel), Goldener Greif (Golden Griffin), Wilder Mann (Wild Man), Kleiner Dachsberg-Schlüssel (Little Dachsberg), Großer Laubenberg (Large Laubenberg) dan Kleiner Laubenberg (Little Laubenberg).

Bangunan yang dinamakan Ostzeile di Römerberg Square.
Wine Barrel di Römerberg Square
Seronok Pakcik ni dapat bergambar dengan Wine Barrel di Römerberg Square
Di sini juga terdapat sebuah gereja yang dinamakan Old St Nicholas Church (Alte Nikolaikirche) yang dibina pada kurun ke-11 Masehi. Ia diisytiharkan sebagai Chapel Diraja bagi Holy Roman Emperor yang memerintah pada ketika itu pada tahun 1290 dan seterusnya diisytiharkan sebagai Official Chapel of the City Council pada kurun ke-15 Masehi. Loceng di gereja ini dibunyikan pada pukul 9:05, 12:05 dan 17:05 setiap hari.

Old St Nicholas Church
Sebenarnya ada sebuah tarikan lain di Römerberg Square yang dinamakan Fountain of Justice (Gerechtigkeitsbrunnen). Ia adalah sebuah fountain dengan patung dewi Roman bernama Justitia sedang memegang sebuah dacing yang melambangkan keadilan. Walau bagaimanapun, fountain ini sedang dibaikpulih ketika kami berada di sana.

Fountain of Justice ditutup untuk pembaikan sewaktu kami sampai di sini.
Rupa sebenar Fountain of Justice (Sumber: Internet)
Bangunan utama di Römerberg Square dinamakan Zum Römer yang bermaksud 'At the Roman'. Ia merujuk kepada penempatan lama orang Rome yang wujud di sini sebelum kewujudan kota Frankfurt. Seperti kebiasaan pada masa itu, bangunan Town Hall ini mempunyai pelbagai fungsi pentadbiran dan perdagangan.

Zum Römer
Pemandangan di hadapan Zum Römer
Pintu masuk ke Zum Römer
Kami hanya menghabiskan masa kira-kira 30 minit di Römerberg sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi kami yang seterusnya, Wertheim Village. Sebelum melangkah pergi, kami masih sempat meninjau beberapa tarikan lain yang ada di sini.

Bas Hop-On Hop-Off turut menjadikan Römerberg salah sebuah persinggahan mereka.
Beberapa buah menara ditambah kepada bangunan Town Hall pada kurun ke-20 Masehi. Salah sebuah di antaranya adalah Tall Franz (Langer Franz) yang mempunyai ketinggian 70 meter. Ia turut menjadi struktur tertinggi di kota Frankfurt pada ketika itu.

Menara Tall Franz
Menara Tall Franz pernah menjadi struktur tertinggi di kota Frankfurt satu ketika dahulu.
Ukiran Atlantis di pintu masuk ke bangunan baru Town Hall.
Macam berat je nak kena pikul bangunan ni...
Taman kecil berhampiran Römerberg Square ini dinamakan Paulsplatz.
Bergambar di Paulsplatz
Bangunan Commerzbank Tower di sana dimiliki oleh Syarikat Samsung dari Korea Selatan.
Bas kami menanti berhampiran Paulsplatz.

Part 8: Perjalanan Ke Wertheim Village

Perjalanan seterusnya dengan bas dari Frankfurt ke Wertheim Village memakan masa 1 jam 30 minit.

Auf Wiedersehen, Frankfurt.
Ambulan di kota Frankfurt
Binding Brewery
Pintu masuk ke Binding Brewery
Südfriedhof (Southern Cemetery) yang didirikan pada tahun 1868. Perkuburan ni luasnya sekitar 32 hektar.
Sachsenhäuser Warte adalah salah satu daripada 5 menara bersejarah di Frankfurt am Main. Ia kini digunakan sebagai restoran dan penginapan.
Bas kami menggunakan lebuhraya menuju ke Wertheim yang terletak kira-kira 90 km dari kota Frankfurt. Seperti yang pernah diperhatikan dalam lawatan ke Western Europe dulu, sebahagian besar pengguna lebuhraya adalah lori.

Lebuhraya menuju ke Wertheim
Ada perhentian rehat 10 km lagi.
Pemandangan di lebuhraya
Melintasi sebatang sungai
Satu pemandangan menarik yang diperhatikan sepanjang perjalanan dari Frankfurt ke Wertheim adalah panel-panel solar yang diletakkan sepanjang lebuhraya. 

Panel-panel solar di tepi lebuhraya
Banyak panel solar seperti ini yang dilihat di sepanjang lebuhraya dari Frankfurt ke Wertheim.
Kawasan pertanian
Sebatang lagi sungai yang cantik dalam perjalanan ke Wertheim
Jambatan untuk lintasan haiwan liar seperti seperti rusa merentangi lebuhraya.

Part 9: Wertheim Village

Kami tiba di Wertheim Village pada pukul 2.30 petang. Wertheim Village adalah sebuah Premier Shopping Outlet seperti Bicester Village yang terkenal di London.

Tiba di Wertheim Village
Wertheim Village
Setibanya di Wertheim Village, kami terus dibawa menuju ke Tourist Information Centre di sini untuk tumpang bersolat di sana. Tidak seperti di Bicester Village dulu, tak ada Prayer Room khusus yang disediakan di sini. Namun disebabkan Wertheim Village ini sering mendapat kunjungan pelancong dari Timur Tengah yang bershopping sakan di sini, staff di Wertheim Village amat faham bila kami bertanya tempat di mana kami boleh bersolat. Namun ruang solat yang diberi sangat terhad, terpaksalah kami bergilir-gilir untuk bersolat di sana.

Setiap pengunjung ke Tourist Information Center ini juga diberikan sebuah kad diskaun yang boleh digunakan di outlet-outlet tertentu di sini.

Tourist Information Center di Wertheim Village
Pemandangan di hadapan Tourist Information Center
Bandar Wertheim yang terletak berhampiran juga mempunyai beberapa tarikan pelancongan tetapi kami tak sampai ke sana.
Perkhidmatan bas shuttle turut disediakan setiap hari Isnin-Sabtu untuk pengunjung yang ingin datang ke sini dari Frankfurt. Ia berlepas dari Frankfurt Main Train Station.
Concierge di Wertheim Village
Dah selesai bersolat barulah kami masuk ke shopping area di sini. Seperti juga di Bicester Village dulu, Wertheim Village juga menjual barangan mewah yang ada di antaranya berharga lebih murah berbanding di Malaysia. Namun disebabkan kami bukan kaki shopping, kami hanya bersiar-siar di sini.

Pintu masuk ke shopping area di Wertheim Village.
Wertheim Village dibuka setiap hari Isnin-Sabtu dari 10 pagi - 8 malam.
Pemandangan di Wertheim Village
Dah tak bershopping, kita tengok-tengok sajalah pemandangan di Wertheim Village ini seperti di bawah:

Dah puas melepak di dalam, kita berjalan-jalan sikit di luar. Cuaca ketika itu hujan renyai, tapi tak ada apa sangatlah bagi orang Malaysia seperti kita ni... Yang menjadi masalah sebaliknya adalah suhu yang sejuk mencengkam sampai ke tulang tu...

Kawasan sekitar Wertheim terkenal dengan penanaman anggur. Jadi adalah sedikit pokok anggur ditanam di sini untuk menunjukkan legacy itu.
Kenangan di Wertheim Village
Tak tahu apa fungsi rumah terbalik kat Wertheim Village ni.

Part 10: Menuju ke Karlovy Vary

Dari Wertheim Village, kami bergerak meninggalkan Germany untuk menuju ke Karlovy Vary yang terletak di negara Czech Republic. Di sanalah kami akan bermalam nanti.

Menuju ke Czech Republic
Kami bertolak meninggalkan Wertheim pada pukul 4.30 petang. Disebabkan ketika itu dah hampir penghujung musim luruh dan waktu siang dah semakin pendek, matahari dah hampir terbenam ketika itu.

Matahari dah hampir terbenam walaupun ketika itu jam hanya menunjukkan pukul 4.30 petang.
Kawasan pertanian yang indah di Germany
Sebuah perkampungan indah yang dilalui dalam perjalanan.
Warna-warna musim luruh di waktu lewat petang
Ladang anggur
Semakin menghampiri Czech Republic

Part 11: Tiba Di Karlovy Vary

Perjalanan dengan bas dari Wertheim ke Karlovy Vary memakan masa 3 jam. Kedua-dua Germany dan Republik Czech menganggotai Pakatan Schengen, maka tak ada kawalan sempadan di antara kedua-dua negara. Ada signboard yang jelas di sempadan kedua-dua negara, namun susah kita nak mengambil gambar dalam gelap begitu dari dalam bas.

Tiba di Karlovy Vary. Bandar ini terletak di Republik Czech.
Kami terus dibawa makan malam sebaik tiba di Karlovy Vary. Namun disebabkan jalan masuk yang sempit, bas tak dapat menghantar sehingga ke pintu restoran. Bas berhenti di tepi jalan di atas sebuah bukit dan terpaksalah kami berjalan kaki turun ke bawah.

Laluan sempit ini tak dapat dimasuki oleh bas.
Terpaksalah kami berjalan kaki menurun bukit ke bawah untuk menuju ke restoran.
Laluan di kaki bukit ini dipenuhi hotel-hotel kecil dan restoran.
Sungai di bandar Karlovy Vary. Tengok pun dah boleh rasa betapa sejuknya air yang sedang mengalir.
Pemandangan indah Karlovy Vary di malam hari.
Tak ada restoran makanan Halal di Karlovy Vary. Jadi kami dibawa makan di sebuah restoran yang menghidangkan masakan seafood di sini. Restoran ini bernama Ristorante Pizzeria.

Ristorante Pizzeria
Pemandangan di dalam Ristorante Pizzeria
Seafood Spaghetti
Tiramisu tanpa alkohol yang disediakan khas untuk kami.
Lukisan yang cantik di pintu masuk ke restoran
Berjalan menuju ke bas semula selepas makan malam.
Kenangan malam di Karlovy Vary
Karlovy Vary terkenal dengan laluan-laluan spa yang dinamakan Colonnades. Ini adalah pemandangan malam salah sebuah Colonnade di sini
Mendaki bukit kembali untuk mendapatkan bas. Tinggi betul bukit ni !!
Bas menanti di atas bukit

Part 12: Grandhotel Pupp

Selepas dinner, barulah kami dibawa ke hotel penginapan kami yang mewah dan bertaraf 5 bintang bernama Grandhotel Pupp. Kata travel agent, kami sangat bertuah mendapat penginapan di sini dengan kos yang kami bayar bagi percutian ini. Hotel ini terkenal kerana menjadi lokasi filem James Bond Casino Royale. Tapi disebabkan kita sampai di sini dalam kegelapan malam yang pekat, esok sajalah kita explore hotel yang hebat ini.

Grandhotel Pupp
Kaunter pendaftaran Grandhotel Pupp
Grand Staircase di Grandhotel Pupp
Laluan menuju ke bilik penginapan. Ada sensor disediakan di laluan ke bilik untuk menjimatkan tenaga. Lampu hanya akan menyala bila kita lalu di situ.
Pemandangan Grand Staircase menghala ke bawah.
Bilik penginapan kami di Grandhotel Pupp
Kerusi rehat di bilik penginapan
Chandelier di bilik penginapan kami. Swarovski ke ni ?!

Bersambung ke Bhg. 3 ...



CATATAN PERJALANAN EROPAH TIMUR (2017):