Wednesday 30 December 2015

2015 WESTERN EUROPE BHG. 26 (Lion Monument)

November 2015

WESTERN EUROPE
England (2nd Visit), France, Belgium, Netherlands, Germany & Switzerland

(SWITZERLAND: Zurich, Mount Titlis & Lucerne)

Bahagian 26: Switzerland (8)
LUCERNE (Lion Monument)

HARI KELAPAN (7)

Part 74 (3) : Lucerne

ST. MATTHEW CHURCH (MATTHAUSKIRCHE)

Jauh dah berjalan, tak sampai-sampai juga ke Lion Monument. Sebaliknya kami bertemu dengan St. Matthew's Church (Matthäuskirche) yang merupakan sebuah gereja mazhab Protestant di sini. Gereja ini popular kerana di sinilah komposer opera terkenal dari Germany, Richard Wagner melangsungkan perkahwinannya pada tahun 1870.

St. Matthew's Church
Jualan lilin di luar gereja.
Lilin-lilin ini dijual sempena perayaan Krismas agaknya.
Satu lagi pemandangan St. Matthew's Church

ST. LEODEGAR

Akhirnya kami sampai di tepi sebuah jalan besar, namun Lion Monument masih tak kelihatan. Mengikut sebuah lagi signboard yang kami temui, untuk ke Lion Monument ini, kami perlu melintas jalan pulak.  Kami berkira-kira nak berpatah balik ke Schwanenplatz dah ketika itu kerana merasakan monumen ini sangat jauh... 

Tapi bila Husband bertanya kepada seorang lelaki tempatan yang juga nak melintas jalan, dia memberitahu yang Lion Monumen ini terletak hanya 4 minit perjalanan dari situ. Walau bagaimanapun, kedudukannya sedikit tersorok. Barulah hati kami bersemangat kembali.

Kena melintas jalan ini untuk ke Lion Monument. Kata lelaki tempatan yang kami temui di sini, Lion Monument terletak hanya 4 minit dari sini. Malah lelaki yang baik hati ini turut menunjukkan jalan yang perlu kami lalui untuk ke sana.
Sewaktu melintas jalan ini juga, kami dapat melihat sebuah lagi gereja yang menjadi mercu tanda Lucerne. Gereja ini bernama Gereja St. Leodegar. St. Leodegar ialah patron saint bagi bandar Lucerne.

Tidak seperti Gereja St. Matthew's tadi, Gereja St. Leodegar adalah sebuah gereja Roman Katholik. Bangunan yang dilihat ini adalah sebuah bangunan "baru". Bangunan lamanya terbakar dalam tahun 1633 (Tengok ni... ini sebuah lagi bangunan yang terbakar kat Lucerne...). Kebakaran ini dikatakan berpunca dari tembakan senapang paderi di gereja ini yang nak menembak burung.

Walaupun bangunan gereja terbakar dalam tahun 1633, kedua-dua menara St. Leodegar ini terselamat dalam kebakaran tersebut.

LION MONUMENT

Akhirnya kita sampai ke Lion Monument selepas kaki rasa macam dah nak tercabut berjalan. Monumen ini memang sedikit tersorok tapi pemandangannya amat mengkagumkan.

Pokok Krismas besar dalam perjalanan ke Lion Monument.
Lion Monument terletak di belakang bangunan ini.
Lion Monument (Löwendenkmal) terletak di sebuah taman kecil. Ia adalah ukiran batu seekor singa yang tercedera sedang menunggu mati.

Pintu masuk ke Lion Monument
Pemandangan Lion Monument dari pintu masuk.
Taman kecil di Lion Monument.
Lion Monument dibina untuk memperingati Swiss Guards yang berkhidmat dengan seorang Raja Perancis King Louis XVI sebagai tentera upahan. Swiss Guards yang sebahagian besar mereka berasal dari kota Lucerne telah dibunuh beramai-ramai di Istana Tuileries di Paris sewaktu Revolusi Perancis pada tahun 1792.

Monumen sepanjang 10 meter dan setinggi 6 meter ini diukir pada batuan granit dengan menggambarkan seekor singa tercedera yang sedang menunggu maut. Ia direka oleh seorang pengukir berbangsa Denmark bernama Bertel Thorvalsen dan dibuat oleh seorang tukang batu dari Constance, Germany yang bernama Lucas Ahorn. Ia dibina menggunakan dana yang diperolehi oleh salah seorang Swiss Guard yang terselamat yang bernama Karl Pfyffer von Altishofen untuk memperingati rakan-rakannya yang terkorban. Altishofen dikatakan terselamat kerana beliau sedang bercuti di Lucerne ketika kejadian itu berlaku. Begitulah kalau ditakdirkan ajal masih belum tiba...

Lion Monument dibina untuk memperingati tentera-tentera upahan Swiss Guards King Louis XVI yang terbunuh di Istana Tuileries di Paris sewaktu Revolusi Perancis.
Monumen ini digambarkan sebagai seekor singa yang cedera parah sedang menunggu maut.
Pada monumen ini tertera perkataan Helvetiorum Fidei ac Virtuti ("To the loyalty and bravery of the Swiss"). Singa yang tercedera ini ditusuk sebatang tombak. Inscription di bawah singa ini tertera nama semua anggota Swiss Guards yang berkenaan dan bilangan dalam angka Roman tentera yang terbunuh (DCCLX = 760) dan yang terselamat (CCCL = 350).

Menurut ceritanya, sewaktu King Louis XVI diserang, tentera Swiss Guards ini melindungi banginda dengan setia. Walau bagaimanapun, King Louis XVI tertipu dengan muslihat dari rakyat Perancis yang menentang baginda, lalu mengarahkan tentera Swiss Guards baginda untuk mengundur dan meletakkan senjata mereka. Ketika inilah rakyat Perancis yang memberontak mengambil kesempatan membunuh Swiss Guards tersebut menggunakan senjata mereka sendiri.

Walaupun ia hanya ukiran batu, memang sedih melihat singa ini. Kita bagaikan merasa kesakitan yang dialami oleh Sang Singa. 

Monumen ini tidak boleh dihampiri kerana ada kolam buatan manusia di depannya.
Nampak tak gua yang menempatkan ukiran singa terbaring ini dibuat berbentuk macam seekor babi?
Kalau anda perhatikan betul-betul, pasti anda perasan yang gua yang menempatkan singa ini diukir mengikut bentuk seekor babi. Inipun ada ceritanya... Adalah dikatakan tukang batu yang membuat monumen ini berbalah dengan orang yang mengupahnya bekerja. Jadi si tukang batu sengaja membuat gua ini berbentuk seperti seekor babi untuk menyakitkan hati beliau.

Bergambar dengan Lion Monument.
Bila dipandang dari angle ini, lagi kesian tengok singa ini...
Pemandangan taman di Lion Monument dari sudut sebelah sini.
Tandas awam di Lion Monument ini sangat moden dan canggih. Myself tak tahu macam mana nak ceritakan kecanggihannya, cuma kalau anda berkesempatan datang ke sini, cubalah pakai toilet ini untuk merasainya sendiri.

Public toilet kat sini sangat moden dan canggih.

BERJALAN BALIK KE SCHWANENPLATZ

Selepas melawat Lion Monument, kami berjalan kembali ke Schwanenplatz di mana kumpulan kami diminta untuk berkumpul semula. Dalam perjalanan ke sana pun, masih ada banyak benda yang dilihat.

Pemandangan sewaktu kembali ke Schwanenplatz.
Membuat perhiasan Krismas dengan pokok hidup.
Kedai Souvenir yang ditemui dalam perjalanan kembali ke Schwanenplatz.
Saja je nak jentik telinga lembu tu...
Orang Swiss sangat patriotik. Di mana-mana saja kita dapat melihat bendera Switzerland seperti ini.
Trolley bus yang sangat panjang di tengah kota Lucerne.
Swiss Precision ~ di mana-mana saja kita akan bertemu dengan kedai jam Swiss.

LAKE LUCERNE

Kami juga melintasi Tasik Lucerne dalam perjalanan kembali ke Schwanenplatz. Kalau nak melawat Mount Rigi yang terletak di seberang sana tasik, kita boleh menaiki bot dari sini merentasi Tasik Lucerne.

Bot di Tasik Lucerne.
Jeti di Tasik Lucerne
Banyak betul pokok krismas kat luar restoran terapung ni...
Seperti di Sungai Reuss, ada banyak angsa (swans) yang berenang di Tasik Lucerne. Swans ini sebenarnya terdapat di mana-mana saja di Switzerland, bukan hanya di Lucerne.

Swans berenang di Tasik Lucerne.
Pemandangan swans dari dekat.
Pergunungan di seberang sana adalah Mount Rigi.
Feri berlepas dari Schweizerhofquai.
Tak padan dengan kecik anjing ini... menyalak kat kami bila tuannya yang peramah menegur kami.
Pemandangan sewaktu menghampiri Schwanenplatz.
Display di kedai cokelat.
Bukan main lagi iklan cokelat ini!

LUCERNE RAILWAY STATION

Oleh kerana masih ada masa terluang sewaktu kami tiba kembali di Schwanenplatz, kami membuat keputusan untuk menyeberang Jambatan Schweizerhofquai ke arah Stesen Keretapi Lucerne untuk melihat pintu gerbangnya yang cantik.

Bergambar di Jambatan Schweizerhofquai yang dibina di pertemuan di antara Tasik Lucerne dan Sungai Reuss.
Pejalan kaki di atas jambatan.
Pengangkutan awam di Lucerne.
Pemandangan Gereja St. Leodegar dari seberang Tasik Lucerne.
Pemandangan Schwanenplatz dari Jambatan Schweizerhofquai.
Stesen Keretapi Lucerne yang dipanggil Banhof adalah salah sebuah stesen keretapi utama di Switzerland. Seperti Stesen Amsterdam Centraal yang kami lawati dulu, stesen ini juga mempunyai sebuah shopping centre di dalamnya. Namun yang menarik perhatian kami ialah pintu gerbang yang berdiri megah di depan stesen ini.

Stesen Keretapi Lucerne yang dipanggil Banhof.
Pintu gerbang di depan Banhof.
Pintu gerbang ini adalah sebenarnya pintu masuk utama ke bangunan stesen keretapi lama yang dibina pada tahun 1869. Bangunan stesen ini musnah terbakar (terbakar lagi!) pada tahun 1971. Walaupun sebuah stesen baru telah dibina 50 meter dari sini, pintu gerbang ini dibiarkan berdiri sebagai bahan sejarah.

Museum of Art
Jeti bot. Ada boat cruise mengelilingi Tasik Lucerne di sini tetapi harganya lebih CHF100 (RM420).
Dari Stesen Keretapi, kami menyeberang kembali Jambatan Schweizerhofquai untuk kembali ke Schwanenplatz. Tapi kali ini, kami berjalan di bahagian jambatan yang di sebelah Sungai Reuss pulak.

Berjalan kat sebelah Sungai Reuss pulak.
Pemandangan Chapel Bridge dari Jambatan Scweizerhofquai.
Haus Zur-Gilgen-Turm di Kapellplatz.
Butik Jam Rolex yang terbesar di dunia.
Husband dah kepenatan bila tiba kembali ke Schwanenplatz.
Pengawal trafik di Schwanenplatz.
Lampu-lampu perhiasan Krismas mula dipasang bila malam menjelang.
Kereta kuda untuk bersiar-siar di kota Lucerne.
Tiba-tiba je kereta kuda ini muncul. Siang tadi tak nampak pun ada kereta kuda ini.
Pemandangan sewaktu meninggalkan kota Lucerne.

Part 75: Pulang ke Zurich

Selepas lawatan ke Lucerne tamat, kami kembali ke Zurich. Makan malam ini juga disediakan di Restoran Taj Palace yang kami kunjungi semalam. Tak banyak agaknya restoran Muslim di Zurich ini, sebab itu kami dibawa sekali lagi ke restoran ini.

Kembali ke Zurich.
Suasana di Zurich kurang happening, mungkin disebabkan faktor cuaca yang sejuk.
Bangunan-bangunan pencakar langit di Zurich yang tak setinggi bangunan-bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur.
Satu lagi pemandangan di Zurich.
Restoran Taj Palace.
Makan malam di Taj Palace.
Selepas makan malam, kami kembali ke Hotel Ramada Zurich City. Kami harus mendapat rehat yang cukup kerana esok kami akan melalui perjalanan yang panjang pulang ke Malaysia.

Pemandangan Zurich dalam perjalanan pulang ke hotel.
Penduduk-penduduk Zurich yang tidak kisahkan kesejukan malam.
Kedai jam yang menjadi trademark Switzerland.


Bersambung ke Bhg. 27...


CATATAN PERJALANAN WESTERN EUROPE (2015):