Friday 4 December 2015

2015 WESTERN EUROPE BHG. 04 (Malaysia Hall)

November 2015

WESTERN EUROPE
England (2nd Visit), France, Belgium, Netherlands, Germany & Switzerland
(ENGLAND: London)

Bahagian 4: England (3)
LONDON (Malaysia Hall & Oxford Street)

HARI KEDUA (2)


Part 10 (2): London City Tour

Ibukota England dan United Kingdom, London dibina 2000 tahun yang lalu oleh orang Rom yang menamakan kota tersebut sebagai Londinium. Ia kini dihuni 8 juta penduduk dan merupakan kota terbesar di Eropah Barat. 

Westminster Cathedral adalah gereja Roman Katholik terbesar di England.
Waterloo Station ini merupakan stesen akhir perkhidmatan keretapi laju Eurostar yang menghubungkan London dan Paris pada masa dahulu sebelum operasinya dipindahkan ke Stesen St Pancras kini.
Disebabkan ia sebuah kota tua, banyak bangunan bersejarah dapat dilihat di seluruh kota.

Royal Courts of Justice ini menempatkan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan bagi England dan Wales.
Pintu masuk ke Royal Courts of Justice
Jika kita melawat ke dalam bangunan Royal Courts of Justice ini, kita akan melihat patung anjing dan kucing sedang bercakaran yang menggambarkan proses pendakwaan dan pembelaan yang berlaku di dalamnya.
Jika anda pernah bermain Monopoli, pasti anda pernah mendengar banyak nama-nama jalan yang terdapat di sekitar kota London.

Marylebone Road
Banyak syarikat akhbar di London berpusat di Fleet Street
The Royal Exchange
Bangunan di sebelah kiri The Royal Exchange ini ialah Bank of England.
Husband cakap ini cara Tommy Hilfiger menjual seluar dalam.
Kota London yang asal sangat kecil, hanya sekitar 1 batu persegi. Sempadan kota London yang asal ditandakan dengan patung naga.
 
 Sempadan asal kota London ditandakan dengan patung naga seperti ini
Sebahagian besar kota London yang asal musnah dalam kebakaran yang dinamakan Great Fire of London pada tahun 1666. Ia dikatakan bermula dari sebuah bakeri di Pudding Lane. Banyak bangunan lama musnah dalam kebakaran tersebut dan dibina semula seperti yang dilihat pada masa kini.

Monumen Great Fire of London ini didirikan di tapak di mana kebakaran besar ini berlaku pada masa dahulu. Kebakaran ini bermula di kedai Pembuat Roti Diraja di Pudding Lane.
Lorong-lorong kecil seperti ini masih banyak terdapat di kota lama London.

ST PAUL'S CATHEDRAL

Salah sebuah bangunan yang musnah dalam Great London Fire adalah St. Paul's Cathedral. Ia telah dibina semula oleh arkitek terkemuka Sir Christopher Wren selepas kebakaran itu.

Gereja St. Paul terkenal kerana di sinilah berlangsungnya perkahwinan Putera Charles dengan Lady Diana Spencer pada tahun 1981.
Kubah Gereja St Paul adalah kubah kedua terbesar di dunia, selepas Gereja St.Peter's di Vatican City.
Pintu masuk ke Gereja St. Paul

LONDON BRIDGE

Ramai pengunjung ke London yang keliru membezakan London Bridge dan Tower Bridge. Kedua-dua jambatan ini dibina bersebelahan merentangi Sungai Thames.

Signboard London Bridge
London Bridge adalah sebuah jambatan tua yang diabadikan dalam lagu kanak-kanak "London Bridge Is Falling Down". Pada masa dahulu, ia adalah satu-satunya jambatan yang dibina merentasi Sungai Thames di London. 

Bas-bas pelancong di London Bridge
Pelancong di atas London Bridge
Kapal yang sedang berlabuh di Sungai Thames ini adalah kapal tentera laut British yang bernama HMS Belfast. Ia kini telah dijadikan muzium.
London Bridge kini dibina dari konkrit. Agak sukar dah kini nak berlaku lagi insiden seperti di dalam lagu "London Bridge Is Falling Down".
Dari London Bridge, kita dapat melihat dengan jelas Tower Bridge yang terkenal itu. Tower Bridge boleh dibuka untuk memberi laluan kepada kapal-kapal yang berlayar. Namun begitu, notis 24 jam perlu diberikan terlebih dahulu sebelum ia dinaikkan. 

Pemandangan ikon kota London, Tower Bridge yang dilihat dari London Bridge.
Boat Cruise di Sungai Thames.
Boat Dutch Master ini menjadi pilihan utama bagi sesiapa yang ingin berparti di atas bot di Sungai Thames. Ini adalah kerana disebabkan ketinggiannya 3 tingkat, jambatan Tower Bridge akan dinaikkan untuk memberi laluan kepadanya.
Bangunan yang runcing ini adalah The Shard.

MARBLE ARCH

Tempat terakhir yang ditunjukkan oleh Isabelle dalam London City Tour ini ialah Marble Arch yang terletak di penghujung Hyde Park. Marble Arch pada mulanya dibina sebagai pintu masuk ke Buckingham Palace. Namun demikian, saiznya didapati terlalu sempit untuk dilalui oleh kereta kuda Diraja, lalu dipindahkan untuk dijadikan hiasan di Hyde Park.

Hyde Park adalah sebuah lagi Taman Diraja di kota London.
Marble Arch ini pada mulanya dibina untuk dijadikan pintu masuk ke Buckingham Palace. Namun demikian, disebabkan saiznya yang tak betul, ia akhirnya menjadi hiasan di sini.

Part 11: Malaysia Hall

Selepas London City Tour berakhir, kami dibawa ke Malaysia Hall untuk makan tengahari dan bersolat di sana. Makan tengahari ini walau bagaimanapun terpaksalah dibayar sendiri kerana ia tidak termasuk di dalam pakej.

Malaysia Hall, London
Kantin Malaysia Hall terletak di basement bangunan.
Kantin Malaysia Hall hanya dibuka kepada rakyat Malaysia.
Pekerja di kantin Malaysia Hall yang baik dan peramah.
Kaunter makanan Malaysia Hall
Macam-macam ada....
Sewaktu makan di sini, kami berkongsi meja dengan Ai Ling, seorang pelajar wanita Malaysia berketurunan Cina yang menuntut dalam bidang Ekonomi di University College, London. Bila kami memberitahu yang kami hendak ke Oxford Street selepas ini, banyak tips keselamatan yang diberi oleh Ai Ling berdasarkan pengalaman beliau selama tinggal di London. Maklumlah, Oxford Street adalah tempat tumpuan ramai dan banyak kejadian jenayah boleh terjadi jika kita tidak berhati-hati.

Ruang makan di Kantin Malaysia Hall

Part 12: Oxford Street

Membeli-belah di Oxford Street adalah acara yang ditunggu ramai ahli kumpulan kami. Namun bagi kami berdua yang sejak awal lagi berniat tak mahu bershopping dan hanya nak bersantai di bumi Eropah ini, kami hanya bersiar-siar di sepanjang jalan.

Oxford Street yang dikunjungi 500,000 pengunjung setiap hari adalah shopping street yang dianggap paling sibuk di Eropah.
Primark adalah antara gedung membeli-belah tumpuan di sini.
Marks & Spencer
Suasana kesibukan di Oxford Street dengan kebanyakan pengunjung datang ke sini untuk membeli-belah bagi membuat persiapan Krismas.
Pada mulanya, kami merancang untuk minum petang di McDonald's yang terdapat di sini. Namun hasrat ini tidak menjadi kenyataan disebabkan restoran McD tersebut sangat sesak ketika itu.

Hasrat untuk minum petang di McDonald's ini terpaksa dibatalkan sebab ia terlalu sesak dengan pengunjung.
Kami sebaliknya meneruskan hasrat untuk minum petang di kafetaria gedung BHS yang berdekatan. Tak tahu pun yang kat dalam gedung ini ada kafe sebenarnya sehinggalah terpandang signboard di luar bangunan.

Gedung BHS di mana kami meneruskan hasrat untuk minum petang.
Pemandangan di dalam gedung BHS
Kafe BHS. Tak banyak pilihan makanan yang Halal di sini, tapi bolehlah sekadar melapik perut sehingga ke makan malam.
Ruang makan di kafe BHS
Hari telah gelap bila kami keluar dari BHS. Suasana di sekeliling juga menjadi meriah dengan hiasan lampu-lampu Krismas di sepanjang jalan.

Perhiasan Krismas di gedung Debenhams.
Kedai ubat Boots juga tidak ketinggalan dihias cantik sempena perayaan Krismas yang menjelang.
Di sana-sini di kota London, termasuk juga di Oxford Street, pembinaan laluan keretapi baru yang dinamakan Crossrail sedang giat dijalankan.
Perhiasan Krismas di laluan awam.
Selfridge's yang dihias indah dan mewah.
Marks & Spencer yang berubah wajah di malam hari.
Sampai masa yang ditetapkan, semua ahli kumpulan berhimpun kembali berhampiran Marble Arch untuk pergi makan malam dan kembali ke hotel.

Pemandangan Marble Arch di sebelah malam.
Di sinilah kami berkumpul semula selepas bershopping di Oxford Street.
Berbungkus litup sewaktu menunggu bas tiba kerana cuaca sangat sejuk pada malam itu.

Part 13: As Asia Restaurant

Seperti juga malam sebelumnya, makan malam disediakan di sebuah restoran di bandar Slough yang terletak sejam dari hotel kami. Dalam perjalanan menuju ke Slough, kami melintasi gedung membeli-belah Harrods yang dijuga dihias indah sempena perayaan Krismas.

Gedung membeli-belah Harrods
Pintu masuk ke Harrods
Perjalanan dari London ke Slough memakan masa selama sejam. Myself perhatikan memang banyak kedai makanan Halal yang terdapat di bandar ini.

Observatory Shopping di bandar Slough
Pemandangan malam di bandar Slough
Supermarket di bandar Slough
Dinner pada malam itu disediakan di Restoran As Asia yang terletak tidak jauh dari Restoran Shahzad di mana kami dinner pada malam tadi. Makanan juga disediakan secara buffet. Memang sedap!

Restoran As Asia di Slough
Pemandangan di Restoran As Asia
Kumpulan remaja British di sana sedang meraikan harijadi seorang rakan mereka.
Makan malam pilihan Myself
Kedai grocery di sebelah restoran.


Bersambung ke Bhg. 5 ...


CATATAN PERJALANAN WESTERN EUROPE (2015):