Saturday 5 December 2015

2015 WESTERN EUROPE BHG. 05 (Eurostar & Eiffel Tower)

November 2015

WESTERN EUROPE
England (2nd Visit), France, Belgium, Netherlands, Germany & Switzerland
(FRANCE: Paris)

Bahagian 5: France (1)
PARIS (Eurostar & Eiffel Tower)

HARI KETIGA (1)

Part 14: Bonjour, Paris!


Hari Ketiga di Eropah adalah juga hari untuk kami bergerak ke Paris. Pada hari ini, kami akan menaiki keretapi laju Eurostar merentas Selat Inggeris untuk masuk ke negara Perancis.

Sarapan pagi di Novotel London Heathrow.
Bersiap sedia menuju ke Paris.
Pemandangan awal pagi di hadapan Hotel Novotel London Heathrow.
Bagi yang mengatur perjalanan sendiri, perkhidmatan bas shuttle Hotel Hoppa dari Heathrow Airport juga membuat persinggahan di hotel ini.
Pemandangan sewaktu meninggalkan Hotel Novotel London Heathrow

Part 15: St. Pancras Station

Perjalanan dari hotel menuju ke St Pancras Station melalui jalan yang sama seperti semalam kerana Stesen Keretapi St. Pancras terletak di Central London.

Say Goodbye to Heathrow. Kami nak ke Paris pagi ini.
Mentari pagi terbit di England.
Eh, siapa yang baru sampai pagi ini?! Kita dah nak tinggalkan Heathrow dah ni....
Perjalanan sejam menuju ke London.
Hampir tiba di St. Pancras
Dari luar, bangunan Stesen Keretapi St. Pancras kelihatan sangat klasik. Kalau tak diberitahu yang kami dah sampai ke sini, memang Myself tak sangka langsung yang bangunan ini sebuah stesen keretapi.

St. Pancras Station, London
Salah sebuah pintu masuk ke bangunan klasik Stesen St. Pancras
Ada bangunan moden kat belakang bangunan klasik ini rupanya!
Bas masuk ke dalam bangunan untuk menurunkan kami di stesen ini.

Nampak tak penghadang yang berbelang kuning hitam tu? Selepas pemandu bas membuat bayaran parking, penghadang itu akan turun ke bawah untuk membolehkan bas masuk ke dalam bangunan.
Mengeluarkan bagasi dari perut bas.
Selepas mengambil bagasi dan mengucapkan Bye-Bye kepada pemandu bas kami Alex, kami masuk ke dalam stesen.

Beg terpaksa dibawa sendiri masuk ke dalam stesen.
Walaupun bangunan St. Pancras kelihatan sangat klasik dari luar, bahagian dalamnya sangat moden.

Pemandangan di dalam Stesen St. Pancras
Pokok Krismas gergasi yang ditaja oleh Disney di St. Pancras
Sambil Tour Leader menguruskan tiket, kami mengambil kesempatan bergambar di setiap pelusuk bangunan.

Ruang perlepasan penumpang di St Pancras
Hanya penumpang bertiket dibenarkan masuk selepas gate ini. Namun kita hanya boleh masuk ke dalam selepas panggilan masuk dibuat lebih kurang sejam sebelum masa tren berlepas.
Tour Leader mengagihkan tiket.
Tiket Eurostar kami.
Begitu happy nak ke Paris.
Walaupun destinasi kami di Perancis adalah Paris, kami tidak menaiki tren direct ke sana. Sebaliknya tren kami menuju ke Marne La Vallee - Chessy yang terletak 30km ke timur Paris. Stesen ini juga adalah stesen persinggahan untuk sesiapa yang ingin berkunjung ke Paris Disneyland.

Panggilan untuk tren kami. Confuse dibuatnya sebab tak ditulis langsung Marne La Vallee - Chessy yang merupakan destinasi sebenar kami. Yang ditulis sebaliknya adalah Disneyland.
Berkumpul untuk bergerak masuk ke dalam.
Paris, Here I Come!

Part 16: Eurostar

Sebaik selepas masuk ke dalam gate, kita perlu melalui pemeriksaan sekuriti macam nak naik kapalterbang tu. Cuma bezanya di sini, cecair dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam tren.

Selepas pemeriksaan sekuriti, kita perlu pulak melalui pemeriksaan imigresen. Mula-mula passport kita akan dicop oleh Imigresen Perancis menandakan yang kita akan masuk ke France. Selepas itu barulah passport kita dicop oleh Imigresen Britain menandakan kita nak keluar dari Britain. Pelik sikit dia punya sequence... patutnya keluar dulu dari Britain barulah masuk ke France.

Fotografi tak dibenarkan di kawasan pemeriksaan imigresen. Jadi sekali lagi kita ambil gambar dari internet untuk kenangan...

Pemeriksaan Imigresen France di Stesen St. Pancras. Booth Imigresen Britain terletak betul-betul di belakang booth Imigresen France ini.
Pengalaman melalui pemeriksaan Imigresen Perancis juga mendebarkan. Maklumlah tak sampai seminggu sebelum itu, ada serangan bom yang dilancarkan oleh militan ISIS di Paris yang menyebabkan lebih 100 orang terbunuh. Paris juga berada dalam keadaan berjaga-jaga ketika itu terhadap kemungkinan serangan baru. Jadi, kami menjangkakan pemeriksaan imigresen untuk masuk ke Perancis akan sangat ketat.

Namun bersyukur sekali lagi kepada Allah SWT yang memudahkan segala-galanya bagi kami. Mungkin juga disebabkan muka kami ni nampak macam orang baik-baik belaka, jadi dapatlah kami melepasi pemeriksaan imigresen dengan mudah.  

Tak ada sebarang soalan pun ditanya kepada kami. Pegawai imigresen hanya memandang muka kami untuk membandingkan dengan foto yang ada di passport. Kemudian dia cuma bertanya bagaimana nak sebut nama kami dengan betul. Itu saja! 

Selepas pemeriksaan Imigresen kedua-dua negara, barulah kita masuk ke ruang menunggu. Ruang menunggu ini terletak di tengah-tengah stesen. Pintu-pintu boarding ke tren terletak di sebelah kiri dan kanan. Untuk kemudahan masa boarding nanti, check dulu nombor koc kita pada tiket. Nombor-nombor koc ditulis pada pintu boarding. Jika kita masuk dari pintu yang betul, tak adalah jauh sangat nak berjalan masuk ke gerabak keretapi kita... maklumlah tren Eurostar ni panjang tau! Ada 14 ke 15 gerabak semuanya.

Ruang menunggu tren Eurostar. Tak banyak kemudahan ada di sini, cuma kedai-kedai kecil menjual suratkhabar, majalah, toiletries dan snacks saja. Duduklah diam-diam kat sini sampai tren tiba.
Bila tiba masanya, pintu-pintu boarding dibuka dan penumpang dibenarkan masuk ke platform untuk masuk ke dalam tren.

Untuk penumpang koc No. 1-5, sila masuk mengikut pintu ini.
Berjalan menuju ke tren. Beg kena dibawa sendiri masuk ke dalam tren.
Beg-beg besar perlu diletakkan di rak-rak khas di hujung setiap gerabak.
Beg-beg kecil boleh dibawa masuk ke tempat duduk dan disimpan di ruang penyimpanan di atas.
Pemandangan di dalam koc Eurostar.
Perjalanan dari St Pancras menuju ke Marne La Vallee - Chessy memakan masa 2 jam 40 minit. Dalam perjalanan, tren membuat persinggahan untuk mengambil dan menurunkan penumpang di dua buah stesen di England (Ebbsfleet International dan Ashford International) dan dua buah stesen di France (Calais-Fréthun dan Lille Europe).

Pemandangan dari dalam tren sebelum berlepas menuju ke France. Kalau tak salah, tren yang kat seberang sana nak menuju ke Brussels di Belgium.
Tren kami berlepas dari St. Pancras tepat pada pukul 10.14 pagi (Perhatian: 10.14 pagi, bukan 10.15 pagi pun). Ketika ini, banyak tempat duduk di dalam tren masih kosong.

Ayuh, ke France kita!
Banyak kerusi kosong dalam Eurostar pada ketika itu.
Pemandangan dalam perjalanan.
Selepas beberapa ketika, kami tiba di Ebbsfleet International Station. Tak ramai penumpang yang naik atau turun di sini.

Ebbsfleet International Station
Penumpang yang hendak menaiki train di Ebbsfleet.
Besar juga stesen ini rupanya
Meneruskan perjalanan lagi...
Tren meneruskan perjalanan ke Ashford International Station pula. Dalam perjalanan, kita melintasi sebatang sungai yang besar bernama River Medway.

River Medway. Gigih kita Google kat internet mencari nama sungai ni.
Tidak seperti di Ebbsfleet International, ramai penumpang naik ke tren ini dari Ashford International. Dengan tak semena-mena, tren yang tadi agak kosong, kini telahpun penuh.

Ashford International Station
Tak seperti di Ebbsfleet tadi, ramai penumpang menaiki tren di sini.
Eurostar menjadi penuh selepas tren membuat persinggahan di Ashford International.
Myself perhatikan ramai penumpang yang naik dari Stesen Ashford ini adalah keluarga dengan anak-anak kecil. Maklumlah, ini kan tren yang nak menuju ke Paris Disneyland! 

Tak lama selepas meninggalkan Ashford, tren masuk ke dalam terowong untuk melintasi Selat Inggeris. Gelap gelita sungguh dalam terowong ini. Perjalanan melintasi terowong walau bagaimanapun tak lama... cuma sekitar 10-15 minit agaknya. Maklumlah tren Eurostar ini bergerak sangat laju dan Selat Inggeris tu bukannya besar sangat.

Tak ada apa-apa pemandangan langsung kat luar sana sewaktu tren memasuki terowong. Yang nampak cuma bayang-bayang kerusi tempat duduk di tingkap.
Kreatif tak cara kami mengabadikan kenangan dalam terowong Chunnel ini?
Bila tren muncul di sebelah France, berpinar mata kita sekejap kerana selepas gelap-gelita di dalam terowong, mentari terang memancar tepat ke muka. Ketika ini juga, Kapten Tren membuat pengumuman pertukaran masa. Waktu di France adalah sejam awal berbanding Britain. Jadi, sila betulkan jam anda mengikut waktu France sekarang!

Bienvenue! Selamat datang ke France!
Pemandangan pun dah berbeza sekarang.
Kawasan ladang di France.
Pemandangan kawasan ladang juga kini sedikit berbeza dari di England kerana rumah-rumah ladang di sini menggunakan senibina Perancis.

Tak tahu bandar apa ni... Mungkin Calais.
Kapten tren juga membuat pengumuman yang tren kami mengalami kelewatan 10 minit "due to late boarding at Ebbsfleet and Ashford International". Kemudian tren berhenti seketika di Stesen Calais-Fréthun tetapi tak ramai orang turun dan naik di sini.

Berselisih dengan keretapi laju Perancis, TGV di Stesen Calais-Fréthun.
Cuaca mendung dan hujan turun selepas kami meninggalkan Calais-Fréthun.

Awan mendung di Perancis.
Hujan !!!
Rumah ladang.
Lebuhraya
Kawasan perindustrian
Tren kemudiannya tiba di Stesen Lille Europe (disebut Lil-ler Europe). Stesen ini besar dan sibuk kerana penumpang yang ingin ke pelbagai destinasi lain di Eropah perlu membuat pertukaran tren di  sini.

Stesen Lille-Europe
Keretapi-keretapi laju berhampiran Stesen Lille-Europe
Dari Lille-Europe, masih terdapat perjalanan kira-kira 30 minit ke Marne La Vallee - Chessy.

Kincir angin moden di tengah ladang.
Kalau di musim panas, mungkin ada tanaman gandum di sini.
Pemandangan ketika menghampiri Marne La Vallee - Chessy.
Pada pukul 2.50 petang waktu tempatan (lewat 10 minit berbanding jadual), kami tiba di Marne La Vallee - Chessy. Oleh kerana stesen ini adalah stesen akhir, tren berhenti lama di sini dan agak mudah bagi kami mengeluarkan beg-beg kami dari tren.

Tiba di Marne La Vallee - Chessy
Menurunkan beg-beg besar dari tren.
Berjalan keluar dari stesen.

Part 17: Marne La Vallee - Chessy

Seronok sampai di Marne La Vallee - Chessy ini. Macam dah sampai ke Paris Disneyland sebab pintu masuk ke taman tema ini terletak betul-betul di sebelah stesen, walaupun kami tak masuk ke sana sebenarnya.

Pemandangan di luar Stesen Marne La Vallee - Chessy
Lagi pemandangan di depan stesen
Bentuk stesen ini pun dah gaya-gaya Disney.
Itu pintu sebenar masuk ke Disneyland, dipandang dari depan stesen.
Bas-bas Shuttle yang berulang-alik dari Disneyland ke hotel-hotel di sekitar pun berhenti di depan Stesen Marne La Vallee - Chessy ni.
Signboard perhentian bas di depan stesen keretapi.
Bas kami juga dah sedia menanti di sini untuk membawa kami ke kota Paris.

Inilah bas yang akan membawa kami mengembara dari Paris sehinggalah ke Switzerland nanti.
Suhu di luar ketika itu adalah 8'C.
Perjalanan dari Marne La Vallee - Chessy ke kota Paris memakan masa kira-kira sejam.

Tu dia kepala Mickey Mouse kat sana!
Meninggalkan Marne La Vallee - Chessy
Signboard jalan raya di Perancis
Tiba di pinggir kota Paris. Banyak sungguh grafitti yang dilihat di Paris.
Périphérique adalah jalan lingkaran yang mengelilingi kota Paris (macam MRR2 di Kuala Lumpur). Paris mempunyai 3 jalan lingkaran kota.
Rumah yang berada dalam jalan lingkaran kota yang pertama adalah yang paling mahal di Paris.

Part 18: Paris Berdarah

Pada 13 November 2015, kira-kira seminggu sebelum kami memulakan trip ke Eropah ini, pemberontak ISIS (Islamic State of Iraq and Syria) telah melancarkan serangan bom bersiri di kota Paris. Enam lokasi menjadi sasaran dan kejadian ini membunuh lebih 100 orang dan mencederakan lebih 200 orang yang lain.

http://img.astroawani.com/2015-11/81447501733_950x600.jpg
Insiden serangan di Paris oleh ISIS yang mendapat liputan akhbar seluruh dunia.
Serentak dengan kejadian itu, Perancis menutup sempadan negaranya dan melancarkan gerakan besar-besaran memburu militan yang terlibat dengan bantuan negara-negara Eropah yang lain.

Kejadian ini sedikit-sebanyak mengganggu perancangan dan perjalanan kami di Eropah. Ramai yang bertanya, adakah selamat untuk kami berkunjung ke Eropah pada masa ini? Walaupun sedikit risau dengan perkembangan yang berlaku, ia tidak menjejaskan semangat kami untuk pergi ke Eropah. 

Kalau difikirkan, pengembaraan kami memang selalu diuji dengan peristiwa-peristiwa besar begini. Pada tahun 2014, tiga minggu sebelum kami menaiki kapalterbang ke Jepun, pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dan tidak ditemui sehingga kini. Dua minggu sebelum kami menaiki pesawat ke Turki pula, sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas di Ukraine selepas ditembak peluru berpandu dan sewaktu kami sedang menunggu untuk naik kapalterbang dari Bandung ke Surabaya pada tahun yang sama, sebuah pesawat Indonesia Air Asia QZ8501 terhempas pula di Laut Jawa dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

Namun sebagai orang Islam, kita berdoa dan berserah sajalah kepada Allah akan keselamatan diri kita. Kalau ditakdirkan ajal kita telah sampai dengan cara begitu, tak siapa dapat menolaknya. Kalau Allah tak izinkan kita berada di sesuatu tempat, tak ada cara kita akan sampai ke situ.

Begitu jugalah dengan perjalanan kami ke Paris hari ini. Sejak awal, kami telah diberi amaran oleh Tour Leader untuk berdepan dengan kemungkinan yang kami mungkin tak dapat masuk ke Paris atas sebab keselamatan. Namun jika Allah takdirkan kami dapat menjejak bumi Paris, dah pasti kami akan sampai ke sana.

Part 19: Vive La Paris!

Allah mentakdirkan kami sampai juga ke Paris. Walaupun suasana yang sedikit tegang dapat dirasakan sebaik memasuki kota Paris, ia tidak langsung mengganggu perjalanan kami. Pemandangan indah Sungai Seine yang membelah kota Paris membuatkan kami terlupa ketegangan yang sedang melanda kota ini.

Inilah pemandangan pertama sewaktu kami tiba di Central Paris.
Sungai Seine yang membiru mula muncul dalam pandangan.
Cantik dan membiru air Sungai Seine ini.
Selama ini hanya membaca di buku dan melihat keindahan kota Paris di TV. Kini ia berada di depan mata dan kota ini memang sangat cantik.
Basikal di tepi Sungai Seine
Walaupun suasananya sangat indah, tak begitu ramai pelancong diperhatikan berada di sini. Mungkin ia kesan dari serangan ISIS ke atas kota Paris seminggu yang lalu.
Lebih teruja lagi bila melihat mercu tanda - mercu tanda kota Paris yang terkenal muncul dalam pandangan.

Cathédrale Notre-Dame de Paris
Penjual souvenir di tepi Sungai Seine
Grande Roue ~ Oleh kerana susah nak sebut namanya kami hanya memanggilnya Paris Eye (macam London Eye tulah..)
Pelancong-pelancong di tepi Sungai Seine
Bangunan-bangunan cantik di tepi Sungai Seine
Bot dan jambatan di Sungai Seine
Eihh!! Itu dia Eiffel Tower!
Grand Palais
Grand Palais adalah dewan pameran dan muzium yang terletak di Champs-Élysées. Ia dijadikan sebuah hospital tentera semasa Perang Dunia Pertama, menggunakan artis-artis tempatan yang tidak dikerahkan ke medan perang untuk menghiasi bilik hospital atau untuk membuat acuan anggota badan palsu. Sekarang setiap tahun, ia digunakan oleh fashion house Chanel untuk membuat fashion shows.

Pemandangan ketika melintasi sebuah jambatan di Sungai Seine

Part 20: Eiffel Tower

Tak sah melawat ke Paris kalau tak berkunjung ke Eiffel Tower. Pemandangan menara besi yang terletak di tengah kota Paris ini sangat mengujakan kami.

Laluan bas kami menuju ke Eiffel Tower.
Teksi di kota Paris
Pengenalan pemandu teksi dipaparkan menghala ke luar di cermin depan. Pemandu teksi ini adalah seorang wanita.
Itu dia Eiffel Tower!!!
Kami sebenarnya bertuah kerana Eiffel Tower dibuka untuk kunjungan pada petang itu. Pada sebelah pagi tadi, Eiffel Tower yang menjadi kemegahan kota Paris ini ditutup untuk kunjungan umum atas sebab keselamatan.

Eiffel Tower
Terletak di sebuah kawasan yang bernama Champ de Mars di Paris, Menara Eiffel yang dinamakan sempena pembinanya, Gustave Eiffel adalah salah sebuah struktur yang paling terkenal di dunia. Pada asalnya, ia dibina sempena World Fair 1889 yang diadakan di Paris bagi meraikan ulangtahun ke-100 Revolusi Perancis.

Menara ini sepatutnya dirobohkan selepas World Fair tamat, namun ia tidak berlaku kerana pegawai-pegawai Dewan Bandaraya Paris bersetuju untuk menjadikannya menara telekomunikasi. Malah, Eiffel Tower masih berfungsi sebagai menara telekomunikasi sehingga kini.

Menara ini dicat setiap 7 tahun dengan tangan dan menggunakan warna yang khusus. Warnanya dicat dalam 3 tona, dengan tona paling gelap di bahagian bawah.
Sebelum sampai ke sini, Myself membayangkan Eiffel Tower ini hanyalah menara yang dibina dari besi buruk, yang digembar-gemburkan popularitinya. Namun sangkaan Myself nyata meleset. Eiffel Tower ini cantik tau, memang memikat mata yang memandang.

Ketegangan yang melanda kota Paris susulan serangan bom bersiri oleh militan ISIS seminggu yang lalu terasa bila melihat kereta polis meronda sangat kerap dekat dengan Eiffel Tower.
Mujurlah Eiffel Tower ini dibuka sewaktu kami sampai di Paris. Kalau tidak, sedih kan datang ke Paris tapi tak ada gambar dekat Eiffel Tower?

Husband bergambar di depan pintu masuk ke Eiffel Tower.
Notis di belakang itu memberi maklumat tentang waktu lawatan ke Eiffel Tower.
Eiffel Tower dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi - 11.45 malam dengan kemasukan terakhir pada pukul 11 malam. Tapi dengan keadaan yang tegang di Paris ketika itu, masa pembukaan Eiffel Tower ini tak menentu. Umpamanya, selepas kami meninggalkan Eiffel Tower pada petang itu, ia ditutup kepada pengunjung pada pukul 7 malam atas sebab-sebab keselamatan.

Kaki Eiffel Tower dibina betul-betul mengikut kedudukan 4 mata angin: Utara, Selatan, Timur dan Barat. Ini adalah Pilier Sud (Kaki Selatan)
Menara Eiffel boleh didaki menggunakan lif ataupun tangga, tetapi kami tidak berbuat begitu. Dapat tengok dari bawah ni pun dah cukup happy, tak perlulah naik sampai ke atas.

Lif dua tingkat untuk naik ke atas Menara Eiffel.
Ini adalah nama-nama saintis Perancis yang diabadikan di Eiffel Tower. Ada 72 orang saintis yang namanya diabadikan pada menara ini.
Ada beberapa taman yang terletak di sekitar Eiffel Tower. Taman-taman ini menjadi tumpuan pengunjung yang ingin mengambil gambar menara. Maklumlah, menara ini sangat tinggi (324 meter). Kalau nak ambil gambar penuh menara ini memang terpaksa duduk jauh-jauh, terutama bagi orang yang tak memiliki kamera canggih.

Pemandangan taman berdekatan Eiffel Tower yang kami kunjungi dari tempat parking bas.
Ramai pengunjung yang datang ke sini.
Masing-masing nak mengambil gambar dan bergambar dekat dengan Eiffel Tower.
Kena berhati-hati sikit kalau berada di taman ini kerana di sini ada ramai lelaki dari Afrika yang ingin menjual cenderamata kepada kita. Malah ada di antara mereka yang pandai bertutur sepatah dua dalam Bahasa Melayu (ini menunjukkan betapa ramainya Orang Melayu yang pernah sampai di sini).

Cenderamata yang mereka jual memang murah harganya tetapi lelaki dari Afrika ini mempunyai reputasi gemar merampas dan melarikan wallet pengunjung sewaktu nak membuat bayaran cenderamata yang dibeli. Lagipun, mereka berjual secara haram dan kita juga boleh ditangkap oleh polis sewaktu membeli barangan dari mereka.

Lelaki Afrika yang menjual cenderamata dekat Eiffel Tower.
Mereka suka datang merapat dengan kita di taman ini...


Bersambung ke Bhg.6 ...


CATATAN PERJALANAN WESTERN EUROPE (2015):