Saturday 26 December 2015

2015 WESTERN EUROPE BHG. 23 (Lucerne)

November 2015

WESTERN EUROPE
England (2nd Visit), France, Belgium, Netherlands, Germany & Switzerland
(SWITZERLAND: Zurich, Mount Titlis & Lucerne)

Bahagian 23: Switzerland (5)
LUCERNE (Mount Titlis - Lucerne)

HARI KELAPAN (4)

Part 73: Perjalanan Ke Lucerne

Dari Mount Titlis, perjalanan kami seterusnya adalah ke Lucerne, sebuah bandar yang terletak di Central Switzerland. Dari Engelberg, kami menempuh kembali jalan yang sama sewaktu datang tadi untuk menuruni gunung.

Perjalanan adalah sejauh 40 km. Oleh kerana waktu itu tengahari dan matahari bersinar terang, salji di sekitar kelihatan sangat membiru.

Di beberapa tempat di dalam perjalanan, kami melihat banyak kayu-kayu yang dikumpulkan untuk dijadikan bahan bakar. Nampaknya masih ada penduduk di sini yang menggunakan kayu api untuk berdiang di rumah mereka.

Suasana salji yang membiru semakin berkurangan semakin kami menuruni gunung. Pemandangan mula kembali menjadi seperti hanya hitam dan putih.

Seperti juga sewaktu kedatangan tadi, kita kembali menempuh perkampungan Dallenwill. Ada orang membuat paragliding di sini.

Perjalanan diteruskan lagi ke arah bandar Stans. Bermula dari sini, pemandangan yang memutih dengan salji telah kembali menghijau.

Auf Widersehen im Engelbergertal! Lembah Engelberg yang indah ditinggalkan kini.

Perjalanan kini mula melalui beberapa buah terowong merentasi gunung.

Kemudian kita disajikan pula dengan pemandangan indah Lake Lucerne. Bandar Lucerne dah dapat dilihat di seberang tasik sana.

Tapi untuk sampai ke pusat bandar Lucerne, masih ada beberapa buah terowong lagi yang perlu dilalui.

Dan akhirnya kita tiba di bandar Lucerne...



Bersambung ke Bhg. 24...


CATATAN PERJALANAN WESTERN EUROPE (2015):