Saturday 26 December 2015

2015 WESTERN EUROPE BHG. 22 (Mount Titlis 2)

November 2015

WESTERN EUROPE
England (2nd Visit), France, Belgium, Netherlands, Germany & Switzerland
(SWITZERLAND: Zurich, Mount Titlis & Lucerne)

Bahagian 22: Switzerland (4)
ENGELBERG (Mount Titlis 2)

HARI KELAPAN (3)

Part 71(2)Mount Titlis

Mount Titlis terletak 3,020 meter dari aras laut. Ia lebih rendah dari Gunung Kinabalu yang mempunyai ketinggian 4,096 meter dari aras laut. Dah puas melihat pemandangan dari Panorama Lounge, kita keluar pula untuk menikmati pemandangan di luar sana.

Jom kita nikmati pemandangan di luar pulak.
Pemandangan deck pemerhatian di luar Stesen Titlis.
Bukti kita dah sampai ke Mount Titlis di Switzerland.
Pemandangan dari deck pemerhatian luar Mount Titlis. Menara di seberang sana itu adalah Stesen Meteorologi.
Peta Mount Titlis.
Ini pulak peta puncak-puncak gunung di sekitar Mount Titlis.
Close-up sikit... banyaknya puncak gunung dia!
Macam mana dia orang boleh kenal semua puncak-puncak gunung di sini? Semuanya nampak macam lebih kurang saja pada pandangan mata ini.
Pelancong bergembira di Mount Titlis.
Pelancong ke Mount Titlis datang dari serata dunia. Namun kumpulan pelancong yang rasanya paling ramai ketika itu datang dari India. Pelakon terkenal Hindustan, Shahrukh Khan dan Kajol pernah membuat penggambaran filem di sini. Kerana itulah agaknya tempat ini sangat popular di kalangan pelancong dari India.

Teleskop percuma yang disediakan untuk pengunjung melihat pemandangan gunung dengan lebih dekat.
Pemandangan menerusi teleskop.
Sekarang, mari kita venture jauh sikit ke sana...

Ramai pelancong bermain salji di sini.
Rasa macam kita berada di kayangan bila melihat awan di bawah sana.
Mujurlah ada hood yang dibeli di Christmas Market kat Paris hari itu. Senang nak tutup hidung dalam cuaca yang sejuk begini.
Husband bergaya di Puncak Titlis.
Yang bergolek atas salji macam itu mesti pelancong dari Asia Tenggara yang tak pernah jumpa salji di tempat mereka.
Pelbagai aksi dan gaya bermain salji di Mount Titlis.
Main baling-baling salji.
Tengok ke bawah dekat-dekat tebing gunung macam ini, barulah rasa sedikit gayat.
Pemandangan lebih dekat Stesen Meteorologi di Mount Titlis. Menara itu boleh didaki, tapi jauh sebenarnya nak berjalan sampai ke sana.
Susah tau nak berjalan dalam salji tebal begini!
Pemandangan yang cantik di sini boleh menyebabkan pengunjung leka tentang keselamatan diri. Oleh yang demikian, pihak pengurusan Mount Titlis memasang tali ini di sepanjang tebing gunung sebagai peringatan.
Baik-baik sikit, Bang! Jangan leka sangat ambil gambar pemandangan kat pinggir gunung tu! Takut tak sedar jatuh tergolek ke bawah nanti...
Ada orang bermain ski di sana.
Ketulan ais yang kami temui di Puncak Titlis.
Pemandangan Stesen Mount Titlis.
Saja ambil gambar ini untuk menunjukkan ketebalan salji yang sikit lagi nak sampai ke betis. Namun begitu, memang ada tempat-tempatnya di sini yang ketebalan salji sampai ke peha. Mereka yang duduk di dalamnya macam terpaksa berenang nak keluar dari situ.
Dah pukul 11.30 pagi. Jom kita masuk tengok-tengok kat dalam pulak...
Bila dah puas menikmati pemandangan di luar, kami masuk kembali ke bangunan Stesen Titlis. Ada banyak kedai dan restoran di dalam Stesen ini.

Studio Foto di Stesen Mount Titlis
Boleh tangkap gambar pakai pakaian tradisional Swiss di sini, tapi kami tak buat begitu sebab leceh nak tukar-tukar baju bila kita dah berpakaian macam Beruang Kutub kat sini.
Kafetaria
Bar dan Kedai Cokelat.
Kedai souvenir
Swiss Army Knife ini juga menarik untuk dijadikan cenderamata dari Switzerland tetapi seperti juga Cuckoo Clock di Germany dulu, harganya sangat mahal.
Salah sebuah restoran di sini turut mempunyai beberapa menu makanan Halal. Siap ada sijil perakuan Halal lagi! Disebabkan dah lapar, kami pun orderlah makanan dari sini tapi disebabkan portion makanannya besar, kami cuma order satu hidangan saja untuk dikongsi berdua.

Pelayan di restoran ini yang merupakan seorang wanita Swiss yang peramah cukup hairan sebab kami cuma order satu hidangan saja.

Di sinilah ada restoran yang menjual makanan Halal. Tapi tak semua menunya dijamin Halal.
Menu makanan dijamin Halal yang dihidangkan. Tapi harganya sangat-sangat mahal!
Pemandangan di dalam restoran.
Menunggu makanan dihidangkan.
Pemandangan dari tingkap restoran.
Lambat pulak restoran ini menyediakan makanan kami. Lama sungguh kami menanti. Memandangkan masa yang ditetapkan untuk berkumpul semula dah hampir, kami meminta supaya pelayan tadi membungkuskan saja makanan yang dipesan.

Pelayan wanita tadi memberitahu kami yang mereka tak mempunyai bekas untuk membungkus makanan di situ. Yang ada hanyalah kotak bungkusan makanan kanak-kanak. Kalau kami tak kisah, dia boleh menggunakan kotak tersebut untuk membungkus makanan kami. Memang kami tak kisah pun...

Makanan kami dibungkus dalam kotak kanak-kanak ini.
Kami membawa makanan yang dibungkus kembali ke Panorama Lounge yang merupakan tempat yang ditetapkan untuk semua ahli rombongan berkumpul semula. Sambil menunggu semua ahli rombongan yang lain tiba, sempat jugalah kami menghabiskan lunch yang dibeli tadi tu.

Makanan tengahari kami ~ Veal Sausage and Fries. Sedap juga masakannya.

Part 72: Kembali Ke Engelberg

Kami kemudiannya turun kembali ke Engelberg untuk meneruskan perjalanan ke Lucerne. Seperti waktu datang tadi, kami terpaksa menaiki 4 kereta kabel untuk turun ke bawah. Perjalanan pertama adalah menaiki kereta kabel Rotair yang berputar menuju ke Stand.

Menunggu Rotair untuk kembali ke Stand.
Tiket yang sama perlu digunakan kembali untuk turun ke bawah.
Cable Car Rotair di Mount Titlis.
Rotair yang akan membawa kami turun ke Stand telah tiba.
Pemandangan dari Rotair sewaktu meninggalkan Titlis.
Adakah kami akan kembali ke sini nanti? Hanya takdir yang menentukan.
Pemandangan Stesen Stand dari Rotair
Perjalanan yang seterusnya adalah dari Stand Ke Trübsee.

Arah ke Trübsee
Menaiki Cable Car kedua untuk turun ke Trübsee
Seorang lagi pemain ski yang kami temui.
Pemandangan dari Cable Car.
Pemandangan salji yang membiru ini hanya kami temui di Switzerland dalam pengembaraan kami di Eropah ini.
Perjalanan peringkat ketiga pula adalah dari Trübsee ke Gerschnialp dengan menaiki kabel Angel-Eyes.

Menunggu Angel-Eyes tiba untuk turun ke Gershnialp.
Ramai pengunjung yang baru tiba sewaktu kami bergerak turun ke bawah.
Pemandangan dari kereta kabel Angel-Eyes sewaktu turun ke Gerschnialp.
Operator Cable Car Angel-Eyes dalam perjalanan turun ini adalah seorang wanita.
Pemandangan di dalam Angel-Eyes.
Stesen Gerschnialp dah muncul dalam pandangan.
Memang suspen sikit bila Cable Car bergoyang sewaktu melepasi tiang kabel.
Dah tiba di Gerschnialp...
Jom kita turun.
Perjalanan yang terakhir adalah dari Gerschnialp ke Engelberg dengan menaiki funicular yang macam keretapi Bukit Bendera di Pulau Pinang.

Pemandangan di Stesen Gerschnialp
Menaiki funicular turun ke Engelberg dari Gerchnialp
Perkampungan Engelberg dah mula kelihatan sekarang.
Landasan funicular.
Menyusuri hutan pokok pain untuk turun ke bawah.
Operator Funicular.
Selamat tiba ke Engelberg.
Inilah funicular yang kami naiki dari Gerschnialp kembali ke Engelberg.
Berjalan keluar dari Stesen Engelberg
Kami perhatikan salji di Engelberg ini makin tebal sewaktu berjalan menuju ke bas. Rupa-rupanya memang ada snowfall di sini sewaktu kami tengah berada di puncak Titlis tadi. Salji baru mula turun di kawasan ini kurang seminggu yang lalu. Itupun dah tebal sampai lebih buku lali saljinya... Musim dingin selalunya sepanjang 3 bulan. Tebal macam manalah agaknya salji kat sini kalau kita datang masa kemuncak musim winter seperti di bulan Januari? 

Pemandangan di luar Stesen Cable Car Engelberg
Makin tebal salji kat sini berbanding waktu kami tiba tadi.
Kedai souvenir di Engelberg
Kalau ada peluang, memang rasa nak datang lagi.


Bersambung ke Bhg. 23...


CATATAN PERJALANAN WESTERN EUROPE (2015):