Thursday 10 November 2016

2016 KUWAIT & UAE BHG. 08 (Al Qurain)

Oktober 2016

MIDDLE EAST
Kuwait, Dubai & Abu Dhabi

Bahagian 8: Kuwait (7)
BOAT CRUISE & AL QURAIN MARTYR MUSEUM

HARI KEEMPAT (1)

Part 22: Boat Cruise

Hari keempat di Kuwait dimulakan dengan membuat Boat Cruise yang singkat di persisiran Gulf of Arab. Boat Cruise ini tidak lama, hanya sekitar 30 minit sahaja.

Perjalanan menuju ke Marina
Bangunan-bangunan moden di Kuwait
Boat Cruise ini bermula dari jeti di Silsan Boat Club yang kami kunjungi semalam sewaktu mencari tiket ke Failaka Island.

Pejabat Tiket
Silsan Boat Club
Mengambil gambar bot
Tiket Cruise
Turun ke jeti
Itulah botnya. Kecil sahaja.
Walaupun singkat, cruise ini menarik. Kita dapat melihat pemandangan bandaraya Kuwait City dari laut sewaktu menaiki cruise ini.

Pemandu bot.
Pemandangan dari dalam bot.
Pemandangan Kuwait City dari jeti.
Cruise bermula.
Penumpang-penumpang lain yang naik cruise bersama kami.
Teluk Arab
Pemandangan dari Teluk Arab
Husband
Myself
Husband dan Pemandu Bot
Kuwait Towers
Kuwait City
Liberation Tower
Selfie
Bangunan-bangunan moden di Kuwait City.
Kembali ke Silsan Boat Club.
Jeti
Bersantai di tepi jeti
Kembali ke jeti
Berjalan mendapatkan kereta.

Part 23: Perang Teluk

Perang Iraq-Iran berlangsung selama 8 tahun bermula dari 1980-1988 apabila Iraq di bawah pimpinan Saddam Hussein melanggar sempadan Iran. Ia berakhir dengan kekalahan Iraq.

Perang Iraq-Iran menyebabkan ekonomi Iraq mengalami kemerosotan teruk. Di samping itu, Iraq turut terjerat dengan hutang luar dengan beberapa negara termasuk Kuwait dan Arab Saudi. Iraq meminta supaya hutang-hutang luarnya ini dihapuskan, namun permintaan ini ditolak oleh kedua-dua negara. Iraq menjadi marah dan mendakwa Kuwait adalah sebahagian dari wilayahnya. Ini adalah kerana sebelum dibebaskan oleh Britain pada masa dahulu, Kuwait merupakan sebahagian dari Iraq.

Pada tengah malam 2 Ogos 1990, Iraq secara rasmi melanggar Kuwait dengan melancarkan serangan udara. Tentera Kuwait cuba mempertahankan negara mereka, namun ternyata bilangan mereka yang kecil tidak dapat melawan kekuatan tentera Iraq. Keluarga Diraja Kuwait yang melarikan diri ke Arab Saudi memohon bantuan antarabangsa.

Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) cuba mengenakan sekatan dan resolusi ke atas Iraq untuk memaksanya meninggalkan Kuwait. Namun ia tidak diendahkan oleh Iraq. Akhirnya satu resolusi diluluskan oleh PBB supaya Iraq diminta untuk meninggalkan Kuwait selewat-lewatnya pada 15 Januari 1991 atau berdepan dengan tindakan ketenteraan. Iraq tidak menghiraukan resolusi PBB, maka bermulalah Perang Teluk.

Amerika Syarikat mengirim pasukan tenteranya ke Arab Saudi dengan disusuli negara-negara Arab dan Afrika Utara selain Syria, Libya, Jordan dan Palestin. Kemudian datang pula bantuan tentera dari Eropah yang terdiri dari United Kingdom, Perancis dan Jerman serta negara-negara lain dari Eropah Utara dan Eropah Timur. Pakatan ketenteraan ini turut disertai oleh dua buah negara Asia: Korea Selatan dan Bangladesh. Negara dari benua Afrika, Niger turut membantu.

Gabungan pasukan Amerika Syarikat dan Eropah ini diketuai oleh Jeneral Norman Schwarzkopf dan Jeneral Colin Powell manakala pasukan negara-negara Arab diketuai oleh Leftenan Jeneral Khalid bin Sultan. 

Operation Desert Storm dimulakan pada 17 Januari 1991 apabila tentera gabungan ini menyerang Baghdad dan beberapa wilayah Iraq yang lain. Iraq menyerang balas dengan melancarkan peluru berpandu Scud buatan Soviet ke Tel Aviv dan Haifa di Israel dan juga ke Dhahran di Arab Saudi. Peluru-peluru berpandu Scud ini dipintas oleh tentera gabungan dengan peluru penangkis yang dinamakan Patriot. Israel juga berhasrat untuk menyertai tentera gabungan bagi membalas serangan Iraq, namun Amerika Syarikat meminta Israel tidak berbuat begitu untuk menjaga perhubungan dengan negara-negara Arab yang menyertai tentera gabungan.
Sebagai tindak balas, tentera Iraq membakar telaga-telaga minyak di Kuwait dan menumpahkan minyak ke Teluk Arab yang menjadi bencana alam sekitar dunia terbesar ketika itu.

Perang Teluk ini berakhir dengan kejayaan tentera gabungan membebaskan Kuwait dari cengkaman tentera Iraq pada 27 Februari 1991.

Part 24: Perjalanan Ke Al Qurain

Untuk menyusuri sejarah Perang Teluk ini, kami melawat ke Al Qurain Martyr Museum yang terletak kira-kira 45 minit perjalanan berkereta dari Kuwait City. Oleh kerana Al Qurain terletak di luar Kuwait City, perjalanan ke sana menempuh padang pasir.

Menuju ke Al Qurain
Kehijauan banyak terdapat di sekitar Kuwait City.
Pembahagi jalan di Kuwait tidak dicat. Sebaliknya hanya ditandakan dengan Cat's Eye seperti ini.
Muzium Tareq Rajab yang kami lawati pada hari kedua di Kuwait dulu terletak berdekatan dengan sekolah ini.
Jalan menuju ke Al Qurain adalah menggunakan lebuhraya yang juga menuju ke sempadan Arab Saudi.

Lebuhraya ke Al Qurain.
Projek tebus guna tapak pelupusan sampah.
Tapak pelupusan sampah yang sedang ditebus guna.
Lebuhraya ini dinamakan The Custodian Of The Two Holy Mosques King Fahad Bin Abdul Aziz Road dan ia juga menuju ke sempadan Arab Saudi.
Pemandangan padang pasir dalam perjalanan ke Al Qurain.
Padang pasir.
Arah ke Al Qurain
Oleh kerana Al Qurain Martyr Museum adalah muzium milik kerajaan, terdapat papan tanda yang jelas menuju ke muzium ini.

Tiba di Al Qurain
Arah ke Al Qurain Martyr Museum

Part 25: Al Qurain Martyr Museum

Jika berhasrat nak melihat kesan Perang Teluk secara langsung secara first hand, Al Qurain Martyr Museum adalah tempatnya.

Al Qurain Martyr Museum
Sewaktu penaklukan Iraq, pemuda-pemuda Kuwait menubuhkan kumpulan-kumpulan rahsia untuk membantu mempertahankan negara mereka. Salah sebuah kumpulan tersebut adalah Al Messilah Group yang menggunakan rumah ini sebagai ibu pejabat pergerakan mereka. Kumpulan ini dianggotai oleh 31 orang pemuda tempatan.

Al Qurain Martyr Museum
Pejabat Muzium. Muzium ini boleh dilawati secara percuma.
Motif Al Messilah adalah melancarkan serangan hendap terhadap tentera Iraq. Serangan demi serangan berjaya dilancarkan sehingga mereka menjadi buruan tentera Iraq.

Pada pukul 8 pagi, 24 Februari 1991, ketua kumpulan Al Messilah meminta anggotanya bersedia untuk melancarkan serangan terhadap tentera Iraq. Sedang mereka menyediakan senjata, sebuah kereta perisik Iraq berhenti di depan rumah ini dengan diekori oleh sebuah bas mini yang membawa sekumpulan tentera Iraq yang lengkap bersenjata di dalamnya.

Inilah kereta yang digunakan oleh perisik Iraq yang menemui kumpulan Al Messilah. Bas mini di belakangnya digunakan untuk membawa tentera Iraq yang lengkap bersenjata bagi terus melancarkan serangan jika menemui kumpulan pejuang seperti Al Messilah ini.
Pandangan dekat bas mini tentera Iraq
Menyedari mereka berada di dalam situasi yang merbahaya, kumpulan Al Messilah mula melawan. Tentera Iraq menyerang balas dengan melancarkan serangan bom dan machine-gun dengan dibantu bedilan dari kereta kebal.

Salah sebuah kereta kebal yang digunakan untuk melancarkan serangan kepada kumpulan Al Messilah masih diletakkan di hadapan rumah ini untuk tatapan generasi yang akan datang.
Serangan Iraq berlangsung selama 10 jam tanpa henti, bermula dari pukul 8 pagi sehingga 6 petang. Tiga anggota Al Messilah gugur serta merta manakala 9 orang lagi ditangkap. Mereka disiksa sehingga mati dan mayat mereka ditemui kemudiannya di sebuah tempat yang lain. Mungkin disebabkan ajal mereka masih belum tiba, 11 anggota Al Messilah yang lain terselamat dari serangan ini kerana sebahagian mereka telah ditangkap lebih awal oleh tentera Iraq dan sebahagiannya pula terhalang sewaktu dalam perjalanan ke rumah ini.

Kereta Chevrolet di sebelah kanan ini dimiliki oleh ketua kumpulan Al Messilah.
Papan keterangan di hadapan kereta.
Kereta yang sebuah lagi ini dimiliki oleh seorang anggota Al Messilah bernama Bader Al Eedan yang syahid dalam pertempuran ini. Dia juga adalah pemilik sebenar rumah ini.
Pemandangan ke dalam kereta yang musnah dibom.
Jujur Myself katakan, lawatan ke muzium ini menginsafkan kita tentang penderitaan dan kepahitan yang dialami oleh rakyat biasa tak kira di mana berada sewaktu menghadapi peperangan. Ini adalah kerana kumpulan Al Messilah ini adalah terdiri dari rakyat biasa yang bangun menentang kerana tidak tahan melihat kekejaman tentera Iraq terhadap rakyat Kuwait. 

Rumah ini juga adalah sebenarnya rumah rakyat biasa di sebuah kawasan perumahan awam. Rumah-rumah bersebelahan dan di sekitarnya masih dihuni oleh rakyat biasa Kuwait.

Pemandangan rumah-rumah rakyat biasa di sekitar Al Qurain Martyr Museum
Air mata bagai nak menitis bila kita masuk ke dalam rumah ini kerana kita dapat melihat secara first hand perjuangan dan kesan kemusnahan dalam peperangan ini. Terbayang di fikiran, mungkin beginilah keadaan rumah-rumah rakyat Syria dan Palestin yang sedang berdepan dengan peperangan sekarang.

Menjenguk ke dalam rumah.
Satu lagi pemandangan ke dalam rumah.
Laluan masuk ke dalam rumah.
Tak ada satu pun dinding di rumah ini yang tidak mempunyai kesan tembakan.
Tangga naik ke tingkat atas. Di bawah tangga inilah anggota Al Messilah yang pertama mati syahid ditemui.
Allah mentakdirkan ada dua anggota Al Messilah yang terselamat dalam serangan ini untuk menceritakan apa yang telah berlaku di sini. Kedua-dua mereka terselamat kerana bersembunyi dalam loteng di atas pintu ini sewaktu serangan.
Loteng yang menyelamatkan dua anggota Al Messilah.
Nama kedua-dua anggota Al Messilah yang terselamat.
Rumah ini kini telah dibersihkan dari runtuhan-runtuhan batu akibat serangan bom dan bedilan kereta kebal. Sebaik selepas perang tamat dulu, dah pasti darah juga bertaburan di sana sini di seluruh rumah ini.

Pemandangan ke bawah tangga. Nak menangis bila mengenangkan satu masa dulu ada sebuah keluarga yang bahagia pernah tinggal di rumah ini.
Pemandangan rumah-rumah persekitaran dari tingkat atas.
Kesan darah dan tembakan yang masih ada di sini.
Beginilah teruknya keadaan rumah selepas dibedil oleh kereta kebal.
Bayangkanlah kalau ini adalah rumah kediaman kita.
Itulah kereta kebal yang digunakan untuk mengebom rumah ini ketika itu.
Lantai ini rosak dan berlubang teruk kerana mungkin ada bom yang pernah jatuh dan meletup di sini.
Kemudian, kita keluar ke balkoni pula. Di sinilah ketua kumpulan Al Messilah, Sayyed Hady Sayyed Mohammed Alawy terbunuh dalam pertempuran ini.

Balkoni.
Kesan kemusnahan di balkoni.
Di sinilah ketua Kumpulan Al Messilah ditemui terbunuh.
Potret ketua Kumpulan Al Messilah yang diabadikan di tempat di mana beliau terbunuh.
Walaupun muzium ini kecil dan boleh habis dilawati dalam masa setengah jam (kerana ia adalah sebenarnya sebuah rumah kediaman rakyat biasa), lawatan ke sini sangat menyentuh hati. Lebih-lebih lagi bila kita diberitahu yang pertempuran di sini yang meragut keseluruhannya 12 nyawa berlaku pada 24 Februari 1991. Perang Teluk diisytiharkan tamat dengan kekalahan tentera Iraq betul-betul pada hari berikutnya, 25 Februari 1991.

Ketua Tentera Gabungan pimpinan Amerika Syarikat, General Schwarzkopf juga pernah melawat ke sini pada 14 April 1994, selepas perang tamat. Dia juga sangat terharu mengenangkan perjuangan kumpulan Al Messilah ini yang hanya bersenjatakan Machine Gun berdepan dengan tentera Iraq yang lengkap bersenjata dengan kereta kebal. Kata-kata popular General Schwarzkopf yang terkenal yang diabadikan di muzium ini adalah : "When I am in this house it makes me wish that we had come four days earlier, then perhaps this tragedy would not have happened".

Sebelum meninggalkan Al Qurain Martyr Museum, kami singgah di ruang pameran yang dibina khas di tingkat bawah rumah ini bagi mengenang keberanian Kumpulan Al Messilah. Doa kita adalah supaya roh mereka yang syahid berjuang untuk negara mereka ini tenang dan bahagia di sisi Yang Maha Esa.

Ruang pameran di tingkat bawah Al Qurain Martyr Museum.
Wajah-wajah mereka yang syahid terkorban.
Senjata-senjata yang digunakan oleh Kumpulan Al Messilah.
Keadaan sebenar rumah sewaktu perang tamat.
Kelongsong peluru dan meriam yang digunakan oleh Tentera Iraq
Al Qurain Martyr Museum kami tinggalkan dengan perasaan yang sayu. Mungkin pejuang-pejuang Al Messilah ini benar-benar mati syahid kerana perasaan kita menjadi sangat sayu sewaktu melawat ke sini. Myself sangat recommend untuk anda melawat ke muzium ini jika berkesempatan berkunjung ke Kuwait. Perang Teluk bukan sahaja perang rakyat Kuwait. Perang inilah yang mencorak dunia menjadi seperti sekarang.

Meninggalkan Al Qurain Martyr Museum. Terjemahan pada papan tanda di depan muzium ini berbunyi: "Dan Jangan Disangka Orang Yang Terbunuh Di Jalan Allah Itu Mati, Bahkan Mereka Hidup Di Sisi Tuhan Yang Memberi Rezeki".
Datanglah ke muzium ini jika anda berkesempatan berkunjung ke Kuwait.


 Bersambung ke Bahagian 9...


CATATAN PERJALANAN (KUWAIT, DUBAI & ABU DHABI 2016):