Saturday 5 November 2016

2016 KUWAIT & UAE BHG. 05 (Kuwait Towers)

Oktober 2016

MIDDLE EAST
Kuwait, Dubai & Abu Dhabi

Bahagian 5: Kuwait (4)  
HOTEL RADISSON BLU, ARABIAN GULF STREET & KUWAIT TOWERS


HARI KETIGA (1)

Part 16: Hotel Radisson Blu

Pada hari ini, Rakan Husband dan Abangnya menyertai satu program larian yang dinamakan Fun Run. Fun Run sejauh 3 km ini dianjurkan oleh Hotel Radisson Blu di Kuwait City.

Poster larian Fun Run anjuran Hotel Radisson Blu
Oleh kerana program larian ini dimulakan pada pukul 8 pagi, awal-awal pagi lagi kami dah bergerak menuju ke Hotel Radisson Blu.

Menuju ke Hotel Radisson Blu
Perjalanan ke Hotel Radisson Blu
Rumah-rumah kediaman rakyat Kuwait

HOTEL RADISSON BLU

Hotel Radisson Blu adalah hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di tepi laut di Kuwait City.


Hotel Radisson Blu
Peserta-peserta Fun Run sedang mendaftar.
Mengikut peserta-peserta berkumpul dekat replika kapal besar di belakang hotel.
Tugu Peringatan yang dibina oleh Hotel Radisson Blu untuk memperingati rakyat Kuwait yang terkorban dan dijadikan tawanan perang sewaktu Perang Teluk.
Larian ini sebenarnya bermula dari sebuah kawasan di tepi pantai di luar hotel. Para peserta diangkut ke sana menggunakan bas untuk memulakan larian.

Lebih 300 orang menyertai larian ini pada pagi ini. Mereka terdiri dari rakyat Kuwait dan juga rakyat asing yang bekerja dan bermastautin di Kuwait. Kami juga bertemu dengan rakyat Malaysia lain yang juga menyertai larian ini. Mereka terdiri dari pelajar dan rakyat Malaysia yang bekerja di negara ini. Selain dari itu, larian ini juga turut disertai oleh diplomat-diplomat asing yang bertugas di Kuwait.

AL HASHEMI DHOW

Sambil menunggu para peserta tiba di hotel selepas menamatkan larian, Myself dan Husband bersiar-siar di perkarangan hotel. Hotel ini memang menarik kerana terdapat replika kapal dan kota lama Kuwait yang dibina di sini. Salah sebuah kapal yang pasti menarik perhatian sesiapa saja yang berkunjung ke sini ialah sebuah kapal kayu jenis Baghlah yang dinamakan Al Hashemi Dhow.

Al Hashemi Dhow yang kini digunakan sebagai sebuah bilik persidangan di Radisson Blu Hotel.
Al Hashemi Dhow sepanjang 84 meter dan mempunyai kelebaran 19 meter ini tercatat di dalam Guinness Book of World Record sebagai kapal kayu yang terbesar di dunia. Walaupun ia tidak pernah digunakan untuk berlayar, ia dibina betul-betul bagaikan sebuah kapal, lengkap dengan binaan kalis air, sauh dan kemudi yang sememangnya boleh berfungsi dengan baik.

Lukisan mata pada kapal ini konon-kononnya bertujuan untuk memastikan Sang Kapal dapat melihat dengan jelas arah tujuan sewaktu belayar di tengah lautan.
Kemudi kapal Al Hashemi
Pemandangan di bawah kapal.
Bot tradisional di bawah kapal.
Lagi bot tradisional di bawah kapal
Sauh dan tali kapal.
Papan keterangan mengenai Baghlah "Al Hashemi II".
Cerita mengenai Baghlah Al Hashemi II
Replika kota lama yang dibina berdekatan kapal Al Hashemi juga sangat menarik. Ia dibina lengkap dengan meriam yang menghadap ke arah laut.

Sebahagian kota lama yang dibina berdekatan Al Hashemi Dhow.
Pemandangan di dalam kota
Replika meriam pertahanan.
Pandangan dekat meriam.
Meriam yang menghadap ke arah lain.
Satu lagi pintu masuk ke kota pertahanan.
Pantai di sebelah hotel.
Pemandangan ke arah Kuwait City dari kota pertahanan di Hotel Radisson Blu.
Pemecah ombak.
Air laut yang sangat jernih.
Cheesecake Factory

KUWAIT MARINE MUSEUM

Bertentangan dengan Al Hashemi Dhow di Hotel Radisson Blu, terdapat sebuah muzium kecil yang menarik yang dinamakan Kuwait Marine Museum yang juga dimiliki oleh hotel ini. Ia boleh dilawati secara percuma.

Pintu masuk ke Kuwait Marine Museum
Waktu lawatan muzium
Bergambar di pintu masuk ke Kuwait Marine Museum
Muzium ini mempamerkan replika-replika kapal dan alat-alat navigasi perkapalan yang digunakan pada masa dahulu. Kapal-kapal tradisional Kuwait yang bersaiz sederhana dipanggil Boom manakala yang bersaiz besar pula dinamakan Dhow.

Replika kapal di sebelah kiri dinamakan Water Boom.
Water Boom ini pada masa dahulu digunakan untuk mengangkut air minuman dari Sungai Shatt Al Arab di Iraq untuk kegunaan penduduk di Kuwait.
Kapal Viking juga turut dipamerkan di muzium ini.

Kapal Viking ini digunakan di negara-negara Scandinavia di Eropah pada masa dahulu.
Pandangan dekat Kapal Viking
Pemandangan ke dalam Kapal Viking
Tempat duduk pendayung-pendayung Kapal Viking ini kelihatan sangat selesa.
Pengunjung juga dapat melihat kapal-kapal yang digunakan dalam perusahaan mutiara di Kuwait pada masa dahulu. Mutiara ini dikutip dari tiram-tiram yang terdapat di lautan sekitar Kuwait.

Pearling Boom yang digunakan dalam industri mutiara di Kuwait pada masa dahulu.
Penerangan mengenai Pearling Boom.
Kapal jerami.
Pemandangan keseluruhan kapal jerami
Ruang legar di muzium ini juga boleh disewa untuk kegunaan-kegunaan tertentu. Umpamanya sewaktu kami berada di sana, ruang di muzium ini kelihatan sedang dipersiapkan oleh kakitangan hotel bagi satu majlis jamuan.

Pemandangan ke arah ruang legar muzium.
Ruang legar yang sedang dipersiapkan untuk jamuan.
Ruang makan di celah kapal
Ada juga model kapal-kapal kecil yang dipamerkan di muzium ini.

Model-model kapal kecil yang dipamerkan di Kuwait Marine Museum

MOHAMMEDI DHOW 

Keluar dari Kuwait Marine Museum, kita panjat pula sebuah lagi replika kapal besar di Hotel Radisson Blu ini yang bernama Mohammedi. Jika kapal Al-Hashemi tadi dijadikan Bilik Persidangan, kapal Mohammedi ini pula dijadikan sebuah restoran yang bernama Al Boom Steak and Seafood.

Tidak seperti kapal Al Hashemi tadi yang hanya boleh dilihat dari bawah, replika kapal Mohammedi ini boleh didaki untuk meninjau suasana di dalamnya.

Mohammedi Dhow ~ sebuah lagi replika kapal besar di Radisson Blu Hotel.
Mohammedi Dhow ini adalah sebenarnya sebuah restoran yang bernama Al Boom Steak & Seafood.
Pemandangan Baghlah Al-Hashemi dari atas kapal Mohammedi.
Kapal ini sangat menarik untuk kita explore.
Husband bergambar di atas Mohammedi dengan berlatar belakangkan Al-Hashemi.
Kapal Mohemmedi ini dibina pada tahun 1979.
Pemandangan dari tempat kapten kapal.
Seperti kapal Al Hashemi tadi, saiz kapal Mohammedi ini juga sangat mengkagumkan.
Pemandangan di tempat kapten kapal.
Rasa macam Pirates of Caribbean pulak bila kita explore kapal ini.
Steak and Seafood
Restoran sebenarnya terletak di tingkat bawah.
Pemandangan ruang makan luar Restoran Al Boom Steak & Seafood. Restoran ini walau bagaimanapun, tidak dibuka pada masa itu.
Pemandangan di bahagian bawah Mohammedi Dhow.
Pemandangan dari pintu masuk bawah Restoran Al Boom. Yang di depan tu adalah kapal Mohammedi dan yang kat belakang tu pulak adalah kapal Al Hashemi.

FUN RUN

Sambil menunggu peserta-peserta Fun Run menamatkan larian, kami masuk ke lobi hotel. Hiasan dalamannya simple dan moden. Sambil-sambil itu dapat jugalah kita menumpang air-cond untuk menyejukkan badan.

Pintu masuk ke lobi Radisson Blu.
Registration Counter.
Pemandangan di satu sudut lobi
Pemandangan ke arah sana pulak.
Ruang menunggu
Pintu masuk ke lobi dari bahagian tepi.
Restoran di pintu masuk tepi.
Pancutan air dekat pintu masuk tepi.
Pemandangan dekat pancutan air.
Kami keluar dari lobi bila melihat peserta-peserta larian Fun Run mula tiba di hotel. Rata-ratanya mereka dapat menamatkan larian sejauh 3 km ini dalam masa kira-kira 20 minit sahaja. Walaupun kita tak berlari bersama, kita tumpang seronok melihat mereka berjaya menamatkan larian.

Peserta-peserta Fun Run menamatkan larian.
Tiba di garis penamat
Semua peserta Fun Run dijemput ke jamuan ringan yang diadakan di kelab sukan hotel ini yang bernama Viking Club. Disebabkan kami turut dijemput menyertai mereka, kita pulak yang lebih-lebih makan dan minum kat sini.

Peserta-peserta Fun Run berehat di Viking Club selepas menamatkan larian.
Pemandangan di dalam Viking Club.
Kita pulak yang melebih-lebih makan aiskrim kat sini walaupun kita tak berlari.
Strawberry Sorbet yang sangat sedap. Portion yang dibagi pun besar, tak kedekut.
Sambil makan aiskrim, kita lihat upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang larian Fun Run tadi.

Pemenang kategori kanak-kanak.
Dua beradik yang cukup kuat berlari.
Pemenang kategori wanita
Semua pemenang bergambar ramai.
Kolam renang
Landskap menarik di Viking Club, Hotel Radisson Blu.
Husband membantu mengambil gambar sebahagian rakyat Malaysia di Kuwait yang menyertai Fun Run.

Part 17: Arabian Gulf Street

Sejak dari di Malaysia lagi, Husband cukup teringin nak melawat ke Failaka Island, sebuah pulau yang terletak kira-kira sejam setengah perjalanan bot dari Kuwait City. Walau bagaimanapun, mengikut Rakan Husband, dia ada terbaca yang perkhidmatan bot ke pulau ini telah diberhentikan. Namun untuk kepastian, dia mengajak kami ke marina untuk mengesahkan perkara ini.

Jadi selepas tamat larian di Radisson Blu, Rakan Husband membawa kami mencari tiket bot ke Failaka Island. Untuk ke jeti bot, kami menyusuri sebatang jalan di persisiran Teluk Arab yang dinamakan Arabian Gulf Street.

Arabian Gulf Street
Ada banyak pantai dan tempat rekreasi yang terdapat di sepanjang jalan ini.

Pantai di tepi Arabian Gulf Street.
Pantai yang panjang dan berpasir.
Pokok-pokok di tepi pantai.
Lagi pemandangan menarik.
Masjid yang berbentuk piramid.
Kuwait Scientific Center
Poster di depan Scientific Center.
Sebuah lagi masjid di Arabian Gulf Street
Pemandangan menghala ke bandaraya dari Arabian Gulf Street
Oleh kerana Arabian Gulf Street adalah sebuah tempat rekreasi penduduk Kuwait City, tak hairanlah kalau di sini juga terdapat berbagai jenis Fast Food.

Pizza Hut
"Pizza" disebut "Bizza" dalam Bahasa Arab kerana tak ada huruf "P" dalam Bahasa Arab.
Burger King
Pemandangan Restoran Burger King dari arah lain.
Restoran kegemaran ramai ~ Macdonald's
Carino's
Kentucky Fried Chicken. Tak sempat nak merasa makan KFC sewaktu kami berada di Kuwait.
Applebees
Kami pergi ke sebuah marina di Arabian Gulf Street yang mempunyai perkhidmatan bot di situ. Memang betul seperti yang dikatakan oleh Rakan Husband, perkhidmatan bot ke Failaka Island memang telah diberhentikan. Tak ada rezekilah nampaknya untuk kami berkunjung ke sana.

Pejabat tiket bot.
Bot-bot mewah seperti ini sentiasa ada di mana-mana di Kuwait City.
Ada juga Boat Cruise dari marina ini. Namun kami membuat keputusan untuk menangguh Boat Cruise ini pada keesokan hari sahaja memandangkan telah ada program lain yang diaturkan untuk kami selepas ini.
Tangga turun ke bot.
Keluarga Arab yang hendak membuat Boat Cruise.
Pejabat jualan Khiran Resort.
Khiran Resort ini terletak berdekatan dengan sempadan Kuwait-Arab Saudi.
Air siraman rumput. Kuwait City memang sangat hijau. Sukar sekali membayangkan yang kawasan ini pada satu ketika dulu adalah padang pasir yang tandus.

Part 18: Kuwait Towers

Kami kemudiannya singgah di Kuwait Towers yang menjadi mercu tanda paling terkenal di Kuwait.

Menuju ke Kuwait Towers.
Menghampiri Kuwait Towers.
Kuwait Towers
Kuwait Towers dibina dari konkrit dan terdiri dari 3 buah menara sebenarnya. Ketinggian menara ini adalah 187 meter dari aras laut dan berfungsi sebagai menara simpanan air utama bagi Kuwait City. Namun, kami tidak masuk ke dalam. Cukup sekadar melawat menara ini dari luar.

Menara yang mempunyai sfera terbesar mempunyai sebuah deck pemerhatian dan sebuah restoran di dalamnya. Tangki simpanan air adalah sebenarnya terletak pada menara yang kedua. Menara ketiga pula yang tidak mempunyai sebarang sfera berfungsi sebagai pusat tenaga bagi menara-menara ini. Ia mengawal aliran elektrik bagi menjana tenaga dan cahaya bagi ketiga-tiga menara.

Kuwait
Bergaya Tourist di depan menara.
Menara paling kiri adalah menara tangki simpanan air. Menara tengah yang meruncing menjana tenaga dan cahaya. Menara paling kanan pula mempunyai deck pemerhatian dan restoran di dalamnya
Kuwait Towers  yang dibuka pada tahun 1979 ini tidak terlepas dari menjadi mangsa Perang Teluk pada tahun 1991. Ia mengalami sedikit kemusnahan struktur kesan tembakan peluru dan meriam yang telah diperbaiki sepenuhnya kini.

Proses pencucian sfera menara sedang berlangsung.
Pantai di tepi Kuwait Towers. Di sinilah kami melihat sedikit sampah bertaburan. Rata-ratanya Kuwait City memang sangat bersih.
Satu lagi pemandangan berhampiran Kuwait Towers


Bersambung ke Bahagian 6 ...


CATATAN PERJALANAN (KUWAIT, DUBAI & ABU DHABI 2016):