Saturday 19 November 2016

2016 KUWAIT & UAE BHG. 15 (Mall of Emirates)

Oktober 2016

MIDDLE EAST
Kuwait, Dubai & Abu Dhabi

Bahagian 15: Dubai (3)
MALL OF THE EMIRATES & DUBAI CITY TOUR

HARI KEENAM (1)

Part 40: Mall Of The Emirates

Perancangan pada hari ini ialah membuat Dubai City Tour dengan menggunakan bas Hop-On Hop-Off sepanjang hari. Memandangkan kami merancang nak duduk di tingkat atas bas ini yang tak berbumbung dan matahari di Dubai sangat terik, terpaksalah membuat persediaan sewajarnya seperti memakai bertepek-tepek Sun Block untuk mengelak dari terkena sunburn.

Study dulu laluan bas Hop-On Hop-Off dan tempat-tempat yang akan disinggahi untuk menjimatkan masa.
Jangan lupa pakai Sun Block sebelum keluar dari hotel.
Selepas dah bersiap-siap, kita mulakan hari dengan bersarapan dulu di restoran hotel yang terletak di tingkat bawah.

Restoran di Ibis Mall Of The Emirates
Restoran di Hotel Ibis Mall Of The Emirates ini bersambung dengan restoran Hotel Novotel Suites Mall Of The Emirates yang terletak di belakang pintu di sana. Kedua-dua hotel ini adalah sisters hotel.
Di restoran ini, kami berkenalan dengan seorang Waiter Muslim dari Kenya yang bernama Remy. Kata Remy, dia dah 3 tahun bekerja di sini. Bila kami bertanya sama ada seronok atau tidak bekerja di sini, Remy memberitahu itu terpulang kepada individu. Memang di Dubai ada banyak peraturan yang perlu diikut. Kalau kita boleh mengikut semua peraturan yang ditetapkan, memang tak ada masalah nak bekerja di sini.

Husband dan Remy
Perhentian terdekat bas Hop-On Hop-Off dengan hotel kami adalah di Mall Of The Emirates. Laluan yang digunakan adalah Modern Route (Blue Line) dan bas yang pertama berlepas dari sana pada pukul 9.15 pagi. Dengan mengambilkira perjalanan berjalan kaki ke Mall ini dan saiz Mall tersebut yang teramatlah besarnya, kami keluar dari hotel seawal pukul 8.30 pagi.

Suasana pagi di depan Hotel Ibis Mall Of The Emirates
Bilik kami terletak di Tingkat 3 di hotel ini yang menghadap ke pintu masuk.
Seperti di Kuwait, cuaca di sini juga nyaman dan berada pada sekitar 30'C di penghujung bulan Oktober begini. Suhu sebegini lebih kurang saja dengan suhu di Malaysia, cuma udara lebih kering dan matahari lebih terik di sini.

Berjalan menuju ke Mall Of The Emirates
Seperti yang pernah Myself ceritakan, kami perlu melintas sebatang jalan yang besar untuk pergi ke Mall Of The Emirates dari hotel. Namun nak melintas jalan di Dubai bukanlah suatu yang sukar seperti pengalaman sewaktu di Cairo dulu kerana di sini, kereta akan berhenti untuk memberi laluan kepada pejalan kaki melintas.

Kami kemudiannya diberitahu bahawa peraturan di Dubai mewajibkan semua kereta berhenti untuk pejalan kaki melintas jalan. Kalau mereka tak memberhentikan kenderaan, pejalan kaki boleh membuat laporan polis dan pemilik kenderaan akan menerima saman sehingga AED 500 (RM 550) dalam tempoh hanya 5 minit selepas laporan dibuat. Saman ini perlu dibayar dalam tempoh 14 hari atau berdepan dengan tindakan yang lebih tegas.

Oleh kerana ada banyak kereta mewah di Dubai, kami diberitahu ada saman kategori lain yang dikenakan kepada mereka. Jika pemandu kereta biasa disaman AED 500, pemilik kereta mewah pula akan disaman AED 5000 (RM 5500) bagi kesalahan yang sama.

Ada construction besar yang sedang dibuat berdekatan Mall Of The Emirates ini.
Jalan yang perlu dilintas untuk mendapatkan Mall Of The Emirates dari hotel kami.
Senang nak melintas jalan di Dubai kerana kereta akan berhenti untuk memberi laluan kepada pejalan kaki melintas.
Pintu masuk ke Mall Of The Emirates yang terletak paling dekat dengan hotel kami.
Untuk masuk ke dalam Mall, kami perlu melalui sebuah kawasan tempat letak kereta yang besar di dalam bangunan.

Pemandangan pintu masuk ke Mall Of The Emirates dari tempat parking.
Peringatan supaya pengunjung berpakaian sopan sentiasa ada di mana-mana tempat di Dubai.
Selain membeli-belah, tarikan utama di Mall Of The Emirates adalah sebuah indoor ski yang dinamakan Ski Dubai. Kalau masuk dari arah hotel kami, Ski Dubai inilah yang pertama akan ditemui.

Ski Dubai di Mall Of The Emirates
Restoran St. Moritz berhampiran Ski Dubai
Pemandangan ke dalam Restoran St. Moritz yang dihias bagaikan sebuah restoran Swiss di kaki pergunungan Alps.
Mengintai ke dalam Ski Dubai dari tingkap kaca di Restoran St. Moritz.
Memandangkan hari masih awal pagi, Ski Dubai belum dibuka. Hanya kelihatan pekerja Ski Dubai saja yang sedang membuat kerja pembersihan dan penyelenggaraan di dalamnya. 

Dari luar tingkap di mana-mana kawasan Mall Of The Emirates yang menghadap ke Ski Dubai ni, memang kita tak nampak keseluruhan Ski Dubai yang hebat itu. Kalau nak melihat dan merasai pengalaman main salji, memang kita kena masuk ke dalam. Tapi tiket masuknya tersangatlah mahalnya...

Pekerja Ski Dubai sedang membuat kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan.
Memang tak puas bila menjenguk dari luar saja begini...
Tujuan asal kami ke Mall Of The Emirates pagi ini bukanlah nak masuk ke Ski Dubai. Sebaliknya ialah kerana nak naik bas Hop-On Hop-Off dari sini. Sebelum naik bas, kami kena menukar voucher yang diberi oleh Michael kepada kami semalam kepada tiket sebenar di kaunter syarikat City Sightseeing Dubai yang mengendalikan perkhidmatan Hop-On Hop-Off ini.

Kaunter City Sightseeing Dubai di Mall Of The Emirates
Kami kemudiannya diminta menunggu bas di Pintu A. Maka berjalanlah kami ke sana. Disebabkan Mall ini sangat besar dan kami tak pasti arah tujuan sebenar, terkial-kial juga nak mencari Pintu A ini.

Berjalan mencari Pintu A.
Kedai-kedai di Mall Of The Emirates masih belum memulakan perniagaan ketika ini.

Part 41: City Sightseeing Dubai

Ada dua syarikat bas yang mengendalikan perkhidmatan bas Hop-On Hop-Off di Dubai: City Sightseeing Dubai dan Big Bus Dubai. Kedua-dua bas ini mempunyai perhentian di Mall Of The Emirates.

Tak lama selepas kami tiba di Pintu A, bas City Sightseeing Dubai kami yang berwarna merah ni pun tiba. Oleh kerana hari masih awal agaknya, tak ramai penumpang yang naik di sini. Bas ini dua tingkat. Kami terus saja naik ke atas untuk mendapatkan pemandangan yang bagus dalam perjalanan.

Pemandangan di tingkat atas bas Hop-On Hop-Off kami.
Pemandangan dari tempat perhentian bas Hop-On Hop-Off di dalam Mall Of The Emirates.
Big Bus Dubai yang juga membuat persinggahan di Mall Of The Emirates di belakang bas kami.
Bergerak keluar dari Mall Of The Emirates
City Sightseeing Dubai mempunyai 4 laluan: Historic Route (Red Line), Modern Route (Blue Line), Marina Route (Yellow Line) dan Palm Crescent Route (Purple Line). Historic Route (Red Line) membawa pengunjung ke sekitar Dubai Historic District manakala Modern Route (Blue Line) yang melalui Mall Of The Emirates membawa pengunjung ke kawasan pembangunan moden di Dubai. Marina Route (Yellow Line) mengelilingi kawasan Marina dan Palm Crescent Route (Purple Line) pula membawa kita mengelilingi pulau buatan yang dinamakan Palm Crescent. Pertukaran bas di antara laluan boleh dibuat di tempat-tempat tertentu.

Tiket City Sightseeing Dubai ada pelbagai kategori. Kami diberi Tiket 24 Jam bernilai AED 240 (RM 264) seorang yang turut termasuk di dalamnya Night Tour percuma.

Memulakan City Sightseeing

SHEIKH ZAYED ROAD

United Arab Emirates (Emiriah Arab Bersatu atau UAE) adalah terdiri dari 7 buah Emiriah: Abu Dhabi, Ajman, Dubai, Fujairah, Ras Al-Khaimah, Sharjah dan Umm Al-Quwain yang setiap satunya adalah Emiriah yang merdeka yang bersatu membentuk sebuah negara. Ibu negara bagi UAE adalah Abu Dhabi. Secara tradisinya juga, pemerintah Emiriah Abu Dhabi adalah Presiden UAE manakala pemerintah Emiriah Dubai adalah Timbalan Presiden UAE.

Dari Mall Of The Emirates, bas membawa kami menyusuri Sheikh Zayed Road yang merupakan jalan yang terpanjang di Dubai. Ia adalah sebenarnya sebahagian dari Lebuhraya E11 yang merentasi 3 buah Emiriah di UAE: Abu Dhabi, Dubai dan Ras Al-Khaimah. Walaupun ia sebatang jalan yang sama, ia mempunyai tiga nama: Sheikh Maktoum Road di Abu Dhabi, Sheikh Zayed Road di Dubai dan Sheikh Muhammad bin Salem Road di Ras Al-Khaimah.

Sheikh Zayed Road
Masjid di tepi Sheikh Zayed Road
Nama Sheikh Zayed Road yang digunakan untuk bahagian jalan yang terletak di Dubai adalah sempena Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, pemerintah Emiriah Abu Dhabi yang bertanggungjawab ke atas penubuhan negara UAE pada tahun 1971. Sheikh Zayed juga adalah orang yang bertanggungjawab memacu pembangunan pesat di seluruh UAE seperti yang dilihat sekarang.

Pemandangan dari atas bas sewaktu melalui Sheikh Zayed Road
Metro Dubai
Jalan sedikit sesak pada pagi ini kerana warga Dubai sedang keluar ke tempat kerja.
Pemandangan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa dan bangunan-bangunan lain dari Sheikh Zayed Road.
Jika tak tahan dengan bahang matahari sewaktu menaiki bas Hop-On Hop-Off ini, ada bilik air-cond tertutup yang disediakan di depan bas.
Lagi bangunan moden di Dubai
Menahan terik matahari dalam bas Hop-On Hop-Off

PERTUKARAN KE HISTORIC ROUTE

Oleh kerana sasaran lawatan kami pada pagi ini adalah Historic Dubai, kami terpaksa membuat pertukaran bas dari Modern Route ke Historic Route di Dubai Mall. Dubai Mall adalah sebenarnya Shopping Mall terbesar di dunia yang terletak di kaki Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia yang dibina di sebelahnya. Lebih kurang macam shopping mall Suria KLCC yang terletak kat kaki Petronas Twin Towers di Kuala Lumpur tu lah...

Dubai Mall, tempat pertukaran bas ke Historic Route dari Modern Route
Bas City Sightseeing Dubai.
Burj Khalifa yang terletak di sebelah Dubai Mall
Pemandangan Dubai Mall dari atas bas.
Earphone percuma disediakan untuk membolehkan penumpang mendengar penerangan tentang tempat-tempat yang akan dilalui dalam perjalanan. Audio juga disediakan dalam pelbagai bahasa, tetapi tiada dalam Bahasa Melayu.
Dubai Mall juga adalah stesen pertukaran bagi Big Bus Dubai.
Bas sekolah pun banyak parking di sini.

DOWNTOWN DUBAI

Bas Hop-On Hop-Off dalam Historic Route membawa kami mengelilingi Downtown Dubai di mana letaknya bangunan tertinggi di dunia pada masa ini, Burj Khalifa. Dubai Mall dan Dubai Fountain juga terletak di Downtown Dubai.

Dubai Mall dalam Bahasa Arab
Bas sekolah di Dubai
Souk Al Bahar adalah sebuah shopping centre di seberang Burj Khalifa yang dibina menggunakan senibina tradisional Arab.
Emaar adalah syarikat hartanah milik Kerajaan yang bertanggungjawab membina kebanyakan bangunan pencakar langit yang serba moden di Dubai.
Satu lagi pemandangan pintu masuk ke Souk Al Bahar di Downtown Dubai
Burj Khalifa ni memang menarik perhatian disebabkan ketinggiannya.
Burj Plaza di kaki Burj Khalifa
Tempat Permainan Kanak-kanak di Burj Plaza
Bangunan yang bulat ini adalah Dubai Opera
Arah ke tempat letak kereta Dubai Opera
Rumah-rumah kediaman berdekatan Burj Khalifa. Pasti sangat mahal harganya.
Pintu masuk sebenar ke Burj Khalifa
Pemandangan sekitar pintu masuk ke Burj Khalifa

DUBAI INTERNATIONAL FINANCIAL CENTRE

Perjalanan seterusnya adalah menuju ke Dubai International Financial Centre.

Kembali ke Sheikh Zayed Road
Pangsapuri-pangsapuri yang cantik di Dubai.
Dubai International Financial Center (DIFC) ditubuhkan oleh Kerajaan Dubai untuk menarik syarikat-syarikat asing menubuhkan perniagaan mereka di sini. DIFC yang meliputi kawasan seluas 110 ekar ini mempunyai sistem perundangan dan mahkamah yang berbeza dengan tempat-tempat lain di Dubai. Umpamanya, syarikat-syarikat asing yang membuka pejabat mereka di DIFC tidak diperlukan untuk membuat kerjasama dengan syarikat tempatan bagi beroperasi di Dubai.

Dubai International Financial Center
Satu lagi pemandangan di Dubai International Financial Center
The Experience Center
Mercu tanda terkenal di Dubai International Financial Center ialah bangunan berkembar yang dinamakan Jumeirah Emirates Towers. Salah sebuah bangunan berkembar ini berfungsi sebagai sebuah hotel dan yang sebuah lagi pula adalah menara pejabat.

Jumeirah Emirates Towers
Pintu masuk ke Jumeirah Emirates Towers
Ada hotel mewah kat dalam bangunan ni.
Kereta mewah di depan Jumeirah Emirates Towers
Ada sebuah kawasan padang pasir yang sengaja dibiarkan berhampiran Dubai International Financial Center. Ia bertujuan untuk mengingatkan pengunjung tentang keadaan sebenar Dubai sebelum adanya pembangunan yang pesat di sini.

Padang pasir yang sengaja dibiarkan untuk mengingatkan pengunjung tentang keadaan sebenar Dubai
Sistem pengairan untuk menghijaukan Dubai
Pencakar-pencakar langit
Ibis Styles Dubai Jumeira di International Financial Center
Convention Center
Lif untuk membawa penumpang naik ke jambatan melintas jalan raya.
Etisalat Building
Zabeel Park
Satu lagi pemandangan di Zabeel Park

BUR DUBAI

Bur Dubai terletak di sebelah barat sebuah selat sempit yang dinamakan Dubai Creek. Bersama Deira yang terletak di sebelah timur Dubai Creek, Bur Dubai membentuk sebahagian pusat bandaraya lama Dubai.

Salah sebuah perhentian bas Hop-On Hop-Off di Bur Dubai adalah Burjuman Center yang merupakan salah sebuah shopping mall tertua di Dubai. Dibuka pada tahun 1991, pusat membeli-belah ini telah diubahsuai dan diberi nafas baru pada tahun 2004.

Burjuman Shopping Mall
Satu lagi pemandangan Burjuman Shopping Mall
Pemandangan di Bur Dubai
Al Shindagha Tunnel yang menghubungkan Bur Dubai dengan Deira yang terletak di seberang Dubai Creek.
Ministry Of Foreign Affairs


Bersambung ke Bahagian 16...


CATATAN PERJALANAN (KUWAIT, DUBAI & ABU DHABI 2016):