Sunday 13 November 2016

2016 KUWAIT & UAE BHG. 13 (Kuwait - Dubai)

Oktober 2016

MIDDLE EAST
Kuwait, Dubai & Abu Dhabi

HARI KELIMA (1)

Bahagian 13: Dubai (1)
DARI KUWAIT TERBANG KE DUBAI

Part 32: Selamat Tinggal, Kuwait.

Percutian kami 5 Hari 4 Malam di Kuwait berakhir kini. Pada pagi ini kami akan meninggalkan Kuwait menuju ke Dubai yang terletak di negara United Arab Emirates (UAE). Kuwait kami tinggalkan dengan seribu kenangan yang manis. Memang kami tak sangka yang negara ini sangat istimewa, walau hampir tak wujud dalam peta pelancongan dunia.

Secara kebetulan, Rakan Husband dan Abangnya juga mempunyai perancangan untuk berkunjung ke Beirut yang terletak di negara Lebanon pada hari ini. Penerbangan mereka ke Beirut berlepas sejam selepas penerbangan kami ke Dubai. Jadi kami semua bergerak ke Airport bersama-sama.

Jalan raya agak sibuk pada pagi ini kerana Rush Hour dan warga Kuwait sedang keluar ke tempat kerja.
Kesesakan menuju masuk ke Kuwait City.
Jalan menuju ke Lapangan Terbang
Lalu di tepi Stadium
Pokok kaktus yang ditanam di tepi jalan.
Pondok bas di Kuwait City
Kalau di musim panas, pasti tak selesa menunggu bas di sini.
Lebuhraya ke Airport
Arah ke Lapangan Terbang
Tiba di Lapangan Terbang
Ucapan Selamat Jalan dari Kuwait Finance House.
Kuwait International Airport
Perjalanan dari Kuwait City menuju ke Airport memakan masa 30 minit. Disebabkan kami menaiki pesawat Emirates ke Dubai dan Rakan Husband dan Abangnya menaiki pesawat Kuwait Airways ke Beirut, kami terpaksa masuk ke bangunan Airport mengikut pintu yang berlainan. Tapi disebabkan pintu-pintu penerbangan kami terletak berdekatan, kami bertemu kembali dalam kawasan perlepasan. 

Pemandangan di dalam Airport
Pemandangan sewaktu menuju ke tempat pemeriksaan imigresen.
Kedai-kedai Duty Free
Jadual Perlepasan Pesawat.
Pemandangan berdekatan pintu perlepasan.
Akhirnya tibalah masa untuk kami berpisah. Terima kasih tak terhingga kepada Rakan Husband dan Abangnya yang sudi menjadi Host kami di Kuwait. Memang jasa mereka akan kami kenang sampai bila-bila. Selamat berangkat ke Beirut and have a safe journey.

Panggilan untuk pesawat kami ke Dubai ~ Emirates EK 856
Terima kasih dan Selamat Jalan

Part 33: Dari Kuwait Terbang Ke Dubai

Penerbangan kami ke Dubai, Emirates EK 856 berlepas dari Kuwait pada pukul 9.50 pagi. Pesawat yang digunakan adalah dari jenis Boeing 777-300ER. Seperti waktu datang dulu, penumpang pesawat ini juga tak begitu ramai.

Pesawat Emirates yang membawa kami dari Kuwait ke Dubai.
Berjalan masuk ke dalam pesawat
Bergerak menuju ke runway.
Pesawat Kuwait Airways
Sebuah pesawat Kuwait Airways yang baru berlepas ke destinasi.
Menunggu giliran untuk berlepas.
Selamat Tinggal, Kuwait.
Penerbangan ke Dubai dari Kuwait memakan masa kira-kira 1 jam 30 minit. Kami mendapat tempat duduk di tepi tingkap, dekat dengan sayap. Sayap kapalterbang ni pulak besar, sampai hampir tak nampak pemandangan luar dari tempat duduk kami. Menyesal rasanya tak request tempat duduk kat ekor pesawat masa Check-in tadi.

Ada seorang lelaki India duduk di sebelah kerusi Husband dalam penerbangan ini. Dia bekerja di Kedutaan India di Dubai dan datang ke Kuwait atas suatu urusan. Kata lelaki itu, dia adalah Frequent Flyer Emirates. Sepanjang perjalanan, dia asyik mengomen kepada Husband kenapa Emirates tak upgrade dia ke Business Class sedangkan tempat duduk pesawat banyak yang kosong. Kesian kat Husband terpaksa mendengar cerita Mamat ni.

Bila kapalterbang dah selamat terbang, kami berharap dia pindah ke kerusi lain yang kosong. Tapi harapan tinggallah harapan, tak pulak dia berbuat begitu walaupun tadi beriya-iya dia bertanya kepada peramugari kalau dia dibenarkan duduk di kerusi lain... Mujurlah penerbangan ini sejam setengah je... Kalau panjang macam penerbangan balik ke KL, boleh psiko juga dibuatnya.

Terbang menuju ke Dubai
Peta Penerbangan dari Kuwait ke Dubai. Penerbangan ini mengambil masa 1 jam 30 minit.
Peramugari Emirates yang berasal dari Afrika.
Sajian Penerbangan
Inilah pemandangan sepanjang penerbangan... nampak sayap kapalterbang je.
Dubai dah muncul dalam pandangan.
Lebuhraya moden di Dubai.
Pemandangan Dubai Airport dari udara
Kami mendarat di Dubai pada pukul 12.40 tengahari. Waktu di Dubai sejam lebih awal berbanding di Kuwait. Disebabkan kami tak mempunyai kenalan di sini seperti di Kuwait, terpaksalah segala-galanya diatur sendiri. Untuk kemudahan dan memaksimakan lawatan ke UAE ini, kami telah mengatur dan mengambil pakej lawatan semenjak dari di Malaysia lagi.

Selamat mendarat di Dubai
Pesawat-pesawat Emirates di Airport Dubai
Terminal 3, Dubai International Airport
Ibu pejabat Penerbangan Emirates agaknya.
Pemandangan Terminal 1, Dubai International Airport sewaktu pesawat berpusing ke Pintu Ketibaan kami di Terminal 3
Menuju ke Pintu Ketibaan kami di Terminal 3, Dubai
Pintu Ketibaan kami
Bersiap sedia turun dari pesawat
Seperti dulu, pesawat kami juga menggunakan Terminal 3 di Dubai Airport yang dibina khas untuk pesawat-pesawat Emirates. Terminal ini cukup besar. Jenuh juga kita terpaksa berjalan untuk ke pemeriksaan imigresen dan mengambil bagasi. 

Tidak seperti masuk ke Kuwait dulu, rakyat Malaysia tak perlu membuat aturan awal untuk mendapatkan visa masuk ke UAE. Tunjukkan saja passport kepada pegawai imigresen yang bertugas, dan selepas dicap oleh pegawai tersebut, kita dah boleh terus masuk ke UAE.

Berjalan keluar dari pesawat menuju ke tempat pemeriksaan imigresen.
Kemewahan Dubai dah boleh dirasakan semenjak dari di dalam Airport lagi
Dah jauh berjalan, masih tak sampai lagi ke tempat imigresen.
Pemandangan dari tingkat atas, tempat pemeriksaan passport di Airport Dubai.
Disebabkan kami ditahan oleh seorang agen pelancongan yang beriya-iya nak menjual pakej pelancongannya kepada kami dalam perjalanan keluar dari bangunan airport selepas melalui pemeriksaan passport, kami terlewat tiba di tempat mengambil bagasi. Panik juga bila mendapati cuma beg kami berdua saja yang masih berpusing di conveyor belt tu. Nasib baiklah beg tu tak diambil oleh pekerja airport sebagai beg yang tak dituntut!

Lega dah mendapat beg kembali
Wakil Travel Agent di Dubai yang memperkenalkan dirinya sebagai Michael telah sedia menanti kami di Airport Dubai. Dia adalah sebenarnya seorang warganegara India yang dah 7 tahun bekerja di Dubai.

Mengikut Michael keluar dari Airport.
Tempat letak kereta di Terminal 3, Dubai International Airport.

Part 34: Dubai, Kami Datang Lagi...

Dari Lapangan Terbang, Michael terus membawa kami ke hotel penginapan kami, Ibis Mall Of The Emirates yang sebenarnya terletak agak jauh dari pusat bandar Dubai.


Naik kereta menuju ke hotel.
Signboard keluar dari Airport
Ini masih sebahagian dari Airport Dubai yang teramatlah besarnya.
Sepanjang perjalanan dari Airport ke hotel, Michael menunjukkan kepada kami beberapa landmark terkenal dan juga projek-projek pembangunan baru yang masih dalam pembinaan. Dubai akan menjadi tuan rumah World Expo 2020, maka ia berhasrat untuk menunjukkan kepada dunia kehebatan pembangunan di sini pada masa itu. Jadi masih banyak projek-projek mega sedang dibuat pada ketika ini yang semuanya disasarkan akan siap menjelang tahun 2020.

Menuju ke Dubai City
Jalan raya yang agak sibuk di Dubai
Walaupun ada banyak kenderaan darat di Dubai, sistem jalan raya dan trafik di sini sangat bagus. Jarang sekali berlaku kesesakan yang meresahkan.

Pemandangan pusat bandaraya Dubai dari kejauhan
Wafi City
Wafi Centre yang sikit-sikit macam Sunway Pyramid di Malaysia.
Dubai Frame ~ mercu tanda baru di Dubai yang masih dalam pembinaan.
Sheikh Zayed Road ~ jalan utama di Dubai.
Terowong
Satu lagi pemandangan di Sheikh Zayed Road.
Dubai Canal ini juga adalah satu mercu tanda baru Dubai yang dijangka siap tidak lama lagi.
Sedang sibuk melihat-lihat pemandangan di sekitar, lalu sebuah kereta Lamborghini memotong kereta kami. Kata Michael, kereta-kereta mewah begini hanya mampu dimiliki oleh rakyat Arab tempatan di Dubai.

Lamborghini
Memang kagum melihat bangunan-bangunan yang tinggi dan moden di Dubai. Pemandangan di sini dah jauh sangat berbeza dengan sewaktu kunjungan kami ke sini pada tahun 2002. Tapi jika dibandingkan dengan Kuwait City, tak banyak kehijauan yang ada di Dubai.

Sebuah masjid di tepi jalan.
Showroom Lamborghini
Hotel Burj Al Arab
Showroom Bentley
Padang hijau di Dubai
Sebuah lagi kawasan hijau di Dubai

Part 35: Hotel Ibis Mall Of The Emirates

Hotel penginapan kami di Dubai adalah sebuah hotel 2 bintang yang bernama Ibis Mall Of The Emirates. Kalau anda mengikut pengembaraan kami dalam blog ini, anda pasti perasan yang kami memang selalu menginap di Hotel Ibis. Dah boleh dikira sebagai "penginap tetap" di Ibis dah sepatutnya ni...

Hotel Ibis Mall Of The Emirates
Pintu masuk ke hotel.
Hotel ini dinamakan Ibis Mall Of The Emirates kerana ia terletak berhampiran dengan Mall Of The Emirates. Tapi jangan tertipu, ia tak bercantum dengan mall ini sebenarnya. Kita perlu berjalan melintas sebatang jalan yang besar juga kalau nak ke Mall Of The Emirates dari hotel ini.

Seperti juga hotel-hotel Ibis lain yang pernah kami duduki, konsep hiasan dalaman hotel ini adalah Contemporary Modern. Dan disebabkan hotel ini dikira hotel bajet, ia hanya menyediakan bilik tidur dan sebuah restoran saja di dalamnya. Kolam renang pun tak ada.

Lobi yang serba moden di Hotel Ibis Mall Of The Emirates.
Berehat sebentar sambil menunggu Michael menguruskan pendaftaran masuk kami.
Kaunter pendaftaran di Ibis Mall Of The Emirates
Michael menolong kami membuat pendaftaran bilik. Selepas itu, dia memberi penerangan ringkas tentang perjalanan aktiviti kami selama 4 Hari 3 Malam di Dubai. Pada mulanya kami menjangka guide-guide di sini seperti Michael pasti akan meminta tip atas setiap perkhidmatan mereka seperti pengalaman kami dalam kunjungan pertama pada tahun 2002 dulu. Tapi sangkaan kami meleset, amalan meminta tip dari pelancong ini tidak lagi diamalkan di Dubai. Guide-guide di sini sekarang sangat profesional dan mungkin disebabkan bayaran khidmat mereka juga dah mahal sekarang, mereka tak lagi meminta-minta tip dari kita. Pelancongan di Dubai ni memang dah bertaraf tinggi sekarang.

Bergambar dengan Michael
Walaupun agak kecil, bilik penginapan kami di Ibis Mall Of The Emirates sangat selesa. Yang lebih best, ada perkhidmatan Wifi percuma yang sangat laju di hotel ini.

Bilik kami di Ibis Mall Of The Emirates
Pemandangan dari bilik kami yang menghadap ke pintu masuk hotel.
Tempat parking kereta di depan hotel.
Disebabkan dah lapar sangat dan kami tak boleh makan terlalu banyak sebab nak membuat aktiviti Desert Safari petang ini, kami terpaksalah makan Maggi dulu kat dalam bilik...

Kita makan Maggi dulu...


 Bersambung ke Bahagian 14...


CATATAN PERJALANAN (KUWAIT, DUBAI & ABU DHABI 2016):