Friday 19 April 2013

2013 JORDAN BHG. 4 (Lembah Jordan)

April 2013

JORDAN
Amman & Petra

Bahagian 4 : Lembah Jordan
LEMBAH JORDAN, AJLUN & JERASH

HARI KELIMA

Pada hari terakhir di Jordan masih ada agenda lawatan yang perlu diteruskan. Bagaikan tak percaya pada malam itu kami akan meninggalkan Jordan menuju ke Arab Saudi bagi memulakan perjalanan umrah kami.

Bersiap-sedia untuk memulakan program lawatan pada hari terakhir dan seterusnya berlepas ke Arab Saudi lewat malam itu.
Perjalanan hari terakhir ini dimulakan agak lewat, sekitar pukul 10 pagi. Sewaktu meletakkan beg di luar hotel untuk dimasukkan ke dalam bas, kami berkesempatan melihat bagaimana air dibekalkan ke bangunan-bangunan di Jordan.

Tidak seperti di Malaysia, air untuk kegunaan harian tidak dibekalkan menggunakan paip-paip air. Di sini, air dibekalkan ke tangki-tangki rumah dan bangunan seminggu sekali menggunakan lori tangki. Air yang dibekalkan cukup untuk kegunaan selama seminggu.

Lori bekalan air di Jordan
Proses pembekalan air ke Hotel Ocean di Amman

Part 15: Lembah Jordan 

Family Photo di Ocean Hotel, Amman.
Menuju ke Lembah Jordan.
Meninggalkan kota Amman.
Lembah Jordan terletak di utara Amman. Seperti juga Laut Mati, ia terletak di bawah aras laut dan dikongsi bersama oleh Jordan dan Israel.

Kawasan Lembah Jordan amat subur dan diberi jolokan "Fruit Basket of Jordan".
Seperti Laut Mati, Lembah Jordan terletak di bawah aras laut dan dikongsi bersama oleh Jordan dan Israel (Wilayah Palestine yang dikuasai Israel)
Satu lagi pemandangan indah di Lembah Jordan.
Bumi Para Anbia'.
Di bumi inilah para Nabi pernah berpijak dan berdakwah pada masa dahulu.
Seperti perjalanan ke Laut Mati, perjalanan ke Lembah Jordan juga menuruni lembah yang dalam kerana Lembah Jordan juga terletak di bawah aras laut.
Aktiviti pertanian intensif di Lembah Jordan
Rumah-rumah Hijau untuk penanaman sayur.
Tujuan lawatan ke Lembah Jordan adalah untuk melawat makam 2 orang lagi sahabat Rasullullah saw: Dirar bin Al-Azwar dan Abu Ubaidah bin Al-Jarrah.
 
MAKAM DIRAR BIN AL -AZWAR

Tak banyak Myself tahu mengenai sahabat Rasullullah yang bernama Dirar bin Azwar ini. Dari pembacaan Myself,  beliau merupakan salah seorang ketua perang berkuda yang tangkas menunggang kuda sambil menghayun pedang demi menegakkan kalimah Allah. Beliau juga mampu membebaskan tentera Islam yang ditahan secara berseorangan tanpa diketahui oleh pihak musuh.

Pemandangan kompleks Makam Dirar bin Al-Azwar di Lembah Jordan
Makam Dirar bin Al-Azwar
Taman di belakang Makam Dirar bin Al Azwar
Dari cerita yang disampaikan, walaupun Dirar seorang pejuang yang hebat,  dia tidak syahid di medan perang. Dirar sebaliknya mati syahid kerana penyakit taun lalu dikebumikan di sini, di perkampungan yang dinamakan sempena nama beliau.

MAKAM ABU UBAIDAH 

Satu lagi makam sahabat yang dikunjungi di Lembah Jordan adalah Makam Abu Ubaidah bin Al Jarrah. Beliau merupakan salah seorang sahabat nabi saw yang hebat dan yang terawal memeluk Islam. Beliau juga adalah salah seorang daripada 10 sahabat yang dijanjikan terus masuk ke Syurga.

Semasa hidupnya, Abu Ubaidah telah berhijrah sebanyak dua kali iaitu hijrah ke Habsyah dan ke Madinah. Beliau juga seorang yang tawadu’, zuhud, mulia akhlak dan sangat berlapang dada. Apabila Sayidina Umar Al Khattab memerintahkan seseorang untuk mencari golongan yang layak untuk menerima zakat, Abu Ubaidah termasuk golongan yang paling layak untuk menerimanya. Walaupun beliau seorang pemimpin yang disegani tetapi hati Abu Ubaidah tidak sesekalipun terikat dengan kemewahan dunia yang sepatutnya pemimpin mampu untuk memperolehnya. Begitulah hebat dan tingginya iman dan ketaqwaan Abu Ubaidah terhadap Allah S.W.T dan kecintaannya yang tinggi terhadap Rasulullah S.A.W.

Abu Ubaidah juga sangat hebat dalam peperangan dan turut menyertai kebanyakan perang bersama-sama Rasulullah saw. Seperti Dirar bin Al Azwar, Abu Ubaidah juga mati syahid disebabkan penyakit taun.

Kedai di depan Makam Abu Ubaidah
Pemandangan di Kompleks Makam Abu Ubaidah
Makam Abu Ubaidah yang sebenar terletak di sebalik kaca ini.
Pemandangan dari dekat Makam Abu Ubaidah.
Oleh kerana ketika itu sudah hampir waktu Zohor, kami terus saja bersolat di Masjid Abu Ubaidah.

Ruang solat wanita di Masjid Kompleks Makam Abu Ubaidah
Pemandangan Mihrab dan Ruang Solat Utama di Masjid Abu Ubaidah

Part 16: Ajlun 

Meninggalkan Lembah Jordan, kami bergerak pula ke kawasan Ajlun yang terletak di kawasan pergunungan. 

Haiwan ternakan di Lembah Jordan
Perjalanan ke Ajlun.
Pokok zaitun ini telah berusia beratus-ratus tahun. Namun ia masih mengeluarkan buah.
Loji memproses minyak zaitun di sini masih menggunakan kaedah pemprosesan tradisional.
Lembah dan lurah yang dilalui.
Papan tanda ke Ajlun.
Tanaman zaitun di kawasan Ajlun.
Akhirnya kami tiba di bandar Ajlun. Bandar ini mempunyai makam seorang lagi sahabat Nabi Muhammad saw, Ikrimah bin Abu Jahal yang sebelum beliau memeluk Islam, amat memusuhi Islam. Di sini juga terdapat Makam Nabi Khidir dan makam Nabi Ilyas as. Namun disebabkan kesuntukan masa, kami tidak dapat melawat makam-makam mereka.

Bandar Ajlun
Pemandangan bandar Ajlun dari kawasan pergunungan.
Juga di Ajlun, terdapat sebuah kota yang didirikan oleh Salahuddin Al-Ayubi, seorang pemerintah Islam yang sangat hebat menewaskan tentera Kristian dalam Perang Salib.

Kota Salahuddin Al-Ayubi di Ajlun
Kami hanya dapat memerhatikan kota ini dari jauh kerana jalan masuk ke kota ini sedang diperbaiki dan tidak dapat dinaiki oleh bas. 

Kota ini adalah sebahagian jalinan kota-kota pertahanan yang dibina di antara Syria dengan Cairo di Mesir. Pada masa dahulu, lampu-lampu dinyalakan di kota-kota ini pada sebelah malam untuk menyampaikan isyarat dan berita. Utusan-utusan juga disampaikan di antara kota menggunakan burung-burung merpati. Sistem komunikasi ini ternyata dapat menyampaikan berita dari Syria ke Mesir dalam tempoh kurang dari 12 jam!

Bandar Al-Salt.
Di kota ini terdapat Masjid Nabi Ayub tetapi kami tidak berkunjung ke sana.
Satu lagi pemandangan Al-Salt

Part 17: Jerash

Jerash adalah destinasi lawatan terakhir kami di Jordan yang sebenar. Bandar ini telah didiami oleh manusia semenjak 6,500 tahun yang lalu, ketika kawasan ini dikuasai oleh orang Rom.

Jerash
Restoran Yahala di tengah pekan Jerash
Pemandangan indah di kota Jerash.
Nurseri bunga seperti ini banyak terdapat di sekitar Jerash.
Runtuhan bandar yang dibangunkan oleh Maharaja Rom masih dapat dilihat di tengah-tengah bandar Jerash. Tidak sukar untuk membayangkan seolah-olah kita sedang berada di negara Itali bila melihat runtuhan yang masih terpelihara rapi.

Pemandangan kota peninggalan Rom di tengah kota Jerash
Pintu masuk utama ke kota Roman ini dinamakan Hadrian's Gate, sempena nama Maharaja Rom yang mungkin memerintah ketika kota ini dibangunkan.
Amat kena sekali jolokan yang diberi kepada runtuhan di Jerash ini - A Rome Away From Rome.
Walaupun hanya melihat runtuhan kota dari luar pagar, pemandangannya tetap mengkagumkan kami.
Binaan ini dinamakan Cardo Maximus, pusat perniagaan kota pada masa itu.
Teater ini dikatakan boleh memuatkan 5,000 pengunjung.
Pemandangan kota Roman purba dengan bandar moden Jerash.
Terbayang tentera Roman keluar masuk ke kota ini pada masa dahulu.
Ini mungkin stadium lumba chariot pada zaman kegemilangan Jerash.
Penunggang kuda di luar kota Rom

RESTORAN BIR KATHAIN (DUA KOLAM) 

Di Jerash, kami makan tengahari di sebuah restoran bernama Bir Kathain yang bermaksud "Dua Kolam". Ia dinamakan demikian kerana di pintu masuk restoran ini terdapat dua buah kolam yang dibina pada zaman Rom.

Dua kolam di luar Restoran Bir Kathain. Kolam-kolam ini dibina sejak zaman pemerintahan Rom di sini.
Pintu masuk ke restoran.
Berjalan masuk ke restoran.
Ada banyak hiasan yang mengkagumkan di sekitar perkarangan restoran.
Satu sudut menarik di Restoran Dua Kolam.
Landskap indah di courtyard Restoran Dua Kolam.
Ruang makan di restoran
Hidangan masakan Arab tradisional di Restoran Dua Kolam
Kenangan sebelum meninggalkan restoran.

Part 18: Amman 

Dari Jerash, kami pulang ke Amman. Masih ada masa yang terluang, jadi Abu Sarah membawa kami ke Al-Sweifiyeh, sebuah kawasan tradisional yang mungkin boleh disamakan dengan kawasan Chow Kit di Kuala Lumpur.

AL-SWEIFIYEH 

Abu Sarah membawa kami ke Al Sweifiyeh kerana ingin menunjukkan kepada kami cara hidup sebenar penduduk Amman. Di sini, kami dibawa ke kedai rempah di mana beliau memperkenalkan rempah ratus yang digunakan dalam masakan Arab Jordan, kedai roti dan juga kedai grocery.

Kawasan Al-Sweifiyeh di Amman
Kedai rempah ratus
Kedai Kopi
Kedai daging
Kedai manisan
Kedai roti
Kedai sayuran dan buah-buahan
Kedai Kebab
Tanda nama jalan di Al Sweifiyeh
Kedai-kedai di Al-Sweifiyeh.
Pemandangan umum di Al-Sweifiyeh.

HOLYLAND GIFTS 

Masih ada sedikit masa selepas meninggalkan Al Sweifiyeh. Maka, Abu Sarah membawa kami ke kedai cenderamata Holyland Gifts. Walau dah banyak kedai cenderamata telah dikunjungi sebelum ini, masih ada cenderamata yang ingin dibeli di sini.

Kedai Cenderamata Holyland Gifts
Last Minute Shopping - mencari cenderamata untuk dibawa pulang di Holyland Gifts.
Cenderamata di Holyland Gifts.
Permaidani.
Tempayan Aladdin di Holyland Gifts.
Masjid berhampiran Holyland Gifts di mana kami Solat Jamak Maghrib dan Isyak sebelum meninggalkan Jordan.

TAIPEI TOURISM RESTAURANT 

Sebelum ke Queen Alia Airport, kami dibawa makan malam Chinese Style di Taipei Tourism Restaurant.

Taipei Tourism Restaurant, Amman
Tak sangka dapat juga merasa makanan Cina di bumi Arab ni...

Makan malam Chinese Style di Taipei Tourism Restaurant
Kenangan di Restoran Taipei
Lewat malam itu (lebih tepat lagi, sangat awal pagi keesokan harinya - pada pukul 2.15 pagi), kami terbang meninggalkan Jordan dari Queen Alia Airport di Amman menuju ke King Abdul Aziz International Airport di Jeddah, Arab Saudi.

Pemandangan Queen Alia International Airport di waktu malam.
Bersiap-sedia untuk check-in.
Kedai Duty Free di QAIA.
Lagi pemandangan Kedai Duty Free di QAIA.
Menunggu flight ke Jeddah.
Pesawat Royal Jordanian yang membawa kami dari Amman ke Jeddah.
Doa Naik Kenderaan.
Berlepas dari Amman ke Jeddah.


Bersambung ke Umrah Bhg.1...


CATATAN PERJALANAN JORDAN & UMRAH (2013):