Wednesday 27 September 2017

2017 MELBOURNE BHG. 16 (River Cruise)

Ogos 2017

VICTORIA, AUSTRALIA
Melbourne, Dandenong, Phillip Island &
Great Ocean Road

Bahagian 16: Melbourne City Walk 2
MELBOURNE RIVER CRUISE, ISLAMIC COUNCIL OF VICTORIA & TREASURY GARDENS

HARI KELAPAN (2)

Part 61: Melbourne River Cruise

Selepas makan Gozleme di Queen Victoria Market, kami menaiki tram untuk kembali ke Southbank Promenade untuk memulakan Melbourne River Cruise.

Southbank Promenade
Bot River Cruise dah tiba
Yarra Queen
Nampak besar dan selesa bot ni.
Penumpang masuk ke dalam bot
Petugas Melbourne River Cruise yang bertugas memastikan semua penumpang dah selamat masuk ke dalam bot.
Bot Yarra Queen memulakan cruise di tengahari yang sangat gloomy ini. Sambil bot bergerak, kapten bot akan memberi penerangan tentang tempat-tempat yang kami lalui. Walau bagaimanapun, susah nak mengikut penerangan yang diberi oleh kapten bot kerana dia bertutur dalam loghat Australia yang sangat pekat.

Cruise bermula
Pemandangan Flinders Street dari Sungai Yarra
Ada banyak bangunan pejabat di sebelah sini Melbourne
Sandridge Rail Bridge
Ada beberapa jambatan rendah yang dilalui oleh bot kami di Sungai Yarra. Memang suspen melihat bot melalui bawah jambatan ini dengan berhati-hati.

Memang rendah jambatan ini.
Pemandangan bahagian bawah jambatan dari bumbung kaca bot.
Pemandangan di bawah jambatan
Ada banyak perhiasan bermotif Aborigines diperhatikan di tebing Sungai Yarra
Sea Life Aquarium
Kings Bridge
Kings Bridge juga adalah sebuah jambatan yang rendah
Pemandangan sewaktu melalui Kings Bridge
Melbourne Helicopter Tours boleh diambil dari sini. Tapi tak tahu berapa kosnya.
Jambatan rendah ketiga yang dilalui.
Jambatan ini terletak berhampiran Melbourne Convention & Exhibition Centre
Wharf Hotel
Masih di Wharf Hotel
Tiba di Docklands
Pemandangan di Docklands
Pemandangan di dalam bot cruise
Kerusi di dalam bot cruise
Dah hujan kat luar sana
Seafarers Bridge
Bangunan gudang lama
Gudang lama ini telah diubahsuai menjadi sebuah bangunan parking.
Bot berpusing balik di sini
Amaran untuk bot
Bangunan-bangunan moden di Docklands
Victoria Harbour
Melbourne Star Observation Wheel
Bolte Bridge
Pemandangan dekat Bolte Bridge
Bolte Bridge
Pemandangan keseluruhan Bolte Bridge
Victoria Dock
Gelap sebab hari tengah hujan sebenarnya.
Pelabuhan kontena
Gudang-gudang pelabuhan
Hujan dah semakin lebat
Jim Stynes Bridge
Lalu di bawah Jim Stynes Bridge
Rumah-rumah mewah Yarra's Edge
Bot-bot mewah
Webb Bridge
Seafarer's Bridge
Kapal kayu di sebelah sana, Polly Woodside dibina di Belfast, Ireland Utara pada tahun 1885. Selepas berkhidmat 1.5 juta batu dan mengelilingi dunia sebanyak 17 kali dalam perkhidmatannya, ia bersara di sini.
Sewaktu di sini, kapten bot membuat pengumuman yang mengejutkan semua penumpang. Disebabkan air Sungai Yarra telah naik, bot kami tak dapat nak melepasi jambatan-jambatan rendah yang dilalui tadi.

Oleh yang demikian, bot kami terpaksa berlabuh di Collins Landing yang berhampiran dan semua penumpang dinasihatkan untuk menaiki tram kembali ke Southbank Promenade atau ke mana saja arah tujuan kami.

Bot terpaksa berpusing di sini kerana air Sungai Yarra telah naik dan bot tak dapat melepasi jambatan-jambatan rendah di depan sana.
Melbourne Convention & Exhibition Centre
Berpatah balik menuju ke Collins Landing
Semua penumpang terpaksa turun di sini kerana bot tak dapat meneruskan perjalanan sehingga air Sungai Yarra surut kembali
Pemandangan di Collins Landing
Jambatan menuju ke Melbourne Convention & Exhibition Centre
Ramai yang mengambil kesempatan nak bergambar di sini
Bukti terselamat dari bot yang tersadai
Kesian Yarra Queen, terpaksa parking di sana sampai air sungai surut kembali.
Mujurlah kawasan Collins Landing ini masih terletak dalam Free Tram Zone. Jadi kita bukalah peta, mencari perhentian tram terdekat untuk kembali ke Swanston Street kerana kami bercadang nak makan tengahari di sebuah restoran India di sana.

Berjalan mencari perhentian tram yang terdekat.
Jom kita pergi ke sana...

Part 62: Tasty India Restaurant

Rupa-rupanya kami berada di penghujung Flinders Street dan ada perhentian tram tak jauh dari situ. Dari sini, kami menaiki tram sehingga sampai ke Swanston Street.

Perhentian tram terhampir di penghujung Flinders Street
Excited tengok tram antik ni lalu.
Tram ini sebenarnya adalah sebuah restoran bergerak. Boleh makan di dalam tram ini sambil ia membawa kita mengelilingi kota Melbourne. Tapi tempahan perlu dibuat dan tak boleh nak walk-in begitu sahaja.
Menunggu tram ke Swanston Street
Pemandangan dari dalam tram menuju ke Swanston Street
Restoran pilihan kami untuk lunch hari ini adalah sebuah restoran India di Swanston Street yang bernama Tasty Indian Restaurant. Husband yang beriya nak makan di sini sebab katanya kami nak balik ke Malaysia malam ini, jadi tak mahu makan makanan Melayu dah kat Melbourne ni.

Tasty Indian Restaurant di Swanston Street
Nampak menyelerakan dan yang lebih penting, dijamin Halal
Kebab juga dijual di sini.
Menu di Tasty Indian Restaurant
Menunggu makanan disediakan
Makanan ditawarkan dalam dua saiz: Small dan Large. Kami memesan yang saiz small saja tapi tetap menimbun begini. Kalau yang large banyak macam mana la agaknya?

Part 63: Flagstaff Gardens & Islamic Council of Victoria

Misi kami seterusnya selepas makan tengahari adalah nak mencari masjid untuk solat jamak Zohor dan Asar. Dalam peta ada City Mosque ditandakan, dan nampaknya ia tak begitu jauh dari tempat kami makan tengahari.

City Mosque terletak berdekatan Flagstaff Gardens di belah utara sana.
Dari peta yang ada pada kami, City Mosque ini terletak di belakang Queen Victoria Market. Jadi selepas makan tengahari, kami terus menaiki tram kembali ke Queen Victoria Market.

Kembali ke Queen Victoria Market
Buat pertama kalinya, kami berjalan di sebatang jalan di belakang Queen Victoria Market. Kawasan ini sebenarnya dah terkeluar dari Melbourne CBD dan tak happening macam jalan-jalan di bahagian depan Queen Victoria Market.

Dalam perjalanan, kami melalui bangunan-bangunan lama yang dilukis dengan pelbagai mural yang hebat. Seram sikit berjalan di sini sebab kawasan ini nampak macam seedy area ditambah pulak dengan lukisan-lukisan mural yang nampak ganas.

Lega bila akhirnya kami sampai ke Flagstaff Garden. Taman ini terletak dekat sebuah kawasan perumahan dan ada ramai penghuni sekitar sedang berehat di situ.

Flagstaff Gardens
Pemandangan di Flagstaff Gardens
Jam matahari. Boleh digunakan untuk menentukan waktu solat.
Bunga dah mula berkembang di sini.
Ada banyak keluarga beriadah di sini.
Di kawasan inilah umat Islam di Melbourne menunaikan Solat Hari Raya Aidil Adha tempohari.
Tangga di Flagstaff Gardens ini adalah penanda arah yang penting untuk menuju ke Masjid Melbourne.
Masjid Melbourne terletak di dalam bangunan Islamic Council of Victoria di Jeffcott Street. Ia terletak di sebuah kawasan perumahan berhampiran Flagstaff Gardens. Kalau anda berada di Melbourne dan nak ke masjid ini, cari saja Flagstaff Gardens. Flagstaff Gardens dikelilingi 4 batang jalan: Peel Street (belakang Queen Victoria Market), Dudley Street, King Street dan La Trobe Street. Tuju ke arah King Street. Di sana ada sebuah tangga turun ke bawah dari taman, dan Jeffcott Street di mana letaknya bangunan Islamic Council of Victoria terletak betul-betul setentang dengan tangga ini.

Simpang King Street dan Jeffcott Street
Pemandangan di Jeffcott Street
Berjalan menuju ke bangunan Islamic Council of Victoria
Bangunan Islamic Council of Victoria di Jeffcott Street
Bangunan pangsapuri di depan bangunan Islamic Council of Victoria.
Pintu masuk ke Bangunan Islamic Council of Victoria
Kemudahan yang terdapat di bangunan Islamic Council of Victoria
Ruang solat lelaki terletak di tingkat bawah
Pelbagai buku panduan tentang agama Islam dalam pelbagai bahasa ada di sini.
Kiosk kecil jualan di Islamic Council of Victoria. Tak ada sesiapa menjaga kedai ini. Kalau nak beli apa-apa barang masukkan saja duit secukupnya di kotak yang disediakan.
Pintu masuk ke ruang solat lelaki
Tempat Wuduk
Pemandangan di ruang solat
Pemandangan ke pintu keluar dari ruang solat lelaki
Lega rasanya bila dapat bersolat dengan selesa di sini. Kemudian barulah kami meneruskan misi terakhir kami di Melbourne ~ melawat ke Fitzroy Gardens. Malangnya kami tersilap naik tram sewaktu nak menuju ke Fizroy Gardens sehingga terkeluar dari Free Tram Zone. Mujurlah kami sempat keluar sebelum ada inspektor Yarra Tram datang memeriksa kad Myki yang tak kami miliki.

Tersilap naik tram sampai ke perhentian di Rod Laver Arena yang terletak di luar Free Tram Zone
Tapi disebabkan kita tak punya Myki Card, terpaksalah pulak berjalan jauh untuk menuju ke Fitzroy Gardens. Mujurlah masih dalam walking distance walau penat berjalan ke sana.

Terpaksa berjalan kembali ke Federation Square yang berhampiran sebab tak punyai kad Myki untuk naik tram.
Kawasan hijau ini yang bernama Birrarung Marr terletak di belakang Federation Square.
Melintas jambatan keretapi untuk menuju ke Fitzroy Gardens

Part 64: Treasury Gardens

Kalau datang dari arah Melbourne CBD menuju ke Fitzroy Gardens, kita akan lebih dulu bertemu dengan Treasury Gardens. Taman ini dinamakan Treasury Gardens kerana ia terletak di sebelah Old Treasury Building yang kini berfungsi sebagai sebuah muzium.

Treasury Gardens
Treasury Gardens tidaklah sebesar Fitzroy Gardens yang terletak bersebelahan. Namun disebabkan kedudukannya yang lebih hampir dengan CBD, ia menjadi medan untuk perhimpunan dan perayaan-perayaan di Melbourne.

Pemandangan ke arah Melbourne CBD dari Treasury Gardens
Kita lihat pemandangan di Treasury Gardens ini:

Satu-satunya tarikan pengunjung yang kami kunjungi di Treasury Gardens adalah JF Kennedy Memorial. Ada tertulis di sini yang memorial ini dibina untuk mengingati jasa beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat, tapi tak pula dinyatakan apa jasa beliau kepada Melbourne ataupun Australia.

J.F. Kennedy Memorial
Berjalan keluar dari Kennedy Memorial
Pemandangan bandaraya Melbourne dari Kennedy Memorial
Tandas Awam di Treasury Park
Kena menyeberang jalan untuk pergi ke Fitzroy Gardens


 Bersambung ke Bahagian 16...


CATATAN PERJALANAN VICTORIA, AUSTRALIA (2017)