Tuesday 26 September 2017

2017 MELBOURNE BHG. 15 (Federation Wharf)

Ogos 2017

VICTORIA, AUSTRALIA
Melbourne, Dandenong, Phillip Island &
Great Ocean Road


Bahagian 15: Melbourne City Walk 1
FEDERATION WHARF, SOUTHBANK, SWANSTON STREET & QUEEN VICTORIA MARKET

HARI KELAPAN (1)

Part 55: Hari Terakhir Di Melbourne

Hari ini adalah hari terakhir kami di Melbourne. Pada malam nanti, kami akan berlepas pulang meninggalkan Negara Kanggaru yang sejuk ini kembali ke Tanah Air tercinta yang beriklim panas. 

Sewaktu mengatur perjalanan ke Melbourne dulu, Myself dan Husband ada berbincang tentang kemungkinan nak membuat satu lagi Tour hari ini bersama Grayline ke Sovereign Hill yang merupakan pusat perlombongan emas bersejarah di negeri Victoria. Namun disebabkan nak menjimatkan kos di samping bimbang tak sempat sampai balik ke Melbourne on time sebelum pergi ke Airport, kami membatalkan saja hasrat tersebut dan membuat keputusan untuk bersiar-siar sendiri saja di bandaraya Melbourne.

Sarapan pagi terakhir di Melbourne
Pagi itu, kami turun bersarapan seperti biasa di Restoran Ibis Kitchen di hotel penginapan kami, Ibis Melbourne Therry Street. Memandangkan ini breakfast yang terakhir di Melbourne, apa kata kita mencuba sarapan cara Australia makan Vegemite?

Vegemite
Vegemite adalah sejenis sapuan pada roti yang sangat digemari oleh Orang Australia. Ia berwarna kehitaman dan dibuat dari ragi. Tak ramai orang non-Australian yang suka dengan rasanya yang sedikit masin dan pelik. Kata orang, kalau suka rasa Vegemite barulah kita benar-benar boleh jadi orang Aussie (bayangkan macam Orang Putih makan durianlah..). Tapi nampaknya kami berdua memang tak boleh menjadi orang Aussie selepas mencuba Vegemite ni...

Lorong ke bilik-bilik penginapan di Ibis Melbourne Therry Street
Waktu check-out yang standard di hotel-hotel di Australia adalah pada pukul 11 pagi. Disebabkan kami nak berjalan-jalan di sekitar Melbourne sampai waktu untuk pulang nanti, kita check-out seawal pukul 8.30 pagi selepas breakfast. Mujurlah hotel ni ada servis penyimpanan beg percuma, jadi kita tinggalkan bagasi di hotel ini saja.

Pemandangan di depan Hotel Ibis Melbourne Therry Street. Mendung saja cuaca pagi ini.
Berjalan di Therry Street menuju ke Queen Victoria Market
Kedai Pufflets di Therry Street ini sentiasa ada bau durian, mungkin sebab ia menjual produk-produk berasaskan durian agaknya. Hairan juga tak ada Orang Putih yang pengsan tak tahan bau durian bila lalu di depan kedai ini.
Perhentian tram Queen Victoria Market.
Menunggu tram tiba

Part 56: Flinders Street Station

Perancangan kami pagi ini ialah membuat Melbourne River Cruise dari Federation Wharf yang terletak di belakang Federation Square. Untuk ke sana, kami menaiki tram sehingga sampai ke Flinders Street dari perhentian tram di Queen Victoria Market dekat hotel.

Pemandangan di Flinders Street.
Tiba di perhentian tram dekat Flinders Street, kami berjalan melintas Flinders Street Station dalam perjalanan menuju ke Federation Wharf. Dah lalu kat tepi stesen keretapi ni, kita jenguk-jenguklah setakat mana yang boleh suasana di dalam stesen yang besar ini.

Salah sebuah pintu masuk kecil ke Flinders Street Station
Kedai-kedai di tepi Flinders Street Station
Pintu masuk utama ke Flinders Street Station
Pemandangan di pintu masuk utama ke Flinders Street Station
Kerja-kerja sedang dilaksanakan di Flinders Street Station untuk kemudahan masa depan.
Pemandangan di Federation Square dari depan pintu masuk utama ke Flinders Street Station. Hari gelap masa ni, macam nak hujan sangat.
Tram lalu di depan Federation Square

Part 57: Federation Wharf

Walaupun masih awal pagi dan hari gelap bagai nak hujan, Federation Square nampak happening pagi ini. Disebabkan kita nak naik cruise, haruslah kita berjalan menuju ke arah Sungai Yarra di belakang Federation Square ini.

Federation Square
Arah menuju ke Federation Wharf
Peta Federation Square
Bendera berkibar-kibar ditiup angin kencang
Bangunan di depan sana adalah Transport Hotel.
Pemandangan ke arah Southbank yang terletak di seberang sungai dari Federation Square.
Menara putih di depan sana dibina di atas bangunan State Theatre. Menurut ceritanya, ia direkabentuk dengan berilhamkan penari ballerina.
Perhentian bas Grayline Tours terletak di belakang sana.
Federation Wharf terletak di bawah sana.
Tangga menuju ke Federation Wharf
Federation Wharf
Papan keterangan mengenai sejarah Princes Walk Vaults di Federation Wharf
Kedai-kedai di tepi sungai di Federation Wharf inilah yang dinamakan Princes Walk Vaults.
Pejabat Tiket Melbourne River Cruise
Malangnya, pejabat tiket Melbourne River Cruise masih belum dibuka ketika kami sampai ke sana. Jadi kami memutuskan untuk bersiar-siar dulu di pinggir Sungai Yarra sementara menunggu pejabat tiket dibuka.

Pemandangan kawasan Southbank dari Federation Wharf
Laluan persiaran kaki dan basikal di tepi Sungai Yarra.
Black Swans berenang di Sungai Yarra
Pemandangan dekat Black Swans. Ada di antara Swan ini yang memakai tanda di lehernya yang panjang itu, mungkin untuk tujuan penyelidikan.
Berenang ke arah Princes Bridge
Berjalan lagi menuju ke sana.
Perangkap sampah rasanya.
Damai dan indah
Berehat di tepi Yarra
Berkayak di Sungai Yarra
Ada Rowing Club kat seberang sana rasanya.
Pemandangan Federation Square dari Federation Wharf

Part 58: Southbank

Selepas menunggu seketika dan mendapati pejabat tiket Melbourne River Cruise di Federation Wharf masih tak buka-buka, kami membuat keputusan untuk pergi ke Southbank Promenade pula. Dari pembacaan di internet, tiket cruise ini juga boleh dibeli di sana.

Princes Bridge yang perlu diseberangi untuk sampai ke Southbank
Untuk pergi ke Southbank Promenade, kami berjalan menyeberang Princes Bridge yang kelihatan antik kerana ia dibina pada tahun 1888.

Pemandangan bandaraya Melbourne dari Princes Bridge
Memorial di pertengahan Princes Bridge
Bergambar di Princes Bridge
Kawasan Southbank ini juga dikenali sebagai Arts District kerana ada banyak teater di sini.
Lif untuk turun ke tebing sungai.
Pemandangan Melbourne CBD dari Southbank
Southgate adalah sebuah shopping complex yang terdapat di Southbank.
Tangga turun ke tebing sungai
Southbank Promenade
Pejabat tiket Melbourne River Cruise
Seperti yang kami jangka, pejabat tiket Melbourne River Cruise di Southbank Promeande memang telah dibuka. Walau bagaimanapun, cruise pilihan kami pada hari itu hanya ada pada pukul 12.10 tengahari dan tiketnya berharga AUD23 (RM 78) seorang.

Pada mulanya kami merancang nak naik cruise di sebelah pagi dan kemudian berkunjung ke Queen Victoria Market untuk makan tengahari. Bila waktu cruise berubah, terpaksalah juga rancangan kami berubah. Kami membuat keputusan untuk berkunjung ke Queen Victoria Market pagi ini dan makan tengahari di sekitar Flinders Street selepas tamat cruise.

Modern Art di Southbank Promenade
Kempen Vegetarian di Southbank Promenade
Memandangkan Southbank tak termasuk di dalam Free Tram Zone, kami terpaksa berjalan menyeberang Sungai Yarra untuk kembali ke Flinders Street. Untuk ke sana kami menggunakan sebuah jambatan pejalan kaki yang bernama Evan Walker Bridge.

Berjalan kembali ke Flinders Street
Pemandangan Southbank Lower Promenade
Evan Walker Bridge
Pemandangan Melbourne CBD dari Evan Walker Bridge
Bangunan merah di sana adalah sebahagian dari Flinders Street Station
Pemandangan Southbank dari Evan Walker Bridge
Pemandangan menghala ke Eureka Tower, bangunan tertinggi di kota Melbourne
Eureka Tower
Bangunan tertinggi di kota Melbourne, Eureka Tower dapat dilihat dengan jelas dari Evan Walker Bridge. Ia dinamakan sempena peristiwa Eureka Stockade yang berlaku sewaktu Victoria Gold Rush pada tahun 1854.

Emas yang ditemui di Victoria pada tahun 1851 menarik ramai pelombong datang ke negeri ini. Pada tahun 1854, para pelombong melancarkan mogok dan mengurung diri beramai-ramai di dalam lombong sebagai membantah bayaran tinggi yang dikenakan oleh Kerajaan bagi mendapatkan lesen melombong emas. Selepas konfrontasi berlangsung untuk beberapa ketika, polis dan tentera membuat serbuan atas arahan Kerajaan sehingga mengakibatkan 30 orang pelombong terbunuh. Peristiwa ini dikenali di dalam sejarah Victoria sebagai Eureka Stockade. Perjuangan para pelombong ini tidak sia-sia kerana bayaran lesen melombong emas dihapuskan atas desakan rakyat selepas peristiwa itu.

Bangunan Eureka Tower dinamakan sempena memperingati peristiwa ini. Bangunan ini disalut dengan emas di puncaknya melambangkan lombong emas Victoria dan garisan merah di depannya pula melambangkan darah pelombong yang terkorban dalam peristiwa Eureka Stockade.

Evan Walker Bridge
Walaupun pemandangan bandaraya Melbourne sangat cantik dari Evan Walker Bridge, kami tak boleh berlama-lama di sini kerana hujan renyai dah mula turun dan cuaca menjadi semakin sejuk disebabkan angin kuat yang bertiup.

Tangkap gambar arah ke sana
Tangkap gambar ke sini pulak
Dah tiba di Flinders Promenade
Princes Bridge yang kami naiki tadi
Princes Bridge dibina pada tahun 1888
Flinders Street

Part 59: Swanston Street

Jalan paling direct menuju ke Queen Victoria Market dari Flinders Street adalah dengan menaiki tram dari persimpangan Flinders/Elizabeth Street. Tapi disebabkan kami bercadang nak menengok Victoria State Library, kami sengaja memilih laluan menerusi Swanston Street.

Perhentian tram di persimpangan Flinders/Swanston Street
Naik tram ke Melbourne Central
Melbourne Central juga adalah sebuah stesen keretapi utama di Melbourne. Bahagian atas stesen ini dipenuhi dengan kedai-kedai.
Kami menaiki tram menyusuri Swanston Street sehingga sampai ke perhentian Melbourne Central. Bangunan Victoria State Library terletak betul-betul di depan perhentian Melbourne Central ini.

Perhentian tram Melbourne Central di Swanston Street.
Victoria State Library
Ikon terkenal di depan Victoria State Library
Patung Sir Redmond Barry di depan pintu masuk utama ke Victoria State Library.
Suka-suka je burung ni melepas kat atas patung ni.
Patung St George membunuh naga.
Patung Joan of Arc
Starbucks Coffee di depan Victoria State Library
Bangunan milik RMIT (Royal Melbourne Institute of Technology)
Lukisan yang cantik pada bangunan berhampiran Swanston Street
Pemandangan di Swanston Street
Dari Swanston Street, kami bercadang nak naik tram dari La Trobe Street untuk ke Queen Victoria Market. Rupa-rupanya tram tak melalui laluan ini pada hari Ahad seperti hari itu. Maka terpaksalah kita berjalan jauh lagi sehingga ke Elizabeth Street untuk mendapatkan tram.

Tram tak lalu di La Trobe Street ini pada hari Ahad rupanya.
Perhentian tram di persimpangan La Trobe/Elizabeth Street.
Kena berhati-hati dengan badak sumbu bila berada di Melbourne ni.

Part 60: Queen Victoria Market

Selepas banyak kali berkunjung ke sini, Myself dah familiar dengan area di depan Queen Victoria Market ni. Tapi bagi Husband, ini kali pertama dia actually dapat berjalan-jalan di sini.

Perhentian tram Queen Victoria Market di Elizabeth Street
Hotel Mercure dan Ibis Melbourne Therry Street di kiri dan Queen Victoria Market di kanan.
Queen Victoria Market sebenarnya terdiri dari beberapa buah bangunan. Ada pasar yang tertutup dan ada pasar yang terbuka. Kalau datang dari belah Elizabeth Street, kita akan menemui pasar yang tertutup terlebih dahulu.

Lorong di celah Queen Victoria Market
Pemandangan di dalam pasar tertutup Queen Victoria Market
Tak seperti masa kunjungan Myself bersama rakan-rakan pada awal pagi hari ketiga dulu, ada ramai orang sedang membeli-belah di sini.
Kedai daging
Daging kanggaru turut dijual di sini.
Ini daging tak halal dimakan.
Macam-macam daging ada di sini.
Kemudian kita berjalan ke kawasan pasar yang terbuka pula. Di sini ada jualan sayuran dan buah-buahan dan juga cenderamata.

Gerai-gerai makanan
The Taste Of Australia
Buah-buahan
Sayur-sayuran ubi
Sayur-sayuran hijau
Penjual di bahagian pasar basah ini ramai yang berketurunan Asia.
Gerai Telur
Masih kawasan buah-buahan
Pisang
Waktu perniagaan di Queen Victoria Market
Kawasan jualan souvenir
Kawasan ini dah pasti menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke Queen Victoria Market
Dari pengamatan Myself, souvenir yang dijual di Queen Victoria Market memang jauh lebih murah dari souvenir yang dijual di tempat lain seperti di Swanston Street.
Boot jenama Ugg yang Australian Made.
"Tangkap satu gambar kat sini".
Berposing di Victoria Market
Souvenir untuk penggemar kapal.
Kedai kulit dan bulu binatang
Geram je tengok carpet bulu biri-biri tu.
Boomerang
Dah puas bersiar-siar di Queen Victoria Market, kami masuk ke Food Court di sini. Food Court Queen Victoria Market ni kecil, dan agak tersorok. Melilau juga kami nak mencari pintu masuk ke Food Court ni.

Food Court di Queen Victoria Market. Ada keluarga Melayu tengah makan di sana.
Pemandangan di dalam Food Court
Gerai-gerai makanan
Disebabkan Food Court ini sesak dan kami tak jumpa makanan yang senang dimakan untuk melapik perut sebelum Melbourne River Cruise, kami membuat keputusan untuk kembali ke pasar tertutup dan mencari kudapan di sebuah kedai Turki di sana.

Gerai Turki di pasar tertutup Queen Victoria Market
"No worries, everything inside this shop is Halal", kata Makcik Turki ini kepada kami.
Di sinilah kami duduk makan Gozleme yang dibeli dari kedai Turki tadi.
Bangunan Tandas Awam di Queen Victoria Market


Bersambung ke Bahagian 16...


CATATAN PERJALANAN VICTORIA, AUSTRALIA (2017)