Monday 25 September 2017

2017 MELBOURNE BHG. 14 (Loch Ard Gorge)

Ogos 2017

VICTORIA, AUSTRALIA
Melbourne, Dandenong, Phillip Island &
Great Ocean Road

Bahagian 14: Great Ocean Road 4
THE RAZORBACK, LOCH ARD GORGE & PORT CAMPBELL

HARI KETUJUH (4)

Part 50: The Razorback

Persinggahan selepas Twelve Apostles adalah The Razorback dan Loch Ard Gorge. Kedua-dua tarikan ini terletak bersebelahan di kawasan yang sama dan kedudukannya tidak begitu jauh dari Twelve Apostles. Perjalanan dari Twelve Apostles ke The Razorback dan Loch Ard Gorge ini hanya memakan masa kira-kira 10 minit.

Meninggalkan Twelve Apostles
Perjalanan menuju ke The Razorback dan Loch Ard Gorge
Atas cadangan John, kami memulakan lawatan kami ke The Razorback.

Arah ke Razorback
Track pejalan kaki di Razorback membentuk satu bulatan. Jadi kita mulakan dari arah kanan, melawan arah pusingan jam.

Laluan menuju ke The Razorback
Laut dah muncul di depan sana
Sebelum tiba di sini, Myself tak tahu langsung tentang kewujudan The Razorback ini kerana tarikan ini tak famous sangat seperti Twelve Apostles dan jirannya, Loch Ard Gorge. Jadi Myself tak tahu apa nak expect sewaktu tiba di sini.

Formasi batuan ini dinamakan Tom & Eva. Sebelum tepecah dua, struktur batu ini dinamakan Island Archway. Melihat formasi batuan di Twelve Apostles tadi dan juga di sini, memang jelas yang ombak di Southern Ocean sangat ganas.
Mengabadi kenangan di The Razorback
Tumbuhan liar di tepi track pejalan kaki
Track pejalan kaki ini berbentuk bulatan
Kita pergi ke sana pula.
Hujan renyai sedang turun ketika ini.
Menghampiri laut semula
Projek alam sekitar yang dilaksanakan oleh pelajar sekolah rendah dengan kerjasama Parks Victoria.
The Razorback yang sebenar adalah sebuah tebing pipis di tengah laut yang jelas terpecah dari tebing di daratan akibat hakisan laut. Nama "The Razorback" diberi sempena permukaannya yang bergerigi seperti pisau cukur.

Tebing di sebelah kiri ini adalah The Razorback yang sebenar.
Formasi batuan The Razorback sebenarnya sangat besar dan susah nak capture gambar keseluruhan batu ini di dalam kamera. Seperti juga di Twelve Apostles, pemandangan menarik The Razorback pasti paling jelas dari udara. Inilah kekurangan menjadi pelancong bajet (bukan miskin!) yang tak mampu menyewa helikopter untuk bersiar-siar di kawasan ini.

Tebing batu The Razorback yang nipis ini dikelilingi air laut. Susah nak ambil gambar yang menunjukkan keadaan ini dari sini.
Cuba mengambil gambar keseluruhan The Razorback
Ada papan keterangan di sana
Keterangan tentang The Razorback boleh dibaca di sini.
Gua di seberang sana juga terjadi melalui hakisan ombak.
Dapat dibayangkan yang semua formasi batuan di tengah laut sana asalnya bersambung dengan daratan.
Bentuk bergerigi pada permukaan The Razorback sangat jelas di sini.
Mengambil gambar di dalam hujan renyai.
Kerusi untuk berehat
Pemandangan laluan menuju ke tempat letak kenderaan dari platform pemerhatian The Razorback.

Kolam air semulajadi
Kalau di pagi tadi ombak Southern Ocean nampak tenang, ia dah mula kelihatan ganas pada petang ini.
Tersenyum gembira di The Razorback
Kisah tentang serangan laut.
Dapat juga Husband ambil gambar keseluruhan The Razorback ni.
Lubang ini adalah kesan hakisan angin
Lepas dah puas bergambar di Razorback, kita kembali ke tempat letak kenderaan.

Laluan kembali ke tempat letak kenderaan
Risau je berjalan kat tepi semak begini... takut ada ular melintas.
Persimpangan
Pemandangan tipikal kawasan semak di Australia
Scary je rupa semak ni.

Part 51: Loch Ard Gorge

Sampai ke tempat letak kenderaan, kami bergerak ke sebelah sana pula untuk melawat sebuah lagi tarikan yang menarik, Loch Ard Gorge. Ia adalah sebuah jurang laut yang dinamakan sempena sebuah kapal bernama "Loch Ard" yang karam di sini pada tahun 1878.

Melawat ke Loch Ard Gorge pulak.
Papan keterangan tentang Loch Ard Gorge
Kapal Loch Ard berlepas dari England pada 1 Mac 1878 dengan membawa 17 anak kapal dan 37 penumpang. Selepas belayar selama 3 bulan dan hanya sehari sahaja lagi nak sampai ke Melbourne, kapal ini telah terlanggar batu dalam cuaca buruk dan karam membunuh semua penumpang dan anak kapalnya, kecuali seorang anak kapal berusia 15 tahun bernama Tom Pearce dan seorang penumpang berusia 17 tahun yang bernama Eva Carmichael.

Tom terdampar terlebih dahulu di pantai, dalam keadaan yang lemah tak bermaya. Namun begitu, bila dia terdengar tangisan Eva yang berpaut pada serpihan kapal di tengah laut, dia terus bergegas kembali ke laut untuk menyelamatkan gadis itu. Nama Tom dan Eva kini diabadikan pada dua tebing yang telah terpecah di Island Archway yang berhampiran.

Pemandangan keseluruhan Loch Ard Gorge
Kisah Tom dan Eva yang terselamat dalam tragedi kapal karam Loch Ard.
Pantai di mana Tom dan Eva terdampar boleh dilawati di Loch Ard Gorge, namun kami tak turun ke sana. Selain terpaksa menuruni tangga yang agak tinggi, kami juga sebenarnya seram melihat ombak laut di sini. Takut juga kalau ada ombak besar menghempas dengan tiba-tiba dan kami tertarik masuk ke dalam laut. Maklumlah, kita bukannya pandai berenang. Kalau di Sri Lanka dulu kita boleh hanyut sampai ke Afrika, di sini pulak kita boleh hanyut sampai ke Antarctica.

Pantai di Loch Ard Gorge
Di pantai inilah Tom Pearce dan Eva Carmichael terdampar selepas terselamat dari kapal karam.
Tebing di sekeliling Loch Ard Gorge ini sangat tinggi. Pada masa dulu, tak ada tangga dibina di sini seperti sekarang. Bayangkanlah bagaimana Tom yang ketika itu hanya berusia 15 tahun dan lemah keletihan memanjat tebing ini untuk mendapatkan bantuan.

Pengunjung ke Pantai Loch Ard Gorge
Pantainya agak jauh ke dalam
Ada gua di belakang sana. Mungkin di situlah Tom dan Eva berlindung dulu.
Tangga turun ke pantai
Pemandangan pantai dari platform pemerhatian
Satu lagi pemandangan di Loch Ard Gorge
Kami tak menghabiskan masa yang lama di Loch Ard Gorge disebabkan hari hujan. Kami masih ada sehari lagi di Melbourne esok sebelum pulang ke Malaysia. Kena jaga kesihatan supaya kita boleh enjoy hari terakhir di sini esok.

Meninggalkan Loch Ard Gorge
Cerita kapal Loch Ard yang tenggelam
Kami tak pergi ke Shipwreck Walk ini.
Kembali ke bas.
Pesanan untuk pengunjung

Part 52: Port Campbell

Persinggahan terakhir kami di Great Ocean Road adalah ke sebuah bandar yang bernama Port Campbell. Persinggahan ini penting kerana tiada tandas awam disediakan di The Razorback dan Loch Ard Gorge di samping perjalanan pulang ke Melbourne dari sini juga akan memakan masa 2 jam.

Menuju ke Port Campbell
Jalan menuju ke Port Campbell
Padang ragut di sebalik hutan
Laut Selatan
Tiba di Port Campbell
Bandar Port Campbell tidak besar dan seperti Lorne dan Apollo Bay, ia adalah persinggahan popular bagi pengunjung ke Great Ocean Road. Kata John, sewa hotel di sini akan melambung tinggi di musim percutian kerana dibanding dengan bandar-bandar lain di sepanjang Great Ocean Road, Port Campbell mempunyai paling banyak hotel dan tempat penginapan.

Bandar Port Campbell
Ada sebuah pantai yang menarik di depan bandar Port Campbell. Di situlah kami menghabiskan masa dalam persinggahan di bandar kecil ini.

Taman di pantai Port Campbell ini dinamakan Port Campbell Foreshore
Berjalan ke arah pantai
Pemandangan pantai dan taman
Hari dah mula gelap ketika ini
Meja-meja piknik turut disediakan di taman di depan pantai ini.
Pemandangan ke arah sana
Jeti Port Campbell
Pokok di tepi pantai
Burung-burung camar di pantai
Berlari di tepian pantai
Close-up Jeti Port Campbell
Pemandangan dari arah pantai ke bandar.
Burung sedang bersantai
Bersantai bersama burung-burung
Port Campbell Surf Lifesaving Club
Cantik pulak pemandangan jeti ni dari sini.
Tebing-tebing tinggi
Taman yang simple tapi menarik.
Helicopter Tour dari Twelve Apostles berpusing sampai ke sini rupanya.
Mendung dan mula nak gelap
Bird Bath
Kita minum dulu...
Roundabout
Kembali ke bas
Menunggu penumpang naik untuk pulang ke Melbourne
Selamat Tinggal, Port Campbell

Part 53: Kembali Ke Melbourne

Perjalanan 2 jam pulang ke Melbourne tak lagi melalui jalan di tepi laut. Perjalanan pulang ini sebaliknya menggunakan jalan pedalaman yang jauh dari laut.

Perjalanan pulang ke Melbourne
Perjalanan pulang menggunakan jalan pedalaman yang jauh dari laut
Laluan ini banyak melalui kawasan penternakan. Ketika itu hari telah senja dan malam semakin menjelang. Namun masih banyak lembu dilihat sedang meragut rumput di ladang. Patutlah lembu di Australia ni gemuk-gemuk belaka, tak berhenti meragut rumput dari pagi sampai ke malam!

Ladang ternakan
Padang-padang ragut di Australia memang sangat luas
Biri-biri juga masih meragut rumput di awal malam begini.
Jalan pedalaman ini juga masih beralun seperti di Great Ocean Road.
Lembu lagi
Ada seekor kanggaru liar keluar dari hutan di sini sewaktu kami lalu, tapi tak sempat nak ambil gambar.
Dalam perjalanan pulang, kami ditayangkan dengan sebuah filem Australia yang bertajuk Oddball. Ia menceritakan tentang seekor anjing gembala bernama Oddball yang sering gagal dalam tugasnya menggembala lembu di ladang, tetapi menjadi hero bila berjaya menyelamatkan satu koloni penguin dekat ladangnya. Apa yang menarik ialah penggambaran filem ini dibuat di lokasi-lokasi menarik yang telah kami lawati di Great Ocean Road tadi dan juga di Phillip Island semalam.

Tayangan filem Oddball dalam perjalanan pulang ke Melbourne.

Part 54: Suasana Malam Di Kota Melbourne

Kami tiba di Melbourne pada pukul 8 malam. Tak seperti semalam, kami memilih untuk drop-off hanya di Federation Square pada malam ini.

Tiba kembali ke kota Melbourne
Kami drop-off di Federation Square malam ni.
Pemandangan malam dari Federation Square
Suasana malam di Federation Square
Pemandangan St Paul's Cathedral dari Federation Square
Flinders Street Station yang berbalut dengan kanvas. Kalau tak ada kanvas tu mesti cantik stesen ni di malam-malam begini.
Pemandangan ke arah Southbank
Perhentian Tram dekat Federation Square
Perhentian Tram di persimpangan Elizabeth Street dan Flinders Street.
Myself sengaja memilih turun di Federation Square kerana nak membawa Husband mencuba naik tram di Melbourne. Semenjak tiba sehinggalah ke malam ini, dia belum lagi berkesempatan naik tram di Melbourne ni.

Tram cukup lapang malam-malam begini.
Kami menaiki tram dari persimpangan Elizabeth/Flinders Street sehingga ke Queen Victoria Market. Perjalanan hanya memakan sekitar 15 minit.

Pemandangan malam di Elizabeth Street
Tiba di Queen Victoria Market
Pemandangan malam di perhentian tram Queen Victoria Market
Queen Victoria Market adalah salah sebuah perhentian terakhir Free Tram Zone di Melbourne CBD.
Dari perhentian tram di Queen Victoria Market, kami berjalan balik ke hotel. Disebabkan kepenatan dan waktu dah hampir pukul 9.30 malam ketika itu, kami membuat keputusan untuk dinner dengan makan Maggi saja malam tu.


 Bersambung ke Bahagian 15...


CATATAN PERJALANAN VICTORIA, AUSTRALIA (2017)