Tuesday 19 September 2017

2017 MELBOURNE BHG. 08 (Puffing Billy)

Ogos 2017

VICTORIA, AUSTRALIA
Melbourne, Dandenong, Phillip Island &
Great Ocean Road

Bahagian 8: Dandenong 2
PUFFING BILLY & SASSAFRAS

HARI KEENAM (2)

Part 27: Puffing Billy (2)

Puffing Billy adalah sebahagian sejarah negeri Victoria di Australia. Keretapi wap yang dibuka pada tahun 1900 ini adalah pengangkutan utama pada masa dahulu, membawa barangan dan ternakan merentasi Pergunungan Dandenong dari Upper Ferntree Gully sehingga ke Gembrook.

Malangnya tanah runtuh yang berlaku pada tahun 1953 memaksa perkhidmatan keretapi ini dihentikan. Namun demikian, ia dibuka semula pada tahun 1962 atas usaha sekumpulan orang awam yang berkhidmat secara sukarela membina laluan baru mengelak kawasan tanah runtuh ini dan mengoperasinya semula. 

Puffing Billy kini tak lagi membawa barangan dan ternakan. Ia kini telah menjadi keretapi wap paling popular di Australia dan antara yang paling terpelihara di dunia. Ia beroperasi membawa penumpang di laluannya setiap hari, kecuali pada Hari Krismas. Puffing Billy juga masih dioperasi oleh petugas sukarela yang kini berjumlah 850 orang.

Stesen Puffing Billy di Belgrave
Perjalanan Puffing Billy merentas Pergunungan Dandenong adalah dari Belgrave ke Gembrook yang mana keseluruhan perjalanan memakan masa 3 jam. Namun laluannya yang paling popular adalah dari Belgrave ke Menzies Creek. Kami turut menaiki tren ini dari Belgrave sehingga ke  Menzies Creek yang merupakan stesen yang berikutnya selepas Belgrave.

Teringat yang Keretapi Tanah Melayu di Malaysia juga menggunakan tiket keras begini pada satu ketika dahulu.
Keretapi Puffing Billy agak panjang. Bagi peserta-peserta Grayline Tours seperti kami, ada 3 gerabak khas disediakan. Gerabak-gerabak ini terletak di penghujung keretapi.

Peserta-peserta Grayline disediakan tiga gerabak khas yang paling hujung dari kepala keretapi.
Station Master
Tarikan utama Puffing Billy adalah penumpangnya dibenarkan duduk bergayut sambil menjuntai kaki di tingkap sepanjang perjalanan. Memang fun! Tapi Myself dan Husband tak buat begitu sepanjang perjalanan kerana tak selesa juga duduk begitu lama-lama, selain susah nak ambil gambar pemandangan dan suasana. 

Duduk bergayut dengan kaki terjuntai begini adalah pengalaman menarik ketika menaiki Puffing Billy.
Kita pun nak bergambar bergayut sambil juntai kaki begini.
Kenangan di dalam Puffing Billy. Tempat duduknya dibina menghala ke tingkap di kedua-dua belah gerabak.
Puffing Billy kami bergerak meninggalkan Stesen Belgrave menuju ke Menzies Creek tepat pada pukul 10.30 pagi.

Mula bergerak sekarang...
Memang best naik keretapi ni...
80% penumpangnya duduk begini...
Melintasi Hutan Sherbrook
Tiga minit selepas meninggalkan Stesen Belgrave, kita akan melalui sebuah jambatan kayu yang dipanggil Trestle Bridge. Inilah saat yang dinanti-nanti oleh semua penumpang Puffing Billy ~ bergambar sambil bergayut kat tingkap dengan kaki terjuntai sewaktu melalui jambatan. Pastikan anda duduk di sebelah kanan keretapi untuk mendapatkan pemandangan yang paling menarik.

Tiba di Trestle Bridge
Pose menarik di Trestle Bridge
Ramai yang menunggu kat bawah jambatan untuk mengambil gambar.
Yang menunggu tepi landasan pun ramai
Puffing Billy terus membawa kita merentasi Sherbrook Forest yang dipenuhi pokok-pokok Eucalypt dan Paku Gajah. Kenangan paling indah di sini adalah melihat seekor kanggaru liar yang keluar dari hutan untuk melihat kami menaiki Puffing Billy.

Terus membelah Hutan Sherbrook
Nun kepala keretapi di sana...
Eyyy!! Nampak tak kanggaru menjenguk kat bawah sana?
Wap dari Puffing Billy di celah belantara.
Bunga-bunga liar
Hutan Pokok Eucalypt
Kayu api siapa dilonggok di sini?
Macam ada empangan di kejauhan sana.
Perjalanan 30 minit ini berakhir di Stesen Menzies Creek. Semua penumpang Grayline Tours turun di stesen ini. Pemandu bas merangkap Tour Guide kami yang bernama Don telah sedia menanti di sini.

Tiba di Menzies Creek
Don dah menunggu kami di sini.
Mengikut Don keluar dari stesen.
Menzies Creek
Lagi pemandangan di Stesen Menzies Creek
Berebut nak bergambar dengan kepala keretapi.
Sebuah lagi Puffing Billy di landasan sebelah.
Di Stesen Menzies Creek, peserta-peserta Grayline Tours diagih semula kepada bas-bas yang tertentu. Satu bas dikhususkan untuk mereka yang memiliki tiket Wildlife Tour dan sebuah bas lagi dikhususkan untuk yang memiliki tiket Wineries Tour. Bagi yang hanya mengambil Half Day Puffing Billy Tour seperti kami, kami tetap bersama bas yang dipandu oleh Don untuk kembali ke Melbourne.

Bas-bas Grayline menunggu di sini untuk membawa penumpang ke destinasi yang seterusnya.

Part 28: Menuju ke Sassafras

Sebelum kembali ke Melbourne, kami dibawa singgah di sebuah kampung yang bernama Sassafras. Perjalanan ke sana adalah melalui sebuah kawasan pertanian yang indah. Disebabkan Musim Bunga dah tiba, kami dapat melihat bunga-bunga Daffodils yang sedang berkembang mekar di ladang. Kata Don, kalau kami datang 2 atau 3 minggu lagi, mungkin kami akan dapat berkunjung ke Tesselaar Tulip Festival yang terkenal dengan bunga-bunga Tulipnya yang indah.

Ladang ternakan di Pergunungan Dandenong
Perjalanan menuju ke Sassafras
Ladang Bunga Daffodils
Bunga-bunga Daffodils dah mula mekar
Hutan Eucalypt lagi.
Kami diberitahu binatang-binatang liar seperti kanggaru selalunya akan keluar dari hutan menjelang waktu senja.
Dandenong Ranges National Park
Hampir tiba ke Sassafras

Part 29: Sassafras

Sassafras adalah sebuah perkampungan kecil yang kami singgah dalam perjalanan pulang ke Melbourne. Disebabkan kami mengambil gabungan Puffing Billy Tour dan Phillip Island Penguin Parade Tour hari ini, kami dinasihatkan oleh Grayline untuk makan tengahari di sini kerana masa senggang di antara kedua-dua tour ini di Federation Square nanti sangat singkat untuk lunch di sana. Malah dengan sedikit bayaran tambahan, Grayline juga mempunyai service menyediakan makanan bungkus yang ringkas untuk dimakan di dalam bas kepada peserta tour gabungan seperti kami.

Tiba di Sassafras
Kampung Sassafras sangat kecil. Hanya ada beberapa buah kedai saja di sini.
Taman Awam di Sassafras
Kami tak mengambil option makan tengahari bungkus yang disediakan oleh Grayline. Jadi sebaik tiba di Sassafras, kami terus menuju ke taman awam berhampiran untuk makan bekalan Maggi dan Roti yang kami bawa dari hotel lagi.

Makan tengahari di Sassafras
Maggi Mee saja... Bekalan air panas nak masak Maggi pun kami isi siap-siap dalam flask dari hotel.
Maggi Mee Cepat Dimasak, Sedap Dimakan...
Sempat beli roti di mini market malam tadi untuk turut dijadikan bekalan hari ini.
Selepas lunch makan Maggi, barulah kami bersiar-siar di Sassafras. Tapi perkampungan ni kecil sangat, tak ada apa yang menarik selain dari beberapa buah kedai kopi, bakeri dan kedai cenderamata di jalan utamanya.

Kedai cenderamata di Sassafras
Selepas persinggahan kira-kira 40 minit di Sassafras, bas membawa kami kembali ke Melbourne.

Meninggalkan Pergunungan Dandenong


Bersambung Ke Bahagian 9...


CATATAN PERJALANAN VICTORIA, AUSTRALIA (2017)