Tuesday 12 September 2017

2017 MELBOURNE BHG. 01 (KL-Melbourne)

Ogos 2017

VICTORIA, AUSTRALIA
Melbourne, Dandenong, Phillip Island & 
Great Ocean Road

Bahagian 1: The Arrival
PERJALANAN KEDUA KE AUSTRALIA 

Part 1: Business Trip Ke Melbourne, Australia

Kunjungan kedua Myself dan Husband ke Australia bermula bila Myself dipilih untuk membuat satu perjalanan kerja selama 2 hari ke Melbourne. Jujurnya selepas melawat ke Perth di Australia Barat hampir 15 tahun yang lalu, Myself taklah bercita-cita nak repeat trip ke Australia semula. Namun bila dah diberitahu yang kita perlu ke Melbourne, mulalah kita memikir untuk turut menggunakan kesempatan ini melawat ke tempat-tempat sekitar yang sewaktu dengannya.

Disebabkan ini trip kerja, tak bolehlah kita nak melebih-lebih demand nak ke sana-sini di sana.  Namun demikian, disebabkan trip ini diadakan pada awal minggu penghujung bulan Ogos 2017 yang bersambung dengan cuti panjang Hari Kebangsaan dan Hari Raya Haji, kita pun ambillah kesempatan untuk extend stay di Melbourne sampai weekend. Disebabkan Myself tak punya kawan nak berjalan-jalan di Melbourne selepas tamat business trip ini, kita pun pujuklah Husband datang ke Melbourne juga. Berpegang kepada prinsip urusan business tak wajar bercampur dengan pleasure, kami mengatur supaya Husband datang ke Melbourne kemudian selepas business trip Myself ke Melbourne ini selesai.

HARI PERTAMA

Part 2: Dari KL Terbang Ke Melbourne

Disebabkan ini merupakan business trip, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melbourne dibuat menggunakan Malaysia Airlines. Pada hari yang ditetapkan, berangkatlah Myself ke KLIA di awal pagi dengan ditemani Husband untuk memulakan perjalanan ke Melbourne. Memandangkan rumah kami jauh dari KLIA, perjalanan diatur seawal pukul 5 pagi dari rumah untuk memudahkan urusan Solat Subuh dan breakfast di sana.

Setibanya di KLIA, kaunter Malaysia Airlines untuk penerbangan ke Melbourne telah pun dibuka. Jadi terus saja membuat bag drop tanpa sebarang masalah. Selepas breakfast bersama, Myself masuk ke kawasan Pintu Perlepasan dan Husband terus pulang ke rumah. Jadi kita tak tahu sebenarnya betapa hectic rakan-rakan yang pergi bersama ke Melbourne nak membuat bag drop pada pagi itu bila mereka tak datang lebih awal ke airport.

Ketibaan di KLIA. Kesesakan di KLIA dah mula terasa ketika ini kerana bilangan kenderaan yang menurunkan penumpang sangat banyak berbanding biasa.
Sarapan pagi bersama Husband
Boarding Pass ke Melbourne
Memandangkan hari itu adalah awal cuti persekolahan, KLIA sangat sesak dengan travelers dan holiday makers. Rakan-rakan yang tiba 2 jam sebelum waktu perlepasan kami terperangkap dalam barisan yang sangat panjang di kaunter Bag Drop Malaysia Airlines. Beberapa rakan yang selepas beratur selama 40 minit, membuat keputusan untuk keluar dari barisan dan membawa bersama bagasi masuk sebagai cabin baggage. Mujurlah beg mereka tak besar dan boleh dibawa masuk ke dalam kabin pesawat.

Pintu Perlepasan Antarabangsa di KLIA
Naik Aerotrain ke Pintu Perlepasan
Ketika melalui pemeriksaan imigresen pula, mereka bercerita bagaimana ramai yang terpaksa meminta excuse dari orang-orang yang beratur di depan untuk memotong barisan, untuk mengelak dari ketinggalan kapal terbang. Ini menjadi pengajaran yang berguna kepada kita semua untuk tidak membuat under estimate kesesakan di KLIA jika membuat perjalanan di musim cuti sekolah.

Pintu Perlepasan pesawat kami ke Melbourne
Pesawat kami, Malaysia Airlines MH 129 berlepas dari KLIA menuju ke Melbourne pada pukul 9.20 pagi. Selepas melalui satu Air Pocket yang agak mendebarkan di kawasan Selat Melaka berhampiran negeri Johor, penerbangan umumnya sangat baik.

Peta penerbangan dari Kuala Lumpur ke Melbourne
Meninggalkan Malaysia menuju ke Australia
Sajian penerbangan
Merentas Laut Jawa
Melbourne (dan juga Australia secara umumnya) adalah destinasi percutian popular bagi warga Malaysia. Tempat duduk di dalam pesawat ini boleh dikatakan penuh. Berbeza dengan pengalaman Myself dan Husband melancong ke tempat-tempat lain di negara bukan Islam di mana jarang sekali kami melihat orang Melayu dari Malaysia naik Penerbangan Malaysia bersama kami, ramai sekali orang Melayu yang dilihat menaiki pesawat ini. Paling menarik, mereka terdiri dari pelbagai peringkat usia: dari bayi dan kanak-kanak sehinggalah kepada mereka yang bergelar datuk dan nenek.

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Melbourne sangat panjang. Memang boleh mereput dalam penerbangan yang memakan masa 8 jam ini. Dalam penerbangan ini juga, kita dapat merasakan betapa besarnya negara kanggaru ini. Separuh dari penerbangan (lebih 4 jam dari keseluruhan tempoh penerbangan) adalah merentasi benua Australia sendiri.

Terbang merentas Pulau Jawa
Menuju ke benua Australia
Unik nama tempat dalam peta ni ~ Jiggalong Mission
Lebih 4 jam diperlukan untuk terbang dari Port Hedland ke Melbourne di Australia
Sajian penerbangan kedua ketika menghampiri Melbourne
Pemandangan di luar pesawat sewaktu terbang merentasi Australia
Menuju ke Melbourne
Kami tiba di Tullamarine Airport di Melbourne pada pukul 7.15 malam waktu tempatan. Kuala Lumpur dan Melbourne mempunyai perbezaan waktu 2 jam di mana waktu di Melbourne lebih awal berbanding Kuala Lumpur.

Pemandangan matahari terbenam ketika menghampiri Melbourne.
Selamat mendarat di Lapangan Terbang Tullamarine di Melbourne
Terminal 2 di Melbourne Tullamarine Airport
Berjalan menuju ke pemeriksaan imigresen
Disebabkan kami masuk ke Australia menggunakan Business Visa, banyaklah persoalan yang dituju kepada kami sewaktu melalui pemeriksaan imigresen. Namun semua urusan sangat mudah kerana pegawai imigresen di sana sangat profesional. Urusan juga tak lama kerana tak banyak pesawat lain yang mendarat serentak dengan kami pada awal malam itu. Walau bagaimanapun, ketika tiba di Airport ini, Myself terasa macam dah tiba ke New Delhi kerana secara kebetulan, pegawai imgresen dan kastam yang bertugas ramai terdiri dari warga Australia yang berketurunan India.

Pemandangan di kawasan ketibaan Melbourne Tullamarine Airport
Kaunter Skybus yang berulang alik di antara lapangan terbang dengan bandaraya Melbourne di luar airport.
Sewaktu kami tiba di sana pada penghujung bulan Ogos 2017, Melbourne secara rasmi masih mengalami Musim Dingin. Suhu di luar berada sekitar 8'C. Berasap mulut bila bercakap dan bernafas.

Kawasan pick-up bagi perkhidmatan Uber di luar airport.
Dari Tullamarine Airport ke hotel penginapan kami, Mercure Hotel Therry Street di Melbourne, kami menggunakan khidmat Uber. Pemandu Uber kami adalah seorang Muslim warga Somalia yang telah menetap 15 tahun di Australia. Beliau sebenarnya adalah seorang pemandu teksi yang menjadi pemandu Uber secara part time.

Part 3: Mercure Hotel, Therry Street

Sepanjang Business Trip ini, kami menginap di Mercure Hotel, Therry Street. Hotel ini selesa dan terletak di Melbourne Central Business District (CBD) dan bersebelahan dengan sebuah mercu tanda terkenal di Melbourne, Queen Victoria Market.

Pemandangan di depan Mercure Hotel, Therry Street
Front Desk di Mercure Hotel, Therry Street
Pemandangan dari bilik hotel
Korridor ke bilik penginapan
Restoran di Mercure Hotel, Therry Street
Queen Victoria Market

HARI KEDUA DAN KETIGA (1)

Part 4: Lawatan Kerja

Seperti yang telah Myself ceritakan di awal tadi, lawatan ke Melbourne adalah sebenarnya lawatan kerja. Jadi Hari Kedua dan Hari Ketiga di Melbourne hanya dipenuhi dengan aktiviti kerja. Lawatan kerja ini berkisar sekitar Doherty Institute dan La Trobe University yang mempunyai fasiliti yang berkaitan dengan tugasan kami di Malaysia.

Doherty Institute
Doherty Institute terletak di pusat bandar Melbourne, tidak jauh dari hotel penginapan kami. Kami hanya menaiki tram dan berjalan kaki saja ke sana. Berdekatan dengan institut ini terdapat beberapa buah fasiliti perubatan milik kerajaan yang mempunyai senibina moden yang menarik.

Bangunan-bangunan pusat perubatan berhampiran Doherty Institute memang menarik perhatian kami kerana kami melintasi mereka dalam perjalanan ke hotel malam tadi. Kesemua bangunan-bangunan hospital ini dihiasi dengan lampu-lampu yang menarik ketika itu. Jika tak diberitahu oleh pemandu Uber kami malam tadi yang kami sedang melalui kawasan hospital, memang kami menyangka yang kami ketika itu sedang melintasi kawasan hotel mewah.


Royal Melbourne Hospital
Victorian Comprehensive Cancer Centre
Bangunan The Royal Melbourne Hospital (kiri) dan Victorian Comprehensive Cancer Centre (kanan) ini terletak bersebelahan dan bersambung dengan beberapa jambatan pejalan kaki yang bertutup.
Lobi Utama The Royal Melbourne Hospital
Emergency & Trauma Centre, The Royal Melbourne Hospital
The Royal Women's Hospital di Melbourne
La Trobe University pula terletak di kawasan Bundoorra yang terletak di luar pusat bandar Melbourne. Perjalanan dengan kereta ke sana mengambil masa kira-kira 50 minit. Walaupun terletak di kawasan hutan, ia mempunyai senibina moden yang menarik.

Perjalanan ke Bundoorra
La Trobe University
Centre for AgriBioscience, La Trobe University
Pokok besar di depan Centre for AgriBioscience di La Trobe University ini menarik perhatian kami kerana dahannya dihinggapi pelbagai burung liar. Kami diberitahu pokok ini telah berusia lebih 300 tahun.
Senibina moden di Lobi Utama, Centre for AgriBioscience, La Trobe University
Rombongan pelajar sekolah yang datang melawat ke Centre for AgriBioscience, La Trobe University.


Bersambung ke Bahagian 2...



CATATAN PERJALANAN VICTORIA, AUSTRALIA (2017)