Thursday 2 February 2017

2017 BRUNEI (2nd VISIT) BHG. 03 (Jerudong)

Januari 2017

BRUNEI DARUSSALAM (2nd Visit)
Bandar Seri Begawan

Bahagian 3: Jerudong (2)
JERUDONG PARK, ROYAL BRUNEI GOLF & COUNTRY CLUB, PANTAI JERUDONG & PANTAI TUNGKU

HARI KEDUA (2)

Part 5: Jerudong Park

Destinasi kedua Morning Tour kami adalah Jerudong Park.

Perjalanan menuju ke Jerudong Park.
Simpang masuk ke Jerudong Park
Jerudong Park
Permainan-permainan di Jerudong Park dah mula kelihatan dari kejauhan.
Jerudong Park dibuka pada tahun 1994. Satu ketika dulu ia pernah menjadi taman hiburan terbesar di Asia Tenggara. Penghibur-penghibur terkenal seperti Michael Jackson, Whitney Houston, Janet Jackson dan Mariah Carey pernah membuat persembahan di sini sewaktu zaman kegemilangannya. Walaupun taman ini tidak lagi sehebat dulu, ia masih menjadi sebuah tarikan popular di Brunei pada hari ini.

Pemandangan di sekitar Jerudong Park.
Bulatan Berlian yang menjadi mercu tanda Jerudong Park.
Malangnya, Jerudong Park tidak dibuka sewaktu kami tiba di sini. Jadi kita bersiar-siar sajalah di sekitar sambil mengambil feel kemeriahan kalau taman ini dibuka.

Pintu masuk ke kawasan permainan Jerudong Park.
Jerudong Park tidak dibuka sewaktu kami tiba di sana.
Di seberang kawasan permainan Jerudong Park, ada Jerudong Park Garden yang kelihatan sangat cantik. Pintu masuk ke taman ini juga bertutup rapat. Jadi kita intai sajalah apa yang dapat dilihat dari luar.

Pintu masuk ke Jerudong Park Garden
Taman ini juga tak dibuka ketika itu.
Pemandangan ke dalam Jerudong Park Garden
Bersiar-siar di sekitar Jerudong Park
Memandangkan tak banyak yang boleh dibuat, kami tak menghabiskan masa yang panjang di sini lalu terus bergerak ke destinasi kami yang seterusnya, Royal Brunei Golf & Country Club yang terletak berhampiran.

Menuju ke Royal Brunei Golf & Country Club (RBGCC).
Meninggalkan Jerudong Park

Part 6: Royal Brunei Golf & Country Club (RBGCC)

Dari Jerudong Park, kami bergerak ke Royal Brunei Golf & Country Club.


Royal Brunei Golf & Country Club
Kemudahan-kemudahan yang terdapat di RBGCC
Sebaik masuk ke kawasan RBGCC ini, kita dapat melihat sebuah padang polo yang luas. Kami diberitahu, Sultan Brunei gemar bermain polo dan baginda akan menghabiskan masa bermain polo di sini setiap hari bermula dari jam 4-6 petang.

Padang polo di RBGCC
Suasana di RBGCC
Pemandangan dari RBGCC
Selain dari padang polo, terdapat juga sebuah padang golf yang cantik di sini.

Padang golf di RBGCC
Tasik yang cantik di RBGCC
Pemandangan padang polo dari kawasan padang golf
Ada banyak burung bangau sedang bertenggek di padang polo.
Melihat burung bangau yang bertenggek di padang polo.
Pintu masuk ke Clubhouse
Pemain-pemain golf
Di kawasan RBGCC ini juga, terdapat dua buah hospital swasta, Hospital Gleneagles dan Jerudong Park Medical Centre.

Hospital Gleneagles
Jerudong Park Medical Centre yang terletak bersebelahan dengan Gleneagles Hospital.
Kemudian kami dibawa ke kawasan bangsal kuda. Ramai yang mengambil kesempatan nak bergambar dengan kuda di sini.

Bangsal kuda di RBGCC
Kuda-kuda di bangsal kuda.
Kuda yang menjenguk kami dari bangsal.
Kenangan dengan kuda
Abang Ipar bergambar dekat dengan kuda
Meninggalkan kawasan bangsal kuda
Rasheed memberhentikan bas dekat dengan sebuah kawasan kandang kuda. Ada banyak kuda-kuda polo sedang meragut makanan di sini. Pemandangan ini sangat mengujakan walaupun bau busuk tahi kuda menusuk masuk ke hidung.

Kuda-kuda polo
Melihat kuda dengan dekat
Menangkap gambar kuda
Pemandangan di kandang kuda
Kuda solo
Selepas dah puas melihat kuda, kami meninggalkan RBGCC. Memang kagum melihat betapa banyaknya kuda di sini.

Kuda-kuda
Kuda lagi.

Part 7: Pantai Jerudong

Destinasi selepas meninggalkan Royal Brunei Golf & Country Club adalah Pantai Jerudong.

Tiba di Pantai Jerudong
Ada sebuah pasar ikan yang agak besar terletak di pantai ini, tapi kami tak masuk ke sana. Menurut pemandu kami, Rasheed, restoran di Pantai Jerudong ini juga terkenal dengan makanan lautnya.

Pasar ikan di Pantai Jerudong
Di sebelah pantai pula, ada pelbagai gerai jualan.

Gerai-gerai di tepi pantai
Satu lagi pemandangan gerai di tepi pantai
Pelbagai barangan dijual di sini.

Pisang
Ikan kering
Rambutan dan durian
Durian Udang Merah. Tak tahu bagaimana rasanya sebab tak cuba.
Burung
Pau Pantai Jerudong
Kami lebih banyak menghabiskan masa melihat keindahan Laut China Selatan di tepi pantai di sini.

Pemandangan di Pantai Jerudong
Bot-bot nelayan
Pemecah ombak
Laluan untuk kuda.
Menikmati keindahan Laut China Selatan di Pantai Jerudong.
Kami tak menghabiskan masa yang lama di sini. Selepas 20 minit, kami bergerak pula ke Pantai Tungku. Ramai juga ahli rombongan yang mengambil kesempatan mencuba makanan yang dijual di gerai-gerai di tepi Pantai Jerudong ini.

Mencuba Pau Jerudong. Rasanya memang sedap.
Makan ais kerim Mr. Softy

Part 8: Pantai Tungku

Pantai Tungku terletak di tepi Lebuhraya Muara-Tutong.


Arah ke Pantai Tungku
Tak seperti Pantai Jerudong tadi, pantai ini terletak jauh sikit ke dalam dari tepi jalan raya.

Laluan ke pantai dari tepi jalan raya.
Pantai ini lebih besar dari Pantai Jerudong tadi. Suasana sekitarnya juga lebih best dari Pantai Jerudong.

Pantai Tungku
Boleh sewa kereta ATV di sini.
Suasana di tepi pantai
Batu penahan hakisan di Pantai Tungku.
The Empire Hotel & Country Club yang kami kunjungi tadi boleh dilihat dari sini di seberang sana.
Kami juga tak menghabiskan masa yang lama di Pantai Tungku kerana perlu berkejar balik ke hotel untuk memulakan Bandar Tour pada pukul 12 tengahari.

Hujan renyai turun sewaktu kami dalam perjalanan pulang ke hotel. Harap-harap janganlah hujan ini berterusan sehingga mengganggu perjalanan Tour kami yang seterusnya.

Hujan turun sewaktu kami meninggalkan Pantai Tungku untuk balik ke hotel.
Tiba kembali ke Times Hotel.


Bersambung ke Bahagian 4...


CATATAN PERJALANAN BRUNEI (2nd VISIT) (2017):