Thursday 2 February 2017

2017 BRUNEI (2nd VISIT) BHG. 02 (Empire Hotel)

Januari 2017

BRUNEI DARUSSALAM (2nd Visit)
Bandar Seri Begawan

Bahagian 2: Jerudong (1)
THE EMPIRE HOTEL & COUNTRY CLUB

HARI KEDUA (1)

Part 5: Mengatur Lawatan Tambahan


Sehari sebelum kami berlepas ke Brunei Darussalam, kami mendapat panggilan telefon dari Royal Brunei Airlines yang memaklumkan terdapat pindaan jadual pada program tour kami pada hari kedua. Ini adalah kerana setiap hari Ahad bermula dari jam 6-10 pagi adalah Car Free Day di Bandar Seri Begawan dan bas yang sepatutnya membawa kami melawat ke tempat-tempat yang menarik di kawasan Bandar tak dapat masuk ke sana. Oleh yang demikian, program lawatan kami yang sepatutnya bermula pada pukul 8 pagi hanya dapat dimulakan pada pukul 12 tengahari.

Memandangkan kami mempunyai banyak masa terluang pada pagi hari kedua, Myself dan Husband cuba mengatur satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh seluruh ahli rombongan pada masa itu. Jika kami hanya berdua seperti dalam perjalanan-perjalanan lain terdahulu, mungkin mudah bagi kami untuk menyewa kenderaan bagi membawa kami berjalan-jalan di kawasan luar Bandar pada pagi itu. Memandangkan seluruh ahli rombongan berjumlah 14 orang, mengatur lawatan tambahan adalah satu cabaran kepada kami.

Dengan bantuan Iwan yang menyambut kami di lapangan terbang pada petang semalam, Myself dan Husband berjaya mengatur satu lawatan tambahan secara ad hoc selama 3 jam pada pagi kedua sebelum program lawatan sebenar dimulakan pada pukul 12 tengahari. Oleh kerana pusat Bandar Seri Begawan ditutup kepada kenderaan sehingga jam 10 pagi, lawatan tambahan ini akan bertumpu di kawasan Jerudong yang terletak di luar Bandar Seri Begawan.

Memandangkan waktu Syuruk di Brunei adalah sekitar jam 6.30 pagi, semua ahli rombongan (terutama yang muda-muda) terpaksalah bangun lebih awal dari kebiasaan di Malaysia untuk Solat Subuh. Sekitar jam 6.45 pagi selepas restoran hotel dibuka, kami turun bersarapan.

Buffet Sarapan di Times Hotel
Times Hotel hanya bertaraf 3 bintang, maka pilihan makanan dalam buffet sarapan paginya sangat terhad. Hanya ada nasi lemak, mihun, nugget, french fries dan roti yang dihidangkan untuk sarapan. Namun begitu, Nasi Lemak yang dihidangkan sangat sedap walaupun sambalnya tidak sepedas yang biasa terdapat di Malaysia.

Nasi Lemak yang sedap di Times Hotel
Memilih hidangan sarapan pagi
Tiga beradik sedang bersarapan.

Part 6: Morning Tour

Morning Tour kami bermula pada pukul 8 pagi. Pemandu kami dalam lawatan ini bernama Rasheed. Dia adalah seorang rakyat India beragama Islam yang telah 10 tahun bekerja di Brunei Darussalam. Disebabkan dia dah lama bekerja di Brunei, Rasheed boleh berbahasa Melayu dengan agak baik. Dengan gaji yang diterimanya bekerja di Brunei, Rasheed juga mampu pulang ke India setiap tahun untuk menziarah keluarganya di sana.

Bas untuk Morning Tour kami.
Ceria memulakan Tour
Ramp sempit yang perlu didaki kenderaan untuk keluar-masuk ke lobi Times Hotel.
Pemandangan sekitar kawasan Times Hotel
Sebuah shopping mall lain berhampiran Times Hotel.
Destinasi pertama lawatan kami pada pagi ini adalah The Empire Hotel & Country Club yang terletak kira-kira 20 minit perjalanan dari Times Hotel. Perjalanan ke sana adalah menggunakan sebatang lebuhraya yang moden.

Perjalanan menuju ke The Empire Hotel and Country Club.
Kami dimaklumkan tak pernah ada traffic jam di Brunei.
Papan tanda ayat-ayat zikir seperti ini banyak diperhatikan di sepanjang lebuhraya.
Perjalanan kami adalah menuju ke arah Jerudong.
Had laju lebuhraya di Brunei Darussalam.
Arah ke The Empire Hotel & Country Club

Part 7: The Empire Hotel & Country Club

The Empire Hotel & Country Club adalah sebuah hotel mewah yang terletak di pinggir Laut China Selatan. Myself dan Husband pernah berpeluang menginap di sini dalam lawatan pertama kami ke Brunei Darussalam dahulu. Waktu itu, memang kami terfikir, betapa seronoknya kalau keluarga di Malaysia juga boleh menikmati bersama kemewahan yang kami alami. Kerana itulah kami sangat gembira bila hajat kami nak membawa rombongan keluarga berkunjung ke sini tercapai juga akhirnya.

The Empire Hotel & Country Club
Pemandangan sewaktu menuju ke bangunan utama The Empire Hotel & Country Club.
Tengok dari sini pun dah excited.
Drop-Off Area di depan lobi bangunan utama The Empire Hotel & Country Club
Pemandangan di luar lobi bangunan utama The Empire Hotel & Country Club
Dah puas melihat pemandangan di luar lobi, kami masuk ke dalam bangunan. Terpegun masing-masing bila melihat keindahan lobi utama hotel ini yang penuh dengan kilauan hiasan emas di mana-mana.

Masuk ke lobi beramai-ramai.
Perhiasan yang mewah di lobi hotel.
Potret Sultan dan Sultanah Brunei
Pemandangan keseluruhan lobi utama.
Perhiasan di siling lobi utama.
Lukisan gambaran keadaan Brunei Darussalam di suatu ketika dahulu.
Pandai budak-budak ni berposing.
Bergambar di depan cermin pulak.
Jom kita ke sana pulak...
Baru melangkah masuk ke lobi, masing-masing bagaikan terpana tak bergerak-gerak. Keindahan hotel ini bukan setakat di lobi, banyak lagi ruang menarik di depan sana. Susah betul nak mengajak ahli-ahli rombongan bergerak ke sudut lain bila maing-masing dah terpaku begitu. Maklumlah ini kali pertama bagi kebanyakan mereka melihat hiasan yang sebegitu mewah.

Anjung lobi utama
Tiang-tiang emas
Pemandangan kolam renang hotel dan pantai Laut China Selatan.
Memang mewah hotel ini... Rasa bersyukur sangat bila memikirkan Myself dan Husband pernah berpeluang tinggal di sini. Kalau nak tahu bagaimana kami boleh menginap di sini pada ketika itu bacalah entry pengalaman kami berkunjung ke Brunei Darussalam pada tahun 2007 dulu.

Makcik cuba berselfie selepas diajar oleh Husband.
Wahh!! Dah terror berselfie ni!
Rakyat biasa macam kita ni memanglah tak berpeluang nak masuk ke dalam istana raja yang serba mewah. Makanya, pengalaman melawat ke The Empire Hotel & Country Club ini mungkin boleh menggantikan pengalaman tersebut...

Kami hanya mempunyai masa kira-kira sejam saja di sini. Jadi tak bolehlah nak berlama-lama sangat meninjau dan bergambar sakan di lobi hotel. Tapi, seperti yang diceritakan tadi, memang sukar nak mengajak semua ahli rombongan bergerak menuju ke tepi pantai pulak.

Untuk pergi ke pantai, kami perlu turun ke bawah dari lobi utama. Masing-masing semakin excited bila terpaksa turun ke bawah menggunakan tangga dan escalator emas...

Tangga emas menuju ke lobi bawah.
 Bergambar di tangga emas
Restoran di The Empire Hotel & Country Club.
Tangga turun ke bawah.
Pemandangan dari escalator sewaktu turun ke bawah.
Pemandangan siling dari lobi bawah.
Escalator emas.
Tiang seri.
Menuruni escalator emas.
Tiang seri bersalut emas.
Lantai di Lobi Bawah
Kalau di dalam bangunan hotel, kami terpana dengan keindahan perhiasan emas, di luar lobi pula kami terpana dengan keindahan kolam renang dan pemandangan Laut China Selatan. Cuaca yang mendung dengan tiupan angin laut yang agak kuat dan nyaman menambahkan keseronokan kami sewaktu berada di sini.

Bahagian luar lobi menghala ke pantai.
Masing-masing dah terpesona dengan keindahan kolam renang dan Laut China Selatan sejak dari di sini lagi.
Landskap hotel ini dijaga dengan begitu teliti.
Pemandangan ke arah sana.
Pemandangan ke arah sini pula. Bangunan berkaca di sebelah kiri adalah lobi hotel.
Husband mengajar Makcik menangkap gambar menggunakan telefon.
Walau tak menginap di sini, memang Myself sarankan kepada sesiapa saja yang berkunjung ke Brunei untuk melawat ke hotel ini kerana bak kata seorang Makcik, pemandangan dan suasana di sini bagaikan "Syurga Dunia".

Pemandangan menghala ke swimming pool.
Swimming pool
Pemandangan di swimming pool menghadap ke laut.
Cantik betul pemandangan di sini.
Posing di tepi swimming pool.
Bayangkan berenang di sini sambil ditiup sang bayu.
Bersantai di tepi kolam.
Kita pun nak posing juga.
Berjalan menuju ke tepi laut.
Walaupun terpaksa berjalan jauh mengelilingi kolam renang yang teramat besar ini untuk menuju ke tepi pantai, ia tak terasa bila melihat keindahan suasana di sekitar, ditambah dengan tiupan angin laut yang begitu mengasyikkan. Bak kata seorang Makcik, memang seronok kalau dapat menghabiskan masa seharian di sini. Tapi kalau nak berbuat begitu, kenalah pulak menginap di sini. Kadar sewa bilik paling murah kat sini pun lebih RM 1,000 semalam. Manalah orang biasa macam kita ni mampu nak buat begitu...

Pantai di The Empire Hotel & Country Club.
Pelancong dari China berposing di tepi laut.
Pemandangan swimming pool dari tepi laut.
Pemandangan bangunan hotel dari tepi laut.
Macam ada event nak berlangsung di sini.
Ombak di Laut China Selatan
Pantai sedang dipersiapkan untuk satu event yang bakal berlangsung.
Menikmati keindahan Laut China Selatan.
Tak nak balik dah makcik-makcik ni...
Satu lagi pemandangan pantai yang sedang dipersiapkan untuk satu event.
Memeriksa gambar yang diambil dengan kamera baru.
Masa mencemburui dan dah tiba masa untuk kami meninggalkan The Empire Hotel & Country Club untuk melawat ke tempat lain pula. Perlahan-lahan kami berjalan kembali menuju ke lobi hotel...

Dah tiba masa untuk meninggalkan The Empire Hotel & Country Club.
Berjalan kembali menuju ke hotel.
Melintas jambatan untuk kembali ke hotel.
Pancutan air yang cantik
Landskap yang menarik
Cantik
Masuk kembali ke bangunan hotel.
Naik escalator emas untuk kembali ke lobi utama.
Sebelum meninggalkan hotel, kami sengaja singgah ke toilet hotel dulu kerana ada ahli rombongan yang tertanya-tanya bagaimana suasana di dalam toilet hotel yang mewah begini. Memang mewah suasana di dalamnya! Nampaknya sewaktu hotel ini dibina, tak ada satu ruang pun yang tidak diberi perhatian akan kemewahannya, termasuklah di dalam toiletnya.

Kakak dan anaknya cukup kagum melihat kemewahan toilet di sini.
Suasana di dalam toilet The Empire Hotel & Country Club.
Pemandu kami, Rasheed dah sedia menanti di luar hotel pada waktu yang dijanjikan. Dengan perasaan yang berat, kami meninggalkan The Empire Hotel & Country Club menuju ke destinasi yang seterusnya.

Perkarangan The Empire Hotel & Country Club.
Pondok pengawal di pintu masuk ke The Empire Hotel & Country Club
Meninggalkan The Empire Hotel & Country Club.

 Bersambung ke Bahagian 3...


CATATAN PERJALANAN BRUNEI (2nd VISIT) (2017):