Friday 13 May 2016

2016 GUILIN BHG. 07 (Rong Lake)

April 2016

GUANGXI, CHINA
Guilin & Yangshuo

Bahagian 7: Guilin (1)
HUI AREA, RONG LAKE & SILK SHOP

HARI KETIGA (2)

Part 20: Perjalanan Ke Guilin

Perjalanan kami diteruskan menuju ke Guilin.

Pemandangan gunung-ganang di sepanjang perjalanan.
Gunung-ganang dan kawasan pertanian.
Kawasan pembinaan jalan
Kampus Universiti Guangxi
Sebuah pekan kecil yang dialui dalam perjalanan ke Guilin.
Sebuah bangunan kerajaan.
Kami melalui semula kawasan pembinaan lebuhraya yang ditempuhi dalam perjalanan ke Yangshuo tempohari. Di sini, kami berdepan dengan traffic jam yang melampau teruknya kerana sebelah jalan ditutup bagi kerja-kerja pembinaan jambatan. Kesesakan juga menjadi melampau kerana hari itu dan hari esoknya (1 & 2 Mei 2016) adalah Hari Pekerja yang juga merupakan Cuti Umum di seluruh China. Jadi, ramai pelancong tempatan yang datang berkunjung ke Guilin dan Yangshuo untuk bercuti.

Traffic jam yang melampau teruk dalam perjalanan ke Guilin.
Dalam menempuh kesesakan jalan raya, Francis mengambil kesempatan bercerita tentang polisi penduduk di China. Menurut Francis, jumlah penduduk China kini berjumlah 1.5 bilion. Untuk sekian lamanya, Kerajaan China menetapkan yang setiap pasangan yang berkahwin hanya boleh memiliki hanya seorang anak bagi mengawal bilangan penduduknya yang meningkat setiap tahun.

Polisi hanya seorang anak ini pada mulanya dilihat sangat berjaya dalam mengawal pertambahan penduduk China. Namun sejak kebelakangan ini, kesan buruk dari polisi ini mula dilihat apabila sebahagian besar penduduk negara tersebut kini adalah terdiri dari generasi tua yang tidak produktif. Bilangan generasi muda di China kini sangat kecil untuk menampung perbelanjaan yang perlu dikeluarkan oleh Kerajaan bagi menjaga kebajikan penduduk generasi tua ini.

Francis bercerita tentang polisi satu anak di China.
Dasar satu anak juga menimbulkan kesan sosial yang besar kepada penduduk China. Disebabkan setiap keluarga hanya memiliki seorang anak, anak tersebut dibelai manja dan menjadikan generasi baru China tidak mampu berdikari. Umpamanya menurut Francis, dia sendiri dan teman wanitanya yang menyertai lawatan kami semalam adalah anak tunggal di dalam keluarga masing-masing. Disebabkan mereka anak tunggal, mereka sangat dimanjakan dalam keluarga sehingga kedua-dua mereka tidak pandai memasak dan perlu makan di luar setiap hari.

Disebabkan kesan-kesan negatifnya, dasar satu anak ini telah dilonggarkan oleh Kerajaan China sejak 2 tahun yang lepas. Penduduk China kini dibenarkan untuk memiliki sehingga 2 anak.

Adik di bas sebelah kami ini boring terperangkap dalam traffic jam.
Disebabkan dia rasa boring, dia bermain-main muka dengan Husband, sampai Makcik yang duduk di kerusi depan kami dalam bas pun tergelak dibuatnya.
Telatah Adik ni cukup menghiburkan dalam kesesakan jalan macam ini.
Kerja-kerja pembinaan jambatan.
Banyak kenderaan berat melalui jalan ini hari ini.
Di sinilah punca kesesakan lalu-lintas.
Masa datang ke Yangshuo dua hari lepas, bas kami mengekori lori babi. Nak ke Guilin ni pun sekali lagi mengekori lori babi.

Part 21: Tiba Di Guilin

Kami tiba di Guilin pada waktu tengahari. Guilin adalah bandar ketiga terbesar di Wilayah Guangxi. Penduduknya berjumlah 800,000 orang. Nama "Guilin" bermaksud "Forest of Sweet Osmanthus". Osmanthus (nama lainnya, Guilin Flower) adalah bunga yang banyak tumbuh di kawasan ini.

Bila China mula membuka pintunya kepada negara luar, Guilin juga adalah antara bandar yang paling awal menerima kemasukan pelancong dari luar China. Sehingga kini, Guilin masih menjadi salah sebuah destinasi pelancongan utama di China. Ia menerima kunjungan 20 juta pelancong setiap tahun.

Pemandangan awal ketika tiba di Guilin. Itulah agaknya bunga Osmanthus tu...
Pemandangan di pinggir bandar Guilin.
Jalan raya di Guilin.
Pemandangan salah sebuah dari empat tasik yang terdapat di Guilin.
Sebuah dari 19 jambatan yang terdapat di Guilin.
Kesesakan jalan raya di Guilin.
Salah sebuah pusat membeli-belah di Guilin.
Pusat bandar Guilin.
Satu lagi pemandangan di pusat bandar.
Walaupun dianggap sebuah bandaraya yang kecil di China, pembangunan di kota ini sangat hebat.

Part 22: Hui Area

Kami dibawa ke sebuah kawasan Muslim di Guilin untuk makan tengahari. Sewaktu Komunis memerintah China, rakyat China tidak bebas beragama. Hanya kaum-kaum minoriti di China sahaja yang dibenarkan untuk meneruskan amalan keagamaan masing-masing. Oleh yang demikian, orang-orang Islam di China ketika itu bersatu sebagai satu minoriti yang dinamakan Hui untuk membolehkan mereka terus mengamalkan ajaran Islam. Kerana itulah menurut Francis, "Muslim" tidak dikenali di China, tetapi jika disebut "Orang Hui", semua penduduk China tahu yang mereka beragama Islam.

Penduduk Islam di Guilin telah diberi kebenaran untuk menetap di satu bahagian kota ini oleh Kerajaan China pada masa dahulu. Kawasan ini dinamakan "Hui Area" dan sebahagian besar penduduk di sini masih mengamalkan ajaran agama Islam.

Kawasan Hui di Guilin ini masih didiami majoritinya oleh penduduk Muslim.
Beberapa restoran Halal dapat dilihat di kawasan ini.
Kedai-kedai perniagaan di Hui Area.
Jalan utama di Hui Area yang dinamakan Chongshan Road.
Gerai makanan Halal.

ENDIAN HALAL RESTAURANT

Makan tengahari kami disediakan di Endian Halal Restaurant yang terletak di Hui Area. Makanan yang disediakan adalah makanan tipikal Cina yang sedap walaupun sebahagian besar menunya terdiri dari sayur- sayuran.

Menuju ke Endian Halal Restaurant
Restoran ini sangat popular di kalangan pelancong Muslim dari Malaysia.
Pintu masuk ke Endian Halal Restaurant.
Pemandangan di dalam Endian Halal Restaurant.
Disebabkan dah kelaparan, lupa pulak nak ambil gambar makanan yang dihidangkan.

Berbual mesra dengan pemilik restoran selepas makan.
Bergambar dengan pemilik restoran, Kassim dan pekerjanya yang bernama Baharuddin.
Selepas makan di Endian Halal Restaurant.

GUILIN CHONGSHAN MOSQUE

Selepas makan, kami berjalan ke Guilin Chongshan Mosque yang terletak di sebelah Endian Halal Restaurant. Kalau dipandang dari luar, memang tak sangka yang bangunan ini adalah sebuah masjid.

Guilin Chongshan Mosque
Dari luar, bangunannya tak seperti masjid yang biasa kita lihat.
Chongshan Mosque dibina pada zaman pemerintahan seorang raja dari Qing Dynasty yang bernama Yongzheng. Ia adalah masjid yang terbesar di Guilin.

Hiasan di dinding luar masjid
Melangkah ke dalam Masjid, kita dapat melihat yang senibinanya sama seperti rumah ibadat Cina. Yang berbeza hanya terdapat Kalimah Syahadat di pintu masuk ke Ruang Solat.

Kalimah Syahadat di pintu masuk ke ruang solat.
Pemandangan di Inner Courtyard masjid.
Macam senibina di rumah ibadat Cina yang tipikal.
Pemandangan di ruang solat.
Menunaikan kewajipan kepada Allah SWT.
Lagi pemandangan di dalam masjid.
Pemandangan di dalam masjid dari sudut yang lain.
Permaidani di dalam masjid.
Inner Courtyard di masjid ini jelas digunakan untuk tujuan pengajian agama.

Papan hitam di Inner Courtyard.
Quran dan buku-buku agama yang diletakkan di rak di Inner Courtyard.
Quran Terjemahan ke Bahasa Cina.
Meja dan tempat duduk di Inner Courtyard.
Pemandangan menghala ke luar masjid.

Part 23: Rong Lake

Masjid Chongshan terletak di Jalan Chongshan yang merupakan salah sebuah jalan utama di Hui Area. Sambil menunggu ahli-ahli kumpulan yang lain selesai menunaikan solat, Myself dan Husband bersiar-siar di sepanjang Jalan Chongshan.

Sekolah Rendah Chongshan berhampiran masjid.
Pemandangan di Chongshan Road.
Basikal-basikal awam ini boleh disewa oleh penduduk Guilin dengan mengswipe kad pengenalan mereka pada tempat yang ditetapkan. Tapi kami tak pasti bagaimana pembayaran sewa menggunakan basikal ini dibuat.
Motorsikal elektrik yang berpayung.
Kami bersiar-siar sehingga ke Tasik Rong yang terletak di hujung jalan. Tasik ini adalah salah sebuah dari empat buah tasik yang terdapat di Guilin.

Tasik Rong yang terletak di penghujung Jalan Chongshan.
Walaupun hanya patung yang dibuat dari batu, rasa tak tergamak nak duduk di atasnya.
Pemandangan indah di Tasik Rong.
Fasiliti-fasiliti di Tasik Rong.
Jambatan di Tasik Rong.
Pemandangan di tasik ini sangat cantik.
Hotel mewah yang dibina di seberang tasik.
Tempat rehat di Tasik Rong.
Siapalah punya idea jadikan babi sebagai tempat duduk?
Bas kami yang parking di tepi jalan. Semua bas pelancongan di Guilin diwajibkan menulis nombor pendaftaran besar-besar pada badan di belakang bas macam ini.

Part 24: Silk Shop 

Government Shop kedua yang kami kunjungi dalam tour ini adalah ke sebuah Kedai Sutera di Guilin.

Sebuah jambatan di Guilin.
Pemandangan dari atas jambatan.
Kota Guilin.
Satu lagi pemandangan di kota Guilin.
Pemandangan sebuah tasik di Guilin. Tak pasti nama tasik ini.
Kunjungan ke Kedai Sutera ini tidaklah begitu menarik sepertimana kunjungan ke Kilang Sutera sewaktu kami melawat ke Shanghai dulu kerana ia hanya sebuah kedai yang menjual barangan sutera.

Berjalan ke Kedai Sutera.
Pintu masuk ke Kedai Sutera.
Translation nama kedai ini dalam Bahasa Inggeris berbunyi Healthy Sleeping Factory.
Di Kedai Sutera ini, kami dilayan oleh seorang Guide Dalaman yang bertutur dalam Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun disebabkan sebutannya agak pelat, sukar nak mengikuti penerangannya.

Penerangan mengenai industri sutera di Wilayah Guangxi.
China adalah negara pengeluar sutera terbesar di dunia dan sutera sangat dihargai di negara tersebut. Malah karekter tulisan China bagi "kebahagiaan" adalah gabungan simbol bagi warna putih, sutera dan pokok. Pada zaman dahulu, sutera juga digunakan sebagai matawang dan hadiah dan Maharaja-maharaja China membina kilang-kilang sutera untuk menghasilkan pakaian kebesaran dan hadiah untuk diberi kepada tetamu-tetamu asing.

Bama adalah sebuah bandar berhampiran Guilin di mana ramai penduduknya hidup sihat sehingga menjangkau usia lebih 100 tahun. Kami diberitahu selain menghirup udara yang segar, rahsia penduduk di sini panjang umur ialah kerana mereka menggunakan sutera sebagai alas tidur.
Sepertiga dari sutera mentah China berasal dari Wilayah Zhejiang di mana letaknya bandar Suzhou yang pernah kami lawati dulu. Perusahaan sutera di China juga mendapat perhatian dari Marco Polo sewaktu beliau melawat Suzhou pada tahun 1276.

Sedikit penerangan mengenai penghasilan sutera diberikan kepada kami di sini.
Kepompong sutera.
Proses penghasilan benang dari ulat sutera.
Ulat sutera yang telah direbus untuk mematikannya bagi mendapatkan benang sutera.
Benang sutera dihasilkan oleh ulat sutera untuk membalut kepompongnya.
Lapisan-lapisan kain sutera mentah yang belum diproses.
Sedikit proses membuat selimut sutera yang dipertunjukkan kepada kami.
Setelah diberi penerangan mengenai cara penghasilan benang sutera, kami dibawa ke ruang pameran. Biasalah, kan... petugas-petugas di sini akan mempromote habis-habisan cadar dan selimut sutera untuk dibeli oleh kumpulan kami. Kalau dah berjalan dalam group begini, memanglah ada yang akan membeli. Baguslah juga begitu kerana kalau tak ada sesiapa yang membuat belian, pasti lebih lama kami 'tersangkut' di dalam kedai ini.

Pemandangan di ruang pameran.
Sebenarnya tak boleh ambil gambar kat sini, tapi kita snaplah juga buat kenangan.
Satu demi satu helaian cadar dan selimut sutera ditunjukkan kepada kami. Sesuatu yang Myself perhatikan ialah corak-corak sutera ni tak berubah dari zaman dulu sehingga sekarang. Sewaktu kami melawat ke Kilang Sutera di Suzhou dalam lawatan ke Shanghai dulu, itulah juga corak-corak yang ditunjukkan kepada kami.

Menunjukkan corak-corak cadar sutera untuk jualan kepada kami.
Husband terkekeh-kekeh ketawa sewaktu Guide ni memberi penerangan kepada kami. Rupa-rupanya dia tersilap dengar sewaktu Guide ini bercakap dalam Bahasa Inggerisnya yang pelat tu. Husband mendengar Guide ini menyebut "I like your men..", sedangkan maksud sebenarnya ialah "I recommend...". Tinggi betul imaginasi Husband masa tu!

"I like your men..."
Pemandangan di luar "Healthy Sleeping Factory".
Jalan di depan Kedai Sutera.

Bersambung ke Bahagian 8 ...



CATATAN PERJALANAN GUILIN & YANGSHUO (2016):