Thursday 5 May 2016

2016 GUILIN BHG. 03 (Li River Cruise)

April 2016

GUANGXI, CHINA
Guilin & Yangshuo 


Bahagian 3: Yangshuo (1)
LI RIVER CRUISE & BAMBOO UNLIMITED

HARI KEDUA (1)

Part 7: Sarapan Pagi Di Starway Hotel Xin Fu An

Hari kedua dimulakan dengan melihat pemandangan indah kota Yangshuo dari jendela bilik di hotel. Pada penghujung bulan April seperti ini, matahari terbit di Yangshuo seawal pukul 6.00 pagi.

Pemandangan awal pagi kota Yangshuo dari bilik hotel kami.
Kota Yangshuo masih sepi di awal pagi begini.
Sarapan pagi disediakan bermula pada pukul 7 pagi. Yang istimewa pada sarapan pagi ini ialah setiap pengunjung diberi "Door Gift" berbentuk sebiji telur rebus.

Pesanan dari Polis Guilin untuk semua pelancong.
Restoran sarapan pagi di Starway Hotel Xin Fu An.
Setiap penghuni hotel yang datang bersarapan diberi sebiji telur rebus sebagai Door Gift.
Oleh kerana hotel ini adalah sebuah local hotel, tiada roti dan jem disediakan dalam buffet sarapan paginya. Pilihan makanan yang ada hanyalah makanan-makanan tempatan seperti nasi goreng, kuey teow, cakoi, sayur-sayuran dan pelbagai jenis pau dan bubur. 

Memang susah nak memilih makanan yang Halal untuk dimakan kerana petugas-petugas di restoran tak tahu berbahasa Inggeris. Mujurlah ada sekumpulan pelancong berketurunan Cina dari Malaysia yang juga menginap di hotel ini. Merekalah yang membantu kami mengenalpasti makanan-makanan yang boleh dimakan.

Buffet makanan di restoran Starway Hotel Xin Fu An.
Pemandangan sarapan pagi di restoran.
Sudu makan juga tidak disediakan di restoran ini. Yang ada hanya sudu sup, garfu dan chopsticks. Terpaksalah Myself memandai-mandaikan diri menggunakan kombinasi sudu sup dan garfu untuk makan nasi goreng vegetarian sewaktu bersarapan.

Kaunter Mi Sup, tapi tak Halal untuk dimakan kerana mengandungi daging.
Hanya sudu sup seperti ini sahaja yang ada di restoran.

SUASANA PAGI DI BANDAR YANGSHUO

Selepas bersarapan sambil menunggu waktu lawatan bermula, Myself dan Husband berjalan-jalan di depan hotel. Cuaca pagi ini hujan gerimis. Di depan pintu hotel, kami diserbu penjual-penjual cenderamata yang ingin menjual barangan mereka kepada kami.

Penjual-penjual jalanan di depan pintu hotel.
Mereka hanya berjual di depan pintu kerana pegawai sekuriti hotel begitu tegas tak membenarkan mereka masuk ke lobi hotel.
Bandar Yangshuo mula sibuk sekitar pukul 7 pagi. Seperti juga bandar-bandar lain di China, sebahagian besar kenderaan yang kelihatan di jalan raya terdiri dari motorsikal. Namun yang unik bagi kita yang berasal dari Malaysia, semua motorsikalnya dipasang dengan payung dan menggunakan enjin elektrik.

Kota Yangshuo mula sibuk sekitar pukul 7 pagi.
Semua motorsikal di sini dipasang dengan payung untuk perlindungan dari panas dan hujan.
Sebagai ciri keselamatan, payung-payung yang dipasang pada motorsikal dibuat berbentuk aerodinamik untuk mengelakkan geseran angin sewaktu bergerak.
Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kota Yangshuo, kami menaiki sebuah jambatan pejalan kaki yang berhampiran di tengah hujan gerimis.

Mengambil gambar kesibukan kota Yangshuo dari tepi jalan raya.

Naik ke atas jambatan untuk menikmati keindahan Yangshuo.
Aiyaaahh!!... Macam pemandangan kat Ipoh pulak kota Yangshuo ni dari sini!
Bangunan klasik di hujung sana jambatan pejalan kaki.
Bangunan China Post di hujung sebelah sini pulak. Tak tahu China Post ni pejabat pos ataupun pejabat suratkhabar...
Pemandangan West Street yang merupakan sebuah Shopping Street di Yangshuo.
Tiba waktu yang ditetapkan untuk memulakan lawatan, kami kembali ke hotel. Di lobi hotel, kami terserempak dengan sekumpulan besar pelancong Melayu dari Malaysia yang sedang check-out dari Starway Hotel Xin Fu An untuk ke destinasi mereka yang seterusnya. Kumpulan yang agak besar dengan 40 orang peserta ini adalah dari Andalusia Holidays dan diketuai oleh Ustaz Daud Che Ngah sendiri.

Kumpulan Andalusia Holidays yang sedang berkumpul di lobi hotel.
Kumpulan Andalusia ini diketuai oleh Ustaz Daud Che Ngah.
Francis tiba di hotel untuk membawa kami melawat sekitar Yangshuo pada pukul 8.30 pagi. Turut bersama beliau pada pagi ini adalah girlfriendnya yang bernama Ting Ting. Ting Ting juga sedang belajar untuk menjadi Tourist Guide seperti Francis. Memandangkan beliau bercuti pada hari itu, Ting Ting mengambil kesempatan menyertai kami bagi menimba pengalaman.

Bergambar dengan Ting Ting.

Part 8: Li River Cruise

Lawatan kami pada hari ini dimulakan dengan Li River Cruise. Menyusuri Sungai Li adalah aktiviti pelancongan yang paling popular di Guilin. Ini adalah kerana Sungai Li disenaraikan oleh stesen TV Amerika CNN sebagai sungai yang ke-14 dari 15 batang sungai yang tercantik di dunia. Malah Sungai Li adalah satu-satunya sungai di negara China yang berada di dalam senarai tersebut.

Francis memberi penerangan tentang program hari ini.
Meninggalkan Yangshuo untuk menuju ke Li River. Gunung batu di belakang sana benar-benar mengingatkan Myself kepada bandaraya Ipoh.
Terowong di bandar Yangshuo.
Pemandangan pertama Sungai Li.
Di sinilah persembahan terkenal "Liu Sanjie Impression Show" diadakan setiap malam sekiranya cuaca mengizinkan.

XINGPING

Li River Cruise yang kami ikuti bermula dari sebuah perkampungan yang dinamakan Xingping yang terletak kira-kira 25 km dari Yangshuo.

Pemandangan sewaktu menuju ke Xingping.
Setibanya di Xingping, kami terperanjat kerana ketibaan kami disambut dengan letupan mercun. Malah serpihan-serpihan mercun juga bertaburan dengan begitu banyak di sepanjang jalan.

Xingping
Letupan mercun dan serpihan mercun yang bertaburan di Xingping.
Francis menerangkan kepada kami yang letupan mercun seperti ini adalah adat orang Cina jika berlaku kematian orang tua di sesebuah tempat. Mercun akan diletupkan di sepanjang perjalanan dari rumah Si Mati sehinggalah ke tempat persemadiannya untuk mengiringi pemergiannya ke "alam lain".

Letupan mercun di sepanjang perjalanan.
Di sini juga ada kesan letupan mercun.
Secara kebetulan, kumpulan Andalusia yang ramai tadi juga tiba bersaingan dengan kami untuk turut mengikut Cruise di Li River. Untuk memintas kumpulan yang besar ini, Francis membawa kami ke jeti menggunakan jalan pintas menerusi sebuah perkampungan tradisional. Secara kebetulan juga, kami melalui rumah keluarga Si Mati sewaktu menggunakan laluan ini.

Mengikut Francis menggunakan jalan pintas ke jeti menerusi sebuah perkampungan tradisional.
Suasana di sini betul-betul macam yang selalu dilihat dalam drama purba Cina.
Suasana di dalam kampung.
Bertemu dengan keluarga Si Mati yang memakai pakaian pengebumian.
Inilah rumah keluarga Si Mati.
Sanak saudara dan kenalan yang berkumpul di rumah Si Mati.
Perkampungan Xingping ini dibina pada zaman pemerintahan Dinasti Ming 500 tahun dahulu. Perkampungan ini menjadi terkenal kerana Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dan isterinya Hilary pernah berkunjung ke sini sewaktu menyusuri Cruise di Sungai Li.

Rasa macam kita tengah berlakon dalam drama Cina pulak bila lalu di sini.
Orang Cina percaya, sekiranya pemimpin yang hebat membuat persinggahan yang tidak terduga di sesebuah tempat, ia akan mendatangkan tuah kepada tempat tersebut. Disebabkan Bill Clinton pernah singgah mengejut di kampung ini, rakyat China kemudiannya datang berbondong-bondong ke sini untuk menumpang tuah, dan seterusnya menjadikan kampung ini sebuah destinasi pelancongan yang terkenal.

Kampung ini menjadi terkenal selepas Presiden Bill Clinton membuat persinggahan di sini.
 Menara di tepi jeti ini dibina pada zaman pemerintahan Maharaja China dahulu.
Masuk ke menara untuk menuju ke jeti cruise.
Ada pelbagai bentuk cruise yang disediakan untuk menyusuri Sungai Li. Pangkalan-pangkalan cruise juga dibina di merata tempat. Cruise yang kami ikuti ini adalah perjalanan singkat selama 1 jam 30 minit dengan menggunakan sebuah bot besar yang bermula dari Jeti Xingping.

Pemandangan di Jeti Xingping.
Bot cruise berlabuh di tepi jeti.
Rakit-rakit tradisional yang telah dimodenkan di tepi Sungai Li.
Itulah bot kami di depan sana.
Excited berjalan mendapatkan bot.
Naik ke atas bot.
Deck bawah bot yang bertutup.
Deck atas yang terbuka.
Hujan turun sepanjang hari pada ketika itu, termasuklah sewaktu kami menaiki cruise di Sungai Li. Namun hujannya sekejap-sekejap ~ sekejap lebat, sekejap berhenti dan sekejap pula turun renyai-renyai. Disebabkan musim hujan, pemandangan gunung di tepian Sungai Li nampak segar dan berkabus.

Pemandangan sewaktu cruise bermula.
Bot di sebelah yang tiba di jeti selepas tamat cruise.
Sungai Li sangat besar dan airnya sangat jernih. Pemandangan gunung-gunung batu di sekitar sungai juga sangat memukau. Lihat saja pemandangan-pemandangan yang diabadikan sewaktu mengikuti cruise ini...

Menyusuri Sungai Li.
Salah sebuah kampung China Purba yang terdapat di tebing Sungai Li.
Bendera China yang berkibar megah di belakang bot.
Pelancong-pelancong domestik China yang berebut nak bergambar berlatarbelakangkan pergunungan di belakang bot.
Pemandangan indah di Sungai Li.
Kerbau di tebing sungai.
Gunung batu kapur di tebing sungai.
Pemandangan dekat gunung batu kapur.
Berlindung seketika sewaktu hujan lebat turun.
Sungai Li juga menjadi nadi kehidupan bagi penduduk yang tinggal di tebing sungai. Pelbagai aktiviti penduduk tempatan juga dapat diperhatikan sewaktu menyusuri sungai ini.

Membasuh pakaian di tebing sungai.
Salah sebuah pangkalan untuk membuat Bamboo Rafting di Sungai Li.
Mencuci kepingan plastik di tebing sungai.
Rakit buluh ini juga boleh disewa untuk bersiar-siar di Sungai Li.
Semakin jauh menyusuri Sungai Li, pemandangan semakin indah lebih-lebih lagi dengan kabus yang meliputi tebing-tebing gunung di sekitar. Bot menyusuri sungai sehingga sampai ke kawasan pemandangan indah Yellow Cloth Shoal yang diabadikan dalam wang kertas China yang bernilai 20 Yuan.

Pemandangan Sungai Li yang sangat mengkagumkan.
Rakit-rakit moden yang menyusuri Sungai Li.
Group Photo berlatarbelakangkan pemandangan Yellow Cloth Shoal.
Pemandangan Yellow Cloth Shoal yang diabadikan pada wang kertas 20 Yuan.
Bot berpatah balik ke Xingping di Yellow Cloth Shoal.
Ah So yang beraksi ala-ala Titanic.
Pemandangan sewaktu berpatah balik ke Xingping.
Bot rakit menyusuri sungai.
Bertemu kembali dengan kampung ini sewaktu menghampiri Xingping.
Ini adalah satu-satunya resort mewah yang terdapat di kawasan ini.

KEMBALI KE XINGPING

Bot kembali ke jeti Xingping. Jika sewaktu kami berlepas tadi suasana di jeti agak sunyi kerana hari masih awal, jeti di Xingping kini nampak meriah dengan ramai penjual berjual di situ.

Jeti Xingping
Penjual di Jeti Xingping
Penjual limau.
Persimmon
Limau Kumquat
Penjual Tahu
Lagi pemandangan di Jeti Xingping
Penjual Chestnut.
Tidak seperti waktu kedatangan tadi, kami pulang ke bas melalui laluan utama Xingping. Di sepanjang laluan ke bas juga ada ramai penjaja yang menjual pelbagai barangan.

Laluan utama di Xingping.
Penjual kain sutera.
Barangan tembikar.
Penjual limau bali.
Lagi suasana di laluan utama Xingping.
Perkampungan Xingping.
Hanya penjaja kecil saja yang berniaga di perkampungan Xingping ini.
Atas saranan dari Francis, ramai ahli rombongan kami yang membeli buah-buahan kering di sini.
Penjual kipas
Sekolah rendah di Xingping.
Laluan ke pekan Xingping dari kawasan perkampungan.
Penjual kasut Cina.
Di sinilah bas menunggu kami.

Part 9: Bamboo Unlimited

Seperti pakej-pakej pelancongan ke China yang lain, pakej yang kami ikuti juga meliputi persinggahan wajib di tiga buah Government Shop yang terdiri dari Bamboo Shop, Kedai Sutera dan Kedai Herba. Government Shop yang pertama dilawati adalah ke sebuah kedai barangan buluh yang dinamakan Bamboo Unlimited.

Mula-mula memanglah rasa tak seronok kerana terpaksa berkunjung ke Government Shop ni. Tapi orang kata, tak kenal maka tak cinta. Rupa-rupanya seronok pulak datang ke kedai Bamboo Unlimited ni sebab banyak pengetahuan baru yang diperolehi di sini. 

Simpang masuk ke kedai Bamboo Unlimited.
Bas berhenti betul-betul kat depan pintu kedai untuk menurunkan kami.
Pemandangan dari depan Kedai Bamboo Unlimited.
Sebelum memulakan lawatan, kami diberi peluang untuk menggunakan tandas di sini. Sesuatu yang menakjubkan ialah tandas-tandas awam di Yangshuo dan juga di Guilin kemudiannya memang sangat bersih. Kata Francis, ia adalah hasil kempen "Toilet Revolution" yang diperkenalkan oleh Kerajaan China sejak 3 tahun yang lalu.

Bak kata Francis, kalau kita berkunjung ke China 10 tahun yang lalu, memang susah nak menemui tandas moden. Tandas-tandas di China ketika itu hanyalah tandas makeshift yang tidak mempunyai pintu dan perlindungan dari pandangan yang sempurna. Sambil buat "bisnes", boleh berbual-bual dan bertegur sapa dengan "jiran" di toilet sebelah.

Bamboo Unlimited.
Kedai ini menjual pelbagai produk yang dibuat dari buluh.
Pemandangan di lobi depan Kedai Bamboo Unlimited.
Pintu masuk ke bahagian pameran dan jualan.
Lukisan ini dibuat daripada sejenis produk buluh yang dinamakan Bamboo Charcoal.
Sebelum bershopping barangan buluh, kami diberi taklimat mengenai produk-produk buluh yang terdapat di sini. Taklimat diberi di sebuah bilik di bahagian depan kedai.

Benang-benang ini dibuat dari fiber buluh.
Antara produk yang ditenun dari benang buluh.
Berjalan menuju ke bilik taklimat.
Oleh kerana petugas di Bamboo Unlimited ini tak pandai bercakap Inggeris, taklimat diberi kepada kami oleh Francis dengan dibantu oleh petugas tadi. Disebabkan Francis pernah bekerja di kedai ini satu masa dulu, mudah sekali dia memberi penerangan tentang produk-produk yang dihasilkan di sini.

Francis dan petugas di Bamboo Unlimited sedang bersedia untuk memberikan taklimat.
Pemandangan di dalam bilik taklimat.
Iklim di Yangshuo amat sesuai untuk pokok buluh dan kerana itulah pokok buluh tumbuh banyak sekali di sini. Sejak dari dulu lagi, penduduk-penduduk Yangshuo telah memanfaatkan hasil dari pokok buluh untuk dijadikan pelbagai produk untuk kegunaan harian.

Memang banyak hasil dari buluh yang diperkenalkan kepada kami di sini. Memang ada di antara produk ini yang tak pernah terfikir pun di fikiran kita yang ia boleh dihasilkan dari buluh. Antara produk yang diperkenalkan ialah pakaian, alat perubatan dan bermacam-macam lagi.

Demonstrasi perbandingan serapan air di antara kapas dan fiber buluh. Kapas timbul di permukaan air kerana ia tidak banyak menyerap air sedangkan fiber buluh tenggelam kerana ia lebih mampu menyerap air berbanding kapas.
Bikar di sebelah kiri masih berisi air kerana kapas yang diisi ke dalamnya tak mampu nak menyerap keseluruhan air sedangkan bikar di sebelah kanan telah kosong kerana seluruh kandungan air dalam bikar telah diserap oleh fiber buluh yang dimasukkan ke dalamnya.
Pakaian seperti shawl yang dibuat dari fiber buluh ini sangat flexible untuk digayakan, termasuk juga boleh dijadikan tudung kepala.
Antara pakaian yang dibuat dari benang fiber buluh.
Demonstrasi penggunaan Bamboo Charcoal untuk membersihkan air minum.
Pakaian dalam dari buluh.
Souvenir kacang bamboo yang diberi kepada kami.
Bergambar dengan pekerja di Bamboo Unlimited.
Selesai demonstrasi, barulah kami dibawa ke supermarket di Bamboo Unlimited ini. Pelbagai barangan buluh dijual di sini. Kami juga seronok bershopping di sini kerana barangan yang dijual adalah barangan praktikal yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian dan harga barangan yang dijual juga murah dan munasabah.

Pemandangan di supermarket Bamboo Unlimited. Fotografi tak dibenarkan di sini. Jadi kita curi-curi snap gambar.
Gerai-gerai individu di luar Bamboo Unlimited.
Hasil belian kami di Bamboo Unlimited ~ cuma tuala pengesat tangan yang dibeli setelah terpengaruh dengan demonstrasi yang dibuat tadi.
Pemandangan berhampiran Kedai Bamboo Unlimited.

Part 10: Makan Tengahari Di Yangshuo

Tiba waktu makan tengahari, kami dibawa kembali ke Yangshuo. 

Kembali ke Yangshuo.
Bandar Yangshuo.
Hotel New West Street International di mana kami dinner malam tadi.
Lori yang terlebih muatan, tetapi aspek keselamatan tetap diberi perhatian
Makan tengahari disediakan di sebuah restoran Halal di Yangshuo. Namun begitu, tak tahu nama restoran ini kerana namanya hanya ditulis dalam tulisan Cina.

Berjalan menuju ke restoran.
Menyeberang jalan beramai-ramai.
Berjalan ke depan lagi untuk mendapatkan restoran.
Ini dia restorannya. Menurut seorang kawan Cina di Malaysia yang tolong translatekan untuk kami, restoran ini bernama Lanzhou Halal Cafe.
Pemandangan di dalam restoran.
Meja sedang disediakan untuk kumpulan kami.
Menyediakan Teh Cina untuk kami.
Tukang masak di restoran ini yang bernama Aisyah.
Pemandangan di dapur restoran.
Dinding di belakang restoran ini adalah batu gunung.
Sebahagian hidangan makanan tengahari kami.
Seriously sedap!
Husband bergambar bersama pemilik restoran yang bernama Musa.
Menu hidangan di Lanzhou Halal Cafe.
Pemilik restoran, Musa bersama anaknya yang bernama Jamal.
Bergambar kenangan bersama Aisyah, tukang masak yang juga merupakan isteri kepada pemilik restoran, Musa.
Berjalan kembali ke bas.
Sebuah lagi restoran Halal di Yangshuo yang hanya dibuka di sebelah malam.
Selepas makan tengahari, kami dibawa kembali ke hotel untuk bersolat. Lawatan seterusnya bermula pada pukul 2.30 petang nanti...

Kembali ke hotel untuk bersolat.
Antara kemudahan yang terdapat di Starway Hotel Xin Fu An.
 
Bersambung ke Bahagian 4...


CATATAN PERJALANAN GUILIN & YANGSHUO (2016):