Friday 19 February 2016

2016 PHILIPPINES BHG. 06 (Fort Santiago)

Februari 2016

PHILIPPINES
Manila, Villa Escudero & Tagaytay


Bahagian 6: Intramuros (1)
FORT SANTIAGO

HARI KEDUA (4)

Part 14 : Suasana Petang Di Manila

Kami tiba di Manila pada pukul 5 petang. Disebabkan matahari terbenam awal di Manila, ketika itu suasana sudah dikira lewat petang.

Tiba kembali di Manila.
Walau bagaimanapun, sebaik kami masuk ke kawasan Metro Manila, jalan raya menjadi sangat sesak. Ketika itu Myself dah merasa yang kami takkan dapat berkunjung ke Fort Santiago seperti yang dirancang kerana ia ditutup pada pukul 6 petang. Dengan kesesakan jalan raya yang sedemikian rupa, pasti kami takkan sampai ke sana sebelum ia ditutup.

Pemandangan di kota Manila lewat petang.
The Cultural Center of the Philippines sesak dengan pengunjung pada petang itu kerana cuaca sangat baik.
Kami melalui Manila Bay ketika matahari hampir terbenam. Pemandangan matahari terbenam juga sangat cantik pada hari ini kerana cuaca sangat baik.

Pemandangan indah matahari terbenam di Manila Bay
Manila Bay juga ada ramai pengunjung pada petang itu

Part 15: Intramuros

Intramuros adalah sebuah kota yang didirikan oleh penjajah Spanish sewaktu mereka menakluk Filipina pada kurun ke-16. Kota ini walau bagaimanapun telah dimusnahkan oleh tentera Amerika untuk menamatkan penaklukan Jepun pada Perang Dunia Kedua.

Pada masa dulu, Intramuros menjadi kediaman eksklusif bagi orang-orang Spanish dan Mestizo (kacukan Filipina-Spanish) di Manila. Orang-orang Filipina tempatan dan rakyat berketurunan Cina boleh berurusan di dalamnya tetapi tidak boleh tinggal di sini. Beberapa bangunan bersejarah yang dibina orang Spanish masih kekal di Intramuros. Suasana di kawasan bersejarah ini kini diibaratkan sebagai "Little Mexico".

Salah sebuah pintu masuk ke Intramuros
Sebelum kedatangan Spanish, kawasan Intramuros ini didiami oleh orang Islam Filipina yang diketuai oleh Rajah Sulayman. Mereka menentang penjajahan Sepanyol tapi akhirnya tewas dan terpaksa menyerahkan tanah kekuasaan mereka di Manila kepada Sepanyol. Sepanyol membina tembok sekeliling kota dan kemudiannya menamakan kawasan ini "Intramuros" yang bermaksud "Within The Walls".

Bangunan-bangunan peninggalan Sepanyol masih banyak berdiri di Intramuros.

Part 16: Fort Santiago

Fort Santiago adalah antara mercu tanda utama di Intramuros. Seperti juga Intramuros sendiri, ia didirikan oleh penjajah Sepanyol.

Fort Santiago
Kami tiba di Fort Santiago tepat pada pukul 6 petang. Pada mulanya pengawal di pintu masuk enggan membenarkan kami masuk kerana pintu akan ditutup sebentar lagi, tapi entah apa yang diperkatakan oleh Jane kepada pengawal berkenaan dalam Bahasa Tagalog, kami akhirnya dibenarkan masuk ke dalam.

Disebabkan lawatan ke sini tiada dalam itinerari pakej kami, kami terpaksa membayar sendiri tiket masuk ke Fort Santiago. Tapi tak kisahlah sebab tiketnya hanya berjumlah 75 Peso (RM7.50) seorang dan kami pun memang ingin nak melawat ke dalamnya.

Papan kenyataan di luar Fort Santiago
Tiket masuk ke Fort Santiago adalah 75 Peso seorang
Sebaik masuk ke dalam Fort Santiago kita dapat melihat bangunan yang dinamakan Almacenes Reales (Royal Warehouses) yang pada asalnya berfungsi sebagai gudang bagi barang-barang yang dibawa masuk menerusi Sungai Pasig. Setelah musnah dalam satu gempa bumi, bangunan ini telah diperbaiki dan diubah kegunaannya menjadi kuarters kediaman tentera Sepanyol.

Almacenes Reales
Bangunan ini pernah berfungsi sebagai gudang dan juga kediaman tentera pada masa dahulu.
Sejarah Almacenes Reales
Ada sebuah taman yang indah di dalam kawasan Fort Santiago. Selain dari dihiasi dengan pancutan air dan pokok-pokok yang indah, ia juga dihiasi dengan patung-patung negarawan Filipina.

Taman berciri Spanish di perkarangan Fort Santiago.
Kalau tak salah patung di sebelah kiri ini adalah Presiden Filipina yang pertama, Emilio Aguinaldo yang juga mengetuai Philippines Revolution selepas kematian wira Filipina, Jose Rizal.
Selepas sekian lama dijajah Sepanyol, Philippines kemudiannya dijual oleh Sepanyol kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD 20 juta melalui Treaty of Paris. Maka, bermulalah era penjajahan Amerika di Filipina pula.

Filipina akhirnya mencapai kemerdekaan dari Amerika Syarikat pada 4 Julai 1946. Namun begitu, untuk melarikan diri dari bayang-bayang penjajahan Amerika, Presiden Filipina ketika itu yang bernama Diosdado Macapagal mengisytiharkan 12 Julai 1946 sebagai tarikh kemerdekaan Filipina. Ini adalah kerana tarikh 4 Julai adalah juga tarikh kemerdekaan Amerika Syarikat dari British pada masa dahulu.

Rumah burung merpati di Taman Fort Santiago
Picnic Grounds di Fort Santiago
Selepas berjalan agak jauh ke dalam, barulah kami sampai ke Fort Santiago yang sebenar. Mengikut kata Jane, putih telur turut digunakan oleh Spanish sewaktu pembinaan kota ini. Oleh yang demikian pada masa itu, semua rakyat Filipina dipaksa menderma sebiji telur ayam setiap kepala untuk pembinaannya.

Fort Santiago yang sebenar
Fort Santiago rosak teruk dalam Perang Dunia Kedua. Ia telah diperbaiki dan bata berwarna merah yang dilihat pada tembok ini adalah bahagian yang telah diperbaiki selepas perang.
Jambatan masuk ke Fort Santiago. Pada masa dahulu ada sebuah drawbridge di sini.
Pemandangan pintu masuk ke Fort Santiago dari atas jambatan. Moat yang mengelilingi kota ini masih berisi dengan air seperti masa dahulu.
Fort Santiago dinamakan sempena St. James (yang dipanggil Santiago dalam Bahasa Sepanyol) yang merupakan patron saint bagi negara Spain.

Pintu masuk ke Fort Santiago dihiasi dengan lambang-lambang kebesaran negara Spain.
Lambang kebesaran Spain di atas pintu masuk ke Fort Santiago

Ukiran St. James (Santiago) sedang membunuh singa di atas pintu masuk ke Fort Santiago ini sebenarnya melambangkan tentera Spanish mengalahkan tentera Islam di Eropah.
Pada waktu yang sama sewaktu Spanish menjajah Filipina, mereka sebenarnya baru memenangi peperangan dengan tentera Islam di Sepanyol di bawah pimpinan King Ferdinand dan isterinya, Queen Isabella. Kerana itulah orang Spanish sangat membenci penduduk tempatan Filipina yang beragama Islam ketika itu kerana menganggap mereka adalah sama dengan tentera Islam yang berperang dengan mereka di Eropah.

Pemandangan ke dalam Fort Santiago.
Oleh kerana Fort Santiago dibina menggunakan teknologi Eropah ketika itu, dinding Fort Santiago dibina berlapis-lapis untuk tujuan pertahanan.
Pengunjung-pengunjung ke Fort Santiago
Semua pengunjung ke Fort Santiago pasti takkan miss melihat kesan tapak kaki yang dibuat berjalan keluar dari kota. Tapak kaki ini menunjukkan perjalanan terakhir pejuang Filipina, Jose Rizal yang dipenjarakan di kota ini sebelum dijatuhi hukuman tembak oleh Spanish di sebuah taman yang dinamakan Luneta (kini dikenali sebagai Rizal Park). 

Tapak kaki yang menandakan perjalanan terakhir Jose Rizal dari penjaranya di dalam Fort Santiago menuju ke Rizal Park.
Pemandangan dekat tapak kaki Rizal
Fort Santiago adalah sebenarnya tapak kediaman pemerintah Islam tempatan yang benama Rajah Sulayman sebelum kedatangan Sepanyol. Kerana itulah teater yang terdapat di dalam kubu ini dinamakan Rajah Sulayman Theater sempena nama beliau.

Rajah Sulayman Theater
Pemandangan dari luar Rajah Sulayman Theater
Pintu masuk ke teater.
Pemandangan di dalam teater.
Persembahan teater di sini selalunya dibuat oleh pelajar-pelajar sekolah.
Satu lagi pemandangan ke dalam Rajah Sulayman Theater.
Meninggalkan Rajah Sulayman Theater
Tidak jauh dari Rajah Sulayman Theater adalah bangunan di mana Jose Rizal dipenjarakan. Sebuah patung life-sized Rizal juga dibina di dalam bilik penjaranya. Tapak kaki perjalanan terakhir Rizal yang dilihat sebaik masuk ke Fort Santiago tadi bermula di sini.

Bangunan penjara Jose Rizal
Kisah perjalanan terakhir Rizal yang dinamakan sebagai Last Walk To Martyrdom dapat dibaca pada papan keterangan di luar penjara ini.
Last Walk To Martyrdom
Di sinilah Jose Rizal dipenjarakan sebelum ditembak di Rizal Park.
Orangnya kecil sahaja (ketinggiannya tak sampai 150 cm), tetapi berjiwa besar untuk membebaskan negaranya dari penjajahan Spanish.
Rizal dikatakan mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri sewaktu dipenjarakan di sini. Tetapi dia enggan berbuat demikian, untuk membuktikan dia tidak bersalah.

Betul-betul di sebelah penjara Rizal adalah Postigo De La Nuestra Señora Del Solidad (Postern of Our Lady of Solitude). Ia adalah salah sebuah pintu yang digunakan oleh penghuni Fort Santiago untuk ke Sungai Pasig. Memang mudah sangat sebenarnya untuk Rizal melarikan diri dengan bantuan penyokong-penyokongnya yang ramai, tapi Hero Sejati tak mahu berbuat begitu.

Postigo de la Nuestra Señora del Soledad.
Sejarah Postigo de la Nuestra Señora del Soledad.
Sepanyol menjual Filipina kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD 20 juta setelah mereka kalah dalam Spanish-American War. Amerika menjadi penjajah baru Filipina selepas itu. Namun bila Perang Dunia Kedua meletus, Jepun pula cuba menjajah Filipina. Mereka mengambilalih Fort Santiago dari tentera Amerika.

Seperti juga di Malaysia, Jepun bertindak kejam kepada penduduk tempatan. Seramai 600 orang telah ditawan dan diseksa oleh Jepun dalam sebuah Dungeon di Fort Santiago. Sebuah salib batu yang dinamakan Memorial Cross kemudiannya didirikan oleh Kerajaan Filipina berhampiran tempat di mana mayat mereka ditemui untuk mengenang peristiwa ini.

Beberapa kesan sejarah lain di Fort Santiago.
Mengikut Jane untuk melawat Memorial Cross. Bangunan di depan sana ialah Baluarte de Santa Barbara.
Memorial Cross yang dibina untuk memperingati mangsa kekejaman Jepun dalam Perang Dunia Kedua.
Sejarah Memorial Cross
Baluarte de Santa Barbara adalah sebuah benteng di Fort Santiago yang dibina menghadap ke Sungai Pasig. Ia mengawal pergerakan kapal-kapal yang berlayar di Sungai Pasig. Pada masa dahulu ada meriam dan serbuk-serbuk peledak yang disimpan di sini.

Orang Kristian Katholik mempunyai banyak patron saint yang dipercayai boleh memberi perlindungan kepada mereka. Setiap pekerjaan ada patron saint masing-masing. Santa Barbara adalah patron saint bagi mereka yang bekerja dengan api seperti tentera di sini yang bertugas menjaga meriam dan serbuk peledak. Kerana itulah benteng ini dinamakan Baluarte de Santa Barbara.

Sejarah Baluarte de Santa Barbara
Pemandangan di Baluarte de Santa Barbara
Lubang ini juga digunakan oleh Spanish untuk menyiksa tawanan. Mereka akan diikat dengan pemberat dan dibiarkan lemas di dalam lubang ini bila air pasang di Sungai Pasig.
Dungeon yang digunakan oleh tentera Jepun untuk menyiksa tawanan-tawanan mereka dahulu terletak di bawah Baluarte de Santa Barbara.
Pemandangan Dungeon dengan lebih dekat.
Dungeon ini ditutup kepada pengunjung atas sebab-sebab keselamatan. Pengunjung hanya boleh melihatnya dari luar sahaja.
Sejarah tentang Dungeon.
Media Naranja pula adalah balkoni di Baluarte de Santa Barbara yang menghadap ke Sungai Pasig. Pemandangan sebahagian bandaraya Manila dapat dilihat dengan jelas dari sini.

Media Naranja
Pemandangan bandaraya Manila dari Media Naranja.
Dah lupa apa nama area di seberang sana. Kata Jane, kawasan tersebut adalah sebuah Red Light District di mana banyak aktiviti gelap berlaku.
Malam melabuhkan tirai sewaktu kami berada di Media Naranja. Dah tiba masanya untuk kami beredar keluar dari Fort Santiago.

Sebelum kami beredar, Jane menunjukkan kepada kami bunga-bunga Nilad yang terapung di Sungai Pasig. Bunga-bunga inilah yang sebenarnya memberi nama kepada Manila. Nama asal Manila adalah Maynilad, sempena nama bunga ini. Nama "Philippines" pula adalah sempena nama seorang Raja Spanish, King Philip II.

Matahari terbenam di Sungai Pasig.
Bunga-bunga Nilad yang memberi nama kepada Manila (Maynilad).
Beredar dari Baluarte de Santa Barbara.
Pemandangan Manila Cathedral dari Fort Santiago.
Kubah Manila Cathedral yang sangat terang dihiasi lampu di malam hari.
Dalam perjalanan keluar dari Fort Santiago, Jane terus menunjukkan beberapa lagi kesan sejarah di sini. Walaupun kami tak dapat melawat dengan lebih dekat kerana kesuntukan masa, kami tetap berpuas hati dapat berkunjung di sini.

Bangunan di seberang sana adalah Muzium Rizalia yang mempamerkan pelbagai koleksi peribadi Jose Rizal.
Meriam lama.
Seram juga berjalan dalam kota ini di malam-malam begini.
Gereja lama di dalam Fort Santiago ini kini terletak di dalam kawasan padang golf Intramuros. Padang golf ini adalah sebenarnya sebahagian parit (moat) yang telah ditebusguna.
Tembok di atas bangunan gereja lama.
Orang Spanish pada masa dahulu sangat kuat berpegang kepada ajaran Katholik. Kerana itulah di mana-mana saja ada shrine Katholik yang didirikan oleh mereka.

Kawasan berhampiran Shrine of Our Lady of Guadalupe
Shrine of Our Lady of Guadalupe sebenarnya terletak di dalam bangunan di depan sana tu.
Baluartillo and Reducto de San Francisco Xavier
Kami adalah antara pengunjung terakhir yang keluar dari Fort Santiago pada malam itu. Sebelum meninggalkan Fort Santiago, Jane mencadangkan supaya kami mengambil gambar pengawal-pengawal Fort Santiago yang masih berpakaian seragam sama seperti di zaman Spanish dulu. Mereka bukan saja berkawal di Fort Santiago ini sebenarnya, malah di seluruh Intramuros.

Pengawal di Fort Santiago dan seluruh Intramuros masih memakai pakaian seragam yang sama seperti di zaman Spanish dulu.
Bangunan Kedutaan Poland yang terletak betul-betul bertentangan dengan Fort Santiago.


Bersambung ke Bhg. 7...


CATATAN PERJALANAN PHILIPPINES 2016: