Tuesday 16 February 2016

2016 PHILIPPINES BHG. 05 (Labasin Waterfall)

Februari 2016

PHILIPPINES
Manila, Villa Escudero & Tagaytay 


Bahagian 5: Villa Escudero Tour (3)

VILLA ESCUDERO Part 3

HARI KEDUA (3)

Part 12 (3) : Villa Escudero

LABASIN WATERFALLS RESTAURANT (2) 

Pengalaman makan di Labasin Waterfalls Restaurant di Villa Escudero memang menyeronokkan kerana kita betul-betul makan dalam air terjun. Meja-meja makan dan kaunter buffet makanan diletakkan di dalam sungai di bawah air terjun.

Labasin Waterfalls Restaurant
Meja makan dan kaunter buffet makanan yang diletakkan di dalam air.
Pengunjung tidak dilarang memakai kasut di dalam air terjun ini tetapi bagi yang nak membuka kasut, ada tempat meletak kasut yang disediakan di tepi air terjun.

Tempat meletak kasut di tepi air terjun
Air Terjun Labasin adalah sebenarnya air terjun buatan. Ia dibina oleh Don Escudero pada masa dahulu untuk menjalankan turbin bagi menjana elektrik di ladangnya. Kami diberitahu, loji janakuasa elektrik yang dibina oleh Don Escudero ini masih berfungsi sehingga kini menjana elektrik ke seluruh Villa Escudero.

Loji elektrik yang dibina oleh Don Escudero terletak di atas sana.
Ada tiga ruang makan yang disediakan di Labasin Waterfalls Restaurant. Ruang pertama terletak di kaki air terjun dan ruang kedua terletak jauh sedikit dari air terjun.

Ruang makan pertama terletak di kaki air terjun.
Ruang makan kedua terletak jauh sikit dari air terjun.
Ada bumbung kain yang dipasang di ruang makan kedua untuk mengelakkan daun-daun pokok jatuh ke dalam makanan pengunjung.
Bagi yang tak mahu kebasahan langsung, ada juga ruang makanan yang disediakan di tepi air terjun.

Ruang makan di tepi air terjun untuk mereka yang tak rela kebasahan.
Makanan yang disediakan adalah makanan tipikal Filipina. Memang banyak yang kita tak boleh makan kerana makanannya tidak halal. Tapi kita taklah juga kebuluran di sini sebab masih ada nasih putih, sayur-sayuran dan ikan bakar yang boleh dimakan.

Buffet makanan juga dihidangkan di atas air. Kesemua makanan yang dihidangkan adalah masakan tipikal Filipina.
Petugas di kaunter buffet makanan.
Buffet makanan di ruang makan kedua
Seperti orang Melayu di Malaysia, orang Filipina juga makan menggunakan tangan. Sebelum makan, kita boleh membasuh tangan langsung di air terjun atau di sinki yang disediakan berhampiran ruang makan kedua.

Kalau nak makan, boleh basuh tangan di air terjun.
Sinki membasuh tangan yang disediakan dekat ruang makan kedua. Airnya dialirkan dari air terjun.
Posing dulu sebelum makan.
Ini saja yang Halal untuk dimakan.
Walaupun dia beragama Katholik, Jane cukup faham apa yang dikatakan makanan Halal. Rupa-rupanya Ayah Jane adalah seorang Muslim Filipina yang murtad memeluk agama Katholik sewaktu berkahwin dengan ibunya. Namun begitu menurut Jane, Ayahnya masih enggan menyentuh daging babi sehingga kini kerana masih berpegang yang babi adalah sejenis binatang yang kotor. Disebabkan pengaruh Ayahnya, Jane sendiri juga sangat jarang memakan daging babi walaupun babi sangat digemari oleh penduduk Filipina.

Menurut Jane, dia tidak mengenali keluarga Ayahnya kerana mereka telah memutuskan hubungan bila Ayah Jane memeluk agama Kristian. Dari cerita Jane tentang Ayahnya juga, kami dapat merasakan masih ada sedikit iman di dalam hatinya walaupun dia telah menukar agama. Sebagai orang Islam, kita doakanlah semoga Ayah Jane diberi hidayah untuk kembali kepada agama Islam sebelum ajal menjemput beliau.

Bergambar kenangan bersama Jane.
Mangga yang sangat sedap ini dibawa oleh Jane dari pokok yang ditanam di rumahnya untuk dikongsi bersama kami.
Selepas makan, kami menyertai pengunjung-pengunjung yang lain bergambar di tepi air terjun. Memang seronok dan unik sekali restoran ini. Myself tak tahu sama ada restoran sebegini ada di Malaysia.

Bergambar di tepi air terjun
Husband mesti nak posing gaya Hindustan macam ni...

PHILIPPINES CULTURAL SHOW

Pada setiap hari Sabtu dan Ahad, persembahan Philippines Cultural Show diadakan di Villa Escudero. Disebabkan kami datang ke sini pada hari Ahad, kami berpeluang menyaksikan Cultural Show yang sangat menarik ini.

Selepas selesai makan tengahari, kami mengikut Jane keluar dari restoran menuju ke tempat persembahan. Sebaik keluar dari restoran, kami melawat dulu stesen janakuasa elektrik yang dibina oleh Don Escudero.

Stesen janakuasa yang dibina oleh Don Escudero.
Sejarah stesen janakuasa ini tertera di pintu masuk.
Pemandangan ke dalam stesen janakuasa
Mesin di dalam stesen janakuasa
Persembahan kebudayaan ini diadakan di sebuah bangunan yang dinamakan Coconut Pavilion yang juga merupakan sebuah restoran. Di belakang Coconut Pavilion ini, kami dapat melihat pengunjung-pengunjung yang mencuba mendayung rakit-rakit tradisional yang disediakan. Rakit-rakit inilah yang sebenarnya dinamakan Labasin.

Mendayung rakit tradisional di belakang Coconut Palace.
Rakit-rakit tradisional ini dibuat dari buluh.
Pagar penahan di pinggir air terjun untuk mengelakkan pendayung rakit dari terjatuh ke bawah.
Coconut Pavilion di mana persembahan Philippines Cultural Show diadakan.
Coconut Pavilion adalah juga sebuah restoran.
Pengunjung-pengunjung yang tidak makan di Coconut Pavilion sedang mengambil tempat untuk menyaksikan Cultural Show.
Sebelum Cultural Show bermula, kami mengambil kesempatan meninjau bangunan hotel yang dinamakan Villa Escudero Resort di belakang Coconut Pavilion. Hotel ini menarik kerana dibina mengikut bentuk rumah tradisional Filipina.

Villa Escudero Resort yang dibina mengikut ciri senibina rumah tradisional Filipina.
Berakit-rakit ke hulu...
Persembahan kebudayaan di Villa Escudero dimulakan pada pukul 2 petang. Ia dimulakan dengan tarian dari Wilayah Ifugao yang terkenal dengan penanaman padi. Banaue Rice Terraces yang terkenal di Filipina terletak di wilayah ini.

Muzik tradisional dari Wilayah Ifugao
Pakaian tradisional Wilayah Ifugao
Oleh kerana Ifugao adalah wilayah penanaman padi, tarian dari Wilayah Ifugao banyak menggambarkan aktiviti menanam dan menuai padi.
Persembahan berikutnya adalah dari Wilayah Mindanao yang masih kuat berpegang kepada ajaran Islam. Mungkin disebabkan kita berkongsi kebudayaan yang sama, tarian dari Mindanao ini sangat mirip kepada tarian kebudayaan Melayu di Malaysia.

Tarian ini ada sikit-sikit macam silat.
Tarian ini pula menggambarkan Dayang Istana di taman.
Perarakan Putera Raja Melayu yang konon-kononnya masuk ke perkarangan istana dengan diketuai oleh seorang Pak Imam. Muzik permulaan persembahan ini juga macam Salawat Nabi (tapi muzik saja, tanpa sebarang lafaz).
Puteri menari Tarian Galah bersama dayang-dayang istana.
Kemudian bila Spanish datang menjajah Philippines, bermulalah pengaruh Spanish dalam tarian-tarian rakyat Filipina.

Pemuzik Villa Escudero Ensemble ini mengiringi tarian-tarian berikutnya yang menunjukkan banyak pengaruh Sepanyol.
Inilah pakaian tradisional Philippines. Baju luar yang jarang itu pada asalnya dibuat dari fiber nanas.
Sebuah tarian rakyat yang mempunyai unsur-unsur Spanish di dalamnya.
Tarian ini dikatakan ditarikan oleh pembesar-pembesar Spanish dalam perayaan.
Tarian ini mempunyai pengaruh Tarian Flamenco yang terkenal di Spain. Cuma bezanya castanets yang diketip-ketip di tangan penari untuk menghasilkan irama sampingan dalam tarian ini dibuat dari buluh.
Kemudian penonton dipersembahkan dengan tarian-tarian dari Kepulauan Mindoro yang sebahagian besar penduduk tradisionalnya bekerja sebagai nelayan. Tarian dari Kepulauan Mindoro ini banyak menggunakan lilin yang secara simboliknya menjadi panduan kepada nelayan di laut untuk pulang ke daratan.

Tarian dari Kepulauan Mindoro.
Lilin yang digunakan dalam tarian dari Kepulauan Mindoro ini secara simboliknya adalah panduan kepada nelayan yang menangkap ikan di laut untuk pulang ke daratan.
Satu lagi tarian yang menarik ialah Tarian Tempurung Kelapa dari Wilayah Laguna. Villa Escudero terletak dalam Wilayah Laguna dan wilayah ini terkenal dengan penghasilan kelapanya.

Tarian Tempurung Kelapa dari Wilayah Laguna
Ada juga beberapa permainan rakyat yang dipersembahkan dalam Cultural Show ini. Antara yang menarik ialah tarian ini yang ditarikan di atas pangkin kayu.

Tarian Pangkin Kayu.
Aksi akrobatik dalam Tarian Pangkin Kayu.
Permainan Sabung Ayam juga adalah budaya yang dikongsi oleh semua negara-negara di Asia Tenggara termasuklah di Philippines. Kagum melihat penari-penari ini membawa ayam hidup ke atas pentas untuk persembahan ini. Sesuatu yang menarik juga, permainan Sabung Ayam ini dipanggil "Sabong" dalam Bahasa Tagalog.

Permainan Sabung Ayam juga terdapat di Filipina.
Siap bawak ayam hidup lagi atas stage dan ayam-ayam ini memang berlawan sabung atas stage. Macam mana la dia orang ni train ayam-ayam ni untuk buat show macam tu?!
Si Jaguh
Persembahan Kebudayaan selama sejam ini diakhiri dengan pelbagai versi Tarian Buluh yang merupakan tarian kebangsaan negara Philippines. Nama Tarian Buluh ini ialah Tinikling.

Tarian Buluh di akhir persembahan
Di penutup persembahan, barulah penari-penari ini diperkenalkan kepada penonton. Terperanjat bila diberitahu yang semua mereka ni sebenarnya adalah pekerja-pekerja Villa Escudero sendiri dari pelbagai department. Kehebatan mereka membuat persembahan memang nampak macam penari-penari profesional! Rupa-rupanya mereka ini semua penari part-time saja rupanya.

Penari-penari diperkenalkan kepada penonton di akhir persembahan.
Mereka sebenarnya adalah pekerja-pekerja biasa dari pelbagai jabatan di Villa Escudero.
Penonton-penonton bergambar dengan penari-penari kebudayaan.
Kami juga tidak melepaskan peluang begambar dengan mereka.

Part 13 : Balik Ke Manila

Bila Jane mendapat tahu yang kami tak berkesempatan melawat ke Fort Santiago semalam, dia mencadangkan supaya kami terus kembali ke Manila selepas persembahan kebudayaan tamat kerana dia nak membawa kami ke sana. Lawatan ke Fort Santiago ini sebenarnya tak ada dalam itinerari lawatan kami dengan pakej ke Villa Escudero ini, tapi Jane begitu baik hati nak membawa kami ke sana. Kata Jane, dia tak kisah berbuat begitu kerana Fort Santiago yang terletak di kawasan Intramuros di Manila ini sebenarnya dekat saja dengan hotel penginapan kami. 

Disebabkan Jane begitu bersungguh-sungguh, kami pun menerima pelawaannya. Bak kata pepatah, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan...

Berjalan balik ke Komplek Pelawat Villa Escudero selepas persembahan tamat. Pintu pagar di sebelah kanan itu adalah kediaman keluarga Escudero.
Kolam yang cantik berhampiran kediaman keluarga Escudero.
Kapalterbang perang ini telah ditembak dan ditinggalkan di Villa Escudero sewaktu Perang Dunia Kedua dulu.
Meninggalkan Villa Escudero
Meninggalkan bandar San Pablo
Perjalanan pulang ke Manila juga menggunakan Lebuhraya SLEX (South Luzon Expressway) seperti waktu kedatangan pada pagi tadi.

Pulang ke Manila
Salah sebuah plaza tol di SLEX
Kadar tol SLEX
Bas dan lori dilarang menggunakan lorong laju di SLEX. Kalau degil lalu juga di sini, akan disumpah menjadi Ikan Bawal...


Bersambung ke Bhg. 6...


CATATAN PERJALANAN PHILIPPINES 2016: