Tuesday 1 December 2015

2015 WESTERN EUROPE BHG. 01 (KL - Doha)

November 2015

WESTERN EUROPE
England (2nd Visit), France, Belgium, Netherlands, Germany & Switzerland

Bahagian 1: KEMBARA EROPAH

Pengalaman berkunjung ke negara Turki pada tahun 2014 membuka mata kami untuk mengembara lebih jauh ke benua Eropah. Namun demikian, disebabkan pelbagai faktor seperti kos dan jarak penerbangan yang sangat jauh ia bagai membantutkan hasrat ini. Pengalaman betapa tersiksanya sakit badan ketika terbang direct ke Turki selama lebih 10 jam menyebabkan Myself bagai bersumpah tak mahu lagi menaiki kapalterbang untuk perjalanan yang jauh melebihi 7 atau 8 jam pada masa hadapan.

Sebetulnya, Myself dan Huband telah mendaftar untuk mengikuti sebuah pakej percutian berkumpulan ke Australia pada bulan Jun 2015 sebelum kami berkunjung ke Sri Lanka. Namun demikian, hasrat ini tidak dapat ditunaikan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Selepas segala urusan selesai, kami berhasrat untuk meneruskan perancangan melancong ke Australia. Namun begitu, rupa-rupanya Allah SWT memberikan kami rezeki yang lebih baik berbanding peluang berkunjung ke Australia yang terpaksa dilepaskan. Sedang kami mencari pakej gantian ke Australia, Dia menemukan kami dengan pakej melancong ke Eropah Barat yang kosnya sama dengan pakej ke Australia yang ingin kami ikuti.

Pakej pengembaraan ke Eropah ini anjuran Kowamas Holidays. Ia meliputi perjalanan 10 Hari / 8 Malam ke 6 buah negara di Eropah Barat : England, France, Belgium, Netherlands, Germany dan Switzerland. Walaupun jadual perjalanannya hanya sehari dua di sesebuah negara, ia sangat menarik dan memberikan kami insight kepada setiap negara yang dilawati.


Lebih penting bagi Myself, perjalanan ke Eropah ini menggunakan penerbangan Qatar Airways yang memerlukan kami membuat persinggahan transit di Doha, Qatar dalam perjalanan ke Eropah dan ketika kembali ke Malaysia. Mungkin persinggahan transit ini tidak digemari oleh sesetengah pengembara, namun ia sangat penting bagi Myself yang tak larat nak terbang jauh berterusan selama 12 atau 13 jam sehingga sampai ke destinasi tujuan.

Pengembaraan kami bermula dari kota London di England. Dari London kami dibawa menaiki keretapi laju Eurostar merentasi Selat Inggeris ke Paris di Perancis. Dari Paris, perjalanan kami seterusnya adalah menggunakan bas yang disewa khas ke destinasi-destinasi yang seterusnya merentasi negara Belgium (Brussels), Belanda (Amsterdam), Jerman (Cologne, Frankfurt dan Titisee) sebelum berakhir di Switzerland (Zurich, Mount Titlis dan Lucerne).

Peta perjalanan kami merentasi Eropah Barat yang meliputi 6 buah negara: England, France, Belgium, Netherlands, Germany dan Switzerland.

HARI PERTAMA (1)

Part 1: Dari KL Terbang Ke Doha

Penerbangan kami dari Kuala Lumpur ke Doha, Qatar dijadualkan berlepas pada pukul 2.40 pagi dari KLIA. Sehari sebelum perlepasan, Tour Leader dari Syarikat Kowamas telah menghubungi semua peserta untuk mengingatkan kami supaya berkumpul di KLIA pada pukul 11.40 malam, iaitu 3 jam sebelum waktu penerbangan.

Semua ahli rombongan yang berjumlah 25 orang bertemu buat kali pertama di KLIA sewaktu mendaftar masuk di kaunter Qatar Airways. Urusan check-in diuruskan sepenuhnya oleh Tour Leader kami yang memperkenalkan dirinya sebagai Roy.

Group Check-in di KLIA
Ini adalah kali pertama kami menggunakan Qatar Airways. Terkedu melihat Boarding Pass Qatar Airways ini... hanya sebuah kad kosong yang dicetak dengan berbagai kod di atasnya. Bagi orang yang biasa naik kapalterbang, boleh jugalah nak memahami kod-kod yang tertulis. Tapi bagi orang yang pertama kali naik kapalterbang, jenuh juga nak memahami kandungan Boarding Pass macam ini.

Boarding Pass Qatar Airways yang kosong dan dicetak dengan pelbagai kod di atasnya.
Oleh kerana destinasi akhir penerbangan kami adalah London Heathrow, bagasi dicheck-in terus sehingga ke sana.
Tour Leader kami, Mohd Rohaizan yang lebih mesra dengan panggilan Roy.
Sambil menunggu waktu berlepas, kami mengalas perut dulu di Old Town White Coffee. Memang lapar bila terpaksa berjaga sehingga ke awal pagi seperti itu. Oleh kerana hari telah dikira lewat malam, banyak Food Outlet di KLIA yang telah ditutup. Yang masih beroperasi hanyalah outlet-outlet makanan segera seperti Old Town White Coffee ini.

Old Town White Coffee adalah antara Food Outlet yang beroperasi 24 jam di KLIA.
Walaupun perut terasa lapar, sukar bagi kami nak menghabiskan roti bakar di Old Town White Coffee ini. Mungkin sebab perut tak biasa menerima makanan selewat ini pada hari-hari biasa.
Pintu Perlepasan Qatar Airways QR 853 dibuka seawal pukul 1.40 pagi, sejam awal berbanding waktu perlepasan pada pukul 2.40 pagi. Selain dari kumpulan kami yang berlepas ke Eropah, penerbangan ini juga digunakan oleh sebuah lagi kumpulan anjuran Kowamas Holidays yang juga transit di Doha dalam perjalanan menuju ke Turki.

Penerbangan kami, QR 853 berlepas dari Pintu C34.
Melangkah masuk ke Pintu Perlepasan.
Panggilan untuk pesawat kami menuju ke Doha, Qatar Airways QR 853.
Pesawat Qatar Airways QR 853 berlepas dari KLIA ke Hamad International Airport di Doha, Qatar tepat pada pukul 2.40 pagi mengikut jadual. Pesawat ini sangat luas dan selesa bagi perjalanan selama 7 jam 50 minit ini.

Pemandangan dalam pesawat menuju ke Doha.
Pesawat berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Doha.
Peta laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Doha yang memakan masa 7 jam 50 minit.
Sajian lewat malam dalam penerbangan ke Doha.
Sajian lewat malam : Chicken Curry Fajitas dan Coconut Cake.
Chicken Curry Fajitas.
Cuaca sepanjang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Doha agak baik pada malam itu. Hanya sedikit gegaran yang dirasai sewaktu pesawat terbang melintasi India.

Sedikit gegaran dirasai selepas pesawat terbang melintasi India.
Sajian sarapan pagi dihidangkan kepada penumpang oleh anak kapal kira-kira 2 jam sebelum pesawat mendarat di Doha.

Sajian sarapan pagi kira-kira 2 jam sebelum pesawat mendarat di Doha.
Sajian sarapan pagi: Sausage dan Omelette.
Gambar ini diambil oleh peramugari untuk kami selepas dia melihat kami terkial-kial cuba nak berselfie di dalam pesawat.
Terbang melintasi Abu Dhabi.
Pemandangan Abu Dhabi dari udara.
Pemandangan subuh bandaraya Doha sewaktu pesawat sedang menurun untuk melakukan pendaratan.
Selamat mendarat di Hamad International Airport di Doha, Qatar pada pukul 5.10 pagi, awal 30 minit berbanding jadual.
Pemandangan sewaktu pesawat sedang docking di bangunan Terminal Lapangan Terbang.

Part 2: Hamad International Airport, Doha

Persinggahan transit kami di Doha adalah selama 2 jam sebelum mengambil penerbangan sambungan ke London.

Bersiap-sedia untuk keluar dari pesawat.
Dalam Airbridge menuju ke bangunan terminal.
Escalator untuk naik ke Ruang Transit.
Tour Leader sedang menyerahkan Boarding Pass untuk perjalanan kami yang seterusnya dari Doha ke London.
Hamad International Airport ini sangat besar dan terdapat banyak kedai di dalamnya. Sekali imbas, ia mengingatkan Myself kepada bangunan Terminal KLIA2 di Tanah Air.

Berehat seketika di Hamad AIrport selepas penerbangan yang panjang dari Kuala Lumpur.
Berjalan menuju ke Ruang Transit.
Ketika itu, jam menunjukkan pukul 5.43 pagi waktu tempatan.
Arah ke Ruang Transit.
Travelator ke Ruang Transit.
Mentari pagi muncul di Hamad Airport sekitar pukul 5.45 pagi.
Monitor iklan yang sangat besar dan terang dalam perjalanan ke Ruang Transit.
Cahaya merah yang menerangi ruang restoran ini adalah limpahan cahaya lampu merah dari monitor iklan tadi.
Bila display iklan berubah, warna yang menerangi ruang restoran turut berubah.
Laluan ke pintu-pintu perlepasan di Hamad International Airport.
Arah ke Al Mourjan Business Lounge
Kereta mewah ini adalah hadiah utama sebuah peraduan membeli-belah yang dianjurkan oleh Hamad International Airport.
Husband membantu mengambil gambar seorang pengunjung ke Hamad International Airport yang nak bergambar dengan kereta mewah.
Sebiji macam suasana di KLIA2.
Wajah seorang pengembara.


Bersambung ke Bhg. 2...


CATATAN PERJALANAN WESTERN EUROPE (2015):