Sunday 28 December 2014

2014 JAWA BARAT & JAWA TIMUR BHG. 05 (Bandung - Surabaya)

Disember 2014

JAWA BARAT & JAWA TIMUR, INDONESIA
Subang, Malang & Bromo

Bahagian 5: Bandung
DARI JAWA BARAT KE JAWA TIMUR


HARI KETIGA (1)

Part 8: Terbang Ke Surabaya 

Pada Hari Ketiga, rombongan kami meninggalkan Kota Subang untuk kembali ke Bandung. Oleh kerana ramai ahli rombongan belum pernah melawat Kota Bandung, satu program lawatan diaturkan untuk mereka di sana. Bagi Myself dan Husband, kami berpecah dari rombongan untuk berkunjung ke kota Surabaya yang terletak di Jawa Timur. Namun kami masih sempat bersarapan pagi bersama sebelum bertolak menuju ke Surabaya.

Sarapan pagi di Hotel Dafam Betha - nasi goreng bersama ayam, cucur tahu dan Keciwis Ca Jamur (masakan Kacang Panjang).
Musim Cuti Krismas dan Tahun Baru sebenarnya bukanlah waktu yang bagus untuk berkunjung ke Indonesia. Di samping keadaan cuaca musim hujan, jalan-jalan raya di kota-kota wisata seperti Bandung memang sangat sesak. 

Oleh kerana kami perlu tiba di Lapangan Terbang Husein Sastranegara selewat-lewatnya pada pukul 11 pagi, pemandu kami yang bernama Darwis telah mencadangkan supaya kami bertolak ke Airport seawal pukul 7 pagi. Memandangkan ahli-ahli rombongan lain akan bertolak ke Bandung pada jam 8 pagi, mereka beramai-ramai menghantar kami bertolak ke Bandung di pintu hotel.

Bye-Bye! Kita jumpa lagi di Malaysia.
Meninggalkan kota Subang
Kami bertemu ramai penunggang basikal seperti ini dalam perjalanan kembali ke Bandung.
Suasana pagi dalam perjalanan ke Bandung.
Darwis - pemandu yang membawa kami ke Lapangan Terbang.
Teres sawah padi dalam perjalanan ke Bandung
Gerai durian
Gerai Nanas. Dodol Nanas juga banyak dijual di kawasan ini.
Oleh kerana ketika itu musim perayaan Krismas, ramai penjual jalanan yang mengambil kesempatan berjualan barangan parti Krismas.
Setiap daerah di Indonesia ada makanan authentic masing-masing. Kalau di Bali dulu kami sering bertemu dengan gerai yang menjual Babi Guling, di Jawa Barat ini pula makanan authentic mereka adalah Sate Kelinci dan Sate Biawak. Kelinci adalah perkataan Bahasa Indonesia yang bermaksud Arnab.

Gerai Sate Kelinci yang juga menjual kelinci untuk dijadikan sate.
Makanan-makanan authentic di Jawa Barat.
Macam mana agaknya rasa Sate Biawak?
Bumi Pulau Jawa juga sangat subur. Banyak kawasan pertanian yang kami lalui dalam perjalanan kembali ke Bandung.

Oleh kerana kawasan ini banyak ditanami Nanas, tugu Nanas turut didirikan di tengah bandar.
Ladang Teh yang banyak terdapat di sekitar Bandung. Teh ini walau bagaimanapun tak sama spesis dengan teh yang ditanam di Cameron Highlands di Malaysia.
Menempuh ladang teh yang sangat cantik dalam perjalanan menuju ke Bandung.
Kenderaan baru (bas) dan lama (kuda).
Di sini juga terdapat ladang-ladang strawberi.
Ladang strawberi yang sangat curam. Kelihatan seperti pekerja ladang ini terpaksa merangkak untuk memanjat naik ke atas sana.
Ladang sayur.
Sebelum tiba di Bandung, kami melintasi sebuah pekan yang bernama Lembang. Terdapat sebuah pasar yang terletak dalam laluan perjalanan kami di sini. Oleh yang demikian, jalan raya sedikit sesak di sini.

Pekan Lembang
Pengangkutan kereta kuda di Pekan Lembang.
Jalan raya di sini sesak kerana terdapat sebuah pasar.
Macam suasana pasar basah di Malaysia pada tahun 1970-an dulu.
Pintu masuk ke Pasar Lembang.
Kami menarik nafas lega bila akhirnya tiba di kota Bandung. Maklum sajalah, sejak dua hari lepas, perjalanan kami sentiasa berdepan dengan masalah trafik jam yang menyebabkan tempoh perjalanan yang sepatutnya pendek menjadi berganda-ganda panjangnya. Yang paling kami takuti adalah kalau-kalau terlepas penerbangan menuju ke Surabaya.

Tiba di Kota Bandung
Pengangkutan Awam di Kota Bandung yang dinamakan Angkutan Kota.
Pemandangan di kota Bandung.
Bandung terkenal sebagai sebuah kota membeli-belah dan jalan membeli-belah yang paling terkenal di sini ialah Jalan Cihampelas. Kami melintasi Jalan Cihampelas dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Bandung dan kenangan membeli-belah di sini kembali sewaktu melihat kedai-kedai di sepanjang jalan yang pernah kami kunjungi pada tahun 2007 dulu.

Jalan Cihampelas, Bandung
Kedai-kedai di Jalan Cihampelas ada banyak hiasan yang unik untuk menarik pelanggan.
Kedai Batman
Ini pulak kedai Rambo dan Bart Simpson.
Signboard di kota Bandung
Secara umumnya, perjalanan awal pagi begini sangat selesa dan kurang sesak dengan kenderaan. Namun begitu, perjalanan yang pada kebiasaannya memakan masa 2 jam tetap memakan masa 3 jam. Kami tiba di Bandar Udara (Bandara) Husein Sastranegara pada pukul 10.15 pagi.

Seperti juga airport-aiport lain yang pernah kami temui di Indonesia, pasti ada sebuah pangkalan tentera udara dekat-dekat airport. Ini adalah kerana semua Airport di Indonesia dijaga oleh tentera.
Bangunan Terminal Bandar Udara Husein Sastranegara di Bandung, Jawa Barat.
Pemandangan di dalam Bandara Husein Sastranegara.
Kami dijadualkan terbang dari Bandung ke Surabaya dengan penerbangan Garuda Indonesia yang berlepas pada pukul 1.35 tengahari. Oleh kerana kami tiba di Airport agak awal, kaunter Check-in Garuda Indonesia Airlines belum dibuka dan terpaksalah kami menunggu seketika.

Terpaksa menunggu seketika sehingga kaunter Check-in Garuda dibuka.
Sedang kami menunggu kaunter Check-in dibuka, tiba-tiba Myself mendapat mesej Whatsapp dari seorang rakan di Malaysia yang meminta Myself membalas mesejnya dengan segera. Rupa-rupanya ada sebuah pesawat Air Asia yang berlepas dari Surabaya ke Singapura terputus hubungan dan disyaki terhempas di Laut Jawa. Rakan ini yang tahu rancangan kami bercuti ke Surabaya hanya ingin memastikan yang kami tidak berada di dalam pesawat tersebut.

Serentak dengan mesej yang diterima dari rakan tersebut, skrin-skrin TV di Airport turut menyiarkan berita tentang kehilangan pesawat Indonesia Air Asia QZ8501 yang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura dengan 162 penumpang dan anak kapal.

Berita kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 di dalam berita TV Indonesia.
Seorang warganegara Malaysia turut berada di dalam pesawat malang ini.
Walaupun terperanjat dengan berita yang diterima, suasana di Bandara Husein Sastranegara tenang sekali. Rakyat Indonesia ramai yang beragama Islam dan agama yang kedua terbesar di sana adalah Kristian yang kedua-duanya adalah agama samawi yang menyembah Tuhan Yang Esa. Jadi rata-rata, rakyat Indonesia menerima musibah yang berlaku sebagai takdir dari Tuhan. Alhamdulillah, rancangan kami berdua untuk menyambung percutian di Surabaya juga tidak tergugat dengan berita yang diterima. 

Kaunter Check-in Garuda Indonesia Airlines. Penumpang domestik seperti kami dikenakan Cukai Lapangan Terbang sejumlah 25,000 Rupiah (RM9) seorang.
Penerbangan kami dari Bandung ke Surabaya ~ GA 361.
Selepas Check-in, kami terus masuk ke Ruang Menunggu Domestik yang terletak di tingkat atas. Ruang Menunggu ini cantik dan selesa serta mempunyai beberapa buah restoran di dalamnya.

Kedai buku dan laluan masuk ke Ruang Tunggu Domestik di Bandara Husein Sastranegara, Bandung.
Pemeriksaan sekuriti untuk masuk ke Ruang Menunggu Domestik.
Petugas-petugas Garuda Indonesia (kiri) dan Air Asia (kanan) yang menunggu di Pintu Masuk Ruang Menunggu Domestik untuk memeriksa senarai penumpang yang telah mendaftar masuk.
Ruang Menunggu Domestik yang sangat selesa
Pemandangan di Ruang Menunggu Domestik
Sementara menunggu waktu perlepasan pesawat, kami memilih untuk makan tengahari di sebuah restoran di Ruang Menunggu Domestik ini yang dinamakan Prologue Kitchen & Bar.

Prologue Kitchen & Bar di Ruang Menunggu Domestik, Bandara Husein Sastranegara.
Pemandangan di Prologue Kitchen & Bar
Seafood Fried Rice di Prologue Kitchen & Bar
Disebabkan waktu Zohor masuk cukup awal di Bandung, kami sempat membuat Solat Jamak Zohor dan Asar sebelum berlepas.

Ruang Solat Wanita yang agak terbuka berhampiran pintu masuk.
Ruang Solat Lelaki
Kira-kira setengah jam sebelum berlepas, penumpang Garuda Indonesia GA361 menuju ke Surabaya dipanggil masuk ke dalam pesawat.

Pesawat Garuda Indonesia tiba di Bandung dari destinasi yang sebelumnya.
Krew Garuda bergambar di luar pesawat.
Pertukaran krew pesawat
Penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat

Bersambung ke Bhg. 6..


CATATAN PERJALANAN JAWA BARAT & JAWA TIMUR, INDONESIA (2014):