Wednesday 9 April 2014

2014 TOKYO & OSAKA BHG. 07 (Hakone)

Mac 2014

JAPAN (5th Visit) 
Tokyo, Mount Fuji, Kyoto & Osaka

Bahagian 7 : Mount Fuji (2) 
HAKONE & HAMAMATSU

HARI KEEMPAT (1)

Part 16: Hakone 

LAKE ASHI

Selepas makan tengahari di Gotenba Kameya Restaurant, perjalanan kami diteruskan ke Hakone. Tujuan kami adalah melawat Owakudani yang merupakan sebuah lembah air panas di Gunung Fuji.

Perjalanan ke Hakone
Dalam perjalanan ke Hakone, kami melintasi Lake Ashi, sebuah lagi tasik yang membentuk Five Great Lakes of Fuji.

Bandar di pinggir Lake Ashi
Lake Ashi. Tasik ini lebih kecil berbanding Lake Kawaguchi yang kami kunjungi pada pagi tadi.
Kapal lanun di Lake Ashi
Lake Ashi juga merupakan tempat permulaan bagi perkhidmatan kereta kabel Hakone Ropeway yang kami lintasi dalam perjalanan ke Owakudani.

Stesen permulaan Hakone Ropeway di Lake Ashi
Selepas meninggalkan Lake Ashi, kami menempuh sebuah kawasan pembakaran terbuka. Menurut Tourist Guide kami, Wan padang ini sengaja dibakar. Pada musim bunga setiap tahun di tempat ini diadakan upacara pembakaran rumput untuk dijadikan baja.

Bukit yang dibakar dalam satu upacara tradisional setiap tahun.
Satu lagi pemandangan bukit yang terbakar.
Seperti kami, ramai pelancong tempatan juga turut berkunjung ke Owakudani sehingga menyebabkan lalulintas menjadi sesak. Semakin tinggi kami mendaki juga, cuaca menjadi semakin dingin sehingga suhu mencecah 9 darjah Celcius.

Suhu yang mencecah 9 darjah Celcius sewaktu kami menghampiri Owakudani
Sesekali, kereta kabel Hakone Ropeway akan turut melintasi jalanraya yang kami lalui.
Kesesakan lalulintas menyebabkan ramai juga pengunjung yang meninggalkan kereta di tempat-tempat parking yang disediakan sepanjang perjalanan dan berjalan kaki naik ke Owakudani.

OWAKUDANI

Selepas menempuh kesesakan lalulintas yang mencabar, kami tiba di Owakudani.

Tiba di Owakudani.
Owakudani adalah sebuah lembah gunung berapi di kawasan Hakone. Pemandangan di lembah ini menakutkan dengan asap dari gunung berapi yang keluar dari celah-celah tanah dan batuan.

Angin bertiup dengan kencang sewaktu kami di sana sehingga menyebabkan kami hampir melayang ditiup angin. Memang serious - tak tipu bila Myself kata kami hampir melayang ditiup angin! Tak pernah seumur hidup Myself berdepan dengan tiupan angin yang begitu kencang sehinggakan berjalan pun perlu membongkokkan badan untuk melawan tiupan angin.

Cuaca sejuk juga menyebabkan Myself terpaksa memakai sarung tangan. Nasib baiklah bawak persalinan winter yang lengkap datang ke sini.

Angin bertiup sangat kencang di Owakudani. Perhatikan bagaimana semua orang yang sedang berjalan menuju ke kedai sana terpaksa membongkokkan badan untuk melawan angin.
Satu lagi pemandangan tiupan angin kencang di Owakudani.
Satu lagi bukti betapa kuatnya angin yang bertiup.
Kereta kabel Hakone Ropeway dari Lake Ashi berakhir di sini. Jika anda berhasrat nak menaiki Hakone Ropeway, anda mestilah seorang yang benar-benar berani dan tak takut gayat. Ini adalah kerana laluan kereta kabel ini merentasi gunung yang tinggi dan jurang yang dalam untuk sampai ke sini. Di samping itu juga, anda akan berdepan dengan tiupan angin kencang seperti yang kami alami di sana.

Kerana itulah agaknya Apple Holidays membawa kami ke Owakudani dengan menaiki bas. Takut ada ahli rombongan yang diserang sakit jantung kalau menaiki Hakone Ropeway ni.


Hakone Ropeway
Pemandangan Hakone Ropeway sewaktu tiba di Owakudani
Owakudani juga terkenal dengan Kuro-Tamago ~ telur yang dimasak dengan direbus dalam air panas yang keluar dari bumi di sini. Telur ini istimewa kerana selepas masak direndam dalam air panas, kulitnya bertukar menjadi hitam.

Kuro-Tamago ~ telur berkulit hitam yang terkenal di Owakudani. Muka berkerut dalam gambar ini kerana menahan tiupan angin kencang.
Mengikut kepercayaan orang Jepun, jika kita makan sebiji telur hitam ini, umur kita akan panjang selama 5 tahun lagi. Jadi kalau nak umur panjang, makanlah banyak-banyak telur hitam ni.

Disebabkan kami pun nak panjang umur 5 tahun lagi, kami pun berusaha mencari telur ini untuk dimakan. Telur ini dijual dengan harga 500 Yen (RM 15) sepaket. Setiap paket mengandungi 4 biji telur.

Lapisan pertama bungkusan Kuro-Tamago
Lapisan kedua bungkusan Kuro-Tamago
Pandangan dekat Kuro-Tamago
Telur hitam ini dimasak dalam mata air panas di atas gunung. Myself tak naik ke tempat dia orang masak telur ni sebab kena memanjat tangga yang curam dan tak rata, ditambah dengan tiupan angin yang kencang.

Mata air panas di atas gunung tempat di mana telur hitam dimasak. Nampak tak bakul yang digantung pada tali di sebelah kanan tu? Itu sebenarnya cable car bagi mengangkut telur yang telah masak untuk dijual di kedai-kedai di kaki gunung.

Part 17: Naik Shinkansen Ke Hamamatsu

PERJALANAN KE KAKEGAWA

Selepas meninggalkan Hakone, program lawatan seterusnya ialah menaiki keretapi peluru Jepun yang dipanggil Shinkansen ke bandar Hamamatsu. Dari Hakone kami dibawa ke bandar Kakegawa yang memakan masa 3 jam perjalanan.

Perjalanan ke Kakegawa
Di Jepun ni ada satu peraturan untuk pemandu bas awam macam driver bas kami. Mereka mesti membuat satu perhentian setiap 2 jam perjalanan. Oleh kerana perjalanan ke Kakegawa memakan masa 3 jam, bas kami berhenti di sebuah perhentian rehat di lebuhraya.

Perhentian rehat dalam perjalanan ke Kakegawa.
Pertama kali Myself melihat vending machine Jepun yang menjual ais kerim adalah di perhentian rehat ini.
Dalam perjalanan ke Kakegawa juga, kami melintasi sebuah pelabuhan kecil yang cantik. Lautan yang luas terbentang ini adalah Laut Pasifik.

Pemandangan Lautan Pasifik dalam perjalanan ke Kakegawa
Pelabuhan kecil di dalam perjalanan.

SHINKANSEN

Kami tiba di Stesen Keretapi Kakegawa pada pukul 6.30 petang. Stesen ini adalah sebuah stesen kecil, tapi menjadi persinggahan keretapi Shinkansen Kodama dalam laluan dari Tokyo ke Nagoya dan Osaka.

Bas menurunkan kami di Stesen Kakegawa dan meneruskan perjalanan ke Hamamatsu dengan membawa bagasi kami.

Menunggu Wan membelikan tiket Shinkansen untuk kami.
Laluan bawah tanah di Stesen Kakegawa untuk ke platform Shinkansen.
Setibanya di platform untuk Shinkansen, tiket perlu dimasukkan ke dalam gate sekali lagi.
Beratur menunggu ketibaan Shinkansen
Kami menunggu kira-kira 20 minit sebelum keretapi Shinkansen kami tiba di stesen. Dalam tempoh tersebut kami dapat melihat 4 buah keretapi Shinkansen yang tidak membuat perhentian di Kakegawa berdesup lalu.
 
Shinkansen ini hanya lalu tanpa membuat perhentian di Stesen Kakegawa.
Sebuah lagi Shinkansen yang berdesup lalu di hadapan kami.
Keretapi Shinkansen bergerak pada kelajuan purata 250 km/jam. Namun begitu, ia tidaklah bergerak dengan kelajuan begitu pada setiap masa. Ada peraturan yang perlu diikuti oleh pemandu Shinkansen. Contohnya, mereka perlu memperlahankan keretapi bila memasuki kawasan bandar.

Petugas di stesen ini bertugas memastikan Shinkansen yang melintasi Stesen Kakegawa ini tiba dan bergerak mengikut masa. Jika berlaku kelewatan walaupun seminit, dia akan melaporkannya kepada stesen perhentian Shinkansen yang seterusnya.
Perjalanan kami menaiki Shinkansen ini dari Kakegawa ke Hamamatsu hanyalah sejauh 30 km. Namun begitu, disebabkan kelajuan Shinkansen ini, perjalanan hanya memakan masa kira-kira 15 minit sahaja.

Shinkansen kami tiba di stesen.
Ada 2 jenis gerabak dalam Shinkansen ini: Reserved dan Non-Reserved. Kami menaiki gerabak Non-Reserved yang free-seating.
Penumpang turun dari Shinkansen
Pemandangan di dalam Shinkansen. Macam dalam kapalterbang.
Tiba di Stesen Hamamatsu
Petugas Shinkansen di Stesen Hamamatsu
Stesen keretapi Hamamatsu sangat besar. Selain stesen keretapi, ia juga mempunyai pusat membeli-belah di dalamnya. Kami dibawa makan malam di sebuah restoran Jepun yang terletak di dalam bangunan stesen ini sendiri.

Makan malam di Restoran Okatchan di Stesen Hamamatsu
Semua pengunjung terpaksa duduk bersila di meja rendah di restoran ini.
Selepas makan, kami dibawa berjalan kaki ke hotel penginapan kami pada malam itu, Okura Act City Hamamatsu Hotel yang terletak bersebelahan dengan Stesen Keretapi Hamamatsu.

Berjalan ke Hotel Okura Act City Hamamatsu dari Stesen Keretapi
Lobi di Hotel Okura Act City Hamamatsu
Bilik penginapan kami di Hotel Okura Act City Hamamatsu
Pemandangan malam bandaraya Hamamatsu dari bilik hotel kami
Toiletries di Hotel Okura Act City Hamamatsu ditaja oleh Shiseido
Sebelum tidur pada malam itu, kami makan telur hitam Kuro-Tamago yang dibeli di Owakudani petang tadi. Walaupun kulit telur berwarna hitam, isi telur masih putih macam telur biasa. Rasanya pun sama saja dengan telur biasa.

Kuro-Tamago yang telah dikupas kulit. Sama saja macam telur biasa.


Bersambung ke Bhg. 8 ...


CATATAN PERJALANAN TOKYO & OSAKA (2014):