Monday 7 April 2014

2014 TOKYO & OSAKA BHG. 05 (Disneysea 3)

Mac 2014

JAPAN (5th Visit)
Tokyo, Mount Fuji, Kyoto & Osaka 

Bahagian 5 : Tokyo (4)

TOKYO DISNEYSEA (3)

HARI KETIGA (3)

Sambungan entry tentang pengalaman kami melawat ke Tokyo Disneysea..

VULCANIA RESTAURANT 

Untuk kembali ke Mediterranean Harbor, kami melintasi semula Mysterious Island. Kami melalui sebuah restoran di sana yang bernama Vulcania Restaurant yang menjual masakan Cina. Barisan pengunjungnya juga taklah sepanjang mana dan ada sebuah menu Shrimp In Chilli Paste yang Insyaallah halal dimakan. Jadi, kami membuat keputusan untuk lunch di sini saja.

Restoran Vulcania di Mysterious Island
Untuk mempercepatkan urusan, pengunjung ke restoran ini diberikan menu hidangan untuk membuat pilihan makanan sewaktu masih beratur dalam barisan.
Model-model makanan yang dibuat dari plastik juga diletakkan berhampiran kaunter supaya pengunjung jelas akan rupa makanan yang sebenar.
Restoran Vulcania terletak di dalam Gunung Prometheus. Hiasan dalamannya juga menggambarkan susasana di dalam perut bumi.
Sajian makanan tengahari kami ~ Shrimp in Chilli Paste yang dihidang bersama keropok udang. Kami juga turut memesan nasi putih dan dessert bersama air oren dan air anggur.
Bil makanan tengahari kami ~ 3,700 Yen (RM 112) untuk dua orang.
Hidangan dessert kami - Almond Pudding berbentuk kepala Mickey Mouse dan Mango Pudding berbentuk kepala Donald Duck.
Kami cukup bersyukur dikurniakan Allah rezeki yang halal di Disneysea ini walaupun rasanya tak seberapa dan mahal harganya. 

THE LEGEND OF MYTHICA 

Ahli rombongan kami diminta berkumpul di tempat parking bas pada pukul 4 petang untuk perjalanan seterusnya ke Gunung Fuji. Oleh kerana kami berdua pergi ke Disneysea, kami terpaksa keluar dari sini lebih awal lagi untuk mengambilkira perjalanan kembali ke Disneyland.

Ketika itu jam telahpun menunjukkan pukul 2.15 petang, jadi kami terus saja kembali ke Mediterranean Harbor untuk menyaksikan persembahan The Legend Of Mythica yang seperti parade di Disneyland. Persembahan ini bertempat di Lagoon berhadapan Hotel MiraCosta dan bermula pada pukul 2.30 petang.

Pengunjung telah bersedia mengambil tempat di depan Hotel MiraCosta di Mediterranean Harbor untuk menyaksikan persembahan The Legend Of Mythica
The Legend Of Mythica juga boleh diikuti dari seksyen American Waterfront di seberang sana.
Kami memilih untuk menyaksikan The Legend Of Mythica dari sini - di hadapan Cafe Portofino di Mediterranean Harbor
Persembahan Legend Of Mythica sangat menarik. Tengok saja gambar-gambar di bawah ni..

Persembahan pembukaan The Legend of Mythica
Tidak seperti Disney Parade yang diadakan di atas jalanraya di Disneyland, persembahan The Legend of Mythica diadakan di atas air.
Makhluk-makhluk mitos dari laut yang menyertai persembahan The Legend of Mythica
Ada sebahagian pertunjukan yang juga dibuat di atas darat.
Ikan mitos dari laut yang naik ke darat untuk menari
Kuda Unicorn yang bertanduk satu
Kalau anda berkesempatan berkunjung ke Tokyo Disneysea, pastikan anda menyaksikan pertunjukan ini.
Naga Berapi
Naga berkepala tiga (Hydra)
Pertunjukan bunga api
Katak Laut
Penutup persembahan juga berlangsung dengan sangat kemas.

TUMPANG BERSOLAT DI GUEST RELATIONS 

Selepas tamat pertunjukan The Legend Of Mythica pada pukul 3 petang, tibalah masa untuk kami meninggalkan Disneysea. Husband tak puas berkunjung ke sini dan berazam untuk datang lagi. Mungkinkah akan ada kunjungan keenam ke Jepun nanti? Tengoklah, kalau dimurahkan rezeki..

Sebenarnya kami hanya sempat melawat separuh Disneysea saja pada hari itu. Ada dua seksyen yang langsung tak sempat kami jejak iaitu Port Discovery dan American Waterfront. Lost River Delta pun sebenarnya separuh saja kami explore. Tak sempat sampai pun ke Piramid Mayan yang menjadi simbol Lost River Delta yang sebenarnya.

Sebelum meninggalkan Disneysea, kami mencari dulu Guest Relations untuk tumpang bersolat di sana. Dalam perjalanan sewaktu di Disneysea Plaza, terserempak pulak dengan persembahan ini..


Persembahan kecil di Disneysea Plaza
Setibanya di Guest Relations, kami menghadapi satu masalah lagi. Petugas di sini tak pandai berbahasa Inggeris dan sukar sekali nak menerangkan kepada mereka yang kami nak cari tempat untuk tumpang bersolat. Orang Jepun umumnya macam dah tak ada agama, jadi mereka tak faham apa yang kami minta. Tak seperti Hong Kong Disneyland, Tokyo Disneysea ini jarang dikunjungi tetamu beragama Islam. Jadi tak seperti di Hong Kong Disneyland dulu, petugas Guest Relations di sini agak pelik dengan permintaan kami.

Di sinilah Husband menggunakan kepakarannya bercakap dalam "Bahasa Ayam Itik" sekali lagi. Bila dia buat action macam orang Buddha menyembah dengan colok barulah petugas itu faham. Dia kemudiannya membenarkan kami menumpang sebuah bilik tetamu di sana untuk bersolat.

Bergambar di Kaunter Guest Relations Tokyo Disneysea. Lupa pulak nak ambil gambar pertugas yang membantu kami di sini.
Tumpang bersolat di sebuah bilik tetamu di Guest Relations, Tokyo Disneysea
Selepas bersolat dan mengucapkan terima kasih kepada petugas yang membantu kami tadi, kami menaiki Disney Resort Line pulang ke Disneyland.

Bergambar kenangan di Stesen Tokyo Disneysea
Satu lagi kenangan di Stesen Tokyo Disneysea
Sebelum pergi ke Disneysea, kami ada juga bercadang nak masuk ke Disneyland ini kalau berkesempatan selepas pulang dari sana. Tapi nampaknya memang tak sempat.
Bas kami sedang menunggu di tempat parking Tokyo Disneyland.

Part 10: Perjalanan Ke Gunung Fuji 

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Gunung Fuji. Perjalanan ke sana melintasi kembali bandaraya Tokyo. Dalam perjalanan ramai ahli rombongan yang bercerita tentang pengalaman mereka beratur selama lebih satu jam semata-mata untuk membeli popcorn di Disneyland tadi.


Melintasi semula bandaraya Tokyo menuju ke Gunung Fuji yang terletak di selatan Tokyo.
Disebabkan kesesakan lalulintas, perjalanan kami yang sepatutnya memakan masa 3 jam telah memakan masa lebih 4 jam.
Pemandangan jalan raya di bandaraya Tokyo yang dibina bertingkat-tingkat kerana kekurangan tanah.
Pemandangan bandaraya Tokyo dari sebuah lebuhraya yang dibina sangat tinggi di tengah-tengah bandaraya.
Sebahagian lebuhraya dibina berhampiran dengan kawasan-kawasan kediaman di Tokyo.
Ini satu papan tanda yang tak pernah kita lihat di Malaysia ~ Papan tanda baby tengah tidur ini menandakan anda sedang melalui kawasan kediaman. Jadi sila bersopan-santun dan jangan bunyikan hon kuat-kuat.
Dalam perjalanan, bas kami membuat persinggahan di sebuah kawasan rehat di lebuhraya.

Pemandangan lebuhraya yang dilalui pada waktu malam dalam perjalanan dari Tokyo ke kawasan pergunungan Mount Fuji.
Kawasan rehat di lebuhraya yang disinggahi dalam perjalanan ke Mount Fuji
Stesen mengecas kenderaan elektrik di kawasan rehat lebuhraya. Malangnya, tak sebuah pun kenderaan elektrik singgah di sini sewaktu kami berada di sana. Jadi tak dapatlah melihat bagaimana kenderaan elektrik dicas.
Cookie berperisa pisang dan walnut ini kami beli sewaktu di Disneyland tadi. Rasanya memang sedap.
Kami akhirnya tiba di Hotel Fujinoboukaen yang terletak di kawasan Gotenba di kaki Gunung Fuji pada pukul 8.30 malam.

Ketibaan di Fujinoboukaen Hotel
Menguruskan bagasi untuk dibawa ke bilik penginapan
Hotel Fujinoboukaen ini adalah penginapan berciri tradisional Jepun yang dinamakan ryokan. Tiada katil disediakan di hotel ini, cuma tilam yang dibentang di atas lantai. Biliknya juga agak kecil. Kami terpaksa menggulung tilam yang dibentang jika nak bersolat, macam style kat kampung di Malaysia zaman dulu-dulu. Namun tilam ini cukup selesa bila kita tidur di atasnya.

Bilik penginapan kami di Fujinoboukaen Hotel. Tiada katil disediakan di sini, cuma tilam yang dibentang di atas lantai.
Oleh kerana hotel ini bercirikan hotel tradisional, ada kimono dan selipar Jepun disediakan di dalam bilik. Hotel ini juga mempunyai sebuah mandian air panas yang dinamakan Onsen. Kami walau bagaimanapun tak minat langsung nak mencuba. Pihak hotel meminta pengunjung untuk mengikut cara Jepun jika ingin mandi di sana, yang mana antara syarat utamanya ialah jangan berbuat bising dan tak boleh berpakaian langsung kat dalam sana. Tak tahulah pulak kalau ada ahli group kami yang mencuba...

Makan malam disediakan secara buffet di Hotel Fujinoboukaen. Kena berhati-hati pilih makanan yang boleh dimakan di sini.
Untuk kemudahan pengunjung, pihak hotel meletakkan gambar sayur, ikan, ayam dan babi pada setiap masakan untuk menunjukkan kandungannya. Namun, kami telah dinasihatkan untuk tidak makan satu masakan ikan yang nampak sedap di sini kerana ia dimasak dengan menggunakan sake.
Pemandangan di restoran Hotel Fujinoboukaen. Ramai pengunjung yang mengambil kesempatan memakai kimono dan berselipar Jepun sewaktu makan malam di sini.
Makanan pilihan kami untuk dinner.
Disebabkan pilihan makanan yang halal dimakan dalam buffet agak terhad, pengurusan Hotel Fujinoboukaen telah menghadiahkan ketam besar ini kepada rombongan kami dengan banyak sekali.

Bersambung Ke Bhg. 6...