Thursday 17 April 2014

2014 TOKYO & OSAKA BHG. 12 (Wakayama)

Mac 2014
 
JAPAN (5th Visit)
Tokyo, Mount Fuji, Kyoto & Osaka 

Bahagian 12 : Wakayama
WAKAYAMA, KANSAI & PULANG

HARI KETUJUH

Part 32: Wakayama

Pada hari terakhir di Jepun, kami menginap di Wakayama. Hotel kami, Daiwa Roynet Hotel terletak berhampiran Wakayama Castle dan kami sangat bertuah mendapat bilik yang menghadap ke istana ini.

Pemandangan Wakayama Castle dari Daiwa Roynet Hotel
Pemandangan taman di Wakayama Castle. Dari maklumat yang kami terima, taman Wakayama Castle adalah juga antara lokasi terbaik di Jepun bagi melihat bunga sakura.
Pemandangan bandar Wakayama
Pintu masuk ke Wakayama Castle
Kami tidak mempunyai sebarang itinerari lawatan di Wakayama. Oleh kerana penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dijadualkan berlepas pada pukul 11.00 pagi, kami perlu bergerak keluar dari hotel selewat-lewatnya pada pukul 7.30 pagi. 

Restoran sarapan pagi di Daiwa Roynet Hotel sepatutnya mula beroperasi pada pukul 6.30 pagi. Namun, pihak Apple Holidays telah mengaturkan dengan pihak hotel supaya kami dapat bersarapan lebih awal lagi.

Restoran sarapan pagi di Daiwa Roynet Hotel, Wakayama
Agak susah memilih makanan yang boleh dimakan di sini kerana terlalu banyak hidangan bercampur daging babi di sini. Roti di sini juga dicampur dengan unsur dari babi.
Terpaksa bersarapan dengan nasi, ikan, telur dan hash brown potato sahaja pagi ini. Mujurlah dah nak balik ke Malaysia dah ni..
Kami berlepas ke Kansai Airport di Osaka dari Wakayama pada pukul 7.30 pagi. Sewaktu meninggalkan Wakayama, kami dapat melihat bahawa Wakayama adalah sebenarnya sebuah bandar pertanian.

Pintu masuk ke Daiwa Roynet Hotel, Wakayama
Pemandangan sekitar bandar Wakayama ~ penuh dengan kawasan pertanian.
Sawah padi di Wakayama. Kami diberitahu penghasilan padi di negara Jepun cukup untuk keperluan negara tersebut. Oleh itu, Jepun tidak mengimport beras dari negara luar.
Plaza Tol Wakayama.
Pemandangan lebuhraya dari Wakayama ke Osaka

Part 33: Kansai

Perjalanan dari Wakayama ke Lapangan Terbang Kansai di Osaka memakan masa kira-kira 40 minit. Lapangan terbang ini dibina dari tapak yang ditebusguna dari laut.

Lapangan Terbang Kansai dibina atas tapak pembuangan sampah yang ditebusguna dari laut.
Jambatan merentasi laut untuk masuk ke bangunan lapangan terbang.
Pemandangan airport dari dekat
Pesawat Malaysia Airlines kami telah sedia menunggu di Kansai untuk membawa kami pulang ke Malaysia.
Tempat menurunkan penumpang di Kansai.
Senibina di Kansai Airport seakan-akan sama dengan KLIA dari arah ini.
Menurunkan beg dari perut bas. Sayonara! Moga berjumpa lagi di satu hari nanti.
Penerbangan Malaysia berlepas dari Terminal 1 di Kansai Airport. Kaunter Malaysia Airlines juga adalah yang pertama ditemui sebaik masuk ke dalam terminal.

Pintu masuk ke Terminal 1.
Perkhidmatan Baggage Delivery ini terdapat di semua airport di Jepun. Kalau tak mahu mengheret sendiri beg yang berat ke hotel penginapan di Jepun, kita boleh menggunakan perkhidmatan ini.
Kaunter pendaftaran masuk Malaysia Airlines di Kansai.
Petugas Malaysia Airlines di Kansai Airport yang sangat peramah.
Selepas melalui pemeriksaan imigresen, kami meninjau-ninjau untuk mencari kedai cenderamata. Namun kami agak hampa kerana dari pemerhatian kami, Terminal 1 Kansai Airport ini tidak mempunyai kedai sedemikian. Yang ada hanyalah kedai-kedai bebas cukai yang menjual barangan seperti rokok, minyak wangi dan cokelat. Disebabkan ini jugalah, Myself rasa lebih seronok menunggu pesawat pulang di Narita Airport di Tokyo berbanding di sini.

Tempat pemeriksaan imigresen di Kansai Airport
Smoking Lounge di Kansai Airport
Ruang menunggu untuk penumpang di Kansai Airport
Pesawat kami, MH53 dijadualkan berlepas mengikut jadual.
Terminal 1 di Kansai Airport penuh dengan kedai-kedai bebas cukai.
Boarding Pass untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Part 34: Penerbangan Pulang 

Penerbangan kami berlepas dari Kansai menerusi Gate 5. Untuk mendapatkan gate ini, kami perlu menaiki keretapi ke sana.

Menunggu keretapi ke Gate Perlepasan
Pemandangan dalam keretapi ke Gate Perlepasan
Keretapi yang berulang-alik antara bangunan terminal dan pintu-pintu perlepasan di Kansai Airport
Gate Perlepasan untuk pulang ke Kuala Lumpur
Pesawat Finnair yang sedang bersedia untuk berlepas ke Helsinki di sebelah pesawat kami.
Tidak seperti masa kedatangan dulu menggunakan pesawat Boeing 777, penerbangan pulang kami adalah menggunakan pesawat Airbus. Ia kecil sedikit berbanding pesawat Boeing 777.

Pemandangan dalam pesawat sewaktu hendak pulang ke Kuala Lumpur
Pesawat Malaysia Airlines kami berlepas dari Osaka
Disebabkan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur terpaksa menempuh arus angin yang berlawan arah sepertimana yang dibuat pengumuman oleh kapten pesawat sebelum berlepas, penerbangan pulang ini memakan masa hampir 7 jam, berbanding 6 jam sewaktu kedatangan ke Jepun dulu. Myself perhatikan pada display di monitor, kekuatan angin yang perlu ditempuh adalah sekuat 148 km/jam sewaktu di Jepun dan semakin berkurangan bila pesawat terbang ke arah selatan, sehinggalah cuma 4 km/jam bila menghampiri Kuala Lumpur.

Dalam perjalanan pulang ini, MAS menyajikan makanan Malaysia bersekali dengan makanan Jepun (Mee Soba) kepada penumpang untuk makan tengahari. Tapi lupalah pulak nak ambil gambar. Mungkin sebab excited jumpa makanan Malaysia semula selepas hampir seminggu berada di Jepun. Untuk minum petang pula sewaktu dah hampir-hampir nak tiba ke Kuala Lumpur, penumpang disajikan dengan ais kerim perisa teh hijau. Myself tak berapa sukalah rasanya...

Muffin dan Green Tea Ice Cream yang disajikan untuk minuman petang.
Pesawat kami tiba di KLIA pada pukul 5.05 petang, lewat 20 minit dari jadual. Rasa amat syukur dan lega sekali bila selamat tiba di KLIA...

MH53 hampir tiba di Kuala Lumpur selepas perjalanan yang jauh dari Osaka.
Selamat tiba di KLIA


CATATAN PERJALANAN TOKYO & OSAKA (2014):

CATATAN PERJALANAN LAIN (JAPAN):