Friday 1 February 2013

2013 HELLO KITTY TOWN & LEGOLAND

Januari 2013 

JOHOR
Hello Kitty Town & Legoland 

Pengembaraan tahun 2013 dimulakan dengan berkunjung ke 2 buah destinasi antarabangsa di Malaysia yang terletak di negeri Johor.

Part 1 : Hello Kitty Town

Destinasi pertama yang dikunjungi adalah Hello Kitty Town yang terletak di Puteri Harbour. Ia adalah sebuah taman tema indoor yang disasarkan untuk kanak-kanak kecil sekitar usia tadika.

Bangunan Taman Tema Hello Kitty di Puteri Harbour, Johor Bahru
Sebaik menjejak kaki ke kompleks Puteri Harbour, kami bersua dengan Lat's Place. Lat's Place adalah sebuah restoran yang bertemakan watak-watak kartun ciptaan kartunis terkenal Malaysia, Datuk Lat.

Papan Tanda Menuju ke Lat's Place
Nampak sangat menyeronokkan untuk makan di restoran ini, tetapi hasrat untuk makan di sana tidak dapat diteruskan kerana restoran ini baru dibuka dan hanya menghidangkan makan malam pada ketika itu. Kami pula tak punya banyak kesempatan untuk menunggu sehingga waktu makan malam, jadi tangguhkan saja cadangan ingin mencuba ke satu masa yang sesuai nanti.

Pintu Masuk ke Hello Kitty Town
Pemandangan berhampiran kaunter jualan tiket Hello Kitty Town
Taman Tema Hello Kitty terdiri dari 3 tingkat. Tingkat terbawah bertemakan kediaman Hello Kitty. Anda boleh melawat rumah Hello Kitty di sini, boleh masuk ke ruang tamu, ruang makan, bilik dapur dan juga bilik mandi yang bertemakan Hello Kitty.

Pintu masuk ke rumah Hello Kitty
Main piano di ruang tamu Hello Kitty. Kat belakang sana ada komputer Hello Kitty.
Bilik mandi Hello Kitty
Dapur rumah Hello Kitty
Bilik tidur Hello Kitty
Ada juga beberapa permainan bertemakan Hello Kitty di sini.

Cawan pusing Hello Kitty
Kawasan permainan yang bertemakan Hello Kitty
Hello Kitty Black Wonder ~ kawasan permainan yang kononnya menyeramkan bagi kanak-kanak umur pra-sekolah.
Kami juga berkesempatan menyaksikan persembahan di Purrfect Stage. Walaupun persembahannya disasarkan kepada kanak-kanak kecil, ia bertaraf World Class. 

Persembahan Tarian Russia di Purrfect Stage, Hello Kitty Town
Tingkat 2 Taman Tema Hello Kitty Town yang dinamakan Little Big Club pula disasarkan kepada peminat Barney dan Thomas & Friends. Konsepnya lebih kurang sama dengan Hello Kitty, tetapi lebih mensasarkan kanak-kanak lelaki yang sebaya.

Di pintu masuk ke Little Big Club
Bergambar di depan rumah Barney
Persembahan oleh Barney & Friends yang sedang menyanyikan lagu popular sepanjang masa .. "If you're happy and you know it clap your hands.. Clap! Clap! "
Kanak-kanak boleh memakai tutu dan menari ballet di studio Angelina The Ballerina ini.
Permainan Bob The Builder
Keretapi Thomas sedang pusing-pusing di Sodor Island
Peminat Thomas pasti jealous tengok kita posing begini..
Bertie The Bus sedang pusing-pusing di atas Little Big Club
Buaian pusing unik di Little Big Club

Part 2 : Puteri Harbour

Dah puas pusing Hello Kitty Town, kami mencari tempat untuk makan tengahari. Atas cadangan seorang staf di Hello Kitty, kami menuju ke Puteri Harbour Marina di belakang bangunan taman tema. Kami memilih untuk makan di sebuah restoran yang bernama Ledang.

Puteri Harbour Marina
Restoran Ledang di Puteri Harbour Marina
Nasi goreng yang kami pesan untuk makan tengahari

Part 3 : Medini Mall

Hari berikutnya kami melawat pula ke taman tema antarabangsa yang pertama di Malaysia, Legoland. Legoland ni sebenarnya terletak di area yang sama dengan Hello Kitty, tapi jarak antara keduanya sangat jauh dan tak memungkinkan kalau ingin nak berjalan kaki.

Untuk masuk ke Legoland, kita perlu melalui sebuah shopping mall yang dinamakan Medini Mall. Oleh kerana kami tiba awal dan Legoland masih belum dibuka, kami menghabiskan masa meninjau-ninjau kedai yang ada di Medini Mall.

Medini Mall di pintu masuk ke Legoland
Pemandangan pintu masuk Legoland dari Medini Mall. Waktu ni belum pukul 10 pagi, jadi pintu Legoland masih belum dibuka.
Persembahan akrobatik dari negara China di Medini Mall sempena perayaan Tahun Baru Cina yang semakin menjelang ketika itu.

Part 4 : Legoland Malaysia 

Kalau nak jimat, kita perlu beli tiket secara online untuk masuk ke Legoland. Kalau beli tiket di kaunter, harganya lebih mahal. Malah mengikut pemandu teksi yang membawa kami ke sini, ada ketikanya tiket habis dijual terutama di waktu puncak.

Welcome To Legoland Malaysia - sambil tayang tiket yang dibeli secara online.
Namapun Legoland, jadi memang banyak binaan-binaan yang dibina dari blok-blok Lego di taman tema ini. Tapi binaannya sangat mengkagumkan bagi peminat-peminat Lego pada semua peringkat usia kerana binaannya sangat detail sekali.

Kedai cenderamata ini menjadi persinggahan pertama kami kerana Myself nak beli topi untuk menahan cuaca panas di Taman Tema yang terbuka luas ini.
Uncle Lego ni tengah tidur berdengkur di tepi tasik, tak terjaga pun masa kami bergambar dengan beliau..
Tukang masak Lego di depan cafetaria Legoland.
Menyibuk dengan reporter Lego.
Seperti juga konsep taman tema lain seperti Disneyland, Legoland terbahagi kepada beberapa kawasan dengan tema yang tersendiri. Antara yang menarik ialah Miniland di mana terdapat replika bangunan-bangunan menarik di dunia. Oleh kerana Legoland Malaysia adalah Legoland pertama dibina di Asia, terdapat seksyen khusus untuk bangunan-bangunan Malaysia dan Asia Tenggara.

Pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang diabadikan di Legoland
Model bandaraya Johor Bahru. Kalau nak merasai pengalaman menjadi gergasi, datanglah ke Miniland di Legoland.
Model Pura Tanah Lot di Bali, Indonesia. Sebijik macam yang pernah kami lihat di Bali.
Model Wat Arun di Bangkok, Thailand.
Model bandaraya Vientiane di Laos. Lori tu bergerak-gerak mengelilingi monumen ini.
Oleh kerana kami dah sampai ke kebanyakan tempat yang dipamerkan di seksyen Asia, kami dapat membuat perbandingan model Lego yang dibina dengan tempat yang sebenarnya. Memang detail sekali!

Oleh kerana malas nak berjalan dalam cuaca panas terik, kami membuat keputusan untuk naik keretapi Lego. Walaupun ia tak mengelilingi keseluruhan taman Legoland yang sangat besar ini, banyak juga yang dapat diperhatikan sewaktu menaiki tren tersebut.

Stesen Keretapi Legoland
Keretapi Lego sedang masuk ke dalam stesen
Penumpang sedang turun dari keretapi Lego
Pada lokasi-lokasi tertentu, keretapi Lego akan melintasi laluan pejalan kaki.
Oleh kerana taman tema Legoland mensasarkan golongan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun, banyak permainan di sini sesuai untuk mereka semata-mata. Antaranya adalah Driving School di mana kanak-kanak boleh merasai pengalaman memandu kereta di jalan-jalan yang lengkap dengan lampu isyarat, papan tanda sehala, stesen minyak dan sebagainya.

Seronok memerhatikan gelagat pemandu-pemandu bawah umur di Driving School
Seperti pemandu dewasa, kadang-kadang terdapat juga pesalah jalan raya yang tidak mematuhi peraturan jalan raya - seperti pemandu kereta kuning berhampiran traffic light tu yang tersilap masuk ke jalan sehala sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya.
Ada beberapa permainan yang boleh disertai seluruh anggota keluarga seperti Boating School.

Boating School
Myself sedang menunjukkan kehandalan mengemudikan bot Lego. Agak mencabar juga sebenarnya untuk memastikan bot bergerak lurus sepanjang masa.
Kadang-kadang kemalangan kecil tak dapat dielakkan sebab kebanyakan bot dipandu oleh kanak-kanak.
Kami makan tengahari di sebuah kafetaria di Land of Adventure. Makan burger saja, sambil menyaksikan aksi pengunjung-pengunjung yang mencuba permainan Dino's Island di sebelah kafetaria.

Jungle Cafe di Land of Adventure di mana kami makan tengahari.
Sambil makan, puas memerhatikan gelagat pengunjung yang mencuba ride Dino's Island di sebelah kafetaria.
Memang confirm akan basah sesiapa saja yang mencuba ride ni.
Selepas makan, kami bergerak ke kawasan Imagination. Di sini ada kawasan permainan kanak-kanak yang diilhamkan dari blok-blok Duplo.

Kawasan permainan Playtown
Oleh kerana Playtown ini berbumbung, ia menjadi tumpuan ketika matahari memancar terik.
Di Imagination juga ada 4-D Movie seperti di Universal Studios di Singapore, tetapi jalan cerita movie ini lebih ditujukan kepada kanak-kanak.

Panggung Wayang 4-D di Legoland
Beratur menunggu 4-D Movie dimulakan
Semakin petang, kepanasan semakin terik meyebabkan kami mula keletihan. Untuk menghabiskan masa dan tenaga yang masih ada, kami bersiar-siar melihat permainan yang disediakan di Legoland dari kejauhan. Walau ada antaranya ingin dicuba, hasrat tersebut dibantutkan saja kerana cuaca panas terik dan juga kerana terpaksa beratur panjang.

Kalau takut nak mencuba permainan Free Fall di taman tema lain, mungkin anda boleh mencuba permainan ini yang dinamakan Kids Power Tower. Untuk naik ke puncak tower, kita perlu menarik tali sama seperti cara nak menaikkan bendera pada tiang. Kemudian bila dah sampai kat atas sana, lepaskan tali untuk jatuh ke bawah. Kadar kejatuhan boleh dikawal sendiri - sama ada nak cepat ataupun perlahan.
Bagi yang berminat dengan kisah-kisah dongeng, Legoland juga ada sebuah istana yang cantik di dalamnya. Kawasan di sekitar istana ini dinamakan Lego Kingdom.

Istana di Lego Kingdom
Banduan yang sedang ditarik masuk ke dalam istana untuk menerima hukuman. Ada orang kesian bagi bekalan makanan segera kepada banduan ini..
Permainan yang dinamakan Merlin's Challenge ini nampak macam tak menakutkan. Tapi bila dicuba, rasa bagai nak tercampak dari kerusi.
Kanak-kanak boleh merasakan pengalaman menjadi kesatria berkuda dalam permainan Royal Joust ini.
Satu lagi permainan yang menarik perhatian kami ialah Project X yang nampak sangat menakutkan. Permainan Project X ini sebenarnya adalah roller coaster tetapi berbentuk kereta individu. 

Setiap kenderaan boleh dinaiki paling ramai 4 orang pada satu-satu masa. Memang menakutkan untuk orang yang tak begitu berani seperti Myself.

Project X
Ride berbentuk kereta individu di Project X
Sebelum meninggalkan Legoland, kami sempat menyaksikan persembahan "The Loudest Shout". Persembahan ini dimulakan dengan aksi akrobatik oleh seorang perempuan Mat Salleh.

Persembahan akrobatik The Loudest Shout
Persembahan "The Loudest Shout" sebenarnya mengajar kanak-kanak bagaimana mengenalpasti bahaya yang terdapat di rumah. Kalau nampak apa-apa bahaya dalam persembahan ini, penonton diminta menjerit dengan kuat. Kerana itulah persembahan ini dinamakan "The Loudest Shout".

Persembahan The Loudest Shout
Di akhir persembahan, kanak-kanak yang dah kenal bahaya di rumah akan diiktiraf sebagai "Danger Detectives".

Di akhir persembahan, anda akan diiktiraf sebagai "Danger Detectives" bila dah kenal benda-benda bahaya yang terdapat di dalam rumah kita.