Thursday 22 November 2012

2012 NORTHERN INDIA BHG. 3 (Mughal Gardens)

November 2012

NORTHERN INDIA 
New Delhi, Kashmir & Agra 


Bahagian 3 : Kashmir (2)
HERITAGE MUGHAL GARDENS

HARI KEEMPAT (1)

Part 11: Mughal Gardens 

NISHAT BAGH 

Pada keesokan harinya kami dijadualkan pulang ke New Delhi dengan penerbangan IndiGo Airlines pada pukul 2.30 petang. Pada sebelah pagi kami dibawa melawat ke 2 buah Taman Mughal yang terkenal di Kashmir: Nishat Bagh dan Shalimar Bagh.

Dalam perjalanan ke Nishat Bagh, pemandu kami Mr. Rasheed membawa kami singgah di sebuah kampung dulu kerana dia nak membuat pembaikan kecil pada kenderaan kami.

Kampung yang disinggahi untuk Mr Rasheed membuat pembaikan kecil pada kenderaan kami.
Oleh kerana kami tiba awal, kedua-dua Taman Nishat Bagh dan Shalimar Bagh masih belum dibuka. Jadi Rasheed membawa kami menunggu di tepi Tasik Dal, berhadapan Taman Nishat Bagh.

Pemandangan Tasik Dal di depan Nishat Bagh
Menikmati pemandangan pancutan air yang dibina di dalam Tasik Dal
Oleh kerana sebahagian besar penduduk Kashmir beragama Islam, lembu hanya dianggap binatang ternakan biasa dan bukan haiwan suci.
Pemandangan Nishat Bagh dari tepi Tasik Dal.
Burung di tepi tasik.
Ada jambatan di seberang tasik tapi tak nampak jelas sangat sebab cuaca berkabus hari ini.
Taman Nishat Bagh dibina bertingkat-tingkat. Walau di musim luruh, pemandangan di taman ini sangat indah. Bayangkan betapa indahnya lagi jika berkunjung ke sini dalam musim bunga.

Pintu masuk ke Nishat Bagh
Pondok Polis Pelancong di luar Taman Nishat Bagh
Pemandangan di dalam Nishat Bagh
Sejarah Nishat Bagh
Tengok sajalah keindahan taman ini melalui gambar-gambar di bawah:

Bergambar dengan pokok Chinar
Adoi, tinggi pulak tangga ni!
Husband dah keletihan naik tangga.
Nishat Bagh dibina oleh Asif Khan, bapa mertua kepada Shah Jahan yang membina Taj Mahal di Agra. Asif Khan juga adalah Perdana Menteri baginda.

Ada sebuah kisah yang dikaitkan dengan Taman Nishat Bagh ini di mana Shah Jahan dikatakan sangat cemburu akan kecantikan taman ini dan sering memuji keindahannya di depan Asif Khan, dengan harapan Asif Khan akan menghadiahkan taman tersebut kepada baginda. Namun bila Asif Khan tidak mengindahkan perkara tersebut, Shah Jahan menjadi marah lalu mengarahkan bekalan air ke taman ini ditutup. Tindakan ini menyebabkan Taman Nishat Bagh tidak lagi berseri.

Asif Khan merasa sangat kecewa kerana tamannya kini tak lagi berseri. Sewaktu dia bersandar di sebatang pokok di taman ini, seorang pekerjanya yang merasa simpati kepada beliau telah bertindak berani membuka sumber air di taman tersebut. Asif terperanjat dan mengarahkan pekerja tersebut untuk menutup sumber air tersebut dengan segera kerana takut Shah Jahan menjadi murka.

Namun mujurlah Shah Jahan tidak menjadi murka selepas mendengar khabar tersebut. Baginda sebaliknya memuji kesetiaan pekerja tersebut kepada Asif Khan lalu mengarahkan supaya bekalan air ke taman tersebut kembali dipulihkan. 

Kolam air buatan yang dibina bertingkat-tingkat.
Cantik sungguh kawasan taman di sini.
Bergambar di pancutan air.
Air terjun buatan yang bertingkat-tingkat
Keindahan musim luruh di Kashmir.
Pokok Chinar yang tumbuh di merata tempat di Kashmir.
Kalau ada salji, mesti kita dah baling-baling salji kat sini. Dah tak ada salji kat sini, kita baling-baling sajalah daun pokok Chinar ni.
Bunga-bunga yang mula layu.
Mengabadi kenangan di Nishat Bagh.
Bergerak meninggalkan taman.
Pintu keluar dari taman.

SHALIMAR BAGH

Tidak seperti Nishat Bagh yang dibina bertingkat-tingkat, Shalimar Bagh pula dibina rata. Namun konsep tamannya adalah serupa.

Pintu masuk ke Shalimar Bagh
Pemandangan di dalam Shalimar Bagh
Shalimar Bagh ada lebih ramai pengunjung ketika itu berbanding Nishat Bagh.
Kalau dalam Musim Bunga, mungkin ada banyak bunga Tulip kat sini.
Pancutan air di Shalimar Bagh.
Bergambar dengan pancutan air.
Kerja-kerja pembaikan sedang dilaksanakan di Shalimar Bagh
Kolam air yang cantik di Shalimar Bagh.
Masih banyak kerja yang dilaksanakan menggunakan tenaga manusia di India
Shalimar Bagh dibina oleh Maharaja Shah Jahan untuk isterinya, Nur Jehan. Bahagian taman yang tercantik ketika itu dikatakan hanya boleh dimasuki oleh wanita-wanita Diraja.

Shalimar Bagh ini Myself rasa lagi kecil dari Nishat Bagh tadi.
Di sini pengunjung boleh menyewa pakaian Maharaja India untuk bergambar.
Bersungguh Pakcik dan Makcik ni bergambar dengan pakaian Maharaja dan Maharani India.
Satu sudut menarik di Shalimar Bagh
Berjalan keluar dari taman
Meninggalkan Shalimar Bagh
Bye-bye, Shalimar.

Part 12: Meninggalkan Srinagar

Selepas melawat Nishat Bagh dan Shalimar Bagh, Mr. Rasheed membawa kami kembali ke Gurkha Houseboat. Walaupun masih awal lagi, Ali telah menyediakan makanan tengahari untuk kami.

Makan tengahari sebelum meninggalkan Srinagar.
Penjual sayur yang datang ke Houseboat pada pagi terakhir kami di Srinagar.
Bersedia untuk pulang ke New Delhi.
Akhirnya, tibalah masa untuk kami meninggalkan Srinagar. Mr. Saboor turut datang ke Houseboat untuk mengucapkan selamat jalan kepada kami.

Kesian kat pekerja ini yang bernama Farouk, terpaksa mengangkat beg kami yang berat naik ke atas bukit untuk dibawa ke kereta.
Dalam perjalanan menuju ke Airport.


Bersambung ke Bahagian 4...


CATATAN PERJALANAN NORTHERN INDIA (2012):