Tuesday 30 December 2008

2008 BALI

Disember 2008

INDONESIA
Bali

HARI PERTAMA

Part 1: Percutian Pertama Dengan Air Asia

Kali pertama bercuti dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan Air Asia adalah ke Bali, Indonesia pada bulan Disember 2008.

Ketika itu, Air Asia masih mengamalkan sistem free seating. Jadi, bila pengumuman dibuat penumpang boleh mula menaiki pesawat, masing-masing berebut naik untuk mendapatkan tempat duduk di bahagian hadapan.

Penerbangan Air Asia dari LCCT ke Denpasar
Pemandangan matahari terbenam di Bali.
Bali dan Malaysia tiada perbezaan waktu. Yang berbeza cuma waktu matahari terbenam. Penerbangan kami tiba di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali pada sebelah malam. Jadi, dalam penerbangan sempat melihat pemandangan matahari terbenam.

HARI KEDUA

Part 2: Hotel Pelangi Bali

Hotel penginapan kami selama 5 hari 4 malam di Bali adalah Hotel Pelangi Bali yang terletak di kawasan Seminyak di Pulau Bali.

Hotel Pelangi Bali
Selepas kejadian pengeboman di Bali pada tahun 2002, kebanyakan hotel di Bali mengambil berat akan hal keselamatan dan Hotel Pelangi Bali tidak terkecuali. Setiap kenderaan yang masuk ke perkarangan hotel akan diperiksa oleh pengawal keselamatan termasuk di scan bahagian bawah kenderaan bagi memastikan tiada bom dipasang di sana.

Taman bermotif Bali di pintu masuk utama Hotel.
Semua kenderaan yang keluar masuk ke hotel perlu melalui pemeriksaan keselamatan.
Hotel Pelangi Bali sarat dengan motif kesenian Bali.

Bersiar-siar di sekitar Hotel
Kolam renang di Hotel Pelangi Bali.
Pancutan air di kolam renang.
Restoran Rama di Pelangi Bali.
Restoran Rama di Hotel Pelangi Bali yang terletak di tepi pantai. Di sinilah kami breakfast setiap hari, tapi terpaksa berhati-hati memilih makanan, takut termakan makanan tidak halal.
Sebahagian besar penduduk Bali menganut agama Hindu dan mereka sangat taat beragama. Setiap hari ketika bersarapan, Myself dan Husband pasti dapat melihat pekerja hotel membuat persembahan kepada Pura yang dibina di kawasan pantai hotel. Nampak agak pelik kerana mereka berbangsa Melayu seperti kita, tetapi menganut agama Hindu.

Pekerja hotel sedang memberi persembahan kepada Pura.
Hotel Pelangi Bali terletak di kawasan Pantai Seminyak. Rata-rata, pantai dan pemandangan di Bali sangat cantik, terutama sewaktu matahari terbit dan terbenam.

Pantai di belakang Hotel Pelangi Bali.
Ombak yang bergulung di tepi pantai.
Pemandangan matahari terbit di pantai belakang hotel.
Ketika kami tiba di Bali, perayaan Krismas baru saja berakhir. Menurut Tourist Guide kami yang memperkenalkan dirinya sebagai Pak Ketut, setiap musim Krismas, Bali akan menerima kunjungan ramai pelancong dari Australia. Mereka akan mengadakan parti Krismas dan parti Tahun Baru di pantai. Maka, tak hairanlah pantai di Bali penuh dengan sampah waktu itu. 

Pantai di Bali yang penuh dengan sampah dari parti Krismas.

Part 3: Persembahan Barong

Acara pertama di Bali adalah menyaksikan persembahan Barong. Barong adalah karakter dalam mitologi Bali. Ia adalah raja dari roh-roh yang melambangkan kebaikan. Lawan kepada Barong adalah raja jahat bernama Rangda.

Pemandangan di teater Persembahan Barong
Barong
Rangda
Persembahan Barong mempunyai kaitan dengan kepercayaan Hindu Bali. Di luar teater Barong ada sebuah Pura (Tokong Hindu). Pak Ketut membawa kami ke Pura sambil menerangkan serba-sedikit tentang agama Hindu yang dianuti majoriti penduduk di Bali.

Sesuatu yang diperhatikan tentang Pura Hindu di Bali ialah mereka tak colourful macam tokong Hindu di Malaysia.

Pura di belakang Teater Barong
Pak Ketut (berpakaian tradisional Bali) membawa kami melawat Pura di belakang Teater Barong.
Guide kami, Pak Ketut juga beragama Hindu. Pada mulanya dia selalu memberi penerangan kepada kami dalam bahasa Indonesia. Tapi disebabkan agak sukar nak mengikuti pertuturan beliau, kami meminta beliau bercakap dalam Bahasa Inggeris. Barulah komunikasi menjadi lebih lancar. 

Part 4: Muzium Bali

Selepas menonton persembahan Barong, kami dibawa ke Muzium Bali. Malangnya Muzium Bali ditutup pada hari itu.

Walaupun tak berkesempatan untuk masuk ke dalam muzium, perkarangan muzium juga ada banyak benda yang dapat dilihat.

Perkarangan Muzium Bali

Part 5: Pantai Benoa & Pulau Penyu

Di sebelah petang, kami ke Pantai Benoa. Tujuan ke sini adalah untuk pergi ke sebuah pusat pemuliharaan penyu.

Pelbagai aktiviti di Pantai Benoa.
Kerusi santai di Pantai Benoa.
Flying Stingray di Pantai Benoa.
Untuk ke pusat pemuliharaan penyu, kami menaiki sebuah bot yang berlantai kaca.

Bot ke Pusat Pemuliharaan Penyu
Melihat batu karang dari dasar bot yang berlantai kaca.
Pemandangan di Pulau Penyu.
Pusat Pemuliharaan Penyu.
Selain penyu, pusat ini turut menempatkan beberapa haiwan lain.

Kelawar
Kesian Helang ni dipaksa posing begini
Berposing dengan ular sawa
Kedai Makan di Pulau Penyu.
Walaupun pusat ini tidak mengenakan bayaran masuk, setiap pengunjung dipaksa untuk menderma sebelum meninggalkan pusat ini. Selagi tak derma, selagi itulah pengunjung akan dihalang dari meninggalkan pusat konservasi  oleh pekerja. Derma sajalah sedikit rupiah, untuk tujuan konservasi.

Berjalan kembali mendapatkan bot.
Bot tak boleh sampai ke darat di pusat konservasi ini. Untuk turun dan naik ke bot, terpaksalah meredah sedikit air laut.

Meredah laut untuk naik ke bot.

Part 6: Tanah Lot

Tak keterlaluan jika dikatakan Tanah Lot adalah tempat paling indah di Bali. Malah, tempat ini sering saja diabadikan sebagai simbol percutian di Bali.

Untuk sampai ke objek wisata di Tanah Lot, anda akan melalui sebuah pusat jualan yang ada di antaranya menjual pelbagai pakaian berjenama. Sesuatu yang diperhatikan di Bali adalah disebabkan pengunjung ke sini ramai yang berasal dari Australia, kualiti barangan yang dijual juga berbeza dengan kualiti di kebanyakan destinasi pelancongan yang lain di Indonesia.

Kedai menjual pakaian di pintu masuk ke Tanah Lot
Pintu masuk ke Tanah Lot
Taman di sekitar Tanah Lot.
Di Tanah Lot, terdapat dua buah Pura. Pura pertama yang kami lawati adalah Pura Batu Bolong. Lubang di bawah Pura terhasil secara semulajadi, kesan hakisan laut.

Pura Batu Bolong.
Ombak di sekitar Pura Batu Bolong amat kuat. Di sekitar Pura ini, kita boleh melihat pemuda-pemuda Bali bermain luncur air (surfing).

Surfing di Pura Batu Bolong.
Sebuah lagi Pura terletak di atas bongkahan batu yang besar. Pura inilah yang dinamakan Pura Tanah Lot. Ia didirikan untuk memuja Dewa Laut.

Pura Tanah Lot. Pengunjung yang ramai beratur berdekatan Pura sedang menunggu giliran untuk mendapatkan doa dan restu dari sami Hindu di Pura ini.
Pemandangan Pura Tanah Lot dari dekat.

Part 7: Pantai Seminyak

Kembali dari Tanah Lot ke hotel, Pak Ketut membawa kami singgah di Pantai Seminyak untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam.

Matahari terbenam di Pantai Seminyak.

HARI KETIGA

Part 8: Pusat Kraftangan

Bali terkenal dengan kraftangannya yang bermutu tinggi. Awal-awal lagi Pak Ketut membawa kami ke Silverworks Centre.

Patung di hadapan Silverworks Centre. Ada kalanya rupa patung-patung di Bali agak menyeramkan.
Pemandangan di dalam pusat kraftangan perak. Pengunjung dibenarkan melihat secara dekat bagaimana kraf perak dihasilkan.
Selepas melawat pusat kraftangan perak, kami dibawa pula ke pusat ukiran kayu dan seni lukisan.

Pusat kraftangan ukiran kayu dan seni lukisan.
Walaupun kanak-kanak dan remaja ini sedang mempelajari seni lukisan Bali, lukisan-lukisan yang dihasilkan amat hebat sekali.
Ukiran kayu

Part 9: Perarakan Keagamaan

Dalam perjalanan ke Gunung Batur, kami terserempak dengan satu perarakan agama Hindu di sebuah kampung.

Kata Pak Ketut, upacara-upacara keagamaan Hindu akan diadakan oleh penduduk Bali setiap hari ke-300 dalam kalendar Bali. Kami agak bertuah kerana kebetulan waktu kami tiba di Bali adalah bertepatan dengan hari ke -300 ini. Maka banyaklah upacara-upacara keagamaan yang kami temui sepanjang perjalanan kami di sana.

Perarakan keagamaan Hindu di Bali.
Perarakan keagamaan Hindu di Bali.
Perarakan keagamaan Hindu di Bali.
Semua gambar-gambar yang diabadikan di atas adalah dari satu perarakan yang sama.

Part 10: Gunung Batur

Gunung Batur adalah sebuah gunung berapi aktif yang terdapat di Pulau Bali.

Gunung Batur
Gunung Batur (dari Restoran Bumi Ayu).
Kawah Gunung Batur boleh dilawati, tapi kami tak sampai ke sana. Cukup sekadar menikmati pemandangan Gunung Batur sambil makan tengahari dari Restoran Bumi Ayu.

Pengunjung-pengunjung ke Restoran Bumi Ayu bergambar dengan berlatar belakangkan Gunung Batur.
Kawasan ini mempunyai beberapa restoran lain selain Restoran Bumi Ayu.

Part 11: Rumah Bali

Selepas makan, kami dibawa untuk melihat sebuah rumah tradisional Bali. Tapi dalam perjalanan, singgah dulu di Souvenirs Center.

Souvenirs Centre. Walaupun tak suka shopping, tergoda juga beli sabun aromatik yang sering dipakai di Balinese Spa. Kita pun nak juga kulit jadi cantik...

Kemudian, singgah pulak di Istana Raja untuk bergambar.

Taman di Istana Raja Bali.
Istana Raja Bali.
Akhirnya kami tiba di sebuah rumah tradisional Bali di sebuah kampung. Rumah ni bukanlah rumah "show" kerana ada penghuni tinggal di sini.

Nama pemilik rumah ditulis dalam tulisan Rumi dan tulisan Bali. Bilangan ahli rumah juga ditulis dalam papan kenyataan di depan rumah.
Dapur rumah tradisional Bali. Makcik ni sedang menyediakan bahan-bahan untuk persembahan kepada Pura.
Tempat penyimpanan beras
Bilik tidur kanak-kanak.
Tempat penyimpanan abu mayat ahli keluarga yang telah meninggal dunia.
Bilik tidur Datuk dan Nenek.
Pintu utama rumah.

Part 12: Jimbaran

Perjalanan hari ketiga berakhir dengan makan malam di sebuah lagi pantai yang indah di Pulau Bali, Pantai Jimbaran. Pantai ini penuh dengan restoran makanan laut.

Restoran makanan laut di sepanjang Pantai Jimbaran
Pantai Jimbaran.

HARI KEEMPAT

Part 13: Pura Taman Ayun

Lawatan hari keempat dimulakan dengan melawat Pura Taman Ayun. Pura ini adalah salah sebuah dari enam Pura Diraja di Bali.

Pemandangan dari luar perkarangan Pura Taman Ayun.
Membuat persembahan di luar Pura Taman Ayun
Pintu masuk ke Pura Taman Ayun.
Rekabentuk pintu Bali sentiasa terpecah dua di tengah. Menurut kepercayaan orang Bali, jika roh jahat cuba masuk melalui pintu ini, kedua-dua belah pintu akan mengepit roh tersebut. Jadi tak dapatlah ia mengganggu.

Perkarangan dalaman Pura dikelilingi taman yang sangat besar dan terjaga rapi.

Di atas menara ini terdapat beduk yang akan dibunyikan untuk memberi amaran jika berlaku serangan dan juga memanggil rakyat jelata untuk berkumpul.
Kawasan yang dianggap paling suci Pura Taman Ayun adalah Pura Dalam. Pura Dalam ini dikelilingi air dan pelawat boleh mengelilingi Pura Dalam ini menggunakan laluan pejalan kaki yang dibina mengelilingi Pura.

Pintu masuk ke Pura Dalam
Pura Dalam dikelilingi air (moat) yang dipenuhi pohon teratai.
Laluan pejalan kaki mengelilingi Pura Dalam
Pemandangan Pura Dalam dari laluan pejalan kaki.
Binaan-binaan berbentuk pagoda di Pura Dalam dibina bagi menghormati Dewa Gunung.
Di perkarangan luar Pura Taman Ayun, ada sebuah bangsal yang besar di mana pertarungan-pertarungan diadakan pada upacara-upacara tertentu.

Pak Ketut sedang memberi penerangan di luar Kawasan Perhimpunan di Pura Taman Ayun.
Gelanggang Pertarungan di Kawasan Perhimpunan di Pura Taman Ayun.

Part 14: Danau Bratan

Lawatan seterusnya adalah ke Danau Bratan. Setibanya di sana kami mendapati ada satu upacara keagamaan sedang diadakan. Ramai penganut Hindu duduk berkumpul di tepi Danau.

Penganut-penganut agama Hindu sedang berkumpul di pinggir Danau Bratan untuk menyertai satu upacara keagamaan.
Upacara keagamaan sedang dilaksanakan.
Danau Bratan juga mempunyai sebuah pura yang dinamakan Pura Ulun Danu. Keindahan tasik ini juga diabadikan dalam matawang kertas Indonesia (dah lupa not berapa rupiahnya).

Pura Ulun Danu.
Pemandangan inilah yang diabadikan dalam not rupiah Indonesia.

Part 15: Restoran Pacung

Disebabkan bentuk muka buminya, sawah padi di Bali ditanam di teres-teres bukit dan teres sawah padi di Bali dikatakan antara yang tercantik di dunia. Bagi menikmati keindahan sawah padi ini, kami dibawa oleh Pak Ketut makan di Restoran Pacung yang terletak di tengah-tengah kawasan penanaman padi teres.

Restoran Pacung. Kami perhatikan Tourist Guide di Bali sentiasa memakai pakaian tradisional mereka.
Pemandangan sawah padi yang ditanam secara berteres-teres di Bali.
Pemandangan teres-teres sawah padi dari Restoran Pacung.

HARI KELIMA

Part 16: Pulang

Tiba hari kelima, sampailah masa untuk pulang ke Malaysia. Tiada aktiviti lawatan dijalankan pada hari ini, cuma perjalanan ke Bandar Udara Ngurah Rai sahaja.

Dalam perjalanan ke Airport, Myself sempat bertanya kepada Pak Ketut. Siapa Ngurah Rai ni, yang namanya diabadikan di airport Bali. Rupa-rupanya dia adalah seorang pahlawan tempatan Bali, yang terbunuh sewaktu menentang penjajahan Belanda.

Sambil menunggu pesawat Air Asia tiba, sempat jugalah ambil-ambil gambar di Ngurah Rai Airport ni..

Hiasan Pintu Tradisional Bali di balkoni Bandar Udara Ngurah Rai
Bandar Udara Ngurah Rai
 

CATATAN PERJALANAN LAIN (INDONESIA)